Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sudah Sempurna?
- HOT! Dap Kedah BANTAH Keputusan Dap Pusat!!
- HOT! Pas Tolak Mat Sabu dan Mahfuz di Sungai Limau? #PrkSgLimau
- INFO! Ramai Muka Baru Sayap UMNO di Kedah! #PemilihanUMNO
- HOT! Polis Jemput Peguam PKR Sertai Ops Cegah Jenayah!
INFO! Tanda-Tanda Kecil Kiamat Sudah Sempurna? Posted: 13 Oct 2013 08:46 AM PDT Harus diingat, kita sudah pun 'embrace' kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma'juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat 'sehari sama seperti sebulan' iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma'juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A'lam. Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." – Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." – Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. " Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" – Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" – Riwayat -Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." – Riwayat Ahmad dan Hakim. 6) Ramai orang soleh meninggal dunia "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" – Riwayat Ahmad 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." – Riwayat Ahmad 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". 10) Bulan sabit kelihatan besar "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" – Sahih Muslim 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." – Riwayat Ahmad 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" – Sahih Muslim 14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda "Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." – Sahih Abu Daud & Nasai 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam "Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya.. Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslimi) Keterangan: Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya". Sumber: Islamic Eschatology |
HOT! Dap Kedah BANTAH Keputusan Dap Pusat!! Posted: 13 Oct 2013 03:20 AM PDT Sebahagian ahli akar umbi DAP Kedah menunjukkan bantahan terhadap pembubaran jawatankuasa negeri pada sidang media hari ini. ALOR SETAR - Kira-kira 30 ahli akar umbi DAP meminta penjelasan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengenai pembubaran jawatankuasa negeri dan digantikan dengan jawatankuasa interim. Bendahari DAP Kedah, Law Teng Hooi berkata, mereka menolak penubuhan jawatankuasa interim kerana pengurusan asal masih sah mengikut perlembagaan parti. Beliau berkata, jawatan penyandang organisasi asal DAP Kedah diambilalih begitu sahaja oleh jawatankuasa interim dan sehingga kini ahli akar umbi belum menerima sebarang penjelasan mengenainya. "Ahli akar umbi tidak menerima penubuhan jawatankuasa interim selagi tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Kami berharap ROS akan memberi respons segera. "Kami adalah penyokong jawatankuasa asal kerana ia dilakukan melalui pemilihan sebulat suara. Jawatankuasa DAP Kedah masih sah dan tidak bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Menurutnya, mereka menganggap Lee Guan Aik masih mewakili organisasi kepimpinan parti yang sah di negeri ini. ''Setakat hari ini kita belum menerima penjelasan mengapa jawatankuasa DAP Kedah dibubarkan. Mana boleh diubah tanpa sebab,'' katanya. Sementara itu, bekas Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kedah, Tan Yen Chai mendakwa, terdapat pemimpin pusat parti itu menyalahgunakan kuasa dengan menipu dan mengelirukan ahli CEC untuk mengambil alih pentadbiran DAP negeri tanpa sebarang surat tunjuk sebab. Beliau berkata, CEC juga tidak mengikut prosedur ditetapkan perlembangaan parti yang sepatutnya mengadakan siasatan terlebih dahulu. ''Ini adalah satu konspirasi politik, kita pasti seorang pemimpin pusat yang berniat untuk mengembangkan wilayah politik peribadi bagi membuka jalan untuk sesi pilihan raya parti akan datang,'' katanya. Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah, Zainol Endut berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menerajui Jawatankuasa Interim DAP Kedah bertujuan mengelirukan dan menarik sokongan orang Melayu di negeri ini. Menurutnya, jika pimpinan tertinggi DAP mahu memberi jawatan itu kepada orang Melayu di Kedah, beliau adalah antara calon yang layak kerana Melayu tulen, mempunyai jawatan dalam parti dan dilantik oleh akar umbi. ''Mengapakah hendak membawa Zairil Khir dari Pulau Pinang ke negeri ini. Sedangkan kita mahu pimpin rakyat, mestilah terdiri daripada orang tempatan, itu yang terbaik,'' katanya. McTheory: Aiyaa.. senlili pun talak butut, lagi mau kaco kelajaan ka? Aiyaa apekk..bikin lumah senlili kasi elok lulu maa... |
HOT! Pas Tolak Mat Sabu dan Mahfuz di Sungai Limau? #PrkSgLimau Posted: 12 Oct 2013 11:39 PM PDT Sebelum ini Mc ingat Mat Sabu pernah tawar diri untuk kerusi DUN Sungai Limau. Malah Mahfuz sendiri pernah bernada seumpama berminat untuk bertanding di situ. Mc rasa Pas mungkin telah membuat penelitian khas di kawasan tersebut, sebelum membuat senarai calon. PAS semalam telah menyenarai pendek lapan calonnya untuk dicadangkan sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 November depan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata senarai calon tersebut terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latar belakang telah dicadangkan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan Jerai. "Kita telah menerima senarai calon-calon. Kita telah perincikan. "Saya juga minta supaya jawatankuasa PAS pusat turun ke bawah perincikan lagi, supaya dipastikan calon yang terpilih boleh diterima pengundi... Seorang yang boleh menyambung tugas Allahyarham Azizan Abdul Razak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, disini hari ini. Abdul Hadi berkata antara kriteria lain bagi calon yang akan dipilih adalah bersih daripada amalan rasuah dan mampu bertugas untuk rakyat. Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dua Naib Presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Amiruddin Hamzah. Mahfuz dilantik Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, manakala Amiruddin dilantik Pengarah Operasi bagi pilihan raya kecil itu. Setakat ini tiga calon disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Setiausaha Khas kepada Azizan, Muzaini Azizan, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad. Sementara itu, mengulas kenyataan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut dicalonkan, Mustafa bagaimanapun mencelah dan menafikan perkara tersebut. "Tidak ada pimpinan PAS pusat yang dicadangkan," kata Mustafa. Ditanya mengenai peluang PAS untuk mempertahankan kerusi DUN itu yang dimenangi sejak 18 tahun lalu, Abdul Hadi berkata pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan jumlah majoriti undi sebanyak lebih 2,700 yang diperolehi pada pilihan raya 5 Mei lalu. "Insya-Allah, kita bertolak daripada majoriti 2,700 undi (yang telah dimenangi)," katanya sambil menambah calon yang bakal diketengahkan adalah muka baru. Mengulas lanjut berhubung persiapan jentera PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi memujinya selepas menerima laporan dari badan perhubungan PAS Kedah dalam mesyuarat itu hari ini. "Saya dapati PAS Kedah membuat persediaan awal di Sungai Limau, diatur begitu rapi termasuk jentera perhubungan negeri," katanya. Abdul Hadi berkata pengumuman calon akan diumumkan pada 21 Oktober - dua hari sebelum penamaan calon. Sementara itu, Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata pihaknya sedang memperkemaskan dan menyelaras jentera negeri dan kawasan termasuk maklumat berkaitan pilihan raya kecil. Menurutnya pelancaran jentera induk bakal dirasmikan oleh Mohamad Sabu di Kota Sarang Semut pada 17 Oktober ini. McTheory: BN macam mana? ehh lupaa.. UMNO sibuk pemilihan.. jawatan lagi penting.. ye tak? heh.. |
INFO! Ramai Muka Baru Sayap UMNO di Kedah! #PemilihanUMNO Posted: 12 Oct 2013 08:07 PM PDT ALOR SETAR, - Sebanyak 23 muka baharu akan menerajui tiga sayap Umno Bahagian di Kedah selepas selesainya proses pemilihan ketiga-tiga sayap di 15 bahagian di negeri ini awal hari ini. Daripada jumlah itu, 11 orang menang tanpa bertanding iaitu tiga bagi pergerakan Wanita, satu bagi Pemuda dan tujuh bagi Puteri Umno. Paling banyak muka baharu ditampilkan adalah Pemuda Umno iaitu seramai 12 orang disebabkan ramai pemimpin Pemuda bahagian tidak mempertahankan jawatan atas faktor usia sudah melepasi 40 tahun. Daripada 15 bahagian, hanya empat Ketua Pemuda sebelum ini yang bertanding mempertahankan jawatan mereka iaitu Shafiqrahman Shamsuddin (Kuala Kedah), Mahadzir Abdul Hamid (Sik), Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok) dan Mohd Mustaffa Shaik Ismail (Kulim/Bandar Baharu). Bagaimanapun, Shafiqrahman kalah kepada Shahron Nizan Mohamad Zain, menjadikan beliau satu-satunya penyandang Ketua Pemuda bahagian yang tewas. Bagi Wanita pula, lima muka baharu diketengahkan iaitu di Langkawi, Sik, Jerai, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu. Di Langkawi, Hisham Suhaily Othman, Ketua Puteri bahagian sebelum ini, mengejutkan penyandang Meriyam Othman untuk menjadi ketua Wanita bahagian yang baharu. Di Kulim/Bandar Baharu, penyandang Ketua Wanita Bahagian Rokiah Hasan tewas kepada Nazira Abd Rahim. Antara penyandang ketua Wanita bahagian yang kekal ialah Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Hamid (Jerlun), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Baling) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob (Pendang). Bagi pergerakan Puteri Umno, enam muka baharu dipilih Ketua Puteri iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Jerai, Kuala Kedah, Merbok dan Sungai Petani. Bahagian Jerlun pula menyaksikan kemunculan semula bekas Ketua Puteri bahagian itu Yusmawati Yaacub. Yusmawati merupakan ketua Puteri bahagian itu pada pemilihan 2008 tetapi digugurkan daripada jawatan itu pada Jun 2011 berikutan kes di Mahkamah Syariah. Pada pemilihan kali ini Yusmawati menewaskan pemangku Ketua Puteri bahagian yang merupakan bekas naib ketuanya Siti Hajar Hayazi. Seramai 19,901 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap bahagian di Kedah dan juga untuk jawatan sayap di peringkat pusat iaitu 10,056 bagi pergerakan Wanita, Pemuda (6,602) dan Puteri (3,243). -- BERNAMA |
HOT! Polis Jemput Peguam PKR Sertai Ops Cegah Jenayah! Posted: 12 Oct 2013 07:49 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mempelawa Ahli Parlimen PKR, N Surendran untuk menyertai operasi polis berdepan dengan penjenayah. Khalid membuat pelawaan tersebut melalui Twitter malam tadi. Menurutnya, MP Padang Serai itu akan disediakan dengan perlindungan yang mencukupi dalam bentuk perisai badan sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut. Ketika dihubungi, Surendran yang juga naib presiden PKR memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak pasti sama ada ketua polis negara itu serius dalam membuat pelawaan tersebut. Bagaimanapun, Surendran (kanan) berkata beliau tidak ragu-ragu untuk menerima pelawan tersebut. "Jika beliau serius, maka saya bersedia untuk menerimanya," katanya sambil menambah bahawa beliau bersedia berdepan dengan risiko sepertimana yang dihadapi oleh anggota polis. "Saya bersedia untuk melakukan ini demi kepentingan mewujudkan sistem keadilan jenayah yang lebih baik," katanya. Surendran, seorang peguam yang menjadi ahli politik, lantang mengkritik pihak polis berkaitan dengan penggunaan kekerasan yang berlebihan. Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau serius membuat pelawaan tersebut, Khalid memberitahu Malaysiakini: "Ya... kenapa tidak? Jika beliau (Surendran) mahu." Dengan itu, tambah Khalid, Surendran boleh melihat sendiri apa yang anggotanya perlu berdepan dan risiko yang mereka hadapi untuk memastikan negara ini selamat. Bagaimanapun, tawaran itu bergantung kepada kesediaan Surendran menandatangani perjanjian indemniti jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. McTheory: Jemput sama Hadi Awang, boleh tengok dia bersilat.. ewahh.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment