UMNO Online - “Shahrizat, Khairy & Mas Ermieyati Diumum Secara Rasmi Menang Jawatan Ketua Sayap” plus 9 more

UMNO Online - “Shahrizat, Khairy & Mas Ermieyati Diumum Secara Rasmi Menang Jawatan Ketua Sayap” plus 9 more

Link to UMNO Online

Shahrizat, Khairy & Mas Ermieyati Diumum Secara Rasmi Menang Jawatan Ketua Sayap

Posted: 12 Oct 2013 01:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, pada jam 3.35 pagi mengumumkan secara rasmi jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia telah dimenangi Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila memperolehi 100 undi.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dimenangi Khairy Jamaluddin apabila memperolehi 97 undi.

Sementara itu  Mas Ermieyati Samsudin telah diumumkan memenangi jawatann Ketua Puteri UMNO Malaysia dengan 96 undi.

Keputusan penuh untuk semua jawatan sayap-sayap UMNO akan diumumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 tengahari esok. -MediaUMNO

khairy-pemuda-shahrizat-wanita-ermieyati-puteri-pemilihan-umno-2013

23 Muka Baharu Terajui Sayap UMNO Bahagian Di Kedah

Posted: 12 Oct 2013 12:05 PM PDT

ALOR SETAR, 13 Okt – Sebanyak 23 muka baharu akan menerajui tiga sayap UMNO Bahagian di Kedah selepas selesainya proses pemilihan ketiga-tiga sayap di 15 bahagian di negeri ini awal hari ini.

Daripada jumlah itu, 11 orang menang tanpa bertanding iaitu tiga bagi pergerakan Wanita, satu bagi Pemuda dan tujuh bagi Puteri UMNO.

Paling banyak muka baharu ditampilkan adalah Pemuda UMNO iaitu seramai 12 orang disebabkan ramai pemimpin Pemuda bahagian tidak mempertahankan jawatan atas faktor usia sudah melepasi 40 tahun.

umno-bn-pilihan-org-muda

Daripada 15 bahagian, hanya empat Ketua Pemuda sebelum ini yang bertanding mempertahankan jawatan mereka iaitu Shafiqrahman Shamsuddin (Kuala Kedah), Mahadzir Abdul Hamid (Sik), Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok) dan Mohd Mustaffa Shaik Ismail (Kulim/Bandar Baharu).

Bagaimanapun, Shafiqrahman kalah kepada Shahron Nizan Mohamad Zain, menjadikan beliau satu-satunya penyandang Ketua Pemuda bahagian yang tewas.

Bagi Wanita pula, lima muka baharu diketengahkan iaitu di Langkawi, Sik,Jerai, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu.

Di Langkawi, Hisham Suhaily Othman, Ketua Puteri bahagian sebelum ini,mengejutkan penyandang Meriyam Othman untuk menjadi ketua Wanita bahagian yang baharu. Di Kulim/Bandar Baharu, penyandang Ketua Wanita Bahagian Rokiah Hasan tewas kepada Nazira Abd Rahim.

Antara penyandang ketua Wanita bahagian yang kekal ialah Ketua Wanita UMNO Kedah Datuk Maznah Hamid (Jerlun), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Baling) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob (Pendang).

Bagi pergerakan Puteri UMNO, enam muka baharu dipilih Ketua Puteri iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Jerai, Kuala Kedah, Merbok dan Sungai Petani.

Bahagian Jerlun pula menyaksikan kemunculan semula bekas Ketua Puteri bahagian itu Yusmawati Yaacub. Yusmawati merupakan ketua Puteri bahagian itu pada pemilihan 2008 tetapi digugurkan daripada jawatan itu pada Jun 2011 berikutan kes di Mahkamah Syariah.

Pada pemilihan kali ini Yusmawati menewaskan pemangku Ketua Puteri bahagian yang merupakan bekas naib ketuanya Siti Hajar Hayazi.

Sebanyak 19,901 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap bahagian di Kedah dan juga untuk jawatan sayap di peringkat pusat iaitu 10,056 bagi pergerakan Wanita, Pemuda (6,602) dan Puteri (3,243).

Wings’ Polls Show UMNO Transformation On Track – Najib

Posted: 12 Oct 2013 11:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 13 – Datuk Seri Najib Tun Razak said UMNO’s intention to transform the party to one that truly upheld democracy was clearly evident at its wings’ polls today.

The Prime Minister, who is also UMNO president, said the successful and smooth election process which was carried out more openly and involved almost a quarter million delegates and 33,012 candidates proved the decision to amend UMNO’s constitution in 2009 was right and had received acceptance.

“Tonight is a historic night for UMNO … the journey to transform UMNO started at its 2009 general assembly when we amended the constitution.

“This is so that UMNO is an open democratic party, and today thank Allah it has been proven the decision was right and timely,” he said.

Najib was speaking at a press conference after receiving a briefing on the conduct of the polls for the party’s three wings – Wanita, Youth and Puteri – at UMNO’s headquarters at the Putra World Trade Centre ( PWTC ) here tonight.

Also present were Deputy Prime Minister and UMNO deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin , UMNO Secretary-General Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, the party’s elections committee chairman Tan Sri Tajol Rosli Ghazali and Information Chief Datuk Ahmad Maslan.

Before this, only around 2,000 delegates from all the three wings voted in their leaders at the central level as compared to almost a quarter of a million now.

Najib said although there were a few glitches at some divisions, overall he was thankful that UMNO went through this election test with flying colours.

The Prime Minister said he and his deputy were truly proud of the capability of UMNO’s machinery at all levels, starting with the party headquarters, state headquarters, divisions and branches, which conducted the polls on a platform of more open and mature democracy.

“I in the name of the party and UMNO’s Supreme Council wish to record my highest thanks to all those who worked very hard in the backrgound to make these polls a huge success. They are the unsung heroes.

“Just imagine the mammoth task we had to undertake in terms of preparation, logistics, training and guidance, all of which made the elections this time very challenging but worth it,” he said.

Najib drew attention to the fact the wings polls this time saw 33,012 candidates contesting, 247,000 ballot papers issued for the three wings, 572 polling centres and involving 20,000 election volunteers.

Najib said the process used made UMNO the most forward looking party in the country and was one that could be used as a model by other parties.

“I mentioned to Muhyiddin, four years ago we could not have predicted this, but it appears the polls have not only attracted the attention of the media but Malaysians at large and foreigners alike. This is proof democracy is flourishing in UMNO,” he said.

On the few hiccups that arose and measures to overcome them before the polls for UMNO’s Supreme Council next Saturday, Najib said any weaknesses or shortcomings would used as a guide to make improvements.

Keputusan Pindaan Perlembagaan Pemilihan UMNO Tepat, Kena Pada Masanya

Posted: 12 Oct 2013 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13  Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bahawa pemilihan parti kali ini merupakan satu detik yang bersejarah buat parti UMNO dalam usaha untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang benar-benar bersifat demokrasi yang terbuka.

Menurut beliau,keputusan untuk meminda perlembagaan pemilihan UMNO dengan  hasrat untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang mencerminkan proses demokrasi yang terbuka hari ini terbukti, merupakan satu keputusan yang tepat yang kena pada masanya.

"Saya bersama timbalan presiden, serta rakan-rakan amat berbangga bahawa apa yang ingin kita tampilkan, yakni sebuah parti yang benar-benar berasaskan demokrasi yang terbuka lagi matang, yang nampaknya mendapat sambutan dan boleh dikendalikan oleh jentera kita, samada di peringkat ibu pejabat, mahupun di peringkat negeri dan bahagian hinggalah ke peringkat cawangan sekalipun.

"Setakat ini berdasarkan laporan yang kita terima, Alhamdulillah, walaupun ada sedikit masalah di sana sini, tetapi umumnya saya boleh katakan parti UMNO telah berjaya melalui ujian ini dengan begitu cemerlang sekali," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung pemilihan UMNO 2013 bertempat di pusat media Putra World Trade Center di sini, Sabtu malam.

najib-presiden-keputusan-pemilihan-umno-pinda-perlembagaan-baru-demokratik-2013

Najib turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras untuk menjayakan pemilihan ini, baik yang terlibat secara langsung ataupun bagi mereka yang bekerja di belakang tabir.

"Memang bukan mudah untuk mengendalikan pemilihan pada kali ini. Saya ingin sebut di sini beberapa statistik yang menggambarkan begitu besarnya cabaran yang terpaksa kita hadapi untuk mengendalikan pemilihan pada kali ini.

"Statistik yang akan saya beritahu ini tertumpu kepada peringkat sayap wanita, pemuda dan puteri sahaja. Pertamanya adalah bilangan sukarelawan yang terlibat adalah seramai 20 ribu orang. Keduanya, ialah bilangan calon yang begitu besar jumlahnya iatu seramai 33,012," ujarnya.

Manakala tambah beliau, bilangan kertas undi untuk pemilihan sayap wanita yang dikeluarkan pula ialah sebanyak 110 ribu kertas undi.Bagi pemilihan di sayap pemuda pula, sebanyak 87 ribu kertas undi telah dikeluarkan dan bagi pemilihan sayap puteri, sebanyak 50 ribu kertas undi di keluarkan. Manakala sebanyak 572 pusat undi telah diwujudkan di seluruh negara.

"Cuba bayangkan betapa besarnya kerja yang terpaksa kita lakukan dari segi persiapannya, logistik, persediaan tempatnya, latihan, panduan, di mana  menjadikan pemilihan kali ini begitu mencabar sekali.

"Tetapi bak kata orang, ia berbaloi untuk kita menjadikan parti UMNO ini mendahului proses demokrasi yang terbuka sekaligus menjadi UMNO sebagai sebuah parti yang paling terkehadapan dalam proses demokrasi yang boleh dijadikan contoh oleh parti-parti yang lain," tegasnya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur dengan perjalanan pemilihan UMNO 2013 ini yang berjalan dengan baik serta memberikan penghargaan beliau kepada mereka yang terlibat di dalam jawatankuasa pemilihan yang diterajui oleh Tan Sri Tajol Rosli sebagai pengerusi jawatakuasa pemilihan.

"Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu pejabat UMNO, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO yang telah membantu untuk memberikan segala sokongan  bagi menjayakan pemilihan ini, begitu juga kepada jawatankuasa pengurusan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden parti," ujarnya. -MediaUMNO

UMNO Tempa Sejarah Dengan Sistem Pemilihan Baru – Shabery

Posted: 12 Oct 2013 08:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat hari ini dapat melihat UMNO telah menempa sejarah dalam sistem pemilihan parti yang baharu.

Katanya, sistem “electoral college” di mana satu bahagian memiliki satu undi lebih mencerminkan pandangan ahli secara menyeluruh.

Dan ini, katanya, secara langsung menunjukkan UMNO bukan lagi sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan.

Ahmad-Shabery-Cheek-Menteri-UMNO-BN

"Saya percaya UMNO menjadi pengorak trend. Transformasi ini benar-benar meremajakan UMNO. Parti lain dilihat kuno dan ketinggalan,” katanya kepada Bernama TV.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas proses pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 UMNO bahagian membabitkan 183 calon hari ini.

Lebih 220,000 perwakilan daripada ketiga-tiga sayap UMNO memilih pemimpin mereka dalam pelbagai peringkat – pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa.

Pertandingan Pergerakan Wanita menyaksikan 52 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap (2 calon), Ketua Pergerakan (3), Naib Ketua (3) dan ahli exco (44).

Pertandingan Pergerakan Pemuda pula menyaksikan 94 calon merebut jawatan Pengerusi Tetap (3 calon), Timbalan Pengerusi Tetap (5), Ketua Pergerakan (5), Naib ketua (4) dan ahli exco (77).

Dan Puteri UMNO, 37 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap (2), Ketua Pergerakan (2), Naib Ketua (3) dan ahli exco (30).

35 Calon Ketua Sayap Menang Tanpa Bertanding Di Johor

Posted: 12 Oct 2013 07:42 AM PDT

JOHOR BAHARU, 12 Okt – Sebanyak 35 calon ketua tiga sayap UMNO di 26 bahagian Johor diumum menang bagi pemilihan bahagian masing-masing setelah tidak dicabar calon lain.

Bagi jawatan Ketua Wanita, sejumlah 12 calon menang tanpa bertanding antaranya Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, yang juga penyandang sebelum ini.

Lima calon menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda iaitu Bastien Onn (Segamat), Salehudin Satar (Muar), Fauzani Salubin (Ayer Hitam), Khairul Anwar Rahmat (Kluang) dan Onn Hafiz Ghazi (Sembrong).

Bagi jawatan Ketua Puteri pula, semangat musyawarah dan kesepakatan ternyata menebal dalam kalangan anggota Puteri di negeri ini apabila 18 calon dari 26 bahagian menang tanpa bertanding.

Pemilihan hari ini juga menyaksikan Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian Kluang setelah memperoleh 255 undi untuk menewaskan pencabarnya, Haslina Mohamed Dom yang meraih 68 undi.

Turut menang mudah ialah Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang Normala Abdul Samad, yang juga Anggota Parlimen kawasan berkenaan yang menewaskan Naib Ketua Wanita Bahagian itu merangkap Ketua Wanita Umno Cawangan Mawar Utama Shahriah Ismail.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Johor Abdul Rahman Johari berkata secara keseluruhan, perjalanan pemilihan tiga sayap di 26 bahagian berjalan lancar meskipun terdapat masalah kecil seperti kelewatan penerimaan senarai nama di beberapa kawasan.

“Pengalaman menggunakan sistem baharu ini kita akan gunakan dan segala kelemahan akan kita atasi dalam mesyuarat pemilihan bahagian serta Majlis Tertinggi pada 19 Okt nanti,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan UMNO Johor malam ini.

Secara keseluruhan, terdapat 1,892 cawangan Wanita, 1,480 Pemuda dan 587 Puteri yang mengambil bahagian pada pemilihan kali ini dengan jumlah perwakilan 10,532 bagi Wanita, 7,801 Pemuda dan 3,596 Puteri. – MediaUMNO

Perwakilan Wanita Teruja Jayakan Transformasi UMNO, Sokong Keterbukaan Parti

Posted: 12 Oct 2013 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt. – Pemilihan UMNO yang membabitkan transformasi selepas pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009 berlangsung hari ini melibatkan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dengan berlangsung serentak di 191 bahagian untuk bahagian dan peringkat pusat.

Harlina Haji Jaafar, 47, yang menjadi perwakilan Cawangan Jalan Raja Chulan di Bahagian Bukit Bintang menyambut baik pelaksanaan pengundian secara terbuka dengan membabitkan ahli-ahli UMNO yang ramai dari semua peringkat.

"Saya rasa pengundian ini amat baik kerana akar umbilah yang akan memilih pemimpin mereka untuk diletakkan siapakah pemimpin yang mereka harapkan untuk menerajui parti pada masa hadapan demi agama, bangsa dan negara serta untuk kesinambungan perjuangan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuang undi bagi pemilihan peringkat bahagian Wanita Bukit Bintang dan pemilihan pergerakan sayap Wanita pusat yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Bagi Zuraini Hashim, 50, yang telah lebih 20 tahun menjadi ahli UMNO merasakan keterbukaan dan penglibatan anggota parti yang ramai adalah satu pengiktirafan kepada ahli-ahlinya.

"Saya rasa ia lebih bersikap tulus kerana ahli-ahli di akar umbi dapat memilih calon siapa yang dirasakan dapat bekerja untuk rakyat. Saya harap generasi muda jangan lupakan perjuangan kita yang lalu dan meneruskan perjuangan ini."

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Farina Yusof, 51, dengan menganggapnya sebagai penerimaan parti terhadap penambahbaikan hasil daripada teguran dan idea yang dilontarkan oleh ahli-ahlinya.

"Sekarang lebih terbuka yang mana ia parti dapat terima apa pandangan dan baiki kekurangan dengan terus ke akar umbi. Ini adalah satu peluang kepada ahli-ahli cawangan yang ada potensi untuk mengetengahkan idea-idea baru yang lebih segar untuk memantapkan UMNO.

"Ini adalah satu permulaan yang bagus dan harap wanita lebih fokus untuk mendengar pendapat ahli-ahlinya sendiri kerana pandangan jentera adalah untuk keseluruhan anggotanya dengan bukti keletusan dan keterbukaan sebenar.

Datin Harina Adnan, 65, yang telah menjadi ahli UMNO sejak 40 tahun lalu turut gembira dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi parti iaitu memberi pilihan kepada anggotanya untuk membuat pilihan.

"Kita masih mengekalkan kerjasama dan kita boleh pilih mana yang kita suka atau mana yang kita tak suka, dari situ kita boleh buat perubahan. Kita perlu pilih bukan orang yang kita sayang tetapi kita perlu ketengahkan orang yang boleh bekerja, mempunyai persefahaman dengan anggota parti dan memahami perjuangan UMNO.

"Saya berharap kita akan terus bekerjasama, tidak ada pertelingkahan," katanya yang memilih untuk menyertai UMNO sejak remaja lantaran teruja dengan perjuangannya.

"Saya mahukan negara ini terus berkekalan di bawah pimpinan UMNO kerana selama ini hanya UMNO yang banyak membantu orang Melayu. Kalau tidak ada pimpinan UMNO maka kita dan orang Melayu tidak akan berjaya," tegasnya lagi yang mengundi di UMNO Bahagian Bukit Bantang. – MediaUMNO

11 Ketua Sayap Di Kedah Menang Tanpa Bertanding

Posted: 12 Oct 2013 06:43 AM PDT

ALOR SETAR, 12 Okt – Sebanyak 11 ketua sayap UMNO bahagian di Kedah diumum menang tanpa bertanding bagi pemilihan bahagian masing-masing setelah tidak dicabar oleh calon lain.

Bagi jawatan Ketua Wanita, tiga calon yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Maznah Hamid dari Bahagian Jerlun, Sharifah Maznah Syed Kassim (Alor Setar) dan Norma Awang (Jerai).

Maznah dan Sharifah Maznah merupakan penyandang jawatan itu manakala Norma adalah muka baharu.

Pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda pula menyaksikan hanya seorang menang tanpa bertanding iaitu Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa dari Bahagian Alor Setar yang juga muka baharu.

Bagi jawatan Ketua Puteri, seramai tujuh calon menang tanpa bertanding iaitu Rosliza Hasan dari Bahagian Kubang Pasu, Azifah Abd Rahman (Pokok Sena), Amal Izzah Shamsuddin (Pendang), Anisah Che Amat (Jerai), Datin Norasimah Md Nowar (Sik), Suriati Che Mid (Baling) dan Norsabrina Mohd Noor.

Azifah, Amal Izzah, Norasimah, Suriati dan Norsabrina mengekalkan jawatan masing-masing manakala Rosliza dan Anisah adalah muka baharu. – MediaUMNO

Three Preventive Measures To Curb Firearm Smuggling

Posted: 12 Oct 2013 05:40 AM PDT

BAGAN DATOH, Oct 12 – Inspection at all entry points in the country is among three main measures for implementation by the government to prevent the smuggling of firearms, said Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He said the inspection involved land, sea and air routes.

“We will continue to carry out 100 per cent checks at all entry points into the country,” he told reporters after a ceremony to hand over sacrificial cows, in conjunction with Aidiladha here today.

Ahmad Zahid was commenting on the measures carried out by the government to prevent smuggling of firearms into the country.

Apart from that, he said the police would also take action based on intelligence reports, on possesion and storage of firearms.

“The installation of detection equipment to monitor the entry of such items from foreign countries will be carried out, in cooperation with the customs department and the anti-smuggling unit,” he said.

Pemilihan Tiga Sayap Berlangsung Baik Meskipun Wujud Masalah Teknikal

Posted: 12 Oct 2013 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi ketiga-tiga sayap parti Umno yang berlangsung hari ini, berjalan baik meskipun masalah kecil timbul di beberapa bahagian, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Daripada 191 bahagian itu, tidak sampai 10 peratus yang bermasalah…ia hanya kekangan teknikal yang tidak memudaratkan dan ini melegakan (kita),” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Beliau berkata antara aduan yang diterima adalah mengenai masalah status perwakilan.

Katanya, Ibu Pejabat UMNO sentiasa memantau perjalanan proses mesyuarat agar ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

rauf-tengku-adnan-telefon-masalah-teknikal-calon-keputusan-ibu-pejabat-jawatankuasa-pemilihan-pusat-umno-2013

“Kami juga akan melihat dan memperbaiki kaedah yang digunakan pada hari ini yang barangkali mempunyai kekurangan dari segi penyampaian, pengetahuan dan pelaksanaan untuk pemilihan Majlis Tertinggi minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno mengalu-alukan sebarang kritikan, pandangan serta cadangan membina yang boleh digunakan bagi memudah cara perjalanan sistem pemilihan yang menggunakan kaedah baharu itu.

“Kita melihat ada banyak perkara yang boleh ditambah baik berdasarkan masalah kecil yang timbul pada hari ini agar ia dapat diperhalusi dan dibaiki sebagai persediaan menghadapi pemilihan minggu depan,” katanya.

Menjelas lanjut, Ab Rauf berkata masalah teknikal itu kebanyakkannya melibatkan sudut pentadbiran dan ia dapat diselesaikan dengan kaedah pemudah cara yang diperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Umno dan ibu pejabat.

“Meskipun berlaku permasalahan teknikal di beberapa bahagian, namun ia dapat diselesaikan dan mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya…hasil kebijaksanaan urus setia yang telah diberikan latihan simulasi pemilihan di Janda Baik, baru-baru ini.

“Kita juga melihat masalah logistik memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengedaran kertas undi, namun ia dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai mesin kira yang dikatakan rosak di Bagan, Pulau Pinang, Ab Rauf berkata ia berpunca daripada masalah teknikal kerana petugas pemilihan masih belum biasa menggunakan alat berkenaan.

“Sepatutnya mesin mengira kertas undi itu mempunyai had (untuk mengira) tetapi mereka ingat ia tiada had, justeru kertas undi tersangkut dan kaedah pengiraan ‘manual’ terpaksa dilakukan untuk bahagian itu,” katanya.

Menurutnya, permasalahan seperti kertas undi tidak sampai, tertukar dengan bahagian lain dan tiada bekalan elektrik juga berjaya diselesaikan.

“Selain itu, pada peringkat awal kita melihat sistem ini diterima oleh kebanyakan perwakilan yang bersedia dengan transformasi yang dibawa pucuk pimpinan,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...