BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KURANG AJAR !!! DS @SHABERYC !!! KHALID ISMATH MENGHINA UMNO !!!

Posted: 13 Oct 2013 08:30 AM PDT


tu dia,khalid syiah menghina UMNO.anak siapa ni ??? bagi ajar sikit.tak nampak kerr yang mengundi tu semuanya manusia.apahal mamat ni ??? pendek sangat akal mamat syiah ni.kepada DS Shabery Cheek,tolong tengok mamat syiah ni,kalau boleh masukkan nama dia kat SKMM dan ambil tindakan.ni dah kurang ajar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM HANTAR BARUA DAN SAMSENG GANGGU FORUM @YUKTESVIJAY !!! APA CERITA NI ???

Posted: 13 Oct 2013 05:00 AM PDT


apa cerita ni ??? Forum "Cleaning Bersih : An Analysis of Bersih's People's Tribunal" yang dianjurkan oleh Yuktes Vijay di Crystal Crown Hotel,Petaling Jaya,telah diganggu oleh samseng yang dihantar Anwar Ibrahim.Forum ini bertujuan membongkar disebalik topeng NGO Bersih dan dalang bersama,Anwar Ibrahim terpaksa ditamatkan lebih awal dari waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan perkara buruk yang berlaku.baca surat di bawah

Kepada,Yang Berhormat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Ambiga Sreenevasan - Pengerusi BERSIH 2.0 

cc: Anwar Ibrahim - Penasihat PKR 
A. Samad Said - Pengerusi Bersama 

Per : Menuntut Ganti Rugi 

Merujuk kepada perkara di atas. 

2. Saya telah menganjurkan sebuah forum untuk memberi pandangan serta penilaian alternatif kepada Tribunal Rakyat yang dianjurkan Bersih. 

3. Namun,sebaik forum ini bermula,ia telah diganggu oleh beberapa ahli PKR dan terpaksa diberhentikan untuk menjamin keselamatan semua pihak yang hadir ketika itu.Kelakuan dan sikap mereka yang agresif mula parah. 

4. Saya ingin menuntut kos ganti rugi sebanyak RM 10,000 di mana kos sewa dewan sebanyak RM 4060 serta kos penyediaan dan penanggungan bayaran pengangkutan kesemua hadirin termasuk pihak media serta panelis turut disertakan.

5. Apa yang saya harap adalah agar PKR dan BERSIH menanggung kos ganti rugi tersebut untuk memberi dorongan agar anak-anak muda tidak patah semangat untuk menganjurkan satu forum atau mengadakan diskusi yang pendapat serta kepercayaannya bercanggah dengan PKR dan BERSIH. 

6. Malah langkah ini akan menjadi teladan kepada ahli-ahli yang lain agar tidak menyampuk dan mengacau satu proses demokrasi yang tahap pemahamannya lebih mendalam daripada yang diketahui oleh mereka yang hanya menanam intepretasi demokrasi sebagai demo di jalan raya. 

7. Sayameminta maaf dan ingin menjelaskan kenapa tuntutan ini dibuat secara terbuka iaitu untuk mempamerkan kesaksamaan dan keadilan kedua-dua dalam mempertahankan demokrasi walau persefahaman tentang aplikasi berbeza. 

Terima kasih. Sekian, 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! ISYARAT UNTUK CALON KACAU DAUN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Oct 2013 01:32 AM PDT


apabila kira-kira 247,000 perwakilan daripada Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri melangkah masuk ke dewan pengundian semalam,tanggungjawab yang dipikul oleh mereka hanyalah satu iaitu memilih barisan terbaik bagi menerajui ketiga-tiga sayap itu.Pemilihan yang dianggap sejarah bagi UMNO ini berikutan pindaan Perlembagaan yang dilakukan hasil usaha Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dipersetujui oleh Presiden parti,Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan isyarat yang jelas pergerakan parti itu ke arah lebih inklusif berbanding eksklusif sebelum ini.Penentuan barisan kepimpinan sama ada di peringkat sayap mahupun pusat tidak lagi ditentukan oleh 2,500 perwakilan tetapi sudah mencecahkan kepada 146,500 perwakilan secara keseluruhan.Buat permulaan pemilihan bagi peringkat sayap sudah berakhir semalam dan tiada banyak kejutan yang berlaku apabila keputusan tidak rasmi sehingga pukul satu pagi tadi menunjukkan dua calon popular iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin terus diberi mandat untuk berada di tampuk utama kepimpinan Wanita dan Pemuda.

Sejak awal lagi,kemenangan dua pemimpin yang sering mendapat sorotan dalam arena politik negara ini sememangnya sudah diduga.Keazaman dan semangat mereka untuk terus menawarkan diri bagi menabur bakti kepada kedua-dua sayap yang menjadi tunjang utama kepada UMNO itu didengari oleh perwakilan.Shahrizat dan Khairy tidak dipilih kerana mereka penyandang.Kedudukan sebagai penyandang yang sudah pastinya mempunyai rangkaian pasukan di peringkat akar umbi ketika memegang jawatan itu bukanlah jaminan untuk kemenangan.Ia memandangkan jumlah yang membuat keputusan kali ini bukan berlegar sekitar 1,000 atau 2,000 perwakilan tetapi mencecah sehingga 110,000 perwakilan.Jumlah itu sahaja sudah memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanding bahawa mereka betul-betul perlu mengukur baju di badan sendiri dan tidak memasuki gelanggang hanya kerana mahu mencari populariti apatah lagi menyelamatkan karier politik masing-masing.Shahrizat dan Khairy bertanding bukan untuk seronok-seronok tetapi mereka merasakan masih banyak lagi yang harus dilakukan dalam usaha memperkasakan kedua-dua pergerakan tersebut.

Mereka tampil dengan membentangkan visi dan misi masing-masing,namun dalam masa yang sama mereka tidak mengharapkan untuk menang tanpa bertanding.Shahrizat terpaksa berhadapan dengan dua pencabar,Raihan Suleiman Palestin yang sekadar Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Kulim Bandar Bahru muncul untuk merampas kerusi Ketua Wanita UMNO dan pada hari pendaftaran calon,bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Maznah Mazlan pula tampil secara mengejut untuk turut sama bersaing.Namun Shahrizat dilihat tidak tergugat dengan kedua-dua cabaran itu biar pun beliau tidak pernah meremehkan saingan mereka.Apa yang beliau lakukan ialah terus istiqamah untuk berusaha mempertahankan jawatannya.Ternyata keazaman Shahrizat membuahkan hasil keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau berjaya menewaskan pencabar dengan memperolehi 92 undi daripada 191 bahagian yang dikira.Maznah pula sekadar mendapat 4 undi manakala Raihan pulang dengan 'tangan kosong'.Kejayaan ini memberi isyarat yang jelas bahawa ahli-ahli Wanita UMNO masih yakin dan percaya bahawa setakat hari ini tidak ada pemimpin Wanita yang boleh menandingi kredibiliti Shahrizat.Dalam soal kemenangan Khairy,ia juga bukanlah satu kejutan sebaliknya pengumuman kejayaan beliau boleh dianggap sekadar mengesahkan ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa pemuda berusia 37 tahun itu adalah pemimpin muda yang mempunyai 'pakej lengkap' untuk mengemudi pergerakan tersebut. 

Isyarat

Kehadiran Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi,Abd. Karim Ali, Syed Rosli Syed Harman dan Irwan Ambak Khalid Izhar boleh dianggap sekadar untuk mencatatkan nama sebagai pencabar sahaja bagi memastikan jawatan Ketua Pemuda tidak dimenangi oleh Khairy tanpa bertanding.Keempat-empat mereka dikatakan tidak mempunyai satu kekuatan luar biasa yang boleh menumbangkan 'ikon Pemuda' seperti Khairy yang dilihat begitu berjaya memimpin Pemuda UMNO,tabah melaksanakan amanah parti dan nampak hebat apabila mengemudi Kementerian Belia dan Sukan. Perwakilan memberi isyarat kepada pencabar-pencabar Khairy bahawa buat masa ini mereka bukanlah tandingan Ahli Parlimen Rembau tersebut.Lanjutan itu,Khairy diberi mandat besar melalui perolehan undi yang mengagumkan untuk menguburkan impian Akhramsyah Muamar Ubaidah,Abd.Karim,Syed Rosli dan Irwan Ambak.Jumlah undi yang diperolehi oleh Khairy sudah membuktikan dengan jelas bahawa kehadiran pencabar beliau hanya bertaraf 'kacau daun' sahaja atau bak kata orang pantai Timur bukan 'kudis yang boleh menggatalkan'.

Bagi jawatan Ketua Puteri pula,kemenangan Mas Ermieyati Samsudin juga bukanlah satu kejutan,biar pun pencabarnya Jamilah Hanim Othman cuba muncul dengan pendekatan orang muda melalui rakaman video ''KID' - (Komited,Integriti dan Dedikasi).Kedudukan Mas Ermieyati sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dilihat memberi kelebihan kepada beliau memandangkan Jamilah Hanim Osman bukan sahaja hanya memegang jawatan di peringkat bahagian sebagai Ketua Puteri Petaling Jaya Selatan tetapi tidak begitu dikenali oleh ahli-ahli Puteri sendiri.Berikutan itu,perwakilan Puteri yang mungkin merasakan laluan Mas Ermieyati lebih mudah untuk menduduki jawatan di peringkat pusat melontarkan undi yang besar kepada beliau.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita,kemenangan Datuk Azizah Mohd.Dun untuk bergandingan dengan Shahrizat dalam Wanita UMNO turut dikatakan sudah dijangka.Ia memandangkan sejak awal lagi,Shahrizat dikatakan lebih selesa untuk bergandingan dengan Azizah berbanding Datuk Suraya Yaacob yang sering digambarkan bukan daripada 'kem' Shahrizat.Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda pula,keputusan tidak rasmi menunjukkan persaingan sengit antara Ketua Pemuda UMNO Perak,Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar Keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairul Azwan mendahului Jamawi dengan kelebihan 8 undi.Dua lagi calon iaitu Mohamad Iruan Zulkefli dan Lokman Noor Adam masing-masing dilihat sekadar  menumpang' bersaing sahaja.Untuk kerusi Naib Ketua Puteri pula,Zahida Zarik Khan dijangka dipilih berganding dengan Mas Ermieyati apabila memperolehi undi yang agak jauh meninggalkan dua pencabarnya termasuk Datin Norsabrina Mohd. Noor yang dilihat calon popular kerana kedudukan dalam kerajaan negeri Kedah dan Nazliah Ali. 

Berdasarkan kepada keputusan yang dicatatkan perwakilan khususnya dalam Wanita dan Pemuda UMNO memberikan isyarat yang jelas kepada calon-calon bertaraf 'kacau daun' bahawa perlu bijak mengukur baju di badan sendiri sebelum menawarkan diri untuk merebut jawatan dalam parti.Mereka tidak boleh berharap untuk menjadi pemimpin utama kepada ketiga-tiga sayap itu jika hanya mahu bersandarkan kepada slogan,jeritan apatah lagi retorik.Keadaan itu kerana ketiga-tiga sayap itu tidak memerlukan mana-mana calon yang mengiktiraf diri sebagai pemimpin yang jauh lebih baik daripada penyandang sedia ada khususnya bagi Wanita dan Pemuda UMNO.Apa pun seperti mana yang dinasihatkan oleh pemimpin- pemimpin kanan UMNO sebelum ini,yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan kalah tetapi apa yang penting ialah merapatkan kembali barisan.Ada yang berkecil hati kerana tewas dan jangan pula ada yang besar kepala kerana mencatat kemenangan.Apa yang perlu diingat,segala-galanya sudah ditentukan oleh Allah SWT kerana sebaik-baik perancangan dan kehendak manusia tetapi Allah jua penentu segala-galanya. 

Kini adalah masa untuk pemimpin ketiga-tiga sayap mengatur langkah dan merangka strategi bagi merapatkan kembali barisan yang mungkin bagaikan ular dipalu apabila pemilihan berlaku.'Musuh' sebenar bukan di dalam UMNO dan gelanggang sebenar bukan di dalam pemilihan parti,sebaliknya 'musuh politik' parti itu ialah pembangkang dan medan pertempuran sebenar adalah pilihan raya.Sudah pastilah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau,Yan,Kedah pada 4 November adalah ujian pertama kepada kepimpinan ketiga-tiga sayap.Keghairahan meraih sokongan dan keterujaan mahukan kemenangan ketika pemilihan parti harus dilanjutkan ke dalam 'pertempuran' di Sungai Limau itu.Ia memandangkan tiada gunanya,pemimpin dan ahli UMNO hanya hebat,gagah dan lantang sesama sendiri tetapi apabila berhadapan dengan 'musuh politik' sebenar,layu tidak bermaya.Oleh itu hapuskan segala yang terluka ketika pemilihan,hilangkan segala kedukaan akibat kekalahan dan kikiskan segala perasaan bangga berikutan kemenangan kerana perjuangan UMNO bukan sahaja belia selesai tetapi tidak akan berakhir selagi ada bulan dan bintang demi perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

Oleh Zulkiflee Bakar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SKANDAL KRONI PENTADBIRAN MPAJ DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 12 Oct 2013 11:12 PM PDT


Ini adalah satu lagi permainan dan percaturan puak2 PR menguasai agar kroni2 mereka mengaut keuntungan demi poket masing2 dikawasan yang ditadbir MPAJ kebelakangan hari ini.Kepincangan dan ketirisan yang berlaku di MPAJ telah dirancang dengan teliti agar pihak2 tertentu tidak dapat melibatkan diri dari peluang yang telah disediakan untuk menguntungkan pihak belaan mereka.Manusia yang dimaksudkan adalah DRs. Sarodin,orang yang menguasai memecah-belahkan kawasan tersebut menjadi lebih kecil supaya sebutharga hanya dibuat dalam MPAJ sahaja.Daripada 37 kawasan telah dipecahkan menjadi 76 kawasan,ia dilaksanakan agar menukar sistem tender kepada sistem sebutharga. 

Tindakan ini jelas menunjukkan sikap melebihkan kroni dari melihat rekod kontraktor terbabit samada kontraktor tersebut mempunyai rekod buruk atau disenarai hitam kerana mempunyai prestasi tidak baik sebelum ini. Lebih memilukan pemilihan kontraktor tersebut hanya memilih kontraktor yang berdaftar dengan UPENS sahaja dan ditutup untuk kontraktor2 luar yang lebih cemerlang. Isu yang paling menyakitkan hati,kontraktor-kontraktor terpaksa mengadap Adun2 PR untuk proses pengesahan pendaftaran dengan UPENS, memerlukan budi bicara pemimpin2 Pakatan mereka.Selainnya memudahkan kawasan2 rampasan perang ini dibahagi mengikut kouta masing2 dikalangan YDP dan Drs.Sarodin. 

Pihak Alam Flora Sdn Bhd tidak dimaklumkan tentang perkara ini baik melalui lisan mahupun secara bertulis.Pihak MPAJ pula suka2 menukar sistem sedia ada tanpa membuat pengumuman kepada pihak terdahulu yang dipertanggungjawabkan diatas tugas tersebut.Jika diikutkan perjanjian termeterai amat jelas bahawa MPAJ iaitu bermula 2007 hingga tarikh Alam Flora Sdn Bhd diswastakan,MPAJ bersetuju menyerahkan segala urusan pembersihan kawasan dan sisa pepejal kepada Alam Flora Sdn Bhd melalui perjanjian "Management Agreement".Percaturan PR nampak sangat menyebelahi puak2 dan kroni2 mereka apabila suka2 menukar dan menguatkuasakan undang2 rimba yang tidak dimaklumkan mahupun diumumkan kepada orang ramai.Sikap tak ambil peduli inilah membuat kita akan hilang bersuara dalam memberikan pendapat agar sikap keterbukaan itu lebih menyakin semua pihak. - KL BOYZ

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...