UMNO Online - “Siri Jelajah Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) Ke 14 Buah Negeri Bermula Pada 24 November Ini – Ahmad Maslan” plus 9 more |
- Siri Jelajah Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) Ke 14 Buah Negeri Bermula Pada 24 November Ini – Ahmad Maslan
- MT UMNO Setuju Profesional, NGO Sumbang Input Dalam Usul
- Selangor Opposition Leader Gets One Day Suspension For Causing Tension
- Backbencher Challenges City-Based Opposition Assemblymen To Try Rural Life
- Dasar Kaki Belit…. Anwar Terpaksa Buat Pusing 180 Darjah
- PAS Urges Govt To Reject Proposals That Contravene Federal Constitution
- Drama Terbaru Isu 40,000 Pengundi Bangladesh Sudah Dijangka
- UMNO Buat Penambahbaikan Untuk Media Dapat Buat Liputan Terbaik Perhimpunan Agung UMNO 2013
- Kerajaan Komited Sedia Pelbagai Kemudahan Bantu Pembangunan Usahawan – Najib
- Felda Yakin 20,000 Rumah PGBF Siap Setahun Lebih Awal
Posted: 22 Nov 2013 08:51 AM PST KUALA LUMPUR, 23 Nov – Siri Jelajah Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) anjuran Penerangan UMNO Malaysia akan menjelajah ke 14 buah negeri bagi menerangkan kepada rakyat berhubung tiga perkara utama iaitu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Bajet 2014 dan juga program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Ketuanya, Datuk Ahmad Maslan berkata, siri jelajah pertama akan bermula pada 24 November (Ahad) ini, bermula jam lapan pagi dan berakhir pada jam satu tengahari, bertempat di Auditorium Utama, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Menurut beliau, program tersebut dijangkakan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijangkakan turut hadir. "Seminar ini akan membincangkan tiga perkara utama. Yang pertama ialah kebaikan sistem cukai GST, yang keduanya tentang bajet 2014, iaitu mengenai seratus pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Dan yang ketiga ialah perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, susulan daripada pengumuman PM di Uitm baru-baru ini. "Tiga perkara itu merupakan usaha-usaha untuk memperkasakan ekonomi nasional terkini yang dibuat oleh Perdana Menteri," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Beliau seterusnya menjemput orang ramai, khususnya ketua-ketua NGO, Ketua-ketua agensi,pegawai-pegawai kanan, belia, pemimpin mahasiswa, yayasan, koperasi dan lain-lain, dan beliau menjangkakan lebih 1500 orangkan menghadiri seminar tersebut Ahad ini. "Seminar PENA ini juga akan diteruskan di peringkat negeri-negeri untuk membuat penjelasan tiga perkara utama itu dan jelajah PENA ini dijangkakan akan selesai menjelajah 14 buah negeri menjelang bulan Februari tahun hadapan,"ujarnya. Seminar yang julung-julung kali ini diadakan ini turut menyediakan makan tengahari bagi para peserta yang hadir. |
MT UMNO Setuju Profesional, NGO Sumbang Input Dalam Usul Posted: 22 Nov 2013 05:46 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dalam usaha menjadikan UMNO lebih inklusif, Majlis Tertinggi (MT) UMNO bersetuju agar golongan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan Melayu memberi input dalam usul yang akan dibentang pada perhimpunan agung parti itu bulan depan. Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dipersetujui oleh MT dalam mesyuaratnya semalam. “NGO-NGO dan pihak-pihak yang ingin bersama-sama dengan kita, boleh kita sediakan ruang, peluang dan platform melalui mesyuarat meja bulat dan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan input bagi setiap kluster usul. “Ia bagi memastikan usul dapat disediakan dengan lebih inklusif,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan berkata perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO itu kelak menjurus kepada keperluan dan tuntutan serta kebimbangan orang Melayu dan umat Islam, bukan sekadar tuntutan anggota UMNO semata-mata. “Orang di luar sana ingin melihat UMNO perjuangkan perkara-perkara yang dekat dengan hati, jiwa dan sanubari mereka dalam konteks ekonomi, pendidikan dan agama,” kata Hishammuddin. Beliau turut meminta Setiausaha Badan Perhubungan Negeri memberikan input serta senarai jurucakap bagi tiga usul iaitu ekonomi, agama dan pendidikan yang akan dibincangkan semasa perhimpunan agung parti itu 2 hingga 7 Dis. |
Selangor Opposition Leader Gets One Day Suspension For Causing Tension Posted: 22 Nov 2013 04:53 AM PST SHAH ALAM, Nov 22 – Selangor opposition leader Datuk Mohd Shamsuddin Lias was today suspended from attending the state assembly for one day for causing tension during debate on the 2014 budget. Deputy Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad made the decision under Article 44 (2) of the Standing Order after Mohd Shamsuddin refused to stop talking about the housing woes of Kota Damansara residents. Mohd Shamsuddin (BN-Sungai Burong) was defending Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) who said increased rental of low-cost (PPR) flats from June had caused much hardship to residents. Halimaton claimed that increased rental from RM124 to RM250 had affected persons with disabilities (OKU), the elderly and single mothers. Chairman of Tourism, Consumer Affairs and Environment Committee, Elizabeth Wong then asked Halimaton to retract her statement under Article 36 (6) of the Standing Order. She said the state government had already explained that the increased rental for the PPR flats was made by the Barisan Nasional (BN) state government in 2007. “This was already explained at the last assembly sitting. The statement was made in bad faith.” Halimaton then retracted her statement on the the rental rate increase for the PPR flats. Meanwhile, Mohd Shamsuddin told reporters in the assembly lobby that he did not intend to insult or contravene the Standing Order. “We just want the state government to hear points raised in the assembly especially on the issue of PPR rental increase as it involves the people’s interest.” |
Backbencher Challenges City-Based Opposition Assemblymen To Try Rural Life Posted: 22 Nov 2013 03:48 AM PST KUCHING, Nov 22 - A government backbencher today challenged the opposition assemblymen to leave their cosy city life and spend ample time to live together with the Penans or other ethnic settlements in rural Sarawak. Dennis Ngau (BN-Telang Usan) said by doing so, the opposition would be able to know the actual needs and situation of the rural people in the state who still needed a lot of development. “I urge you all to go and stay with my people and experience the life we go through before making any statement,” he said when debating on the State Budget at the State Assembly here. He said the Baram district, where his constituency is located, had been in the limelight due to the government’s plan to implement a hydroelectric project there but this was strongly objected to by the opposition. According to him, the opposition had all the while pretended to show concern towards the rural people and told the world that they should not be disturbed and to be left as what they were now. Ngau said the opposition had been instigating the rural people in his area to resist the dam project development by stirring fear that they would lose the good life that they currently enjoyed. “On the contrary, there are more people who are ready to accept this project as they see this as a great opportunity for a much better life as compared to what they have now,” he said. He also expressed concern over the recent move by the opposition and certain non-governmental organisations (NGOs) to lure a few Penans from Sarawak to demonstrate in Kuala Lumpur against the dam project. |
Dasar Kaki Belit…. Anwar Terpaksa Buat Pusing 180 Darjah Posted: 22 Nov 2013 03:33 AM PST Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa 'pusing 180 darjah' dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno. Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal. Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya. Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi. Straits Times Singapore Telegraph, UK http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968 China Post http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm The Economist http://www.economist.com/node/21577375/comments Korean Press http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread= Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia). “Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan. Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah. Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu. Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini. Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal. Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat. “Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah ‘gila’ dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional,” jelasnya. Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas. “Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau),” katanya sebelum ini. Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan. “Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, " katanya. Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang. SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut. Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar. Mr Beruang Biru |
PAS Urges Govt To Reject Proposals That Contravene Federal Constitution Posted: 22 Nov 2013 03:05 AM PST SHAH ALAM, Nov 22 - PAS has urged the government to reject proposals that contravene the Federal Constitution, especially that regarding the position of Islam in this country. Its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang said this will help prevent the people from engaging in a free and perverse lifestyle. “In reference to the United Nations Human Rights Council (UNHRC) Universal Periodic Review (UPR), PAS urges the government to refrain from signing any agreement contrary to Islam,” he said in his keynote address when opening the 59th PAS Congress, here today. Abdul Hadi said PAS would continue to defend Islam as the official religion of the federation and items enshrined in the constitution from being threatened by any party. Muslims were shocked by several issues related to Islam raised by a coalition of non-governmental organisations (NGOs) who sent a report to the UN to lobby other countries to pressure Malaysia to accept their demands. Among their demands are to legalise LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender), abolish Malay privileges and interpret racism according to secular liberalism of the West. They also demanded the abolition of Syariah criminal offences such as close proximity and adultery, that Catholic Christians in Malaysia refer ‘God’ as ‘Allah’, freedom of religion and parents who converted to Islam are not given the right to childcare. Abdul Hadi said the religion based on the Quran, the Sunnah and views of the ulama (scholars) should not be bandied about like merchandise. Also raised is the Goods and Services Tax (GST) which PAS rejected citing it would adversely impact the people’s savings, shrink disposable income and weaken purchasing power. He said that Islam has its own taxation system compared to the modern taxation system and this is what the party plans to introduce. “In Islam, taxation is only imposed on something that brings profits and returns to the people, not based on needs and transactions.” Tabling 2014 Budget in Sept, the government announced it will implement GST of 6 percent from April 2015 as replacement for the Sales and Services Tax (SST). |
Drama Terbaru Isu 40,000 Pengundi Bangladesh Sudah Dijangka Posted: 22 Nov 2013 01:41 AM PST KUALA LUMPUR 22 Nov – Drama terbaru dan nada yang menghairankan tentang pembabitan 40,000 warga asing yang didakwa terlibat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini kembali menjadi topik perbualan umum. Isu berkenaan yang cukup hebat dimanipulasi oleh pembangkang selepas PRU-13 kini secara tiba-tiba berubah wajah dan menimbulkan seribu satu persoalan mengenainya, dan bagi Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, drama tersebut tidak menghairankan. Menurut beliau itu adalah taktik pemimpin pembangkang yang mana jika sesuatu isu dan perkara itu memihak kepada mereka, perkara berkenaan akan berterusan dimanipulasi sebaik mungkin. "Saya sedikit pun tidak hairan dengan perubahan sikap pemimpin pembangkang mengenainya kerana inilah cara dan sikap digunakan oleh pimpinan pembangkang. Jika sesuatu isu yang mereka bawa mendapat reaksi positif rakyat kepada parti mereka, maka mereka akan mengiyakan. "Jika sebaliknya mendapat reaksi negatif daripada rakyat mereka sendiri akan menafikan. Dalam soal ini ianya berjaya dibuktikan oleh SPR dan kerajaan bahawa perkara itu tidak benar, maka mereka mengalihkannya pula dengan membawa cerita baru," katanya kepada UMNO-online, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menyeru rakyat agar berfikir dengan matang serta menjadikan perkara tersbeut sebagai ukuran terhadap pimpinan pembangkang. Katanya selepas pembohongan mengenai 16 September dan sebagainya lagi, ianya adalah ukuran terbaik bagaimana pemimpin pembangkang akan memanipulasi demi kepentingan politik mereka. "Inilah sikap mereka sama seperti peristiwa 16 September dan isu-isu lain. Yang penting rakyat kena menilai cara dan pendekatan yang digunakan dan tidak mudah terpengaruh dengan kaedah yang memang sebenarnya akan merosakkan negara jika kita mudah terpengaruh. "Apa pun rakyat kena fikir dengan matang kerana apa yang disebut oleh mereka tidak betul dan jangan mudah terpengaruh. Yang penting kita perlu dapatkan sumber berita yang sahih dan sebetulnya," katanya Sebelum ini, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu. -MediaUMNO |
UMNO Buat Penambahbaikan Untuk Media Dapat Buat Liputan Terbaik Perhimpunan Agung UMNO 2013 Posted: 22 Nov 2013 01:40 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov – Demi memastikan semua agensi media dalam dan luar negara dapat membuat liputan yang terbaik pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 7 Disember ini, maka segala penambahbaikkan telah dilakukan berdasarkan kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan perhimpunan tahun lalu. Dalam taklimat kepada media, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata segala penambahbaikkan yang dirasakan sesuai telah dilakukan agar segala urusan membuat liputan dapat berjalan lancar. Jika sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO akan dimulakan dengan Forum Antarabangsa tetapi kali ini ianya akan bermula dengan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional pada 24 November ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas itu, Forum Antarabangsa pula akan berlangsung bermula 2 hingga 3 Disember. Forum kali ini bakal menyaksikan buat pertama kalinya penyertaan daripada Presiden Palestin dan juga Kedutaan Amerika Syarikat. "Ini adalah satu penghormatan buat kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Pentadbiran Najib diiktiraf dunia kerana ini ramai yang berminat untuk menghadiri Forum Antarabangsa ini. "Forum ini juga adalah satu landasan untuk bertukar-tukar pandangan khususnya tentang permasalahan di perringkat antarabangsa," jelasnya dalam sesi taklimat kepada media di PWTC hari ini. Berikut adalah jadual sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013: Seminar pemerkasaan Ekonomi Nasional Sidang media Perhimpunan Agung UMNO 2013 oleh Setiausaha Agung UMNO Forum Antarabangsa Majlis taklimat Presiden Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO 2013 Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Perhimpunan Agung UMNO 2013 |
Kerajaan Komited Sedia Pelbagai Kemudahan Bantu Pembangunan Usahawan – Najib Posted: 22 Nov 2013 01:36 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov – Kerajaan sentiasa komited menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu pembangunan usahawan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai seorang pemimpin, beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan usahawan dan inisiatif basmi kemiskinan bersifat menyeluruh untuk semua. “Saya difahamkan, lebih 12,000 usahawan kaum India telah pun menerima pinjaman daripada Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga), bernilai RM153.9 juta, untuk dimanfaatkan dalam usaha pembangunan usahawan, setakat Oktober tahun ini,” kata Najib dalam entri terbaru laman sosial Facebook beliau hari ini. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata selain bantuan Tekun, sebanyak 7,714 orang menerima pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM47.5 juta bagi tempoh sama. “Kerajaan sentiasa prihatin kepada masyarakat India di negara ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif untuk membantu mereka terutamanya golongan miskin,” katanya. |
Felda Yakin 20,000 Rumah PGBF Siap Setahun Lebih Awal Posted: 22 Nov 2013 01:16 AM PST KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yakin pembinaan 20,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun, iaitu setahun lebih awal daripada yang disasarkan. Katanya setakat ini sebanyak 9,954 unit sudah diluluskan atau dalam pembinaan di kawasan tanah rancangan Felda di seluruh negara. “Kita yakin projek ini akan berjalan lebih laju dan dapat mencapai sasaran dalam tempoh empat tahun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Terdahulu beliau menghadiri majlis penutupan Konvensyen Generasi Felda 2013 yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. Pembinaan 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013. Ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat pengurusan Felda bersama Najib semalam, Mohd Isa berkata antara lain Perdana Menteri meminta supaya bilangan rumah PGBF ditambah. Sementara itu, Razali dalam sidang media sama memberitahu beliau akan menyerahkan resolusi yang diterimanya daripada konvensyen berkenaan kepada Perdana Menteri. Konvensyen dua hari berkenaan disertai oleh 1,300 peserta terdiri daripada wakil peneroka, Majlis Belia Felda dan pegawai seranta. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment