UMNO Online - “Video Teresa Kok Malukan Masyarakat Cina – Teoh” plus 9 more |
- Video Teresa Kok Malukan Masyarakat Cina – Teoh
- Dasar Politik Putar Belit… Kadar Tol Kekal Pun Jadi Masalah Kepada Pembangkang
- Pemuda UMNO Syor Wakil Rakyat Letak Jawatan Bayar Kos PRK
- Tindakan Teresa Umpama Kerbau Bawa Lumpur
- Tiada Kenaikan Tol Demi Kepentingan Rakyat – Muhyiddin
- Kenyataan Bercanggah, Alasan Remeh Satu Cubaan Tipu Rakyat Selangor – Salleh
- DPM Happy With Cooperation Of Wholesalers, Suppliers And Importers To Reduce Prices
- Malaysia Has Identified Four Megatrends To Attract Tourists – Najib
- Malaysia’s Total Trade Up 4.6 Pct To RM1.36 Trillion In 2013
- Selangor Negeri Kebajikan Hanya Sekadar Slogan Pancing Undi
Video Teresa Kok Malukan Masyarakat Cina – Teoh Posted: 07 Feb 2014 04:36 AM PST JOHOR BAHRU, 7 Feb - Klip video yang dihasilkan anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh isu dan menyindir pemimpin negara baru-baru ini adalah sesuatu yang memalukan masyarakat Cina, kata Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh. Beliau berkata, tindak tanduk yang tidak sihat dan negatif seperti ini tidak seharusnya dilakukan terutama semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. “Ya, saya akui sebagai orang Cina saya malu dengan tindakan Teresa Kok itu, langsung tidak menghormati perasaan rakyat negara ini,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan di sini, Jumaat. Beliau berkata, sebagai anggota parlimen, Kok seharusnya berbuat sesuatu yang positif yang boleh diteladani masyarakat. Video bertajuk ‘Onederful Malaysia’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dimuat naik ke dalam Youtube yang menunjukkan Kok menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di Sabah dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu. Teoh berkata, kenyataan mereka dalam video itu jelas bertujuan menggagalkan promosi TMM 2014. Katanya, kebijaksanaan Kok sepatutnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu mengeratkan hubungan sesama kaum di negara ini seperti yang dilakukan oleh SP Setia Berhad Group menerusi video clip Tahun Baharu Cina syarikat itu. Sebelum itu, beliau berkata empat individu dan dua badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Johor telah membuat laporan polis mengenai klip video Kok itu. Seorang daripada mereka ialah pengusaha industri pelancongan dari Kota Tinggi, Liew Kim Fook, 48. Liew yang membawa pelawat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura untuk menyaksikan kunang-kunang di daerah itu menyifatkan klip video berkenaan sebagai khianat terhadap rakyat kerana memperlekeh tahap keselamatan negara dan boleh menjejaskan pendapatan pengusahaindustri pelancongan negara ini. Mereka mahu Kok membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini berhubung tindakannya itu. |
Dasar Politik Putar Belit… Kadar Tol Kekal Pun Jadi Masalah Kepada Pembangkang Posted: 07 Feb 2014 04:25 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Feb. – Sememangnya sudah menjadi tabiat pembangkang yang akan memutar-belitkan apa-apa sahaja langkah kerajaan dalam usaha membantu rakyat termasuklah tindakan terbaru iaitu tidak menaikkan kadar tol, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryati Hamzah. Ujar beliau, sebelum ini pun macam-macam perkara telah dijadikan isu oleh pembangkang kerana matlamat mereka lebih bersifat politik untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan rakyat. "Pembangkang memang akan mencari salah kerajaan dalam apa-apa juga hal kerana matlamat utama mereka untuk memperlihatkan kononnya kerajaan yang ada hari ini tidak dapat berfungsi dengan baik, mereka memang berniat agar masyarakat keliru dengan pelbagai hal dan mengambil kesempatan apabila berlaku kenaikan harga barang sejak akhir tahun lalu yang mana ia memberi tekanan kepada rakyat," katanya kepada UMNO-Online. Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar bayaran tol di seluruh negara namun demikian, kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit. Langkah tersebut disambut dingin oleh pembangkang termasuklah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menganggap bahawa konsesi tol telah membuat keuntungan besar dan menyalahkan kerajaan yang dianggap mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat konsesi tol. "Kita tidak perlu percaya pada pembangkang dan terpedaya dengan tipu helah mereka yang gemar membuat pelbagai tuduhan tanpa berasaskan bukti kukuh malah banyak perkara yang telah mereka manipulasi dengan agenda untuk populariti dan niat buruk terhadap negara," katanya. Dalam hal ini, beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka mengajak rakyat untuk menjadikan sambutan ambang tahun baru 2014 lalu sebagai iktibar sebagaimana sikap rakus pembangkang yang berdemonstrasi kononnya bertindak balas terhadap kenaikan harga barang di pasaran. "Kerajaan tidak berdiam diri malah kerajaan sentiasa sedar, tahu dan menyelami keluh-kesah rakyat termasuklah apabila berlakunya kenaikan harga barang yang ketika itu berlaku kerana pelbagai faktor antaranya penglibatan orang tengah, musim tengkujuh dan macam-macam lagi." Tegasnya, seakan telah menjadi sikap pembangkang yang akan mengambil negatif isu semasa untuk dipoltikkan dan menyalahkan kerajaan. "Pembangkang memang berniat jahat, mengheret anak muda untuk membenci kerajaan walhal kerajaan inilah yang banyak memberikan sokongan kepada rakyat dalam berdepan macam-macam perkara malah sewajarnya rakyat perlu bersatu hati menolak pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi gagal membantu," bidasnya lagi. – MediaUMNO |
Pemuda UMNO Syor Wakil Rakyat Letak Jawatan Bayar Kos PRK Posted: 07 Feb 2014 03:40 AM PST MUAR, 7 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Muar hari ini mengesyorkan supaya mereka yang meletak jawatan sebagai wakil rakyat tanpa alasan kukuh diwajibkan membayar kos untuk mengadakan pilihan raya kecil. Ketuanya Salehudin Satar berpendapat langkah itu amat wajar bagi membendung seseorang wakil rakyat meletak jawatan sesuka hati sama ada untuk memberi laluan kepada orang lain atau kemungkinan ditawar ganjaran oleh pihak tertentu. “Kita tidak mahu lagi perbuatan bekas anggota Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa alasan munasabah pada 27 Jan lalu kerana mahu memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang pada masa depan. “Ini kerana, kerajaan terpaksa membelanjakan RM1.6 juta bagi menjayakan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh penyandang jawatan itu sebelum ini,” katanya. Beliau ditemui selepas majlis pelancaran pasar masyarakat DUN Sungai Balang di Kompleks Pertanian Sungai Sudah, Sungai Balang di sini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad. Salehudin berkata selain membazirkan wang rakyat, pilihan raya itu menyebabkan pengundi kawasan itu juga terpaksa mengundi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun selepas pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas. |
Tindakan Teresa Umpama Kerbau Bawa Lumpur Posted: 07 Feb 2014 03:05 AM PST KUALA LUMPUR 7 Feb – Umpama kerbau bawa lumpur habis semua terpalit adalah perumpamaan yang sesuai buat pemimpin DAP, Teresa Kok gara-gara perbuatannya dalam isu klip video sempena Tahun Baharu Cina yang kini menjadi polemik di kalangan masyarakat. Ternyata klip video yang tidak membawa apa-apa manfaat itu telah mengheret ramai pihak yang tidak berpuas hati. Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar apa jua alasan baik satira politik dan sebagainya, perbuatan sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar Ahli Parlimen. "Apa motif dia (Teresa) buat video klip itu. Kita tidak nampak apa-apa faedah melainkan ia bertujuan untuk mencerca dan menghina. "Ini bukan tindakan orang yang bijak apatah lagi dari pemimpin yang mewakili parti yang kononnya menghormati sensetiviti kaum dan agama di negara ini. Sekarang dia kena jawab apa faedah yang dia dapat", ujar beliau kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Klip video selama 11 minit 39 saat itu didakwa memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. Teresa Kok bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dan menyifatkannya sebagai satira politik. Jamawi seterusnya menempelak Teresa dan sekali lagi mempersoalkan motif di sebalik penerbitan video berkenaan. "Jika tidak mahu menimbulkan kebencian dan mendapatkan kepentingan politik, apakah motif sebenar beliau dalam soal berkenaan. Takkan buat sekadar untuk suka-suka atau sekadar main-main. "Tindakan seumpama ini perlu ditentang kerana sepertimana yang diperkatakan oleh banyak pihak ianya dikhutairi boleh menimbulkan suasana yang tidak sihat kepada kesejahteraan kaum di negara ini," katanya. -MediaUMNO |
