BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DAP 'KENCING' KAUM BUMIPUTERA SARAWAK DENGAN LAKONAN TERBARU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Oct 2013 08:30 AM PDT


DAP telah menyatakan secara jelas dan lantang bahawa parti itu menentang Dasar Ekonomi Baru yang termaktub di dalamnya hak-hak bumiputera.Bagi DAP,hak-hak bumiputera ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap minoriti selain menghalang perkembangan ekonomi negara.DAP juga mencemuh sebarang bantuan untuk golongan yang ketinggalan dalam ekonomi,yang mana majoritinya adalah bumiputera.Dengan angkuh DAP menuduh bumiputera sebagai tidak mampu bersaing,malas,bodoh dan sebagainya dan perlu dibiarkan bergelut sendiri dalam sistem kesamarataan atas nama keadilan.Secara dasarnya,inilah tonggak perjuangan DAP selama ini iaitu untuk menghapuskan hak-hak bumiputera dan sebarang bantuan berasaskan kaum serta mengamalkan sistem meritokrasi sepenuhnya.Namun,dengan tidak semena-mena pada 11 September lalu,DAP mengambil langkah yang bertentangan apabila mempromosikan kaum bumiputera Sarawak sebagai subjek untuk dibantu. 

Projek ini dinamakan 'Impian Sarawak' yang bakal menumpukan kepada pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman.Dalam masa yang sama,ia dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk di situ melalui perusahaan hutan dan berbagai-bagai cara lain.Sekali pandang,tampak murni sekali hati DAP.Tetapi,walaupun tanpa memandang,kita sudah boleh menghidu betapa busuknya hati DAP.DAP itu angkuh lagi samseng.Di Pulau Pinang,DAP tidak segan silu meminggir dan menindas kaum Melayu dan India dalam usaha mereka untuk meluaskan cengkaman ekonomi kaum Cina.Justeru,apakah jaminan yang DAP tidak akan menindas kaum bumiputera Sarawak sekiranya mereka berjaya bertapak di negeri itu ??? DAP itu berhati komunis lagi licik.Dalam pemilihan CEC mereka sendiri,DAP telah bertindak menipu dan memanipulasi undi bagi memastikan kemenangan orang tertentu.Malah apabila terpaksa mengadakan pemilihan semula juga,DAP terus juga memanipulasi agar orang-orang yang sama menang sekali lagi. 

Justeru,apakah jaminan yang segala janji manis DAP kepada orang-orang Sarawak itu bakal ditepati ??? DAP itu rasis lagi chauvinis.Perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan hak istimewa bumiputera dan sebarang bantuan kepada bumiputera.Justeru,apakah kaum bumiputera Sarawak percaya yang projek 'Impian Sarawak' ini benar-benar bertujuan untuk membantu mereka ??? Atau apakah ia merupakan satu alasan untuk DAP meneroka hutan Sarawak bagi mengaut keuntungan atas penat jerih kaum bumiputera di situ ??? Apakah jaminan apabila habis hutan diteroka,DAP tidak akan berusaha membina pusat komersial di mana kaum bumiputera akan menjadi pekerja bawahan dengan gaji minima ??? Dan apakah jaminan yang DAP tidak akan membina hartanah ratusan ribu ringgit yang mana kaum bumiputera tidak mungkin mampu memilikinya ??? 

Seterusnya,apakah jaminan yang kaum bumiputera tidak akan dipinggirkan ke hutan yang lebih jauh dan dipersalahkan kerana 'tidak mampu bersaing' dengan kaum Cina ??? Semua ini adalah sesuatu yang pasti dan jika kaum bumiputera Sarawak tidak mengambil iktibar dari tulisan ini atau dari apa yang berlaku di Semenanjung pada hari ini,maka mereka bakal mengalirkan air mata darah suatu hari nanti.DAP sering memomokkan kononnya BN telah menganaktirikan Sabah dan Sarawak sekian lama.Hakikatnya,BN tidak pernah menganaktirikan sesiapa.Keadaan bumi Sarawak serta tebaran penduduk yang tidak sekata di kawasan pedalaman menyukarkan sebarang kemajuan drastik dilakukan.Apa yang nyata,usaha tetap diteruskan mengikut segala kemampuan.Tidak dinafikan ada kelemahannya,namun apapun kelemahannya,ia bukan alasan untuk mengambil risiko tergadai segala-galanya kepada DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KERAJAAN KELANTAN SEMBUNYIKAN KADAR KENAIKAN AIR DARI RAKYAT !!! APA CERITA NI ???

Posted: 09 Oct 2013 05:00 AM PDT


Rakyat Kelantan bukan sahaja dibebani dengan masalah air sejak azali lagi,tetapi kini menerima satu lagi 'bala' apabila masalah itu dilipatgandakan dengan kenaikan tariff air sehingga lebih 30%.Apa yang lebih malang lagi bagi rakyat Kelantan ialah kenaikan ini bukan bermakna yang kualiti bekalan air akan meningkat.Ini kerana,menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat,Hanifa Ahmad,kenaikan itu bukanlah untuk memperbaiki sistem bekalan air tetapi untuk menampung kos elektrik yang tinggi dalam operasi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu sebanyak RM2.1 juta sebulan.Ini berikutan kenaikan tariff elektrik sebanyak 45% dengan tiga kali kenaikan sejak 2001 hingga 2012.Mungkin penjelasan itu boleh diterima,tetapi bukankah sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewar-warkannya agar pengguna tidak merasa terpedaya ??? Alasan Hanifa bahawa ia tidak diwar-warkan kerana tidak menjejaskan ramai pengguna domestik tidak boleh diterima.Nampak jelas seolah-olah kerajaan Kelantan ingin menyembunyikannya kerana bimbang akan reaksi rakyatnya. 

Kesimpulan dari isu ini ialah Kelantan di bawah pimpinan PAS telah GAGAL menjana ekonomi sehingga tidak mampu memperbaiki sistem bekalan air dan tidak mampu menampung kos operasi yang kian meningkat,selaras dengan keadaan ekonomi negara dan dunia.Kelantan diketahui sebagai negeri paling miskin.Setelah lebih dua dekad PAS memerintah,Kelantan masih belum mampu menukar fakta ini.Sehingga ke hari ini,belum ada sebarang usaha signifikan dilakukan untuk menjana ekonomi negeri itu.Satu-satunya sumber pendapatan yang diketahui oleh kerajaan Kelantan ialah balak.Itupun,kebanyakannya telah tergadai kepada tauke-tauke bangsa lain dari luar Kelantan,tidak termasuk yang dijadikan 'habuan' untuk pemimpin DAP di Perak.Akibatnya,Kelantan terus mundur ke belakang dari sehari ke sehari.Sedikit pembangunan yang ada,termasuklah masjid-masjid di negeri itu,semuanya adalah hasil ehsan kerajaan persekutuan.Difahamkan juga,bahawa ketika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri,beliau turut membantu Kelantan secara diam-diam kerana sayangkan anak bangsanya di sana yang terhimpit dalam arus kemajuan dunia.

Pun begitu,kerajaan PAS Kelantan menafikan keadaan negeri itu yang menyedihkan.PAS terus riak dan takbur,malah mengutuk pula kerajaan persekutuan dengan berbagai-bagai tohmahan.PAS memomokkan kononnya Kelantan adalah negeri paling makmur dan menjadi contoh negeri Islam sebenar.Kononnya Kelantan adalah Serambi Mekah.Kononnya,Kelantan adalah negeri yang diberkati.Dalam pada itu,rakyat Kelantan tidak mampu menikmati air bersih walaupun untuk berwuduk.Tidak mampu menyucikan diri dengan baik kerana airnya berkeladak.Sampai satu ketika perut rakyat Kelantan dengan sendirinya 'mangli' dengan air yang tidak bersih itu sedangkan orang luar yang meminumnya akan mengalami sakit perut dan cirit-birit.Sedangkan air adalah perkara asas untuk kebersihan dan kebersihan pula adalah perkara paling asas dalam Islam.Secara dasarnya,ekonomi dunia akan terus turun naik manakala kos sara hidup persendirian mahupun kos operasi satu-satu perniagaan atau organisasi akan terus meningkat.

Justeru,secara automatik,kos pentadbiran juga akan terus meningkat.Ini adalah 'peraturan' hidup yang tidak mampu kita kawal.Justeru,kerajaan PAS Kelantan wajib berusaha untuk menepati peraturan ini atau negeri itu akan ketinggalan semakin jauh setiap hari.PAS wajib mengeluarkan Kelantan dari kemiskinan dan menjana pendapatan sendiri bagi menampung segala kos yang akan terus meningkat.Jika tidak,segala kos itu akan terpaksa dibebankan ke atas rakyat sepertimana yang berlaku dalam isu tariff air ini.Ini tentulah tidak adil kerana di masa yang sama pendapatan rakyat Kelantan tidak pula meningkat,hatta peluang pekerjaan juga amat sukar sekali di negeri ini.Bukankah ini satu kezaliman ke atas rakyat ??? dan lebih zalim lagi,apabila kenaikan tariff itu pula dibuat secara sembunyi-sembunyi…

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! MEDIA PR HARUS SALAHKAN PENJENAYAH KONGSI GELAP !!! BUKAN SALAHKAN @ZAHID_HAMIDI !!! ADA FAHAM KAA ???

Posted: 09 Oct 2013 01:30 AM PDT


Setelah berjaya mendesak kerajaan membebaskan para penjenayah dari penjara,pembangkang terus membela penjenayah dengan mempertikai Ops Cantas dan juga menolak Pindaan Akta Pencegahan.Sudut serangan mereka,seperti biasa ialah 'perkauman'.Kononnya,hanya gangster kaum India yang menjadi sasaran polis sementara gangster Melayu dibiarkan,malah disokong oleh kerajaan dengan alasan gangster Melayu hanya gangster kecil-kecilan yang bernaung di bawah Pekida.Bagi saya,jika benar polis bertindak berdasarkan sikap perkauman,maka bukankah lebih masuk akal jika gangster Cina yang dijadikan sasaran utama ??? Bukankah Cina yang menolak Barisan Nasional pada PRU yang lalu ??? Bukankah DAP,yakni parti Cina yang mendedikasikan diri mereka untuk menjadikan polis sebagai bahan hinaan sejak sekian lama ??? Justeru,jika polis ingin membalas dendam atas dasar kaum,biarlah gangster Cina sahaja yang ditembak seramai mungkin dan bukannya India.Lagipun,gangster Cina yang menjadi kepala yang paling besar di Malaysia ini kerana mempunyai kedudukan ekonomi yang paling kukuh.

Tetapi ini tidak berlaku kerana polis bukan bertindak berdasarkan dendam ataupun kaum tetapi berdasarkan situasi dan maklumat.Mana-mana gangster yang terdedah,cuai atau tersalah langkah,maka merekalah yang menerima padah tanpa mengira kaum.Mungkin gangster India terlalu angkuh dengan mempamerkan lambang dan nama kumpulan secara terbuka ala-ala filem Tamil,maka tentulah mereka yang lebih mudah dikesan berbanding gangster kaum lain.Namun,apa yang penting ialah polis telah melakukan segala yang termampu untuk memastikan negara dalam keadaan terkawal dan gangster tidak bermaharajalela susulan terhapusnya Akta Pencegahan dan sepatutnya,pembangkang turut merasa lega kerana kini penyokong mereka boleh merasa lebih selamat dengan kesungguhan polis dan KDN untuk membanteras jenayah kongsi gelap.Tetapi,entah kenapa,penjenayah yang ditembak,pembangkang yang merasa sakit.bagai cubit peha kanan,kepala terasa juga.'Perang' antara Zahid dan pembangkang a.k.a penjenayah kini menjadi lebih peribadi apabila media pembangkang menjadikan Zahid sebagai sasaran utama.Meloyakini dan Meloyainsider,begitu juga Haramkahdaily giat membentuk imej Zahid pula sebagai 'gangster'.



Ini semua gara-gara termalu apabila wartawan Meloyakini diherdik Zahid kerana gemar memutarbelit kenyataannya.Oleh itu,apabila Zahid membuat kenyataan tegas mengenai isu jenayah,media pembangkang ini pantas mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan imej gangster ke atas dirinya.Meloyakini melaporkan kononnya Zahid berkata "dengan penjenayah, kita tembak dahulu baru tanya soalan".Meloyakini turut memuatkankan rakaman video mengenai kenyataan ini.Bagaimanapun,apa yang menjadi misteri ialah video tersebut tidak dapat dilayari dan tidak dapat dicari di mana-mana.Yang ada,hanyalah transkrip kenyataan Zahid di hampir semua media,yang berbunyi : "Saya fikir,cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka.Jangan ada lagi amaran kepada mereka,kita dapat bukti kita tembak dulu." 

Kata-kata Zahid ini disambut baik oleh rakyat.Tidak ada salahnya mengambil tindakan tegas setelah mendapat bukti dan tidak perlu sama sekali berkompromi dengan penjenayah.Apa yang penting ialah rakyat merasa selamat.Walaubagaimanapun,dari satu sudut lain,saya melihat serangan terhadap Zahid ini adalah lebih dari sekadar isu jenayah dan kebebasan media.Sebenarnya,serangan ke atas Zahid ada kena mengena dengan ketegasan beliau mempertahankan Melayu dalam kenyataannya akhir-akhir ini.Tidak mustahil pihak ini sedang berusaha untuk 'menjolok' kepimpinan supaya 'mengawal' Zahid agar tidak 'menyentuh' hati Cina.Oleh itu,Zahid tidak perlu 'melonggarkan kedudukannya'.Pendekatan tegas Zahid di puji oleh rakyat keseluruhan.Segelintir mereka yang membuat bising menghentamnya,adalah minoriti dari pihak pembangkang yang tidak akan mengundi BN walaupun setiap satu tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.Justeru,elok kerajaan diabaikan saja mereka.Biarlah mereka menyalak di Meloyainsider,meloyakini atau Haramkahdaily semahu-mahunya.Biarkan sajalah hati kaum Cina tersentuh daripada lebih ramai rakyat terbunuh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA @KHAIRYKJ DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 08 Oct 2013 10:00 PM PDT


tu dia..kisah sebenar Ketua Pemuda UMNO,YB Khairy Jamaluddin didedahkan.video dibawah akan menceritakan segalanya siapa KJ.jom lihat video di bawah


ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU @ZAHID_HAMIDI HENTAM MELOYAKINI !!! WARTAWAN SINAR HARIAN MEMBALUN ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 08 Oct 2013 07:00 PM PDT




TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal tentang tindakan seorang pak menteri yang agak 'berang' dan enggan melayan soalan media propembangkang,penulis teringat pengalaman lepas melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di majlis-majlis anjuran pembangkang.Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini? Sebagai pengamal media,penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas.Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar 'kaki pusing','perkakas Umno' dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.Tidak dinafikan,sesetengah media tertakluk kepada "boss" atau tempat mereka makan gaji dalam menghasilkan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya,tak disiarkan! 

Tetapi di Sinar Harian,Insya-ALLAH,penulis bukanlah lama sangat bekerja di sini,namun inilah mediumnya di mana kerajaan,pembangkang dan rakyat diberi ruang seadil-adilnya untuk berekspresi,pada hemat penulis.Atas dasar itu,penulis rasa ada keberanian untuk mengkritik mentaliti sesetengah pemimpin parti politik di negara ini,yang ada ketikanya langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada wartawan yang sedang bertugas.Pada fikiran penulis yang masih mentah ini,orang yang ditanya punya pilihan untuk "langsung tidak menjawab" daripada bertindak memperkecilkan mereka yang bertanya atau menjadikannya "bahan" jenaka dalam sesebuah acara.Tidak manis langsung rasanya,mereka yang terkenal dengan ketinggian peribadi tetapi kalah dan latah dengan soalan wartawan - hanya orang biasa berbanding mereka.Tetapi apabila wartawan ini datangnya daripada agensi yang membawa keuntungan kepada mereka, wartawan-wartawan ini dilayan bagaikan raja.

Dari jauh mereka sudah senyum kalau selalu "cover" mereka.Entah mengapa apabila melihat video Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,terdetik dalam hati penulis untuk berkongsi sekelumit pengalaman dan harapan tentang kehidupan kami sebagai wartawan.Dalam kes ini,bukan penulis mahu bela Zahid Hamidi atau memperlekehkan wartawan Malaysiakini,yang sama bidang tugasnya seperti penulis,tetapi, inilah yang orang kata "bila buku bertemu ruas"."Buku bertemu ruas" yang penulis guna ini dalam konteks,bagaimana selama ini melihat media-media seperti Utusan Malaysia,TV3 berhadapan situasi sama,dihentam teruk di sidang-sidang media anjuran pembangkang.Penulis pilih dua media ini kerana pada hemat penulis,memang berat membawa nama syarikat ini apabila ke majlis-majlis anjuran pembangkang.Macam-macam boleh berlaku.Dialog Zahid Hamidi "you always spin...u bagus tapi u punya boss u tak bagus..." bukanlah dialog janggal atau asing.Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia,TV3 "dikenakan" lebih teruk daripada itu.Sekali lagi,bukan niat mahu bela wartawan Utusan Malaysia atau TV3,yang penulis akui kehadiran mereka di sidang-sidang media pembangkang untuk mencari kesilapan pemimpin ini atau membawa jerangkap samar,tetapi tidak wajarlah mereka diaibkan di hadapan rakan-rakan media yang lain.

Saya faham rasanya,bila soalan yang kita ajukan tiba-tiba dijawab dengan kata-kata sinis atau soalan kita dibalas dengan kenyataan berbaur ancaman.Penulis juga pernah berhadapan dengan situasi ini dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rakan-rakan media lain dihidangkan dengan layanan seumpama ini.Rasanya ramai rakan media di luar sana "alah biasa tegal biasa" dengan situasi ini.Dulu popular seketika petikan kenyataan pemimpin "u ulang I saman u" yang bunyinya seolah-olah berbentuk amaran kepada pengamal media.Macam-macam lagi sebenarnya layanan yang kami pihak media terima daripada pemimpin masyarakat, orang kenamaan, ilmuan agama dan banyak lagi.Katakan sahaja siapa.yang lebih lama dalam bidang ini,tentu pelbagai ragam manusia dilayaninya.Apa yang penulis suarakan ini,hanya sebahagian kecil cabaran kami sebagai wartawan politik yang menjalankan tugas mencari berita untuk santapan pembaca budiman yang akhirnya membuat penilaian menerusi paparan kami.Akhir kalam,kepada mereka yang terbabit,renung dalam-dalam bahawa kami wartawan juga manusia biasa.yang mahu dilayan baik walau kita bukan kawan atau lawan.  - Sinar Harian 

Oleh : SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN (Wartawan SINAR) 
Tarikh: October 6, 2013

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! DAP DAN DINASTI LIM MERASUAH ROS SEBANYAK RM500 RIBU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Oct 2013 05:00 PM PDT


Ia adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dinasti Lim kini berusaha keras untuk mengharamkan DAP.Malangnya,itu adalah hakikat bahawa kita perlu menelan.DAP semakin dekat ke akhir selepas 29 September 2013 CEC pilihan raya.Menurut perlembagaan,DAP untuk mengadakan pilihan raya semula sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan DAP.Maknanya,untuk mengulangi Disember lepas pilihan raya 2012 .Calon yang sama dan wakil-wakil yang sama dengan 10 minggu notis akan dikeluarkan kepada wakil-wakil semua ini.Tetapi DAP telah melanggar kedua-dua peraturan di atas.Mereka hanya mengikuti 2012 calon-calon.Mereka mengeluarkan notis kepada perwakilan adalah tidak berperlembagaan.Rakyat sahaja yang diberikan notis 4 minggu.Pelanggaran lain adalah untuk menukar status cawangan dengan B perakuan untuk perakuan.Ini adalah untuk membolehkan mereka menjadi wakil CEC pilihan raya semula. 

Sebanyak 120 cawangan telah dinaik taraf dari sijil B kepada A sijil dan ini melibatkan 450 perwakilan.Kerja jahat Lim Guan Eng dengan bantuan daripada kedua-dua hamba Tony Pua dan beliau Anthony Loke telah diketahui oleh 5 Harimau.Berita ini telah merebak walaupun kepada ahli-ahli pembangkang.Ini akan menjadi bencana baru kepada Dinasti Lim.Masalah demi masalah kehidupan membuat Lim Guan Eng,Lim Kit Siang,Anthony Loke dan Tony Pua neraka hidup.Sehari selepas pilihan raya semula,mereka dipanggil Karpal Singh untuk membincangkan perkara ini.RSN Rayer turut hadir pada mesyuarat itu.Pada mesyuarat itu sepakat telah dicapai sebulat suara bahawa cara terbaik untuk menjimatkan adalah dengan DAP diharamkan oleh ROS dan mereka akan mendaftar semula parti.Mereka mahu ROS untuk mengharamkan DAP tanpa melakukan siasatan yang lebih menyeluruh kerana apabila ROS mula menggali,mereka akan mendedahkan banyak perkara yang kotor menyembunyikan di bawah karpet DAP yang secara langsung menunjuk kepada Lim Guan Eng. 

Untuk membolehkan semua strategi ini,yang mengharamkan tanpa siasatan lanjut,mereka memerlukan bantuan daripada ROS.Ini adalah di mana RSN Rayer datang ke dalam gambar.Beliau diminta untuk berurusan dengan ROS dan menawarkan jumlah rasuah RM 500,000.00 kepada ROS DAP diharamkan serta-merta.Larangan DAP bukan sahaja akan menutup Lim Dynasty pai busuk,tetapi boleh menimbulkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.Dengan pengharaman DAP,Malaysia akan menjadi kuasa untuk mempercayai dan menuduh BN untuk menggunakan ROS untuk mengharamkan DAP.Tindakan akan mencerminkan perasaan masyarakat Cina tersinggung dan menentang BN.Apabila DAP diharamkan dan didaftarkan semula,adalah peluang yang baik untuk Dinasti Lim untuk menendang keluar semua musuhnya termasuk 5 Harimau.Kemudian mereka akan membuat perlembagaan baru dan menetapkan kedudukan seorang Setiausaha Agung memegang tiada had panjang.Ini akan membolehkan Lim Guan Eng kekal di kerusi itu selama-lamanya.Kesimpulan daripada ini,DAP yang diharamkan serta-merta akan memberi millage politik dan keuntungan bagi Dinasti Lim supaya mereka terus mengukuhkan kuasa dan pemerintahan dalam DAP mereka.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...