BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! PENGUDI HANTU !!! BUKTI ANWAR IBRAHIM CUBA BERMAIN DENGAN ISU TEKNIKAL DIDEDAHKAN !!!

Posted: 22 Nov 2013 07:30 AM PST


Bayangkanlah apa perasaan penyokong-penyokong Anwar ketika ini setelah berhempas pulas,bertekak dan bergaduh sehingga tidak bertegur sapa dengan rakan dan jiran yang menyokong BN dalam PRU-13 lalu kerana percaya bahawa BN membawa lebih 40,000 pengundi hantu,tiba-tiba Anwar menafikan pula kisah yang dicanangnya sendiri.saya dapat membayangkan perasaan yang sama di kalangan mereka yang sanggup berkhemah dan berbaring di dalam jerebu semata-mata untuk menghalang majlis angkat sumpah,tetapi sudahnya Anwar mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dengan penuh ceria dan bangga.Bagaimanapun,tidak mustahil penyokong-penyokong Anwar adalah terdiri dari mereka-mereka yang buta tuli dan tidak merasa apa-apa.Tidak mustahil sebaik Anwar menyatakan beliau tidak pernah menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh,maka secara otomatik juga otak penyokong-penyokongnya akan memadamkan sebarang maklumat mengenai perkara itu yang diterima mereka dari Anwar.Namun,mungkin Anwar hanya ingin bermain sandiwara, mencuba-cuba taktik baru untuk membeli masa dan juga sedikit publisiti.Ini kerana,logiknya,tidak mungkin Anwar berani menafikan tuduhannya yang begitu jelas dan telah disiar di dalam media rasmi PKR dan juga blog peribadinya : 

 (Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching,Kota Kinabalu,Sandakan,Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas. "Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari.Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei dan bermula 25 April lalu. Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.)

- Keadilandaily 2 Mei 2013 


(We also received information that these flights were made at the instruction of the Prime Minister's Department and made through a letter signed by a minister. The facts that we have established so far are: The number of these flights, as many as 16 per day from East Malaysia primarily departing from Kuching and Kota Kinabalu as well as Sandakan, Miri and Sibu, with some flights using jumbo jets. The number of charter flights per day is more than even the number of charter flights during the Haj season. Based on our calculations, as many as 4,500 people are being transported via the in-bound flights into KLIA each day. This has been taking place each day with the exception of May 1st, since April 25th. This means at least 40,500 dubious individuals have and are still entering via this method of chartered flights via KLIA. This does not include foreign nationals who are being moved through land routes and seaports or other airport facilities such as LCCT. The points of arrival of these flights have been KLIA Sepang as well as Bayan Lepas and Senai. We also have information that military aircraft (C130 Hercules) are being used to bring in these phantom voters to land in smaller airports such as Batu Berendam and Ipoh.)

– Anwar Ibrahim Blog 2 Mei 2013 


Dalam tuduhan Anwar di atas,beliau bukan sahaja menyatakan BN membawa masuk orang luar untuk mengundi, tetapi siap dengan cara kemasukan dan butiran serta tempoh penerbangan.Apa yang tidak dapat dibentangkan oleh Anwar hanyalah nama setiap seorang dan di mana mereka berada pada hari ini. Namun,apa yang pembaca mungkin terlepas pandang ialah Anwar hanya memainkan isu teknikal.Hakikatnya,penafian Anwar benar iaitu beliau tidak menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, tetapi hanya menuduh BN membawa pengundi dari luar tanpa menyatakan warganegara mana.Yang membayangkan yang pengundi itu dari Bangladesh adalah media massa milik pembangkang termasuk laman-laman sosial dan juga penyokong-penyokong pembangkang di pusat pengundian.Ini dilakukan dengan menyiarkan gambar warga Bangladesh sedang beratur di lapangan terbang dan juga memprovokasi mereka yang 'berwajah' Bangladesh di pusat-pusat pengundian sebelum menyebarkannya di media sosial.Justeru,kita harus berhati-hati dengan Anwar yang amat gemar bermain dengan strategi teknikal.Apa yang Anwar lakukan pada PRU-13 lalu hanyalah untuk mencetuskan kekecohan dan seboleh-bolehnya ketegangan dan huru-hara yang besar sehingga dapat menjatuhkan kerajaan dan beliau boleh dikatakan berjaya untuk membuat kecoh sebentar sahaja. Kini semuanya sudah reda dan beliau juga sudah semakin tenggelam dan Anwar perlu mencari strategi baru untuk kembali duduk di dada akhbar. 

Untuk itu,beliau nampaknya sudah berjaya juga,di mana hampir semua akhbar dan media sosial sedang memperkatakan tentang 'U-turn' yang dibuatnya.Bagaimanapun,akhirnya, yang bakal menentukan menang-kalah Anwar-BN dalam isu U-turn ini hanyalah perkataan 'Bangladesh'.Oleh itu,apa yang penulis ingin katakan ialah,Anwar Ibrahim tidak perlu dilayan.Tutup sahaja buku mengenai beliau dan juga pembangkang dan tumpukan kepada isu penting berkenaan mewujudkan projek untuk meningkatkan pendapatan negara agar tidak perlu lagi menekan golongan bawahan melalui pemotongan subsidi mahupun membebankan golongan sederhana dengan cara meningkatkan cukai pendapatan.saya percaya,sepertimana penyokong Anwar di era pemecatannya akhirnya kembali ke pangkal BN,penyokongnya hari ini juga sudah semakin menyedari akan tipudayanya dan mula meninggalkannya.Apa yang kita perlu lakukan adalah membijaksanakan BN bagi melonjakkan keyakinan rakyat. 

Bercakap mengenai 'kebijaksanaan',sebenarnya ada perkara yang jauh lebih besar dari tipudaya Anwar Ibrahim dalam episod pengundi hantu ini iaitu,kelicikan DAP.Sedarkah kita bahawa dalam kekecohan dalam mencari pengundi hantu 'berwajah' Bangladesh,semua pihak telah 'dipaksa' untuk terlepas pandang akan kemungkinan wujudnya pengundi hantu 'berwajah' Cina ??? Ingatlah bahawa lonjakan jumlah undi majoriti di kawasan Cina adalah melampau-lampau yang tidak mustahil berkaitan dengan 'kehilangan' ribuan pelancong Cina di negara ini.Apa yang lebih meragukan ialah hampir setiap kekecohan yang timbul berkenaan pengundi hantu Bangladesh di pusat pengundian,dimulakan oleh orang-orang Cina.Orang-orang Cina jugalah yang begitu giat memainkan isu ini di laman-laman sosial melalui gerakan Red Bean Army.Penyokong pembangkang,orang-orang Melayu dan India pula hanya menyambutnya dan turut memperbesarkannya.Jika apa yang diragui ini benar,maka semakin jelaslah bahawa Anwar Ibrahim juga adalah tidak lebih dari alat kepada DAP untuk menutup strategi sebenar dalam usaha melonjakkan undi parti rasis Cina itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PEKIDA PATUT SAMAN FREE MALAYSIA TODAY !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Nov 2013 04:00 AM PST


Portal pro-pembangkang,Free Malaysia Today (FMT) sejak kebelakangan ini begitu hebat 'menyerang' kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang disifatkan sebagai kumpulan gangster.Malah melalui laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut,pelbagai soalan 'cepu emas' dibangkitkan seolah-olah ingin mewujudkan persepsi masyarakat kononnya pertubuhan itu kebal dari undang-undang dan terlibat dengan pelbagai siri jenayah seperti pau, kongsi gelap dan sebagainya.Dari satu sudut,mereka dilihat kononnya ingin membersihkan nama Pekida,namun dari satu sudut pula mereka seakan-akan menyerang NGO tersebut tanpa disedari.Lihat sahaja komen-komen yang diberikan oleh pembaca artikel yang dikeluarkan, seolah-olah langsung tidak terkesan dengan penerangan yang diberikan oleh wakil-wakil pimpinan Pekida.Nampaknya pembangkang telah mula melakukan satu serangan gerak saraf dengan menumpukan kepada mana-mana institusi, pertubuhan dan aktiviti yang melibatkan Islam, Melayu dan Raja.Malah untuk mewujudkan persepsi yang menyeluruh mereka turut dilihat menggunakan media an portal tertentu termasuk menggunakan warga asing yang berselindung atas nama kajian,laporan dan sebagainya Contohnya,seorang warga Perancis,Sophire Lemiere baru-baru ini mendakwa hasil kajiannya yang dijalankan mendapati Pekida atau Tiga Line adalah merupakan satu rangkaian militan politik yang ditubuhkan bagi menghalalkan aktiviti tertentu. 

Malah dia turut menyifatkan simbol logo pertubuhan tersebut yang berwarna merah merujuk kepada darah, kuning bermaksud Raja-Raja Melayu dan hijau bagi melambangkan agama Islam.Sophire juga turut mengatakan objektif utama penubuhan NGO itu adalah untuk mendapatkan kuasa,wang dan keuntungan.Natijahnya,mereka yang tidak dapat melihat 'gerakan perang saraf' ini merasakan apa yang dilaporkan adalah benar.Sedangkan pada hakikatnya semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Pekida adalah merupakan persepsi,andaian dan sangkaan semata-mata.Menurut Penasihat Pekida,Wilayah Persekutuan,Datuk Paduka Hamzah Daud Pekida adalah merupakan satu kumpulan berdaftar yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi.Malah sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida,seseorang individu itu perlu melakukan sumpah bai'ah (ikrar taat setia) untuk menjaga adat,keturunan,budaya,agama,bangsa dan negara.Manakala gelaran 'Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran,membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama. 

Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong,Pahang,pertubuhan itu turut membantu menyelamatkan anak-anak Melayu daripada terus hanyut ke dalam kesesatan.Semua ahli digerakan secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau elaun.Beliau turut menegaskan Pekida tidak mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa.Kesimpulannya,Pekida seharusnya memandang serius akan perkara ini,demi untuk membersihkan nama pertubuhan itu dari terus dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan sebagainya.Pihak editorial FMT juga perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka yang semakin mengeruh keadaan dengan mewujudkan persepsi buruk masyarakat.Atau apakah ia sebenarnya merupakan satu gerakan terancang untuk menyerang dan melemahkan orang Melayu sekali gus institusi Raja-Raja ??? Hanya sekadar renungan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENGUDI HANTU BANGLA DAN PM @NAJIBRAZAK !!! ANWAR IBRAHIM TERPAKSA PUSING 180 DARJAH !!!

Posted: 22 Nov 2013 01:00 AM PST


Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut,Anwar akhirnya terpaksa 'pusing 180 darjah' dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.Anwar juga dilaporkan berkata,bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini.Tidak cukup dengan itu,laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya. 

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi. 

Straits Times Singapore 

Telegraph, UK 


China Post 

The Economist 

Korean Press 

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan,pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia)."Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat.Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.Semalam media arus perdana melaporkan,Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.Datuk Seri Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu,pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini. 

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.Beliau berkata,adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat."Bagi saya,pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.Paling menarik,Pemikir Strategi DAP,Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas. 

"Setakat yang saya tahu,tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik.Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan."Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, " katanya.Kesimpulannya,SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang. SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu.SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #MUKTAMARPAS59 !!! PAS PUNCA UTAMA MASYARAKAT SEMAKIN MENJAUHKAN ISLAM !!!

Posted: 21 Nov 2013 10:00 PM PST


Mungkin kerana panik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib yang mengakui parti itu masih gagal mendidik DAP dan Pengerusinya,Karpal Singh dengan Islam,Ketua Dewan Muslimat Pas,Siti Zailah Mohd Yusof dengan segera mengalihkan kesalahan tersebut kepada Umno.Dia mendakwa kononnya Umno adalah punca masyarakat Melayu dan bukan Melayu menjauhkan diri daripada Islam.Sedangkan pada hakikatnya dia terlupa bahawa parti itu yang sering 'menjual' dan menggunakan agama untuk kepentingan politik.Malah sekiranya diteliti,masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri adalah disebabkan sikap bermuka-muka para pemimpin parti itu yang sering menukar kenyataan dan pendirian mereka setiap kali mengadakan ceramah. Sebagai contoh, apabila bercakap di hadapan masyarakat Melayu kampung,mereka mengatakan ingin memperjuangkan undang-undang Islam atau hudud, namun apabila bercakap di hadapan masyarakat Cina dan India mereka mengatakan berkata yang sebaliknya dan hanya ingin memperjuangkan negara berkebajikan. 

Paling menarik apabila Zailah mengatakan kononnya parti itu melalui kerjasama politik dalam Pakatan mempunyai ruang dakwah yang begitu luas bukan sahaja terhad kepada bangsa Melayu,tetapi juga memberi kefahaman berhubung Islam yang bukan Melayu dan beragama lain selain Islam.Sedangkan persoalannya ialah, sekiranya betul mereka mempunyai ruang yang cukup luas untuk berdakwah mengapakah Karpal Singh sebelum ini meminta agar parti itu dibubarkan kerana dianggap berbahaya kepada masyarakat ??? Itu belum lagi diambil kira pendirian parti itu yang bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible bahasa Melayu sehinggakan ia mendapat bantahan dari kalangan ahli dan penyokong Pas sendiri ??? Sedangkan dalam isu ini, ia secara jelas mempunyai maksud yang tersirat dan dikhuatiri akan meningkatkan gejala Murtad di kalangan orang Islam. Namun isu sebenarnya ialah, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan 'kalimah ALLAH untuk semua' ??? Mereka berdalilkan firman Allah

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (kaum musyrikin Jahiliyah) siapakah yang telah mencipta langit dan bumi mereka akan berkata Allah." (Luqman: 25) Di sini perlu difahami bahawa masyarakat Arab Jahiliyah dulu masih mengenali Allah sesuai dengan RububiyahNYA ; mereka percaya Allah adalah Pencipta seluruh alam, Pengatur dan Pentadbir serta Pemberi rezeki dan yang menurunkan hujan.Yang menjadikan mereka tidak beriman adalah kerana menolak tauhid Uluhiyah ; yakni menyekutukan Allah dalam ibadah,di samping mereka meminta pada Allah mereka turut menyeru dan bergantung pada selain Allah. Mereka juga enggan bersaksi kerasulan Muhammad SAW.Pemahaman masyarakat Kristian hari ini tidak meletakkan maksud kalimah Allah pada tempat yang benar,malah meletakkannya pada kedudukan makhluk.Mereka tidak beriman pada Tauhid Rububiyah,jauh sekali pada Uluhiyah dan Asma wa SifatNYA.Persoalannya ialah,sekiranya kalimah Allah pun gagal dipertahankan oleh Pas disebabkan desakan dan takut hilang sokongan.bagaimanakah masyarakat bukan Islam ingin menghormati Islam yang menjadi agama rasmi di dalam negara ini ??? Hujah paling mudah,sekiranya parti Islam pun sanggup gadaikan kalimah Allah,maka apa perlunya orang bukan Islam datang untuk memahami ajaran tersebut ??? 

Kesimpulannya,Pas adalah punca sebenar masyarakat bukan Islam semakin menjauhkan diri dengan Islam. Ini kerana demi kuasa dan pengaruh politik mereka sanggup menggadaikan apa sahaja walaupun terpaksa mencalarkan imej Islam itu sendiri.Maka kita tidak perlu mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh DAP atau PKR terhadap Pas.Kalau diulangi pun ia tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada perjalanan politik Pas.Ia memandangkan apa pun berlaku,biarlah maruah mereka 'dipijak' sekali pun,Pas ingin terus kekal atas nama tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR.Bagi Pas,tidak apa kalau martabat dan maruah mereka dilihat diperlekeh atau perlekehkan oleh kedua-dua parti itu, tetapi jangan Barisan Nasional (BN) atau UMNO yang melakukannya.Jika UMNO mengkritik atau menegur Pas berhubung sesuatu isu termasuklah berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu,sudah pasti parti itu akan 'diserang' habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Muslimat.Bagi pemimpin-pemimpin Pas,apa pun PKR dan DAP hendak kata tentang mereka tidak apa kerana itu sekutu politik mereka,sahabat satu selimut biarpun mimpi lain-lain dan teman sekapal biarpun haluan berbeza.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #MUKTAMARPAS59 !!! APA KAITAN PEREMPUAN INDIA MASUK DEWAN ??? KATA PARTI ISLAM ???

Posted: 21 Nov 2013 06:03 PM PST


apa cerita ni ??? apa kaitan perempuan india ni ??? cuba bagitahu saya.saya betul-betul tak tahu ni.adakah perempuan ini india muslim atau saja nak tayang muka atau...malas nak ulas panjang-panjang.faham-fahamlah puak pembangkang ni.kang silap haribulan UMNO juga disalahkan kononnya spin.padahal nak bertanya jerrr !!!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KERANA RUMAH DI SELANGOR TINGGI !!! RAKYAT HIDUP MERANA !!!

Posted: 21 Nov 2013 04:00 PM PST


bukan rahsia harga rumah di Selangor sudah masuk tahap tidak masuk akal dari segala segi.Sebab itulah agaknya kenapa banyak yang digebangkan pembangkang mengenai kebajikan rakyat yang kononnya tidak dilaksanakan kerajaan persekutuan, mereka sendiri gagal memastikan harga rumah yang sebahagian besarnya berada di bawah kawalan kerajaan negeri.Mungkin ramai tidak tahu,harga rumah melambung tinggi di Selangor adalah disebabkan tindakan kerajaan negeri sendiri yang mengenakan caj tambahan 30% dari setiap rumah yang disiapkan pemaju di Selangor disiapkan,jual tak jual belum tahu.Caj tambahan ini dikenali sebagai caj pemajuan yang kemudiannya akan dibebankan kepada pembeli aka rakyatlah tu.Bermaksud, jika pemaju membina harga rumah yang sepatutnya berharga RM 100,000,harga rumah tersebut akan dijual sebanyak RM 130,000 kerana pemaju perlu membayar caj tambahan yang dikenakan kerajaan negeri bagi setiap transaksi penjualan rumah.itu kalau RM 100,000,mana ada rumah pada harga itu lagi dah di Selangor hari ini.Harga itu pula tidak termasuk caj-caj tambahan seperti yuran guaman dan lain-lain yang biasa dalam urus niaga beli rumah.Bila diperkenalkan caj baru ini kita tidak pastilah,tapi yang pasti ia dibuat secara senyap-senyap atau kalau ada diumumkan sekali pun,dengan menggunakan bahasa Melayu peringkat tinggi yang berselirat birat supaya orang lambat tangkap. 

Pedulikanlah tu, yang penting, adakah ini yang Khalid maksudkan sebagai membantu rakyat ??? Itu hari bukan main lagi pembangkang sebut kerajaan pusat jangan berniaga dengan rakyat bila skim GST diperkenalkan pada April 2015,rupa-rupanya pembangkang sendiri menekan rakyat dengan caj tidak masuk akal untuk membeli rumah ??? Tak hairanlah sekarang kenapa harga rumah di Selangor makin lama makin mahal, rupa-rupanya kerajaan negeri juga ada saham.Kalau ada tidak sedar,saya nak sebutkan disini bahawa semua ini tidak berlaku pada zaman BN memerintah.Pada zaman BN,jangan kata caj tambahan 30%, kerajaan negeri juga akan menjual tanah pada harga istimewa kepada pemaju perumahan yang ingin membina rumah untuk rakyat.Berbanding dengan sekarang dimana harga tanah dijual pada harga pasaran.Jual tanah pada harga pasaran,kos bina rumah lagi,sekarang campur pulak dengan caj pemajuan 30% kerajaan negeri,ini semualah resepi yang menyebabkan harga rumah tinggi. Macam mana masalah setinggan nak selesai di Selangor kalau masalah macam ini berterusan membelenggu penduduk disitu ??? Sementara kerajaan negeri dan Khalid sendiri berbangga dengan rizab kerajaan negeri yang kononnya meningkat kepada RM 2.7 billion,rakyat menderita dan hilang harapan nak membeli rumah di negeri tersebut. 

Keadaan ini bukan berlaku di Selangor sahaja,malah di sebuah negeri lagi yang diperintah Pakatan pembangkang,Pulau Pinang.Di negeri itu pun masalah kenaikan harga rumah yang serius berlaku di sana sini sehingga terdapat sebilangan rakyat negeri tersebut, terutama dari kalangan generasi muda,terpaksa berhijrah keluar dari negeri tersebut untuk membeli rumah yang lebih munasabah harganya.Dengar cerita yang 'rajin' membeli rumah di Pulau Pinang adalah orang luar,dari Singapura terutamanya dah nama pun DAP.Jadi entah macam manalah agaknya pembangkang nak melaksanakan segala janji bulan bintang dalam PRU13 yang lepas kalau perkara macam ini pun berlaku di negeri-negeri yang mereka perintah ??? Nasib baiklah Tuhan pun tak izinkan puak-puak ini menang,kalau tidak pasti lebih ramai rakyat negara ini yang duduk di rumah setinggan atau bawah jambatan dek kesukaran nak mendapatkan rumah sendiri

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...