Tiada Kenaikan Tol Demi Kepentingan Rakyat – Muhyiddin Posted: 07 Feb 2014 02:36 AM PST PUTRAJAYA, 7 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata segala keputusan kerajaan, setiap perancangan dan pelaksanaannya termasuk menahan kenaikan tol tahun ini, adalah atas dasar mengambil kira kepentingan rakyat. Timbalan perdana menteri berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, contohnya, bukan bermatlamatkan kepentingan politik, tetapi untuk meringankan bebanan rakyat. “Saya fikir tak ada negara di dunia bila rakyat menghadapi masalah, kerajaan tubuh jawatankuasa (seperti yang saya sendiri pimpin). (Ini semua) sebab kita ambil berat terhadap rakyat. “Bila kita kaji apakah perkara-perkara yang kita boleh buat untuk meringankan beban, itu yang kita ambil langkah. Mungkin ada langkah-langkah yang lain seterusnya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pengedar dan pembekal bagi membincangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup di sini. Oleh itu Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tipu helah dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pembangkang hanya untuk menang pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang 23 Mac depan seperti kononnya keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tol disebabkan PRK itu. “Ini bukan soal pengundi di Kajang sahaja tetapi seluruh Malaysia. Saya dengar mereka kata inilah kejayaan Pakatan Rakyat yang pertama sekali, bila saya umumkan tol tidak naik. Bukan soal itu. “Semua diputarbelitkan. Tetapi rakyat faham. Ini bukan pasal PRK, kalau tak ada PRK (pilihan raya kecil) pun, kita dah buat keputusan macam-macam,” kata Muhyiddin. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut mendakwa tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol, sebagai taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi pada PRK Kajang nanti. Timbalan perdana menteri berkata pembangkang sentiasa memutar belitkan rakyat dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas sebegini demi kepentingan politik semata-mata. |
Kenyataan Bercanggah, Alasan Remeh Satu Cubaan Tipu Rakyat Selangor – Salleh Posted: 07 Feb 2014 01:25 AM PST KOTA KINABALU, 7 Feb – Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak mempersoalkan percanggahan kenyataan yang amat ketara di kalangan kepimpinan pakatan pembangkang berhubung isu DUN Kajang seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Menurut beliau, pilihanraya DUN Kajang jelas merupakan satu pembaziran apabila ADUN yang baru dipilih tidak sampai setahun tiba-tiba meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab yang kukuh, tetapi semata-mata untuk memberikan laluan pemimpin tertentu. "Sebelum ini, kepimpinan pakatan pembangkang seringkali memperbesar-besarkan tentang isu pembaziran sumber kewangan negara yang dibelanjakan, biarpun perbelanjaan tersebut sebenarnya dilakukan adalah demi kebaikan rakyat di negara ini. "Tetapi pelik di dalam hal DUN Kajang, mereka bersetuju pula untuk mengadakan satu pilihanraya kecil yang sepatutnya tidak perlu? Apakah ini bukan satu pembaziran? Atau pimpinan pembangkang tidak menganggap ia sebagai pembaziran kerana ia dilakukan demi kepentingan dan agenda peribadi mereka?," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, terlalu banyak alasan yang diberikan oleh kepimpinan pakatan pembangkang bagi menghalalkan pilihanraya kecil Dun Kajang ini adalah remeh dan disifatkan beliau sebagai satu alasan semata-mata bagi menutup agenda politik mereka yang sebenar. "Contohnya, baru-baru ini, ketua Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, pilihan raya Kajang adalah penting untuk mengelakkan rampasan kuasa oleh BN di Selangor melalui pengisytiharan darurat. Rafizi memberi contoh Kelantan pada tahun 1977, apabila kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat, yang dianggap beliau menjadi penyebab kejatuhan kerajaan Pas. "Selain itu, Rafizi juga berkata bahawa ketegangan yang semakin memuncak berkenaan isu Allah dan rampasan Al-Kitab dalam bahasa Melayu boleh menjadi pemangkin pada keganasan. Jadi dengan itu, beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1997 juga boleh berlaku di Selangor ekoran daripada isu kalimah Allah ini. "Bagaimanapun, apa yang Rafizi gagal untuk memperjelaskan kepada umum adalah tindakan merampas Al-Kitab yang berlaku di Selangor, ianya dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor sendiri. Persoalannya mengapa tidak boleh perkara ini diselesaikan d iperingkat negeri saja?," soalnya. Beliau memberi contoh dalam satu peristiwa yang berlaku pada sekitar tahun 2008, selepas Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran di Selangor di mana, isu rampasan minuman keras di sebuah kedai 24 jam telah mencetuskan isu yang agak kritikal. "Namun perkara ini akhirnya selesai apabila apabila Ronnie Liu mengarahkan majlis tempatan untuk mengembalikan minuman keras yang telah dirampas. Perkara itu telah diselesaikan dengan mudah dan sejak itu kita tidak lagi mendengar mana kedai-kedai lain tidak pernah menghadapi masalah seperti itu lagi," ujarnya. Selain itu jelas beliau lagi, Rafizi juga mendakwa bahawa isu pengosongan DUN Kajang ini merupakan satu perancangan sulit telah dirancang agak lama namun disembunyikan daripada pengetahuan kepimpinan pakatan yang lain. "Tetapi reaksi pertama ADUN Kajang ketika meletak jawatan mengatakan bahawa ia adalah satu tindakan mengejut dan dia tidak diarahkan untuk meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada pemimpin tertentu," ujarnya. Begitu juga menurut beliau kenyataan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa masalah pentadbiran negeri Selangor merupakan satu sebab mengapa DUN Kajang perlu dikosongkan. "Saya tidak nampak bagaimana dengan menggantikan Khalid boleh menyelesaikan semua masalah ini jika Selangor sendiri tidak mempunyai suara dan kuasa dalam pelantikan penjawat awam. Masalah ini akan terus berlaku biarpun Anwar atau orang lain yang mengambil alih tanggungjawab sebagai Menteri Besar," jelasnya. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh kepimpinan pembangkang, amat jelas terlalu banyak percanggahan dan dolak dalik dalam kenyataan yang diberikan oleh kepimpinan pakatan berhubung pengosongan DUN Kajang ini. "Hari ini mereka beritahu rakyat ini sebabnya dan keesokan harinya mereka membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan mereka semalam. Percanggahan kenyataan antara mereka ini terlalu ketara. "Dan yang terbaru memberitahu kita bahawa terdapat sebab-sebab tidak boleh didedahkan dan sekiranya mereka mendedahkan sebab-sebab ini kita (rakyat) tidak akan dapat memahaminya. "Bagi saya kenyataan itu bagaikan menghina taraf pemikiran rakyat kerana berdasarkan kenyatan itu seolah-olah rakyat Malaysia tidak cukup bijak dan cerdik untuk memahami sebab-sebab ini dan strategi politik mereka dan dengan itu kepimpinan pembangkang tidak perlu menjelaskan kepada rakyat sebab-sebab sebenar," tegasnya. -MediaUMNO |
DPM Happy With Cooperation Of Wholesalers, Suppliers And Importers To Reduce Prices Posted: 07 Feb 2014 12:16 AM PST PUTRAJAYA, Feb 7 - Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has expressed satisfaction at the cooperation from most wholesalers, suppliers and importers of goods in the effort to reduce the cost of living. Muhyiddin said, other than ensuring adequate supply, they were also very committed to the effort of the government to control and reduce the prices of goods such as fish, vegetables and chicken. “The information (I received) just know, from a fish importer abroad is that its price (there) is far lower than local fish, in fact, very low and the supply is excessive. “For example, the wholesale price of tenggiri (Spanish mackerel) at the Selayang wholesale market is RM13 a kilogramme (today) compared to RM18 a kilogramme last week. Similarly, kembung is RM8 a kilogramme compared to RM14 a kilogramme last week. “Wholesalers also said the price of vegetable is generally far lower this year compared to last year. This is good news,” he told a media conference after a meeting with representatives of wholesalers, retailers and suppliers associations and farmers, and fishermen’s organisation, here, today. About 40 association representatives attended the meeting which lasted more than an hour. Also present was Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Hassan Malek. He explained that the supply of chicken was also adequate and the price was still low compared to the countries in the region while the hike in the prices of mutton and beef (imported live) was due to price increases of 20 percent compared to last year in the country of origin. “But what is interesting is that the price of chicken sold locally is far lower from other surrounding cities or countries including Thailand. Muhyiddin clarified that retail prices would drop with the cooperation of wholesalers, suppliers and importers in the interest and welfare of the people. ”Although, they don’t represent all, but from the discusssion we can better understand the price situation from the angle of the suppliers,” he said. According to Muhyiddin there was also a suggestion for direct sale to the public from the wholesalers, namely, once a week at wholesale markets. “I think this is a good suggestion. We will be more careful as to how it can be implemented so that the benefit from the wholesale prices can be enjoyed by the consumers and retailers,” he said. He said the government also encouraged the public not to be hesitant about buying frozen goods such as imported fish which he said was not only cheaper but its quality was assured. In addition, according to Muhyiddin, the government would launch a new programme to enable idle land in the urban and rural areas to be utilised for farming. |
Malaysia Has Identified Four Megatrends To Attract Tourists – Najib Posted: 06 Feb 2014 11:33 PM PST MELAKA, Feb 7 - Malaysia has identified four megatrends in attracting tourists, ranging from the lower end to the elite, for the country’s tourism sector, said Datuk Seri Najib Tun Razak. The prime minister said the megatrends were the creation of a global elite, faster pace of life, trading up and down and the rise of new market leaders. He said the creation of a global elite referred to the increasing number of high income or high net worth consumers worldwide. “As such, the importance of offering high-end products and high service levels is growing ever greater,” he said when officiating the Melaka Gateway master plan in Pulau Melaka here today. The Melaka Gateway, with an estimated gross development value of RM40 billion, comprises 15 project features including the Malaysia Eye, international designer street, sunset beach, Melaka cruise shopping gallery, Melaka international cruise and ferry terminal, and the Melaka Gateway Marina. Also present at the event were Melaka Chief Minister Datuk Seri Idris Haron and KAJ Development Sdn Bhd chief executive officer Datuk Michelle Ong. Najib said the Melaka Gateway, with its luxury offerings of an international cruise jetty and the largest marina in Asia, was therefore, poised to bring in the crowd. Malaysia, he said, had done well in cargo and container ports and it was now time to focus on cruise ports. “We are confident that the success of the Melaka international cruise jetty, which is part of the Melaka Gateway project, will not only bring in high yield international cruise visitors but also lead to the opening up of other potential cruise port sites in the East Coast of Peninsular and also Sabah and Sarawak,” he added. Meanwhile, the prime minister said the faster pace of life referred to the consumer who was interested in having many short holidays as a means to alleviate stress such as holiday experiences, spa and wellness getaways. The third megatrend, he said, was in reference to selective spending which consumers might choose to splurge on one item while economising on others. Hence, it is important that Malaysia was able to offer a wide variety of tourism offerings which were low, mid to high range, he added. Najib said the fourth megatrend focused on penetrating new market leaders such as China, India and Middle East countries. He noted the tourism industry’s contribution to the gross domestic product (GDP) was on the uptrend. For 2014, the sector is expected to contribute about 12.5 per cent to GDP, an improvement over the contribution of nearly 12 per cent the previous year. “In absolute terms, a 12.5 per cent revenue from tourism would amount to some RM125 billion. This is based on our country’s GDP in 2013 which is expected to reach over RM1 trillion,” said Najib. |
Malaysia’s Total Trade Up 4.6 Pct To RM1.36 Trillion In 2013 Posted: 06 Feb 2014 08:52 PM PST KUALA LUMPUR, Feb 7 - Despite a tough external environment, Malaysia’s trade last year expanded by 4.6 per cent to RM1.36 trillion from RM1.309 trillion in 2012 boosted by a better export performance. Announcing this here today, Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed the trade surplus last year amounted to RM70.63 billion, which was the 16th consecutive year of trade surplus. Malaysia’s exports in 2013 grew by 2.4 per cent or RM17.17 billion to RM719.81 billion, boosted by better second half performance. Exports expanded by 8.9 per cent in the second half of 2013, compensating for a lacklustre first half performance. The strong export growth of 14.4 per cent in December 2013 marked the sixth consecutive month of export growth since July 2013, he told a press conference. Mustapa said major contributors to the upbeat performance were strong uptake by Asean countries, improved demand from European Union (EU) members, growth in export of manufacturing and mining sectors and higher imports by free trade agreement partners. Other major contributors are higher electrical and electronic exports driven by new applications of semi-conductors and rising demand for other manufactured exports such as medical devices, manufactures of metal, chemicals and chemical products as well as machinery, appliances and parts. The minister said China remained Malaysia’s largest trading partner for the fifth consecutive year since 2009, with trade between both countries expanding by 12.5 per cent to RM203.23 billion, he said. He said exports to China increased by 9.2 per cent to RM96.97 billion while imports from China improved by 15.7 per cent to RM106.26 billion. Mustapa said trade with the EU increased by 6.3 per cent to RM135.79 billion, with exports rising by five per cent to RM65.29 billion and imports were up 7.6 per cent to RM70.5 billion. |
Selangor Negeri Kebajikan Hanya Sekadar Slogan Pancing Undi Posted: 06 Feb 2014 08:14 PM PST KUALA LUMPUR 7 Feb – Pemecatan serta merta yang dikenakan terhadap 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holding Sdn Bhd adalah suatu penganiayaan kepada mereka yang terbabit yang tidak selari dengan slogan kepimpinan kerajaan negeri sebagai Negeri Berkebajikan. Timbalan Ketua Wanita UMNO, Halimathon Saadiah Bohan berkata, walaupun pemecatan itu dikatakan mengikut prosedur, namun pihak pengurusan PKNS Holding tidak seharus bertindak sebegitu tanpa memberi sebarang notis. "Tidak dinafikan pengusrusan PKNS Holding mempunyai hak untuk bertindak sedemikian, namun mereka seharusnya bertimbang rasa dengan memberi atau mengeluarkan notis kepada mereka terbabit bukan bertindak secara tiba-tiba sehingga membuat kakitangan terbabit terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. "Kakitangan terbabit seharusnya diberi tahu terlebih dahulu sebelum tindakan itu diambil, sekurang-kurangnya mereka bersedia termasuk mencari peluang kerja baru di tempat lain dan tidak merasakan diri mereka dianiaya," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau yang juga Adun Kota Damansara menyatakan demikian ketika diminta mengulas terhadap pemecatan serta merta terhadap 22 kakitangan PKNS Holding Sdn Bhd oleh pengurusan syarakit berkenaan. Halimathon, alasan yang diberi bahawa pemecatan itu dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat kira-kira RM 7 Juta setahun, namum mereka seharusnya memikirkan nasib yang bakal dihadapi oleh kakitangan terbabit yang hilang mata pencarian dalam tempoh sekelip mata. "Mana slogan Negeri Kebajikan yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan kerajaan Selangor, apakah tindakan itu sejajar dengan apa yang dikatakan, apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan Selangor hanya gah pada slogan tetapi tidak mampu melaksanakannya. "Tindakan itu adalah suatu perbuatan tidak berperi kemanusiaan, walaupun ada pampasan, tetapi ia tidak dapat merungkai masalah yang bakal dihadapi pekerja terbabit kerana untuk mendapat kerja baru bukannya mudah." ujarnya. -MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment