Kedah Ke KL - MctHeory |
- TERKINI! Keputusan Semasa Sayap Parti UMNO!
- TERKINI! Keputusan Tak Rasmi Sayap-Sayap UMNO! #PemilihanUMNO
- HOT! Wanita Melayu di Tembak Dua Das di Lampu Isyarat!
- HOT! Tun Dr Mahathir Mahu Menteri 'Lemau' Letak Jawatan!
- EKSKLUSIF! Video Pesanan Berani Berubah Kepada Perwakilan Utara - @MukhrizMahathir
TERKINI! Keputusan Semasa Sayap Parti UMNO! Posted: 12 Oct 2013 10:14 AM PDT |
TERKINI! Keputusan Tak Rasmi Sayap-Sayap UMNO! #PemilihanUMNO Posted: 12 Oct 2013 04:56 AM PDT KEMASKINI: 6.00 PETANG - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau. Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10. Datuk Seri Shahrizat pula leading untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi. SEMENTARA ITU, dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi. Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi. Lain-lain calon belum diumumkan. Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan. "Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.-12/10/2013 Sumber: Agenda Daily |
HOT! Wanita Melayu di Tembak Dua Das di Lampu Isyarat! Posted: 11 Oct 2013 09:30 PM PDT Seorang wanita Melayu umur lebih kurang 21 tahun pada jam lebih kurang 6.45 petang 11hb Oktober 2013 ketika sedang memandu kereta jenis Proton Persona nombor pendaftaran WWB 5519 dari rumahnya Kg Karang menuju ke Kubang Kerian. Apabila sampai di lampu isyarat binjai berhampiran dengan Balai Polis Binjai, Kota Bharu beliau telah memberhentikan keretanya memandangkan lampu isyarat merah. Tiba tiba beliau telah ditembak sebanyak 2 das tembakan dan mengenai di bahagian lengan kanan dan tapak tangan kanan. Mangsa terus di kejarkan ke wad kecemasan di Hospital Universiti Sain Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut. Suspek yang melepaskan tembakan di percayai 2 orang lelaki bangsa Melayu memakai topi keledar gelap menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC warna merah nombor pendaftaran tidak pasti. Motif kejadian masih lagi di siasat. Polis kini sedang giat melancarkan gerakan untuk memburu kedua-dua suspek. |
HOT! Tun Dr Mahathir Mahu Menteri 'Lemau' Letak Jawatan! Posted: 11 Oct 2013 08:12 PM PDT Sebenarnya Mc agak terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahu Menteri di Kementerian yang terbabit dengan kepincangan meletakkan jawatan. Kata Tun Dr Mahathir "Di Jepun jika kapalterbang terhempas di lapangan terbang, Menteri Pengangkutan kena letak jawatan". "Tapi di Malaysia, Menteri berkenaan akan berkata itu bukan urusan saya.. " "Saya mahu lebih ramai yang meletakkan jawatan.." Oleh itu Tun Dr Mahathir mahu menteri-menteri yang bertanggungjawab atas kepincangan kementerian mereka seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 meletakkan jawatan. Walaupun beliau tidak menyebut nama Menteri berkenaan tapi yang jelas dua kementerian yang menjadi sebutan ramai berikutan kepincangan yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara itu ialah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri pada ketika itu ialah Hishamuddin Tun Hussein manakala Menteri bagi Kementerian Belia dan Sukan pula adalah Shabery Cheek. Kementerian Dalam Negeri dengan isu kehilangan pistol, gari dan kereta Polis manakala Kementerian Belia dan Sukan pula isu bayaran kepada K-Pop. Cadangan Tun itu memang baik sekali bagi menjadikan Menteri-Menteri disetiap Kementerian yang ada agar tahu bertanggungjawab bukan hanya tahu mempersalahkan pihak lain dalam kementeriannya. Projek juta-juta, tapi bila ada yang tak kena selalu salahkan orang lain. Sebagai menteri yang bertanggung jawab, patutnya masalah tu dialah kena tanggung. Tapi tak, orang lain pulak yang salah. Kalau semua salah orang, senanglah kerja menteri. Sesiapa pun boleh jadi menteri, betul tak? McTheory: Jawatan nak, tanggung jawab tak buat.. hmm.. |
EKSKLUSIF! Video Pesanan Berani Berubah Kepada Perwakilan Utara - @MukhrizMahathir Posted: 11 Oct 2013 06:37 PM PDT Ucapan Selamat Dari Dato Mukhriz Mahathir kepada perwakilan Utara, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Malah Mc ucapkan kepada perwakilan sayap parti, Pemuda, Puteri dan Wanita Selamat bersidang. Pilihlah dengan bijak, jangan main pangkah saja. Tak semestinya 'cai' ditangan tu bagus dipilih. Guna otak jangan guna hati! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment