Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Terserlah Kebodohan Pas Bila di Muktamar!!

Posted: 22 Nov 2013 08:06 AM PST


KERJA parti PAS menyalahkan orang lain dan juga memperlekehkan sesetengah pihak memang sudah menjadi budaya dalam darah ahli dan pemimpin mereka agaknya?

Asal semuanya yang berlaku biarpun disebabkan kelalaian atau angkara ahli parti itu sendiri pasti BN dan UMNO yang mereka akan persalahkan.

Biasanya kalau selalu persalahkan orang lain biarpun sebenarnya salah sendiri, Allah akan balas biasanya di dunia ini pun.

Itulah yang terjadi pada pemilihan PAS hari ini dalam Muktamar Pas yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam hari ini.


Memetik tweet Agenda Daily, dengar cerita lebih 1,000 anggota perwakilan terpaksa mengundi semula bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada sesi pemilihan hari ini.
"MALU – PAS perlekeh SPR kendali PRU libat jutaan orang, malu besar selepas 1,129 orang perwakilan kena undi balik AJK PAS Pusat sebab silap kertas undi.

"Proses mengundi pemilihan Timbalan dan Naib Presiden PAS bagaimanapun diteruskan, penangguhan itu hanya libat jawatan AJK PAS Pusat," menurut tweet Agenda Daily.

Itulah.. cakap orang pandai sangat kan diri sendiri dah kena. PAS dengan DAP sama sahaja, tak pandai uruskan pemilihan walaupun perwakilan tak sampai 5,000 orang.
UMNO uruskan pemilihan libatkan 450,000 orang. Cool jer…

Ini laporan HARAKAH DAILY mengenai penangguhan berkenaan yang tidak menyebut langsung punca penangguhan itu.

Proses pembuangan undi bagi pemilihan kepimpinan PAS sesi 2013-2015 bermula jam 4.00 petang tadi selepas sesi taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi.

Bagaimanapun pengundian petang ini hanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS.

Sementara bagi pemilihan 12 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang sepatutnya diadakan petang ini ditangguhkan esok bermula jam 8.15 pagi.
Pengundian dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Petang ini, perwakilan dewan-dewan dari Negeri Selangor, Melaka dan Perlis membuang undi pada jam 4.30 petang.

Perwakilan Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang pada jam 5.30 petang.
Perwakilan Perak, Kelantan, Terengganu pada jam 6.00 petang manakala perwakilan Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pada jam 6.30 petang.

Menurut Asmuni juga, keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya petang esok.
Bagi jawatan timbalan, ketua dan naib presiden, pengiraannya akan dibuat malam ini namun akan diumumkan bersekali dengan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.
Seramai 1,129 perwakilan membuang undi. – mynewshub.my

HOT! Menarik Mengenai Kerajaan Kedah Yang Patut Semua Orang Tahu! #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah

Posted: 22 Nov 2013 05:12 AM PST



Mc rasa ramai orang tak tahu disebalik belanjawan Kedah yang dibentang baru-baru ini. Selain daripada media konvesional yang menghebohkannya. Para blogger jalanan macam kami cuba untuk membantu kerajaan negeri menyebarkan maklumat dan berita baik ini pada seluruh rakyat Kedah tak kira didalam negeri atau luar negeri.

Sebagai kerajaan negeri yang baru, sudah tentu untuk terus berbelanja besar adalah satu yang tidak masuk akal, namun susunan belanja dan pendapatan bagi Kedah pada kali ini dikira agak mesra rakyat. Kalau nak dibandingkan bajet Kedah dengan negeri lain termasuk Pakatan, bajet Kedah dilihat lebih dekat dengan rakyat.

Ini bukan ayat nak bodek kerajaan negeri, tetapi itulah hakikatnya. Cuma kerajaan Kedah taklah janji nak free wifi, free tol, free bini, free minyak dan segala bapak benda semua free. Tapi bajet kerajaan Kedah buat sekadar yang terdaya demi rakyat, ekonomi dan syiar Islam di Kedah.


Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Apa lagi yang kita nak? negeri miskin macam Kedah pun boleh bagi macam ni.. ini bukan Kedah dulu.. ini adalah Kedah sekarang.. Kedah yang bertransformasi!

McTheory:
Bersyukurlah kita sebagai orang Kedah noo..

HOT! Blogger Pas Kata Dewan Pemuda dan Ulama Pas 'Geng POYO' #MuktamarPas

Posted: 21 Nov 2013 11:22 PM PST

Mc selalu baca beberapa blog 'sebelah' sana yang Mc fikirkan rasional dan terbuka dalam penulisan. Maknanya, blog yang tidak terlalu menjilat pemimpin walaupun salah, dan berani berkata ya walaupun pemimpinnya salah.
Sebab tu ada beberapa blog yang Mc sendiri ikuti kerana sikap penulis yang agak 'rebel' sesuai dengan Mc juga la. Sudah tentu kita mahu melihat pendapat blogger Pas yang mengulas tentang keputusan semalam.
Baca posting yang Mc ambik dari blog Cenangau, yang memberi takrifan POYO kepada Dewan Pemuda dan Ulamak Pas sendiri. he he he..
Baca kat bawah ni,
Tak 'poyo' apanya kalau sampai tahap nak paksa ubah perlembagaan parti untuk lantik Timbalan dan sorang Naib Presiden dari kalangan ulamak' sedangkan pemimpin yang Dewan Ulamak ketengahkan tak cukup 'cool' ataupun mungkin langsung tak 'cool'.

Malaysiakini melaporkan:
Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.

Perwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.

"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda. - Mkini.
'Poyo' ni satu istilah yang payah nak terjemahkan, lebih kurang macam makanan sedap, walaupun gunakan bahan yang sama dan cara masak yang lebih kurang sama tak semestikan hasilkan makanan yang sama sedap. Pulak tu pada sesetengah orang sedap tapi mungkin pada sesetengah orang lain biasa saja malah mungkin tak sedap.

Macam tu jugak 'poyo', dan dalam konteks pemuda 'poyo' tu kena ditengok dari selera atau kacamata majoriti orang muda Malaysia. Walaupun seluruh kepimpinan pemuda PAS kata  DPPM hebat tapi kalau anak muda nampak 'poyo', memang 'poyo' laa...

Contoh macam Ustaz Azhar Idris, aku yakin ramai ulama' yang tak setuju dengan cara dia berkuliah tapi ternyata pada anak muda kuliah Ust Azhar Idrus sangat 'cool' dan langsung tak 'poyo'.

Tapinya, walaupun ada yang kata DPPM 'poyo' tapi bagi aku tak la berapa nak 'poyo' berbanding Dewan Ulamak yang lagi teruk 'poyo'nya.

Tak 'poyo' apanya kalau sampai tahap nak paksa ubah perlembagaan parti untuk lantik Timbalan dan sorang Naib Presiden dari kalangan ulamak' sedangkan pemimpin yang Dewan Ulamak ketengahkan tak cukup 'cool' ataupun mungkin langsung tak 'cool'.

Malaysiakini juga melaporkan:
Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menerima usul tanpa bahas yang mendesak PAS Pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada ulama. - Mkini.
Dewan Ulamak sepatutnya kena fikir pasai apa orang tak berapa nak ulamak sebagai Timbalan dan Naib Presiden. Sebenarnya bukan isu ulamak atau profesional sangat tapi perwakilan tak nampak sangat tokoh ulamak yang sesuai untuk duduk di kerusi tu.

Dewan ulamak patutnya bersungguh-sungguh untuk lahirkan pemimpin dari kalangan ulama' yang 'cool' yang bukan saja dihormati tapi boleh diterima oleh semua golongan.

Kalau dewan ulama' ada ramai tokoh hebat yang 'cool' macam TG Nik Aziz, bukan setakat Presiden, Timbalan dan seorang Naib, seluruh AJK PAS Pusat dilantik dari kalangan ulama' pun pada aku langsung tak jadi masalah. Yang pentingnya depa tu kena 'cool' dan tak 'poyo'.

Malaysiakini juga melaporkan:
Desakan yang dibuat oleh Urusan Ulama PAS Kuala Nerus, Terengganu itu supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu. - Ibid.
Bab ni pun sepatutnya Dewan Ulama' kena ambil tanggungjawab atas kegagalan Dewan Ulama' mentarbiah ahli. Sepatutnya takdak apa yang perlu ditakuti kalau golongan profesional dalam PAS berjaya di'ulamak'kan oleh dewan ulama macam yang pernah disarankan oleh almarhun Ust Fadhil Noor lama dulu.

Macam tu jugak, tak sepatutnya timbul kecelaruan dalam pemikiran ahli kalau Dewan Ulama' berjaya mengujudkan 'wehdatul fikr' dikalangan semua ahli PAS.

Alasan kata ramai ahli yang tak minat pi program tarbiah pun tak sepatutnya berbangkit pasainya program tarbiah yang Dewan Ulamak buat untuk ahli-ahli (itu pun kalau ada) tak menarik, tidak 'cool' dan 'poyo'.

Dewan Ulama' kena renung pasai apa contohnya kuliah Ust Azhar Idrus mampu tarik kehadiran berpuluh ribu anak muda termasuk golongan mat rempit tapi program anjuran Dewan Ulama' ahli PAS sendiri pun tak minat nak hadir.

Realitinya, bukan setakat gagal mengujudkan 'wehdatul fikr' dikalangan semua ahli PAS tapi untuk ujudkan naqib usrah yang mencukupi untuk memastikan usrah di semua cawangan PAS berjalan seperti yang dikehendaki pun Dewan Ulama' ternyata GAGAL sampai hari ni.


P/s: tudiaa.. orang Pas sendiri kata Ulamak depa POYO? kita nak kata apa lagi?


McTheory:
Paling POYO sebenarnya Nik Aziz tuu.. hehe

HOT! Anak Hadi Awang Selamatkan Pemuda Pas Dari Terus Liberal? #MuktamarPas

Posted: 21 Nov 2013 08:10 PM PST



Nampaknya anak Hadi Awang berjaya menempatkan diri dalam Pemuda Pas walaupun dirinya bukanlah seorang calon pilihan dikalangan Pemuda Pas sendiri.

Apakah status anak seorang Presiden Pas telah membuka jalan bagi dirinya menempatkan diri sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas.

Mujur Khalil bertanding Timbalan, rasanya kalau bertanding ketua, tentu status anak presiden akan menjaminkan kemenangan terhadap beliau.

Mujur Suhaizan Kaiat berjaya dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.Manakala anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dipilih sebagai timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor mendapat 320 undi untuk menewaskan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang mendapat 307.

Seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya mendapat tujuh undi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS pula dimenangi oleh Mohd Khalil Abdul Hadi dengan jumlah undi sebanyak 355 sekaligus mengalahkan pesaingnya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob yang hanya mendapat 280 undi untuk menggantikan penyandang sebelum ini Nik Abduh Nik Aziz.

Khalil yang merupakan wakil tunggal kumpulan ulama berjaya menggagalkan usaha kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung hari ini.

Seramai 638 perwakilan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS 2013-2015

Bagi pemerhati, kemenangan Suhaizan yang dilihat mewakili kecenderungan aliran bukan ulama dalam PAS.

Bagaimanapun, cabarannya di depannya masih tidak mudah apabila kebanyakan besar exco yang terpilih hari ini tergolong dalam kategori 'chai' lawannya Kamaruzaman Mohamad.

Suhaizan dalam ucapan kemenangannya mencadangkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat dikomersialkan sebagai Pemuda PAS Malaysia sebagai langkah meremajakan dan mendekatkan pergerakan itu kepada masyarakat umum.

Dalam ucapan kumpulan sokongan Pemuda Pas di Kedah.. ada yang mahu Pemuda Pas, menjadi sehebat Pemuda UMNO dan ada pula yang mahu ketua mereka sama macam Ketua Pemuda UMNO.

Apakah Pemuda Pas juga mahu jadi lebih liberal seperti mana cadangan Ketua Pemuda UMNO? he he he..

McTheory:
Hebatkah Pemuda UMNO tuu?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...