BADUT RAKYAT |
- TERKINI !!! YB @KHAIRYKJ,DS SHAHRIZAT DAN MAS ERMIEYATI MENDAHULUI CARTA !!!
- KANTOI !!! #BLACK505 !!! GERAKAN UNTUK MENUMBANGKAN ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! KRISIS DAP SEMAKIN KRITIKAL,PAKATAN BAKAL HANCUR !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA DS @HISHAMMUDDINH2O DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!
- EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! PILIH CALON PALING LAYAK HADAPI #PRU14 !!!
TERKINI !!! YB @KHAIRYKJ,DS SHAHRIZAT DAN MAS ERMIEYATI MENDAHULUI CARTA !!! Posted: 12 Oct 2013 11:20 AM PDT KEMASKINI: 10.45 MALAM - Kalau ikut keputusan tidak rasmi ketiga-tiga Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati sudah menang. Pada jam 10.40 malam Ketua Pemuda,Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO ini sudah memasuki bilik VIP di tingkat 5 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mereka di situ bersama Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.Para wartawan dan jurugambar semua sedang standby menanti mereka dijangka akan beredar ke tingkat 4 untuk pengumuman rasmi kemenangan.Keputusan rasmi agak lewat sikit berbanding keputusan tidak rasmi yang diketahui menerusi sumber-sumber yang layak dipercayai.Ini kerana keputusan rasmi perlu melalui pengesahan Jawatankuasa Pemilihan UMNO terlebih dahulu sebelum diumumkan. 9.20 MALAM - Khairy Jamaluddin terus mengekalkan penguasaan keatas undi untuk pertahan jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.Setakat ini mengikut keputusan tidak rasmi beliau sudah dapat 115 undi dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara.Empat pencabarnya belum dapat sebarang undi.Pencabar utamanya,anak kepada Tan Sri Sanusi Jund,Akramsyah tidak dapat undi dari bahagian beliau sendiri,Langkawi.Beliau juga tidak dapat undi dari Jerlun dan Kubang Pasu.Sementara itu Mas Ermieyati sudah dapat 80 undi terus leading jauh berbanding pencabarnya Jamilah Hanim 24 undi bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.Datuk Seri Shahrizat Jalil juga sudah tinggal jauh Datuk Maznah Mazlan.Beliau sudah dapat 43 undi manakala Maznah dua.
SEMENTARA ITU, dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi.Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi.Lain-lain calon belum diumumkan.Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan."Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.-12/10/2013 - Agenda Daily |
KANTOI !!! #BLACK505 !!! GERAKAN UNTUK MENUMBANGKAN ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 12 Oct 2013 05:00 AM PDT Sejak Himpunan Black505 yang serba tidak menjadi,semakin ramai dari kalangan penyokong PR mula terasa bodoh sendiri.Oleh itu,Himpunan Black505 bolehlah dikatakan sebagai permulaan bagi pengakhiran kepada Anwar Ibrahim.Ini dapat disaksikan dari kemarahan sekumpulan peserta himpunan yang merungut malah memaparkan kemarahan mereka terhadap Anwar secara terang-terangan melalui sepanduk.Rungutan mereka berbunyi bahawa himpunan aman seperti itu adalah membuang masa dan mereka mendambakan himpunan ganas selaras dengan tiupan semangat oleh pemimpin-pemimpin PR.Dalam kata lain,mereka telah bersedia untuk melakukan kemusnahan demi menjatuhkan kerajaan.Bagaimanapun,Anwar lebih tahu bahawa kekuatannya tidak cukup untuk menjayakan satu rampasan kuasa seperti yang diimpikan anak-anak muda itu. Justeru,Anwar memilih untuk mengangkat sumpah sahaja,esoknya,sekali gus menerima keputusan pilihanraya.Sejurus selepas itu,gambar-gambar Anwar bergelak ketawa dengan Datuk Seri Najib di parlimen terdedah sedangkan di masa yang sama penyokong-penyokongnya terus berusaha membatalkan majlis angkat sumpah dengan memalukan diri berbaring di jalanan.Kesudahannya,segala pengorbanan mereka menghidu jerebu,tidur di khemah di kawasan tiada kelengkapan bilik air dan dikejutkan pada jam 4 pagi oleh DBKL lalu berbaring di jalanan demi mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri ternyata sia-sia belaka.Sedikit demi sedikit mereka mulai sedar permainan apakah yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dan hari ini,kita lihat antara anak muda yang paling lantang,ganas dan 'celupar' dalam 'perjuangannya' untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri,iaitu Farid Ismath telah bertindak menghentam Anwar secara terbuka di laman sosialnya. Farid turut mempersoalkan desas desus Anwar membuat perjumpaan sulit dengan kepimpinan negara dan menganggapnya sebagai bukti kelemahan pemimpinnya itu.Anwar digelar penipu dan tidak mampu lagi menarik perhatian umum.Kemuncak kemarahan ini dapat dilihat semalam dari strategi terdesak PR menggunakan nama Tun Mahathir untuk meraih sokongan bagi program "Selamatkan Kedaulatan Negara,Tolak TPPA".Sebelum ini,nama dan gambar Tun Mahathir diwar-warkan sebagai antara panelis jemputan.Walaubagaimanapun,penyokong-penyokong marhaen Anwar di peringkat akar umbi juga telah lebih awal lagi mengesyaki bahawa itu semua hanya auta.Semua orang tahu adalah tidak mungkin sama sekali bagi Tun Mahathir untuk hadir atau Anwar untuk menjemput beliau ke majlis anjuran PR.Justeru,tidak hairanlah majlis tersebut tidak mendapat sambutan langsung.Malah,Farid Ismath turut menghentam jumlah kehadiran yang tidak sampai 2,000 orang sebagai bukti yang Anwar tidak dipercayai lagi. Sumber memberitahu bahawa di kalangan penyokong PR cukup marah dengan 'penipuan' yang bodoh itu.Nampaknya jentera propaganda dan pakar strategi Anwar telah tidak mampu menyelami pemikiran masyarakat umum.Tidak kira penyokong parti mana jua,rakyat Malaysia secara umumnya tahu siapa Tun Mahathir dan siapa Anwar Ibrahim.Tun Mahathir adalah seorang yang tegas,lantang dan tidak pernah teragak-agak untuk berkata benar dan untuk pihak PR menjemput Tun Mahathir ke majlis anjuran parti itu adalah umpama menjerat diri sendiri.Sedangkan Anwar Ibrahim pula adalah talam berpuluh-puluh muka yang akan berkata yang lain di hadapan satu kumpulan dan yang lain pula di hadapan kumpulan yang lain.Sementara di hadapan Tun Mahathir pula Anwar tidak mampu berkata apa-apa kerana seluruh rahsia gelapnya berada di dalam pengetahuan bekas Ketuanya itu.Oleh itu,dengan menggunakan nama Tun Mahathir bagi meraih sokongan membawa kemungkinan yang lebih menarik dari sekadar kebodohan jentera PR.Ia mungkin bermakna adanya usaha dari dalam untuk mengaibkan Anwar dengan penipuan yang ketara.Jika ini benar,maka Anwar tentunya telah melatih orang-orangnya dengan baik tentang bagaimana untuk 'membunuh' sesuatu karektor iaitu,dengan menggunakan senjatanya sendiri ke atas dirinya dan senjata utama Anwar selama ini adalah 'menipu'.Oleh itu,cara yang paling berkesan untuk 'membunuhnya' tentulah dengan penipuan juga.Apakah ini yang sedang berlaku ??? Nampaknya,bukan sahaja penyokong PR sudah tidak lagi mempercayai Anwar,tetapi Anwar juga harus lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada jentera partinya dan orang sekelilingnya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! KRISIS DAP SEMAKIN KRITIKAL,PAKATAN BAKAL HANCUR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 11 Oct 2013 10:00 PM PDT Pergolakan dalaman parti rasis Dap nampaknya bukan semakin reda tetapi perkembangan mutakhir menunjukkan parti itu kemungkinan akan berkubur tidak lama lagi.Tindakan ketua pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka,Goh Leong San yang juga Adun Duyong daripada Dap merupakan antara krisis terbaru yang membelenggu parti itu.Lebih parah lagi langkah yang sama di ambil oleh seorang lagi Adun Dap dari Bachang Lim Jak Wong yang turut meletak jawatan sebagai ketua pembangkang sebagai tanda sokongan terhadap langkah Goh.Semuanya berpunca daripada kritikan beberapa pucuk pimpinan parti terhadap pujian Goh terhadap Ketua Menteri Datuk Idris Haron berhubung sifat kepimpinannya semasa ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri. Ucapan Goh yang memuji Idris sebagai seorang ketua menteri yang berpengetahuan luas,banyak membaca dan sistematik tidak disukai oleh pimpinan pusat Dap.Melaka yang dahulunya merupakan pusat kuasa dinasti Lim sejak lebih 40 tahun kini menghadapi pemberontakan pimpinan lapisan baru terhadap cengkaman kuku besi mereka.Sejak isu penyelewengan dalam proses pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu,keadaan politik dalaman Dap menjadi semakin kritikal.Pemilihan semula terbaru lewat September lalu juga tidak menyelesaikan masalah hidup mati parti itu.Ini kerana tindakan Dap itu melanggar peraturan tubuh parti itu yang menyatakan pemilihan semula perlu diadakan melalui kongres nasional bukannya kongres khas seperti mana yang dilakukan.Kemungkinan juga keputusan pemilihan semula Dap juga tidak akan diterima pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang telah menasihati supaya mengikut perlembagaan parti.Walaupun Dap mempunyai ramai peguam yang handal seperti Karpal Singh namun atas sifat sombong dan bongkak mereka,semua yang dilakukan difikirkan betul dan malah ROS juga harus tunduk kepadanya. Keputusan pemilihan semula yang sangat diharapkan oleh keluarga Lim juga menjadi mimpi ngeri bagi mereka.Pemimpin veteran Lim Kit Siang yang sentiasa mengungguli mana-mana keputusan pemilihan parti selama ini kini terpaksa menelan pil pahit apabila jatuk ke tangga kedua kepada seorang pemimpin muda,Liew Chin Tong.Anak Kit Siang yang juga setiausaha agung parti,Guan Eng mengalami nasib yang lebih malang apabila merudum ke tangga kelima.Malah Chin Tong yang menang kerusi parlimen Kluang pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu kini diwar-warkan sebagai calon bagi menggantikan Guan Eng pada masa depan.Mungkin dengan kemelut yang membelenggu Dap kini,kemungkinan Guan Eng digantikan menjadi bertambah nyata.Hakikatnya anggota peringkat akar umbi dan pimpinan dari kalangan lama dan baru Dap sudah meluat terhadap sikap diktator yang menjadi amalan dinasti Lim sejak parti itu ditubuhkan.Dap diperintah dan dikawal Kit Siang dan keluarganya seperti sebuah parti komunis di mana tidak ada kebebasan bersuara.Dap ditonjolkan sebagai parti berbilang kaum dengan slogan 'Malaysian Malaysia' tetapi keputusan pemilihan CEC Disember lalu dan juga pemilihan semula tidsak langsung menggambarkan sifatnya sebagai parti majmuk. Malah tidak ada langsung calon Melayu yang memenangi sebarang kerusi di dalam CEC sekali gus membuktikan parti itu sebagai rasis dan anti-Melayu.Kalau ada pun calon Melayu ianya adalah kerana rasa kasihan dan sikap hipokrit,malah Dap tidak mampu membeza antara Melayu tulen dan Melayu celup apabila memilih Zairil Abdullah,anak tiri Khir Johari sebagai anggota CEC. Disebabkan penipuan Dap sudah terserlah,sekutu pakatan pembangkang,Pas,kini sudah menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu.Kerjasama politik atau tahalul siyasi yang dijadikan asas kepada justifikasi pas berkerjasama dengan PKR dan Dap kini sudah dipersoalan.Ada pemimpin Pas seperti ketua dewan ulama,Haron Taib sudah berani menyarankan agar prinsip tahalul siyasi bersama kedua parti itu dikaji semula. Cadangan beliau itu mendapat respons daripada ramai pimpinan parti pelbagai peringkat dan kemungkinan besar isu itu akan menjadi topik hangat pada muktamar parti itu bulan depan.Walaupun pakatan pembangkang berjaya menambah kerusi parlimen pada PRU13 namun ia bukan menjadi semakin kuat tetapi semakin goyah. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA DS @HISHAMMUDDINH2O DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 11 Oct 2013 07:00 PM PDT |
EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! PILIH CALON PALING LAYAK HADAPI #PRU14 !!! Posted: 11 Oct 2013 05:00 PM PDT hari ini akan berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak.Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak.Empat tahun lalu (Oktober 2009),perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti.serentak pindaan itu sistem kuota dihapuskan.Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan.Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan,bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT)Pemilihan pemimpin peringkat sayap UMNO - Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri - yang bermula hari ini dan diikuti seminggu kemudian pemilihan peringkat bahagian dan MT jelas menunjukkan pimpinan parti itu kelak adalah pilihan akar umbi. Pemilihan kali ini juga memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu.Jika sebelum ini,saf kepimpinan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan,kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.Kini pemimpin ketiga-tiga sayap UMNO mesti berani dan yakin pada perjuangan diri kerana mereka dalam suasana yang boleh 'makan diri sendiri' apabila membenarkan dicabar sesiapa pun yang layak.Perkara ini yang membezakan pemimpin UMNO yang dilihat lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pemimpin pembangkang.UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP,PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan,namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin.Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan.PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi.Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya. Dalam soal memilih pemimpin,UMNO dilihat lebih terbuka.UMNO meletakkan kepercayaan kepada perwakilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan dalam UMNO.Parti ini perlu bersiap siaga kerana bukan mudah untuk mengendalikan satu pemilihan yang disertai oleh 33,682 calon di peringkat bahagian dan 258 di peringkat pusat,ia akan ditentukan oleh 146,500 perwakilan.Bermula hari ini dan kemudian pada 19 Oktober nanti,perwakilan UMNO akan menentukan saf kepimpinan parti di semua peringkat,dengan agenda utama ialah memastikan calon yang dipilih perlu bekerja keras untuk mempertahankan UMNO sebagai tunggak utama Kerajaan Pusat dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN).Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar- benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat pergerakan sayap,MT dan bahagian UMNO.Pertembungan beberapa penjuru dalam merebut jawatan utama dalam Wanita,Pemuda dan Puteri membuktikan UMNO mempunyai banyak bakat pelapis yang sedia untuk menawarkan khidmat dan bakti kepada orang Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhannya.Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Oleh itu,perwakilan perlu juga memikirkan untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang dapat menyaingi kehebatan barisan pemimpin pembangkang.Di tangan perwakilanlah yang akan menentukan survival UMNO menjelang PRU-14. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment