BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! DAP PENYEBAB KEJATUHAN MALAYSIA DALAM INDEKS TRANSPARENSI ANTARABANGSA ???

Posted: 07 Dec 2013 07:30 AM PST


Transparency International mencatatkan Malaysia ke tangga ke 53 dari 177 negara dalam indeks persepsi korupsi tahun ini.Menurut Ketua Eksekutif PEMANDU,iaitu Datuk Seri Idris Jala,kedudukan Malaysia telah meningkat satu tangga dari 54 tahun lepas dan kini menyasarkan tangga ke 30 dalam tahun 2020. Bagaimanapun, laporan ini disambut dengan penuh kritikan oleh pembangkang. Lim Kit Siang di dalam blognya membandingkan kedudukan ini dengan kedudukan Malaysia di bawah dua Perdana Menteri terdahulu iaitu Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Di zaman Tun Mahathir,kedudukan terbaik yang dicapai ialah di tangga ke 23 pada tahun 1995 dan terburuk adalah di tahun terakhir pemerintahannya iaitu tangga ke 37 pada tahun 2003.Manakala di zaman Tun Abdullah pula, kedudukan terbaik ialah 39 iaitu di awal pemerintahannya pada tahun 2004 dan terburuk ialah 47 pada tahun terakhir iaitu 2008.Kit Siang berhujah bahawa pencapaian Datuk Seri Najib adalah yang terburuk tanpa sedikitpun mengiktiraf peningkatan yang agak baik dari tahun 2011 di mana Malaysia berada di tangga ke 60. Dalam masa hanya dua tahun,Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan sehingga 7 tahap.  

Kit Siang juga gagal melihat sesuatu yang jauh lebih penting yang menyumbang kepada kedudukan Malaysia yang buruk berbanding beberapa tahun dahulu iaitu landskap politik Malaysia telah banyak berubah sejak itu.Perlu diingatkan bahawa kedudukan Malaysia berada di tangga yang baik ketika kerajaan Barisan Nasional cukup kuat.Tetapi,ia semakin buruk dan semakin buruk sebaik PR mendapat sedikit kuasa dan BN semakin lemah.Ini bermakna kuasa di tangan PR telah menyumbang kepada faktor kejatuhan Malaysia dalam indeks persepsi korupsi dalam Transparency International.Kit Siang mungkin terlupa bahawa peranan kerajaan negeri turut termasuk dalam penilaian yang dibuat.Rakyat tidak perlukan sebarang kajian untuk membentuk persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan PR.Dengan pusat- pusat hiburan yang semakin bercambah,termasuk rumah-rumah urut di sekitar negeri yang diperintah PR sudah cukup bagi rakyat untuk menilai sejauh mana ketelusan kerajaan negeri. Kemusnahan alam sekitar yang begitu pantas di negeri-negeri pemerintahan PR juga membawa kepada persepsi yang sama. 

Persepsi rakyat terhadap ketidaktelusan PR berada di kemuncak ketika Teoh Beng Hock 'terkorban',yang membawa kepada terlepasnya pemimpin DAP dari siasatan SPRM.Rasuah atau korupsi yang berlaku di dalam PR turut tercermin daripada kemelut yang melanda pemilihan parti-parti di dalam pakatan itu.Pemilihan PKR sahaja menyaksikan aduan sejumlah 160 berkenaan manipulasi undi selain kejadian pergaduhan sehingga membawa kecederaan.Pemilihan DAP pula masih belum selesai walaupun hampir setahun berlalu.Manakala Muktamar PAS yang baru berlalu pula turut tercemar dengan tuduhan berlakunya manipulasi.Jika pemilihan parti sendiri juga tidak telus,apakah anda yakin yang PR akan bertindak telus dalam urusan pentadbiran negeri ??? Sudah tentulah jauh panggang dari api.Atas hakikat ini,mungkin satu-satunya cara untuk Malaysia memulihkan kedudukannya dengan pantas dalam indeks Transparency International ialah dengan mengembalikan kuasa kepada BN sepenuhnya.Apakah Kit Siang atau DAP sanggup berbuat demikian demi kebaikan negara ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANTARA #PAU2013 DAN #MUKTAMARPAS59 !!! MANA LAGI HEBAT ???

Posted: 07 Dec 2013 04:00 AM PST


Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur,Presiden parti,Datuk Seri Najib membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalah 'gelanggang' untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera,serta memperkasakan umat Islam.Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.Setiap tahun apabila bersidang,UMNO akan membentangkan pelbagai usul dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam.Malah apa yang lebih menarik,seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan Pas sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.Atas nama orang Melayu dan demi kepentingan Islam,pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli Pas.Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar Pas.

Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan ??? Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan ??? Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut ??? Sudah pasti tidak.Apa yang kita saksikan,Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan.Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang 'dimarahi' oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Begitu juga soal memartabatkan Islam,ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin Pas demi kepentingan politik mereka.Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.Bagi Pas,UMNO merosakkan Melayu,kepada Pas,UMNO mencemarkan Islam dan kepada Pas hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Tetapi persoalannya,apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh Pas di muktamar mereka ??? Apakah rancangan Pas untuk memarabatkan Islam ??? Apakah keuntungan yang Pas dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP ??? Ya,memang benar,saya akui Pas bukan parti memerintah,justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara.Namun sebagai sebuah parti politik,bukankah pas juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea,bukannya hanya tahu mengkritik,mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.saya yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. 

Bagaimanapun Pas tidak bersikap demikian,muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri,perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.Inilah bezanya Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO.Pas menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata,manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.Oleh itu,seperti mana kata Najib,pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul.Biarlah apa pun Pas hendak kata kerana yang menilai bukan orang Pas dan penyokong tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka.Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ISU PULAU BATU PUTEH !!! TUDUHAN PEMBANGKANG MELAMPAUI BATAS !!!

Posted: 07 Dec 2013 12:30 AM PST


Tuduhan pihak pembangkang melalui kenyataan media Edy Noor Reduan,Pengarah Propaganda,Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa Pulau Batu Puteh tergadai kerana rasuah wajar diberi perhatian serius.Memandangkan Edy bercakap atas kapasiti Pengarah Propaganda,maka kenyataan beliau dengan sendirinya bolehlah dianggap sebagai propaganda iaitu tidak semestinya benar dan hanya dibuat bagi menimbulkan kekecohan.Kenyataan beliau adalah bersandarkan sebuah Akuan Bersumpah oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM,Mat Zain Ibrahim.Menurut Akuan Bersumpah tersebut,Mat Zain menyatakan bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abd. Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).  

Kononnya,ia berlaku atas perlakuan rasuah melalui pemindahan wang dalam jumlah yang besar ke Hong Kong sejurus selepas Malaysia kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.Apa yang Edy tidak tahu ialah keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah bersifat menang- menang iaitu Malaysia telah mendapat Batu Tengah sementara Singapura mendapat Batu Puteh.Oleh itu,tidak logik sama sekali bagi sesiapa untuk menerima atau memberi rasuah dalam kes di mana kedua-dua pihak telah menang.Duta Malaysia ke Netherlands pada ketika kes berlangsung,iaitu Datuk Noor Farida Ariffin turut terkejut dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh pihak pembangkang dan menganggapnya sebagai tuduhan liar yang langsung tidak berasas dan dibuat oleh pihak yang tidak punya apa-apa pengetahuan mengenai kes tersebut. Beliau menyifatkan tuduhan Mohd Zain bahawa Malaysia telah menghantar gambar pulau yang salah sebagai antara faktor yang menyebabkan kekalahan tuntutan tersebut di mahkamah.   

Malah,Noor Farida juga menjelaskan bahawa Abdul Gani bukanlah pihak yang mengetuai kes itu di ICJ tetapi Tan Sri Abd. Kadir Mohamad,atas kapasiti Wisma Putra.Pasukan yang terlibat adalah terdiri dari semua jabatan kerajaan yang terlibat termasuk sekumpulan peguam dari luar negara selain Peguam Negara sendiri.Segala keputusan yang dibuat adalah secara berkumpulan dan hujah-hujah yang dikemukakan juga telah terlebih dahulu dipersetujui oleh semua.Justeru,tiada ruang bagi Abd. Gani atau sesiapa sahaja untuk terlibat di dalam rasuah dalam kes ini.Nampaknya,Edy dan Mohd Zain sendiri telah melampaui batas dalam berpropaganda.Fitnah seperti ini adalah keterlaluan,sekali gus membuktikan betapa SAMM tidak punya kredibiliti ataupun integriti dalam perjuangan.Mungkin Datuk Abd. Gani wajar 'mengajar' anak-anak muda ini agar lebih bertanggungjawab dalam membuat kenyataan di masa depan. Jika tidak,pastinya ada rakyat yang akan terpedaya dengan fitnah mereka yang keterlaluan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISU BANJIR !!! PENIPUAN OLEH FUZIAH SALLEH DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 06 Dec 2013 09:00 PM PST


kantoi sudah !!! penipuan fuziah salleh berkenaan isu banjir yang dicanang kononnya kerajaan tidak membantu rakyat didedahkan.sila lihat video di bawah.semua ini akan membuktikan siapa yang sebenarnya menipu dalam isu ini


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BUKTI WANITA DIBAWAH KEPIMPINAN DS @SHAHRIZATJALIL ADALAH TULANG BELAKANG UMNO DIDEDAHKAN !!!

