UMNO Online - “Perkasa Undang-Undang Pencegahan Sekat Ajaran Syiah” plus 8 more

UMNO Online - “Perkasa Undang-Undang Pencegahan Sekat Ajaran Syiah” plus 8 more

Link to UMNO Online

Perkasa Undang-Undang Pencegahan Sekat Ajaran Syiah

Posted: 13 Oct 2013 08:02 AM PDT

GEORGE TOWN, 13 Okt – Undang-undang pencegahan yang tegas perlu diwujudkan bagi mengekang ajaran Syiah di negara ini yang dipercayai dianuti oleh 200,000 hingga 300,000 orang setakat ini.

Ketika membuat saranan itu, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Md Zain Al-Ghari berkata terdapat keperluan segera dalam menyekat penyebaran ajaran tersebut kerana ada pembabitan orang politik serta tokoh korporat.

Pembabitan mereka ini sangat berbahaya kerana boleh mempengaruhi masyarakat secara halus menerusi penyebaran ideologi dan juga produk, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya kepada Kestabilan Negara’ dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

fatwa-haram-syiah-seluruh-persekutuan-tanah-melayu-islam-malaysia

Beliau juga menggesa pihak berkuasa agama negeri memperhebat operasi menggempur markas Syiah yang harus dilakukan secara konsisten.

“Sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan,” katanya.

Zamihan yang berpengalaman selama 13 tahun dalam dakwah selain menulis lebih 20 buah buku mengenai bahaya fahaman Syiah, turut mencadangkan agar Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi dipinda dengan mengiktiraf hanya ajaran Islam berteraskan Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat menggesa masyarakat menilai setiap pegangan dan aliran yang dibawa oleh kumpulan tertentu berdasarkan perspektif ilmu.

“Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah mempunyai karisma  yang dapat menarik minat orang menerusi sikap kepimpinan, disiplin dan semangat mereka.

“Ini dapat kita lihat selepas berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang  menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka,” katanya.

Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu memahami konsep ajaran Islam sebenar dengan berpegang kepada al-Quran dan sunnah supaya tidak terpedaya dengan ulama Syiah yang secara terang-terangan melakukan penyelewengan.

Fahaman Syiah ini juga datang dengan ideologi baharu terutama daripada golongan plural dan liberal, katanya yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengenalan Ajaran Syiah dan Percanggahannya dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah’.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Yayasan Mutiara dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau  Pinang, Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan USM serta dihadiri oleh 200 peserta.

UMNO Will Hold Small Rallies To Draw Support Of Sungai Limau Voters

Posted: 13 Oct 2013 07:58 AM PDT

YAN, Oct 13 – UMNO will hold small rallies to get voters to support the Barisan Nasional (BN) in the Sungai Limau by-election in Kedah on Nov 4.

UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan said small rallies are needed to draw the 2,000 voters who did not vote for the BN in the May 5 general election.

“We have to campaign door-to-door and do not need to wait for big rallies as they are attended by many outsiders. As such, the message is not delivered,” he said after a meeting with BN polling district chiefs here today.

Ahmad who is also Deputy Finance Minister said each polling district should set a target to draw 100 new voters to support BN.

The BN should also recapture the 1,800 Chinese voters who voted for the party in the 1999 and 2004 general elections.

He said there is no reason for Sungai Limau voters to back PAS as the Kedah BN government is now led by Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

The Sungai Limau state seat fell vacant following the death of former Kedah menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak of PAS on Sept 26.

Kemenangan Calon Naib Ketua Pemuda Akan Ditentukan Melalui Undi Popular

Posted: 13 Oct 2013 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Keputusan mutakhir berhubung pemilihan UMNO 2013  yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2103, Tan Sri Tajol Rosli hari ini memperlihatkan keputusan seri bagi dua calon jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi  Jaafar dan juga Khairul Azwan Harun di mana masing-masing memperolehi jumlah  kemenangan yang sama sebanyak 73 undi.

Menurut  tan Sri Tajol,  berdasarkan situasi tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan akan menggunakan kaedah pengiraan undi popular seperti mana yang telah diputuskan sebelum ini bagi menentukan pemenangnya.

"Seperti mana yang kita beritahu di dalam taklimat sebelum ini, kita akan menggunakan kaedah undi  popular bagi menentukan siapa pemenangnya. Kita akan jumlahkan kesemua undi yang diperolehi oleh dua calon ini dari 190 bahagian di seluruh negara.

"Setelah itu, barulah kita akan dapat menentukan siapa pemenangnya bagi  jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru," ujarnya kepada pemberita di sidang media bertempat di Aras 4, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Jusuh, Ibu Pejabat UMNO akan memanggil calon atau wakil calon tersebut dalam masa yang terdekat untuk menyaksikan perjumlahan semula undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO itu.

"Pihak ibu pejabat akan memanggil kedua-dua calon atau pun wakil calon selepas hari raya Aidiladha ini untuk melihat sendiri  kertas undi yang diterima ini oleh kedua-dua calon ini.

"Oleh yang demikian, kedua-dua calon bolehlah datang atau menghantar wakil apabila dipanggil oleh ibu pejabat UMNO untuk melihat  proses perjumlahan semula kertas undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon ini bagi menentukan siapa pemenangnya," ujarnya.

Menurut beliau, keputusan rasmi berhubung pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diberitahu kepada media setelah urusan penjumlahan semula undi untuk  undi popular selesai dilaksanakan.

Manakala bagi keputusan sayap wanita pula, Datuk Seri Shahrizat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan memperolehi undi daripada  172 bahagian. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Azizah Mohd Dun yang memperolehi 127 undi bahagian.

Keputusan bagi sayap pemuda pula memperlihatkan Khairy Jamaluddin terus mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila 189 memberikan undi kepada beliau. Manakala bagi jawatan pengerusi tetap Pemuda UMNO Malaysia pula di menangi oleh Zubir Zabidi dengan memperolehi sebanyak 89 undi.

Bagi pemilihan di peringkat sayap puteri UMNO pula, Mas Ermieyati telah terpilih sebagai ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru apabila memperolehi sebanyak 138 undi, manakala bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Zahida Zarik Khan yang memperolehi 99 undi. -MediaUMNO

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN UMNO 2013 (PUTERI UMNO)

Posted: 13 Oct 2013 07:48 AM PDT

KEPUTUSAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA   

PENGERUSI TETAP

AZLIEZA BINTI AZIZAN     (MENANG TANPA BERTANDING)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

NURUL HUDA BINTI NORDIN AHMAD     (MENANG TANPA BERTANDING)

KETUA PUTERI

1              MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN         (138)

NAIB KETUA PUTERI

2              ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN                       (99)

EXCO

17           ISFARINA BINTI MOHD BALI                                         (177)

6              JUNE ARTISHA BINTI MOHAMAD NAZARI            (173)

2              NORASIMAH BINTI MD NOWAR                                   (172)

16           NURHIDAYAH BINTI MOHAMAD SHAHAIMI        (172)

8              NORWAHIDA BINTI PATUAN                                        (168)

23           AZLINA AZMA BINTI MOHD AZMI                             (158)

7              ASFALINDA BINTI ANUAR                                            (157)

27           NORMALAH BINTI RASIK                                               (157)

4              NOORMADIANA BINTI KAMARUDDIN                    (151)

3              NORRULHUDA BINTI MARSIDIN                                (151)

11           MIMIE HARIANIE BINTI ALIAS                                   (150)

1              AZURA BINTI MOHD AFANDI                                       (140)

22           NOR FARHANA BINTI ALHAM                                     (138)

10           NOOR AEIZA BINTI HASSAN                                         (137)

24           JULIE BINTI SABRAN                                                       (134)

21           JUNAIDA BINTI MAT ISHAK                                        (133)

30           HAZIQAH NASIRAH BINTI ZOL BAHARI               (132)

12           NURHUDA BINTI AB KARIM                                        (129)

5              NASIBAH BINTI ISMAIL                                                (123)

14           NOR HAZREENA BINTI MOHAMAD HASHIM        (122)

puteri-umno-perwakilan-wakil-perhimpunan-agung-bersemangat

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN UMNO 2013 (PEMUDA UMNO)

Posted: 13 Oct 2013 07:38 AM PDT

KEPUTUSAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA        

 

PENGERUSI TETAP

1              ZUBIR BIN ZABIDI         (86)

 

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

3              BAHRUL RAZHA BIN CHUPRAT    (74)

 

KETUA

1              KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR   (189)

NAIB KETUA

 

EXCO

16           FATHULBARI BIN MAT JAHYA                                            (169)

10           ARMIZAN BIN MOHD ALI                                                       (162)

15           MOHD NAJIB BIN MOHD ISA                                                 (156)

22           ONN HAFIZ BIN GHAZI                                                            (156)

48           MUA`AMAR GHADAFI JAMAL BIN JAMALUDIN       (146)

7              NAZIR HUSSIN BIN AKHTAR HUSSIN                              (145)

25           KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN                            (130)

11           AHMAD MUKHRIZ BIN AHMAD FUAD                              (124)

38           JEFFRI BIN SALIM                                                                     (120)

30           TENGKU ZUHRI BIN TENGKU ABDUL AZIZ                   (117)

17           DAZMA SHAH BIN DAUT @ DAUD                                      (106)

2              SYAMSUL BAHARIN PUTRA B.AHMAD SHIBI              (105)

18           MUHAMMAD YUSMIZAN BIN MD YUNUS                      (95)

41           MOHAMED HAZALI BIN ABU HASSAN                             (93)

65           MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR                                           (87)

4              ARMAN AZHA BIN ABU HANIFAH                                    (85)

67           ANUAR BIN ABD.MANAP                                                       (85)

27           MOHD RAFIQ BIN NAIZAMOHIDEEN                               (82)

1              IBDILILLAH BIN ISHAK                                                          (76)

31           AZLAN BIN ABDULLAH                                                           (76)

Ahli UMNO Bersemangat

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN UMNO 2013 (WANITA UMNO)

Posted: 13 Oct 2013 07:27 AM PDT

KEPUTUSAN PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA        

 

PENGERUSI TETAP

1              NAPSIAH BINTI OMAR     (MENANG TANPA BERTANDING)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1              SARIPAH AMINAHBI BINTI SYED MOHD   (116)

KETUA WANITA

1              SHAHRIZHAT BINTI ABDUL JALIL    (172)

NAIB KETUA

3              AZIZAH BINTI MOHD DUN  (127)

EXCO

4              ARMANI BINTI MAHIRUDDIN                      (162)

3              NOR HAYATI BINTI ONN                                 (159)

7              NORHAYATI BINTI OMAR                              (154)

11           RUSNAH BINTI KASSIM                                     (151)

9              ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN   (150)

16           NORLIZA BINTI ABDUL RAHIM                   (144)

8              NORASLINA BINTI ZAINAL ABIDIN         (139)

22           SHARIFAH AZIZAH BINTI SYED ZAIN     (133)

12           JAMELAH BINTI A BAKAR                              (129)

29           NORIAH BINTI MAHAT                                     (126)

36           ROSNI BINTI ZAHARI                                        (123)

25           MAZNAH BINTI ABD HAMID                         (111)

21           MARLIA BINTI ABD LATIFF                           (105)

17           AZIZAH BINTI JOHOR                                       (99)

15           HASNAH BINTI SALAM                                     (97)

26           ZAITUN BINTI MAT AMIN                               (95)

1              NORAINI BINTI AHMAD                                   (95)

5              JAINAB BINTI AHMAD                                      (92)

39           AZIHANI BINTI ALI                                             (92)

40           RABIYAH BINTI ALI                                            (90)

semangat-wanita-umno-pemilihan-perhimpunan-agung-dewan-merdeka

UMNO Johor Serah Isu Pemuda Gelang Patah Kepada Pusat

Posted: 13 Oct 2013 01:51 AM PDT

MERSING, 13 Okt – UMNO Johor sudah menyerahkan laporan mengenai dakwaan ‘perwakilan hantu’ dalam Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda UMNO Gelang Patah kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

“Laporan kita telah serah ke pusat dan saya pasti saudara Khairy (Jamaluddin) (Ketua Pemuda) akan buat keputusan. Terserahlah kepada ibu pejabat untuk tentukan sama ada mesyuarat semalam sah atau tidak,” katanya.

khaled-nordin-umno-johor-pemilihan-umno-sayap-2013

Mohamed Khaled yang ditemui pemberita selepas melancarkan Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur di sini, diminta mengulas mengenai kekecohan ketika pemilihan Pemuda UMNO Gelang Patah yang menyebabkan mesyuarat terpaksa ditangguh.

Mengulas insiden itu, Mohamed Khaled berkata isu perwakilan hantu tersebut timbul apabila jumlah perwakilan yang diumum oleh Pengerusi Tetap Sahid Amun tidak sama dengan jumlah undi yang diterima.

“Saya difahamkan ketika pengerusi tetap umum masih ada perwakilan yang mendaftar. Dia umum awal kerana hendak mulakan mesyuarat, namun jumlah yang mendaftar kemudian ini tidak diumumkan. Jadi soalnya sama ada yang perwakilan tambahan itu perwakilan hantu atau tidak biarlah mereka yang siasat,” katanya.

Kekecohan tercetus ketika keputusan diumumkan apabila didapati jumlah kertas undi yang diterima melebihi bilangan perwakilan. Dalam insiden itu bekas Ketua Pemuda bahagian Noorisham Ismail turut ditumbuk oleh seorang penyokong calon yang bertanding jawatan itu.

Jumlah perwakilan hanya 194 namun kertas undi yang diterima 205, sekali gus dipertikaikan oleh penyokong calon-calon bertanding.

Perebutan jawatan ketua Pemuda Gelang Patah menyaksikan pertembungan antara Julnizam Janisan dan Abdul Hamid Soaip. Keputusan yang diumum memihak kepada Julnizam.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan ketiga-tiga sayap di negeri berkenaan.

Kemenangan banyak muka baru, katanya menunjukkan demokrasi dalam parti berjalan dengan baik.

“Untuk sayap Wanita, kita mendapat lima ketua baharu dan tiga lagi penyandangnya kalah, manakala bagi ketua Pemuda, 23 merupakan orang baharu diikuti Puteri seramai enam orang,” katanya.

Beliau turut berharap mereka yang dipilih itu tidak menghampakan perwakilan yang meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. – MediaUMNO

Kemenangan Tonggak Sayap Parti Kukuhkan UMNO Hadapi Ujian Pertama Di Sg Limau

Posted: 13 Oct 2013 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pemilihan semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Wanita dan Pemuda UMNO pada pemilihan parti semalam, diyakini dapat mengukuhkan lagi perjuangan parti dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata dengan Ketua Puteri yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin, gandingan kepimpinan tiga sayap itu akan melalui ujian pertama mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 Nov ini.

“Ujian pertama ketiga-tiga ketua sayap ini adalah pilihan raya kecil Sungai Limau. Ayuhlah segera turun ke Sungai Limau wahai Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad berkata kemenangan Shahrizat, Khairy dan Mas Ermieyati sudah dijangka kerana masing-masing mempunyai rekod perjuangan yang lama dalam UMNO.

Mereka mendapat sokongan besar daripada bahagian sayap masing-masing apabila keputusan setakat 3.30 pagi tadi menunjukkan Shahrizat menerima 100 undi, Khairy 97 undi manakala Mas Ermieyati 96 undi.

Kemenangan mereka diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Shahrizat mengetepikan cabaran Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman Palestin manakala Khairy mengungguli saingan lima penjuru.

Khairy dicabar Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Mas Ermieyati pula menewaskan Jamilah Hanim Othman. – MediaUMNO

12 Ketua Sayap UMNO Di Kelantan Menang Tanpa Bertanding

Posted: 13 Oct 2013 12:14 AM PDT

KOTA BAHARU, 13 Okt – Dua belas ketua sayap UMNO bahagian di Kelantan menang tanpa bertanding pada pemilihan bahagian masing-masing.

Bagi jawatan Ketua Wanita, tiga calon yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Wanita Umno Kelantan Datin Rahimah Mahammad dari Bahagian Machang, Nik Noriza Nik Salleh dari Bahagian Tumpat dan Suzaini Adlina Sukri dari Bahagian Kuala Krai.

pemilihan-sayap-wanita-umno-parti-mengundi-2013

Selain mereka, enam lagi mengekalkan jawatan Ketua Wanita bahagian selepas menewaskan pencabar masing-masing iaitu Zarina M. Eusop (Pengkalan Chepa), Datuk Siti Jeliha@Zaleha Hussin (Kubang Kerian), Zaharah Ab Rahim (Bachok), Dayang Saniah Awang Hamid (Tanah Merah), Roslinah Mohameh (Jeli) dan Datuk Wan Hazani Mohamad Noor (Gua Musang).

Lima calon muka baharu yang turut memenangi jawatan Ketua Wanita adalah Madihah Ab Aziz (Kota Baharu), Nuainun@Shuhanie Deraman (Pasir Mas), Pauziah Che Wook (Rantau Panjang), Sabariah Hamzah (Ketereh) dan Zurina Ripin (Pasir Puteh).

Bagi jawatan Ketua Pemuda, Mohammad Azan Ismail dari Bahagian Ketereh menang tanpa bertanding manakala empat yang masih mengekalkan jawatan itu adalah Datuk Rosidi Mahmud (Tumpat), Mohd Almidi Jaafar (Tanah Merah) dan Eriandi Ismail (Machang) dan Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari (Jeli).

Sembilan calon muka baharu yang memenangi jawatan Ketua Pemuda ialah Mohamad Rizal Razali (Pengkalan Chepa), Wan Mohamed Rasman Wan Hassan (Kota Baharu), Wan Azmawi Ab Rahman (Pasir Mas), Akbar Salim (Rantau Panjang), Bakri Yusoff (Kubang Kerian), Shamsuzuha Che Noh (Bachok), Mohammad Yusri Ismail (Pasir Puteh), Ahmad Firdaus Muhammad (Kuala Krai) dan Sheikh Razali Sheikh Hamad (Gua Musang).

Bagi Ketua Puteri, lapan yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Puteri Umno Kelantan Norwahida Patuan (Jeli), Norazita Ismail (Tumpat), Sarina Anuar (Bachok), Marzuani Ardila Ariffin (Ketereh), Marshela Ali (Pasir Puteh), Nor Najmah Ariffin (Machang), Zuraihah Muhammad (Kuala Krai) dan Norfadzlete Aryani Mat Rosli (Gua Musang).

Ketua Puteri Pengkalan Chepa Rohana Muhamed berjaya mengekalkan jawatannya.

Lima calon muka baharu adalah Wan Salmiah Wan Abdul Ghani (Kota Baharu), Wan Harinawati Wan Daud (Pasir Mas), Marie Suriani Abdullah (Rantau Panjang), Nurul Amal Fauzi (Kubang Kerian) dan Hanisathirah Abdul Ghani (Tanah Merah).

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Kelantan Datuk Hasan Harun berkata Umno Kelantan akan mengadakan post mortem pemilihan sayap semalam bagi menambah baik pemilihan pada 19 Okt ini.

Selain pemilihan Wanita bahagian Gua Musang berdepan sedikit masalah, katanya mesyuarat dan pemilihan sayap di bahagian lain berjalan lancar. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...