UMNO Online - “Hampir 2000 Perwakilan Hadir Dalam Sesi Pengenalan Calon Majlis Tertinggi Di Sabah” plus 8 more

UMNO Online - “Hampir 2000 Perwakilan Hadir Dalam Sesi Pengenalan Calon Majlis Tertinggi Di Sabah” plus 8 more

Link to UMNO Online

Hampir 2000 Perwakilan Hadir Dalam Sesi Pengenalan Calon Majlis Tertinggi Di Sabah

Posted: 09 Oct 2013 05:02 AM PDT

KOTA KINABALU, 9 Okt – Sesi pengenalan calon Majlis Tertinggi(MT), exco  sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang diadakan di Dewan Perdana Bangunan UMNO Sabah hari ini disambut meriah apabila hampir 2000 perwakilan yang hadir di dalam majlis tersebut.

Kesemua calon naib presiden, Majlis Tertinggi dan Exco bagi ketiga-tiga sayap parti diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah.

sesi-pengenalan-calon-naib-presiden-exco-wanita-pemuda-puteri-umno-sabah

Musa dalam kata-kata alu-aluannya menyifatkan pemilihan UMNO kali ini membuktikan demokrasi dalam parti terus hidup dan sesuatu yang cukup positif di mana ahli di peringkat akar umbi diberi peluang serta ruang luas untuk memilih kepimpinan parti.

Apa yang paling penting jelas beliau menerusi pemilihan ini UMNO terus kuat dan mendapat kepercayaan bukan saja ahli parti tetapi rakyat secara keseluruhannya.

“Dalam demokrasi ada yang kalah dan menang.  Yang menang tidak menang semua dan yang kalah bukan kalah semua.  Yang utama keutuhan parti. Inilah transformasi parti dan gunalah ruang yang terbuka luas ini untuk memantapkan lagi UMNO untuk menempuh cabaran pada masa akan datang”, katanya.

Antara calon Naib Presiden yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Manakala antara calon MT yang turut hadir  ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Hasan Malek, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Ahmad Jaafar,  dan beberapa calon lagi.

Turut hadir dalam majlis sesi pengenalan calon tersebut ialah calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan dan juga Raihan Sulaiman Palestin.

Setelah selesai sesi pengenalan calon, masing-masing kemudiannya mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan yang hadir.

Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadual 12 Okt dan MT pada 19 Okt. -MediaUMNO

Kerajaan Akan Terus Pastikan Keadaan Teratur Dalam Pasaran Pertukaran Asing Ringgit

Posted: 09 Oct 2013 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kerajaan akan terus memastikan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing ringgit bagi membolehkan pelarasan dalam ekonomi sebenar berlaku dalam keadaan yang baik.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata untuk kepentingan jangka panjang, keutamaan harus diberikan kepada usaha untuk mencapai keseimbangan antara fleksibiliti kadar pertukaran dan kestabilan.

“Fleksibiliti kadar pertukaran dalam sistem apungan terurus membolehkan ringgit memain peranannya sebagai penyerap kejutan dan petunjuk isyarat harga,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran semula Persatuan Perbendaharaan Korporat Malaysia (MACT) di sini hari ini.

Katanya nilai ringgit ditentukan oleh kuasa pasaran dan kerajaan tidak mempunyai sebarang tahap sasaran tertentu atau julat bagi kadar pertukaran.

“Yang penting ialah pembentukan penampan dan penambahbaikan struktur dalam ekonomi dan pasaran kewangan sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98 telah meletakkan ekonomi serantau, termasuk Malaysia, dalam keadaan yang lebih bersedia untuk mengurus risiko ketidaktentuan pasaran kewangan berbanding sedekad lepas.

Kata Ahmad permintaan domestik yang kekal kukuh juga menyediakan penampan kepada ketidaktentuan luaran.

Selain itu, ekonomi negara kini lebih seimbang berbanding 2000, dengan asas ekonomi yang kukuh dan kepelbagaian sumber pertumbuhan.

“Permintaan dalam negeri khususnya, telah menjadi pemacu pertumbuhan yang penting dan sektor perkhidmatan memainkan peranan yang lebih utama. Tahap pengangguran negara juga kekal rendah pada kadar 3.0 peratus,” katanya.

Sistem kewangan kini juga lebih kukuh dan lebih maju berbanding sebelumnya, kata Ahmad.

Katanya sistem perbankan Malaysia yang kekal berdaya tahan serta pasaran bon domestik yang mendalam dan lebih pelbagai juga telah mewujudkan pengantaraan dana yang lebih baik.

Di samping itu, tahap rizab antarabangsa Malaysia kekal kukuh dan hutang luar negeri rendah dan terkawal, pada tahap 28.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku kedua 2013.

Pada 30 Ogos 2013, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD134.8 bilion (RM428.1 bilion) mencukupi untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Sejak kebelakangan ini, nilai ringgit dan mata wang serantau lain kembali kukuh, didorong terutama oleh perkembangan luar, termasuk perubahan jangkaan pasaran mengenai pengurangan pelonggaran kuantitatif oleh Amerika Syarikat.

Dalam tempoh sebulan berakhir semalam, nilai ringgit telah meningkat 2.6 peratus berbanding dolar Amerika.

“Berdasarkan perkembangan terkini pergerakan mata wang ringgit, iaitu USD1 bersamaan RM3.1985 apabila dagangan ditutup semalam, ternyata kedudukannya selaras dengan asas ekonomi negara yang kukuh pada masa ini,” kata Ahmad Maslan.

Pengundi DUN Sungai Limau Boleh Semak Urusan Pengundian Mulai Esok – SPR

Posted: 09 Oct 2013 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SMS atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bermula esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam satu kenyatan hari ini berkata orang ramai boleh membuat semakan butiran peribadi seperti pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi masing-masing.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR jarak-semak-jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau melalui telefon di talian 04-7001313.

Bagi pilihan raya kecil itu, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 Sept lepas, mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, dari PAS, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 Sept lepas berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menetapkan 23 Okt ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 Nov jika ada pertandingan.

Pelbagai Propaganda Pas Menjelang PRK Sungai Limau Bukan Sesuatu Yang Pelik

Posted: 09 Oct 2013 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pelbagai propaganda yang dilontarkan oleh Pas menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bukanlah sesuatu yang pelik.

Ketua Pemuda UMNO Jerai Basori Hasan berkata bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila segala alasan yang tidak masuk akal didendangkan menjelang PRK itu kelak.

“Kita dah boleh nampak sekarang ini pun dah macam-macam ditimbulkan. Sebab itulah saya katakan ianya tidak pelik dan tidak mengejutkan. Benda yang selalu kita nampak dan selalu kita tengok.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

“Saya percaya semua itu sengaja diwujudkan sebagai alasan dalam usaha mereka untuk mempertahankan kemenangan mereka di Sungai Limau,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Beliau seterusnya percaya Pas berada dalam keadaan tertekan dan senario tersebut sememangnya sesuatu yang tidak dapat disembunyikan lagi.

“Umum sudah tahu bagaimana kawasan Sungai Limau hari ini. Dengan adanya peluang yang akan datang sekali lagi tentunya bakal membuka ruang untuk pengundi membuat pilihan kepada mereka,” katanya.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar telah mempersoalkan keputusan SPR yang menetapkan tarikh 4 November sebagai hari membuang undi di DUN Sungai Limau yang dikaitkan dengan tarikh pembentangan bajet pada 25 Oktober ini sebagai untuk menarik undi lantaran lebih awal daripada hari pengundian.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 Sept lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. – MediaUMNO

Buku Senarai Calon Bertanding Diedar Untuk Mudahkan Perwakilan

Posted: 09 Oct 2013 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ibu Pejabat UMNO hari ini mengedarkan buku senarai calon-calon yang bertanding pada pemilihan sayap parti kepada pengamal media bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan panduan sempena pemilihan sayap UMNO Sabtu ini.

Setiusaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata senarai tersebut akan turut digunakan oleh para perwakilan di peringkat bahagian bagi pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk memudahkan mereka membuat rujukan serta pilihan pada hari membuang undi nanti.

"Ianya tertera nama dan nombor calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

“Ibu Pejabat hanya mencetak kertas undi berdasarkan kepada jawatan yang dipertandingkan dan bukannya jumlah calon yang bertanding. Oleh itu perwakilan mestilah menggunakan buku tersebut sebagai rujukan untuk membuat pilihan calon masing-masing.

“Kita telah edarkan mulai semalam dan dijangka siap dalam masa terdekat dan ianya dicetak mengikut jumlah perwakilan sayap. Buku ini akan memudahkan para perwakilan melihat calon-calon yang bertanding,” katanya.

Tambah beliau lagi buku tersebut yang diedarkan di peringkat bahagian seluruh negara turut mengandungi tatacara untuk membuang undi oleh para perwakilan nanti. – MediaUMNO

buku-senarai-calon-pemilihan-umno-2013-01

buku-senarai-calon-pemilihan-umno-2013-02

Two Religious Figures Appointed In Fatwa Fellow Unit

Posted: 09 Oct 2013 02:12 AM PDT

PUTRAJAYA, Oct 9 – The Islamic Development Department (Jakim) today announced the appointment of two Islamic scholars as the main figures for ‘Felo Fatwa’, a specific unit which was newly-set up to answer and clarify current issues related to Islam through the new media.

They are Dr Mohd Farid Mohd Shahran and Lokmanul Hakim Husin.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said Mohd Farid and Lokmanul Hakim were each appointed fellow in the unit which could be accessed online at any time.

He said their duty was to assist the National Fatwa Council to scrutinize issues of law which were immediate and current in nature, and guide society more effectively through the latest media channels on Islamic laws which were found widespread on the new media.

He said other than their background in syariah and faith, the two figures were also aided by information technology experts to provide more effective service to the public and those abroad, regardless of religion.

National Fatwa Council chairman Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin would always interact, communicate and monitor them, Jamil Khir told a media conference at Jakim’s Dewan Syura here.

PCA Bukan Polemik Politik, Bukti Kesungguhan Kerajaan Semai Keharmonian

Posted: 09 Oct 2013 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kelulusan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) dalam Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini sewajarnya mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah pakatan pembangkang yang menjadi sebahagian dari rakyat negara ini.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman melihat sepatutnya anggota pembangkang yang cenderung untuk menggalkan kelulusan PCA di Parlimen membuat penilaian dan pertimbangan dengan melihat pelbagai insiden dalam negara sebelum dan selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

"Sepanjang akhir tahun lalu hinggalah kepada pertengahan tahun ini pelbagai insiden yang tidak menyenangkan berlaku dalam negara iaitu bukan hanya membabitkan kejadian jenayah berat yang melibatkan senjata api dan pembunuhan meningkat malah sikap saling menghormati juga seakan terhakis sebagaimana komen-komen sensitif yang tidak sepatutnya berleluasa dalam laman sosial," katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah menjadi keutamaan BN untuk memastikan rakyat keseluruhan berada dalam keadaan selamat dan tidak terancam selain sentiasa mengamalkan perpaduan tanpa adanya perasaan saling mencurigai antara kaum.

"Perlu difahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, berkongsi kuasa dengan sentiasa memahami konsep budaya yang pelbagai, berbeza etnik, bahasa dan agama juga berlainan tetapi atas permuafakatan maka kita dapat hidup rukun bersama-sama namun apabila ia tergugat maka sesuatu perlu dibuat.

"Atas tanggungjawab inilah maka kerajaan merangka perundangan sebagaimana PCA namun ia bukannya dibuat semberono sebaliknya digubal oleh orang yang arif, dibahas di Parlimen dan barulah dikuatkuasakan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin."

Dalam hal ini beliau membidas tindakan segelintir pihak khususnya pemimpin pembangkang yang menolak pelaksanaan PCA dan menganggap bahawa undang-undang terbabit sebagai rakus dan disalah gunakan sehingga dikatakan mereka ini akan mengadakan bantahan dalam bentuk kempen dan forum di seluruh negara.

"Tidak ada kerajaan yang menggubal perundangan ke arah kemudaratan malah negara-negara maju di peringkat antarabangsa pun masih mengekalkan undang-undang sebagaimana ISA misalnya di Amerika Syarikat selepas berlakunya insiden 11 September yang dibuat sebagai satu langkah untuk mengekalkan kesejahteraan.

"Pakatan pembangkang lebih cenderung melihat negara barat untuk dijadikan contoh dalam manifestasi mereka membangkang kerajaan dan berkaitan PCA ini mereka mengaitkan dengan hak kebebasan atas nama demokrasi sedangkan di Amerika sendiri wujud penahanan tanpa bicara dengan ada tahanan yang dihantar ke Teluk Guantanamo."

Jelas beliau, sewajarnya keseluruhan rakyat termasuk pembangkang akan mengalu-alukan setiap langkah kerajaan yang dibuat atas keselamatan dan keharmonian masyarakat kerana PCA adalah rangka untuk membanteras segala gejala yang tidak sihat khususnya jenayah berat.

"Mereka kononnya mahukan demokrasi yang sebenar sedangkan negara kita mempunyai Perlembagaan sendiri yang selama ini sentiasa memelihara rakyatnya termasuklah dalam isu-isu sensitif sama ada penghinaan antara agama, perbezaan kaum dan juga kedaulatan negara.

"Ambillah iktibar daripada apa yang pernah berlaku sepanjang tahun lalu dan tahun ini, bagaimana wujudnya rasa kurang senang dikalangan kita apabila ada segelintir pihak yang menyentuh isu-isu sensitif, meningkatnya jenayah berat sehingga mewujudkan rasa terancam pada rakyat dan paling teruk, kedaulatan negara kita tercemar dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu."

Tegasnya, dengan adanya PCA, ia adalah langkah jangka panjang bagi mengekang berlakunya insiden yang menakutkan dan menggugat kesejahteraan rakyat.

PCA adalah undang-undang baharu yang digubal sebagai langkah menangani jenayah khususnya jenayah terancang berbahaya dan mengancam ketenteraman awam serta negara selain mempunyai kuasa penahanan tanpa bicara yang antara kelebihannya bagi tujuan mencegah kes jenayah terancang dan jenayah kekerasan dan berkaitan dengan kesediaan saksi memberi keterangan sekiranya kes seumpama itu dibawa ke mahkamah. – MediaUMNO

Jakim Lantik Dua Tokoh Agama Sebagai Felo Fatwa

Posted: 08 Oct 2013 11:53 PM PDT

PUTRAJAYA, 9 Okt – Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) hari ini mengumumkan pelantikan dua ulama sebagai tokoh utama ‘Felo Fatwa’, iaitu sebuah unit khusus yang baru ditubuhkan bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai isu semasa berkaitan Islam menerusi media baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Dr Mohd Farid Mohd Shahran dan Lokmanul Hakim Husin dilantik sebagai Felo dalam unit itu, yang boleh diakses secara online pada bila-bila masa.

Beliau berkata tugas utama mereka ialah membantu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan meneliti isu hukum yang bersifat segera dan semasa serta membimbing masyarakat mengenai persoalan hukum hakam yang banyak tersebar di media baharu dengan lebih cepat dan berkesan melalui saluran media terkini.

Menurutnya selain berlatar belakang kepakaran dalam bidang syariah dan akidah, dua tokoh itu juga dibantu pakar Teknologi Maklumat (IT) untuk menampilkan perkhidmatan yang lebih berkesan buat orang ramai, tanpa mengira agama, di dalam mahupun luar negara.

“Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin akan sentiasa berinteraksi, berkomunikasi dan memantau felo ini,” katanya dalam persidangan media selepas majlis penyerahan surat pelantikan Felo Fatwa dan perjumpaan dengan Pegawai-pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) di Dewan Syura Jakim di sini.

“Pelantikan mereka ini dipersetujui oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, dan Jakim bertindak merealisasikannya dari segi perjawatan, di samping member kemudahan dari segi pentadbiran untuk membantu felo ini bergerak,” kata Jamil Khir.

Beliau berkata di peringkat permulaan, interaksi dengan felo ini boleh di buat menerusi portal e-fatwa, di samping facebook serta twitter, dan menurutnya Jakim juga sedang merancang untuk mewujudkan perkhidmatan secara bersemuka di masa depan, dengan orang ramai boleh datang sendiri berjumpa dengan tokoh berkenaan untuk mengemukakan sebarang persoalanan.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu Jamil mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan untuk menaik taraf gred perjawatan PTAD di 10 negeri, dengan 37 jawatan dinaik taraf daripada gred S44 kepada S48, dan 55 jawatan dinaik taraf dari gred S41 ke S44.

Beliau berkata usaha menaik taraf gred perjawatan PTAD di Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih dalam proses kajian.

Kerajaan Komited Laksana Pendekatan Holistik Lindungi Keselamatan Perairan Sabah

Posted: 08 Oct 2013 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Kerajaan sentiasa komited dalam usaha memperkukuhkan pertahanan dan kedaulatan negara, khususnya di pantai timur Sabah, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata penubuhan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) yang dikawal selia di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merupakan satu daripada struktur keselamatan diwujudkan bagi menangani isu keselamatan di Sabah.

polis-askar-tentera-keselamatan-perairan-sabah-malaysia

Katanya, pembentukan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lalu yang merangkumi kawasan pantai timur negeri itu termasuk Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, sepanjang 1,400 kilometer

“Kerajaan juga berusaha menambah lima batalion pasukan keselamatan yang terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan tanggungjawab bagi menentukan serta menjamin keselamatan pantai timur Sabah,” katanya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika menjawab soalan senator Chew Lee Giok yang ingin tahu perancangan kementerian untuk memperkuatkan pertahanan di pantai Sabah.

Di samping itu, beliau berkata kementerian juga telah memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan di kawasan daratan dan sempadan maritim melalui rondaan, peningkatan “pemantauan risikan dan intipan” serta menjalankan operasi sepadu bagi mengawal perbatasan dan perairan negara.

Beliau berkata kerajaan juga melaksanakan konsep Pertahanan Menyeluruh yang menekankan tanggungjawab keselamatan negara tidak hanya dipikul oleh pasukan keselamatan, tetapi merupakan tanggungjawab semua.

Abdul Rahim menegaskan Malaysia mengadakan kerjasama dua hala dengan agensi risikan luar khususnya dengan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia.

Kepada soalan tambahan senator Dr Lucas Umbul, beliau berkata masyarakat Sabah boleh menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pasukan keselamatan agar elemen-elemen yang tidak diperlukan boleh ‘dikeluarkan’ dari kawasan itu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...