Posted: 06 Dec 2013 06:00 PM PST


Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dalam ucapan dasarnya yang pertama setelah dipilih semula sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti tersebut bulan lepas,telah menyentuh pelbagai isu yang menjurus kepada agenda untuk memperkasa peranan Wanita dalam UMNO.Sementara Presiden UMNO,Datuk Seri Najib mengkhusus kepada agenda yang lebih besar,memperkasakan ekonomi Melayu,Shahrizat pula mengkhusus kepada pemerkasaan Wanita.Ucapan Shahrizat menyentuh semua aspek yang boleh dikaitkan dengan peranan Wanita dalam memperkasakan UMNO untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan. 

Antara lain,Shahrizat mengimbau semula peranan Wanita dalam membantu kejayaan UMNO dalam PRU13 yang lepas sehingga kita sekali lagi berjaya mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan dan 9 buah negeri.Mengisi bahagian awal ucapannya,Shahrizat menyatakan rasa kagumnya terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri mencatur strategi politik yang betul sehingga BN dan UMNO berjaya mengatasi halangan terbesar dalam PRU13 yang lepas. Shahrizat menyifatkan Najib sebagai seorang strategis hebat, yang mana kalau diibaratkan dalam keadaan yang biasa,seperti seorang Grandmaster dalam permainan catur.Pengiktirafan tertinggi ini diberikan Shahrizat kepada Najib,berikutan keupayaan beliau mengekalkan kuasa di Putrajaya disebalik asakan hebat dari parti-parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim yang telah memulakan kempen pilihanraya mereka sejak 2008 lagi,sedangkan Najib hanya bemula pada April 2009 sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. 

Selain itu,Shahrizat berterusan mendesak pihak kerajaan agar meningkatkan jumlah Wanita sebagai pembuat keputusan penting dalam kerajaan dan syarikat-syarikat yang dikuasainya.Sememangnya sejak mula mengambil alih jawatan dari Tan Sri Rafidah Aziz pada 2009,isu ini adalah antara agenda penting yang menjadi keutamaan Shahrizat.Memang banyak yang telah dilakukan kerajaan dalam memperkasakan peranan Wanita di peringkat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),tapi dengan bilangan wanita berpendidikan tinggi di negara kita yang semakin meningkat,Shahrizat punya banyak sebab untuk tidak berasa puas hati.Paling menarik,Shahrizat turut menggariskan matlamat untuk membawa Wanita menjadi jentera politik UMNO,bukan semata-mata jentera pilihanraya seperti yang semua sedia maklum.

Menjadi jentera politik bermaksud,penglibatan Wanita UMNO bukan lagi sebagai perayu undi atau yang seperti itu semata-mata,tapi lebih besar dan penting dari itu lagi.Jika matlamat Shahrizat ini tercapai, Wanita kini bukan lagi berperanan sebagai pihak pelaksana sahaja,tapi turut terlibat aktif dalam merangka strategi untuk memperkasakan politik UMNO di seluruh negara.Inilah yang dikatakan bahawa ucapan dasar Shahrizat ini bertujuan memperkasakan lagi Wanita UMNO sehingga ke satu tahap yang lebih tinggi dari sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BEKAS CALON PKR SAMAN HADI AWANG !!! AMIK UBAT !!!

Posted: 06 Dec 2013 04:00 PM PST


Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.Mohd. Shamsul,28,yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi. 

Plaintif ketika ditemui berkata,tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR,tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa,ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. 

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.Menurut plaintif,Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang. "Kawasan pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.Maka tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda," dakwa plaintif. 

Dakwanya lagi,tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.Perkara itu,dakwa beliau,memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak bermoral,tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti,bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk.Berikutan itu,plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.Selain ganti rugi,plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang berunsur fitnah terhadapnya.Dalam PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu,Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas,Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...