Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Disebabkan KL Gengster 2 Sharifah Amani Bergaduh Dengan Syamsul Yusof?

Posted: 09 Oct 2013 08:37 AM PDT


Saja Mc nak selit sikit cerita artis dan filem.. bukan apa ada kena mengena juga dengan politik dalam jabatan kerajaan ni.

Baru-baru ini, Sharifah Amani telah muncul sebagai antara pelakon utama filem arahan Nam Ron, Psiko Pencuri Hati. Filem itu mendapat klasifikasi 18PL, dan ini secara langsung menghadkan jumlah penonton yang ada kemungkinan menonton filem tersebut. Khabarnya, kutipan bagi filem Psiko Pencuri Hati di pawagam tidak begitu memberangsangkan.

Besar kemungkinan juga, inilah yang dipersoalkan oleh Amani apabila mengeluarkan tweets berbunyi begini:-


Mungkin kerana menganggap tweets Amani ditujukan kepada dirinya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2 telah memberikan reaksi beliau, namun tweetnya ditujukan terus kepada ibu Amani.


Berhubung reaksi Syamsul, Amani selepas itu juga memberikan maklumbalas secara terus kepada pengarah muda itu:-


Sebenarnya memang mudah untuk Syamsul 'terasa' dengan tweets tersebut, kerana walaupun merujuk kepada filem Syamsul, apa yang tersirat ialah kritikan Amani kepada pihak yang mengklasifikasikan filem, mungkin juga Lembaga Penapis Filem (LPF) tentang 'double standards' yang diamalkan dalam memberikan klasifikasi .

Mungkin juga ada benarnya apa yang diperkatakan Amani, kerana beberapa masalah berkenaan LPF dan 'double standards' sudah diperkatakan oleh penggiat industri filem sejak dekad 80′an. Takkan dalam pemilihan dan pemotongan filem pun nak kena ada 'kabel' kot?

Apa pun diharap keduanya akan berbaik selepas ini, dan mungkin LPF patut memberikan perhatian kepada perkara ini untuk mengelakkan kritikan pada masa akan datang dan kesan negatif kepada industri filem negara secara umumnya.

McTheory:
banyak sangat cerita pasal LPF ni.. jangan sampai ada yang kena cekop plak..

HOT! Kemenangan Naib Presiden Mukhriz Mahathir Bakal Bawa Berani Berhijrah ke Sungai Limau! #PrkSgLimau

Posted: 09 Oct 2013 06:12 AM PDT


Ada orang kata kena menangkan Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden dulu baru BN akan menang di Sungai Limau. Betul ka apa yang orang kata tu? Kenapa nak kena menangkan Mukhriz dulu? Atau perkara ini sengaja diungkitkan oleh penyokong Mukhriz untuk seluruh jentera BN menangkan Mukhriz sekaligus BN dapat tawan semula Sungai Limau.

Mungkin secara kasar kita tak nampak keberkesanannya tetapi sememangnya ia berkait rapat. Kemampuan BN memenangi pilihanraya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihanraya ke 14 nanti. Tetapi ianya bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2774 itu dikira besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.

Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini. Kedua-duanya merupakan cabaran yang amat getir.

Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Sementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam UMNO mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan UMNO, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.

Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari-hari pengundian nanti. Sekarang ni menjadi khabar angin diantara perwakilan, bahawa ada pihak yang mahu seorang Naib Presiden yang agak kurang popular, kekal disana.

Secara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam UMNO Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.

Mungkin sekarang orang tak nampak risiko jika Mukhriz kalah dalam pemilihan Naib Presiden ni, andai kata beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jeneral yang patah kaki.

Dengan kalahnya Mukhriz juga, Pas tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak UMNO dan akhirnya peluang UMNO merampas kawasan itu daripada Pas, tidak akan kesampaian.

Rasanya tak salah jika pewakilan memilih Mukhriz menjadi Naib Presiden kerana kita perlu meremajakan UMNO, seperti mana saranan Tuan Presiden UMNO sendiri yang mahu UMNO diremajakan. Nak remaja apa jika semua Naib Presiden UMNO berumur lebih dari setengah abad.

Sekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan UMNO di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah UMNO memberi kemenangan percuma saja kepada Pas untuk terus menguasai kawasan itu.

Orang UMNO pun tolak Jeneral Pilihanraya, macam mana orang Sungai Limau nak sokong seorang jeneral yang telah di tolak, betul?

INFO! Betui Ka Dia Ni Calon Pas Sungai Limau? #PrkSgLimau

Posted: 09 Oct 2013 02:12 AM PDT


Musoddak Ahmad  
Musoddak Ahmad.. hemsem tak?


Musoddak calon Pas Sungai Limau? Betui ka? Atau hanya khabar angin semata-mata? Kalaulah Musoddak jadi calon, rasanya BN takdak masalah untuk menawan Sungai Limau. Takpa baca apa cerita dengan Musoddak ni dulu.

ALOR SETAR - Calon yang disebut-sebut antara tersenarai sebagai calon PRK Dun Sungai Limau sebelum dimuktamadkan Pas Pusat, Musoddak Ahmad tidak menaruh harapan tinggi dicalon semula selepas dua kali bertanding dan tewas.

Musoddak yang juga Setiausaha Pas Kedah sebelum ini bertanding di Dun Guar Chempedak pada PRU13, namun tewas kepada Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Sebelum itu, Musoddak bertanding di kerusi Dun Bayu (2004) yang kini disandang Datuk Azmi Che Hussein.

Tidak kisah dilabel 'calon recycle', Musoddak sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Pas Pusat, sama ada mahu terus memberi mandat untuk mewakili parti.

"Saya tidak kisah, saya serah pada Pas Pusat untuk putuskan. Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi pada 23 Oktober ini," katanya, ringkas.

Walaupun sudah dua kali berdepan dengan cabaran pilihan raya, katanya, tidak semestinya pengalaman itu menjadi faktor penentu dalam meletakkan calon yang sesuai.

"Saya tidak menaruh harapan tinggi. Sebelum ini saya lebih banyak bertumpu di kawasan Guar Chempedak walaupun menyandang jawatan Pengarah Pilihan Raya Pas kawasan Jerai," katanya.

Mengulas beberapa blog tempatan yang mendakwa Pas kawasan itu mahukan wajah baru untuk diketengahkan sebagai calon dan menolak 'calon recycle', Musoddak tidak melatah dan menyifatkan mana-mana pihak bebas untuk bersuara.

"Saya tidak kisah dan tak ada masalah dengan itu (laporan blog). Tak perlu dilayan kerana tidak mendatangkan manfaat. Yang penting kelak pilih kepimpinan yang boleh buat kerja untuk pastikan kita mampu pertahan Sungai Limau," katanya.

Musoddak bukanlah asing dalam kalangan ahli parti mahupun masyarakat setempat. Ini kerana sebahagian besar ahli keluarganya aktif dalam politik dan dikenali.

Musoddak, anak ke-11 dari 12 beradik merupakan anak kepada Ahmad Abdul Rahman iaitu bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah (1947- 1957). Enam ahli keluarganya aktif dalam politik termasuk, abang keempat, Mohd Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden Pas yang keluar parti dan menyertai Umno.

Calon PRU13 di Parlimen Baling, Brig Jen (B) Datuk Najmi; Allahyarham Suhaimi yang juga bekas Adun Kupang; Zawawi bekas Ahli Parlimen Padang Terap (1999) serta kakak, Fauziah juga merupakan bekas Ketua Muslimat Baling.

PRK Dun Sungai Limau diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia.

 Calon kitar semula tu tak salah, sebab dulu mungkin dia pernah kalah, dan tak semestinya dia akan kalah lagi. Politik itu perkara biasa.

Cuma kalah Pas letak Musoddak ni bagus la, kalau Pas nak letak Mat Sabu pun lagi bagus.. he he he..


McTheory:
Tanya Musoddak ni, kerja apa dia buat selama ni? he he he..

PANASS! Ada Tangan Ghaib Dalam UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu? #KedahAmanMakmur

Posted: 08 Oct 2013 11:36 PM PDT

 
Mc ada terbaca di blog sahabat kita, mengenai tuduhan yang agak 'pedih' terhadap Ketua Bahagian dan calon yang terlibat dalam pemilihan di Kulim Bandar Baharu. Bukan apa, ada benda yang patut kita simpan, dan ada benda yang patut kita keluarkan.

Nak kata UMNO Kulim Bandar Baharu teruk, mereka menang 3-0 pada PRU yang lepas. Kiranya sokongan penduduk Kulim Bandar Baharu terhadap Datuk Aziz Shiekh Fadzil memang hebat. Beliau mengalahkan Saifudin Nasution, orang kuat PKR, orang kepercayaan Anwar Ibrahim. Bukan senang nak tewaskan si muka bulan tu.

Setahu Mc, dalam pemilihan bahagian tahun ini, Kulim Bandar Baharu (KBB) yang paling tak banyak bunyi seperti mana bahagian yang lain, tapi  dalam diam-diam keluar juga cerita panass mengenai pemiihan bahagian, rupanya pemilihan kali ini dah ada pertandingan, patutla ada saja cerita tak berapa elok nak keluar.

Seperti biasa, takdak pertandingan untuk ketua bahagian, tapi depa kata la ni bahagian KBB dah jadi kalut sebab pemain catur utama tak bertanding tetapi dia letak calon-calon proksi untuk memporak perandakan bahagian ni.

Untuk mencapai hasratnya, si tukang atoq sanggup menjadikan bekas ketua bahagian yang banyak berjasa padanya sebagai subjek utama untuk membunuh calon-calon yang ingin menentangnya, dia lupa kot sapa yang tolong dia masa dia susah. Tak payah nak label yang luaq daripada UMNO tu pengkhianat, sedangkan diri sendiri tu lagi teruk daripada pengkhianat!

Bayangkan pemantau mesyuarat pun dikuasainya sehingga kuasa depa lebih daripada UMNO bahagian! Hebat sungguh tukang atoq ni. Kita harap tukang atoq ni bertaubatlah tak payah jadi gunting dalam lipatan sehingga mencemar nama baik calon-calon yang bertanding dibahagian dan peringkat nasional. La ni kadang-kadang kita dibayaq cash saja kalau suka gigit tangan orang yang bagi kita makan.

Orang luar mungkin taktahu situasi Bahagian Kulim Bandar Baharu, tetapi sebenarnya ia agak unik. Semangat kekeluargaan tu lebih dari bahagian yang lain.

Kita yang diluar ni tak payah masuk campur la. Apa kata kita pi belek bahagian yang KALAH teruk macam Padang Serai dan Kuala Kedah. Kita biarkan bahagian yang menang ni bertanding secara elok. Kadang-kadang ada perkara yang kita taktau dan tak sepatutnya tau. betui dak?

Bukan semua benda dalam seluaq yang boleh kita tunjuk kat orang kann? he he he..

McTheory:
Sekadar pendapat sahabat untuk sahabat yang lainn..

HOT! Kisah dan Gambar Menarik TPM Ke Sungai Limau! #PrkSgLimau

Posted: 08 Oct 2013 09:20 PM PDT



Untuk pengetahuan pembaca, Sungai Limau ni dulunya dikenali sebagai DUN Sala. Sebut Sala memang kawasan pesawah la. Semua orang tau, penduduk sana hampir 90 peratus pesawah malah kebanyakan mempunyai hubungan keluarga. Memang agak unik Sungai Limau ni.

Orang BN dulu nak masuk Pekan Sungai Limau pi pacak bendera pun takut.  Mana tak takut, silap-silap boleh kena 'tabuh' dengan kayu. Dalam Kedah ni ada 3 tempat kawasan gelap, nombor satu DUN Sungai Limau, Bukit Penang dan Tokai.

Sekarang ni kita sedang berhadapan dengan sebuah DUN yang dianggap KEBAL Pas. Kalau BN menang di Sungai Limau.. tak mustahil bila ada pilihanraya pulak, Bukit Penang dan Tokai, mampu kita tawan.

Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin dan MB Kedah Dato Paduka Mukhriz turun bersantai dan bermesra bersama penduduk Sungai Limau.

Gambar boleh tengok dibawah,

Memberi sedikit ucapan.. (belakang tu bakal calon BN ka?)

Ramai jugakk..


Datang bertanya kabar dengan TPM..

Ini bukan angkut tauu..

Bersama DPMM menerima cenderamata dari penduduk..

Bukan senang jentera BN nak masuk Sungai Limau. Bila depa dah bagi kita masuk, saya harap jentera luar kena follow cara penduduk Sungai Limau. Jangan main langgar sesuka hati. Dulu depa alergik dengan bendera biru, lanie kita cuba suruh depa tinggalkan bendera hijau yang lusuh tu. Kita pacak bendera biru depan rumah depa.

Tapi nak kena ada cara yang betui la? Silap pacak kena pelekoh naya. he he..

Jom Tawan Sungai Limau.. Sungai Limau For BN!

Sumber dari blog  Prk Sungai Limau

HOT! Pemuda Pas Tolak Mat Sabu Anti Ulamak?

Posted: 08 Oct 2013 07:17 PM PDT


Ijtimak Tarbawi PAS yang diadakan di Pagoh, Muar baru-baru ini gagal menarik ramai peserta. Tinjauan mendapati ramai peserta dari kalangan mahasiswa dan ada yang datang sejauh daripada Pulau Pinang!

Perkumpulan ini nampaknya telah menjadi medan bagi Pemuda PAS menolak Mat Sabu dan kumpulan bukan ulama' dari menerajui PAS. Bagaimanapun, Pemuda PAS jelaslah bukannya dari kalangan yang berani bersuara apabila hanya berani menabur flyer di Ijtimak tersebut.



Namun begitu, tindakan Pemuda PAS itu cepat mendapat reaksi dari golongan bukan ulama, bila ulama dituduh gila kuasa. Ingatkan dalam parti yang mengaku sebagai parti Islam, mereka tak berebutkan kuasa, rupanya ada juga perbuatan adu domba untuk merebut kuasa ni.


Eloklah... PAS buatlah lebih banyak lagi Ijtimak. Maka akan lebih banyak le lagi adu domba di kalangan pemimpinnya. Namun begitu, bukanlah apa yang dirumuskan diakhir Ijtimak itu yang penting buat pemimpin PAS, tetapi ialah berapa yang mampu dikumpul hasil dari perkumpulan-perkumpulan yang besar seperti itu. Atas sebab itulah, kerja-kerja menadah kopiah ini tak akan ada noktahnya dalam PAS. SUMBER SINI

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...