House PK |
- LAGI KEPUTUSAN TERKINI DARI PWTC! SHAHRIZAT DAN KHAIRY MENANG BESAR!?
- KEPUTUSAN TERKINI PEMILIHAN SAYAP UMNO
- SIAPA AKAN MENANG SEBAGAI KETUA SAYAP, JOM KITA TEKA...
LAGI KEPUTUSAN TERKINI DARI PWTC! SHAHRIZAT DAN KHAIRY MENANG BESAR!? Posted: 12 Oct 2013 07:14 AM PDT Ini berita dari agenda daily: KEMASKINI: 9.20 MALAM - Khairy Jamaluddin terus mengekalkan penguasaan keatas undi untuk pertahan jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia.Setakat ini mengikut keputusan tidak rasmi beliau sudah dapat 115 undi dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara.Empat pencabarnya belum dapat sebarang undi. Pencabar utamanya,anak kepada Tan Sri Sanusi Jund,Akramsyah tidak dapat undi dari bahagian beliau sendiri,Langkawi.Beliau juga tidak dapat undi dari Jerlun dan Kubang Pasu. Sementara itu Mas Ermieyati sudah dapat 80 undi terus leading jauh berbanding pencabarnya Jamilah Hanim 24 undi bagi jawatan Ketua Puteri UMNO. Datuk Seri Shahrizat Jalil juga sudah tinggal jauh Datuk Maznah Mazlan.Beliau sudah dapat 43 undi manakala Maznah dua. House PK: Dah sah la, Shahrizat menang Ketua Wanita dan Khairy menang ketua pemuda. |
KEPUTUSAN TERKINI PEMILIHAN SAYAP UMNO Posted: 12 Oct 2013 03:40 AM PDT Tak rasmi.Selain Khairy leading sakan takat ini,Mas Ermieyati dapat 43 undi VS Jamilah Hanim 9.DS Shahrizat juga lead 11 VS 1 Maznah-Agendanews KEMASKINI: 6.00 PETANG - Mengikut keputusan tidak rasmi nampaknya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin setakat ini mendapat sokongan padu bahagian-bahagian. Sumber-sumber yang layak dipercayai berkata dari 60 bahagian yang sudah dikira semuanya solid undi beliau. Untuk jawatan Ketua Puteri UMNO pula, Mas Ermieyati 38 undi jauh mendahului saingan tunggalnya, Jamilah Hanim 10. Datuk Seri Shahrizat pula leading untuk Ketua Wanita. Beliau dapat empat undi.Maznah Mazlan baru dapat satu dari UMNO Bahagian Cheras, Kuala Lumpur manakala calon ketiga Raihan Sulaiman Palestin belum dapat undi. SEMENTARA ITU, dalam sidang akhbar kedua Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli pada jam 6.00 petang Sabtu. Keputusan rasmi semasa untuk calon Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati - 13 undi, Jamilah Hanim - 4 undi. Calon Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil - 4 undi manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin - 3 undi. Lain-lain calon belum diumumkan. Menurut Tajol, pihaknya sudah menerima banyak keputusan tetapi mahu mengesahkannya terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi diumumkan. "Jika kita melayari internet kita mungkin dapat (keputusan) lebih dari ini tetapi kita kena sahkan dahulu sebelum kita umumkan," ujarnya.-12/10/2013 Sumber: Agenda Daily |
SIAPA AKAN MENANG SEBAGAI KETUA SAYAP, JOM KITA TEKA... Posted: 12 Oct 2013 02:02 AM PDT Adakah Kak Ijat yang kita kenali akan menang Ketua Wanita? Atau Maznah Mazlan, siapa dia? Aku pun tak kenal...korang kenal? Seterusnya calon Ketua Pemuda...panas wei.. Apakah penyandang sekarang ni Khairy akan menang? Atau si Akram akan menang? Anak Sanusi Junid yang tidak kurang hebatnya... Sekarang kita tengok Ketua Puteri pulak... Si cantik manis Jemi akan menang ka? Atau si Emi ni yang akan menang? Hmmmmm Apa pun, aku doakan sahabat baik aku Ustaz Fathul Bari akan menang sebagai Exco Pemuda UMNO UMNO 1-takat 4 ptg keputusan rasmi WANITA:DS Shahrizat 1 undi,PUTERI: Mas Ermieyati 7 undi,Jamilah Hanim 2.PEMUDA:belum ada lagi.TS Tajol umum-Agendanews WTF? Apakah akan ada kejutan hari ini? Walau ramai yang sokong Jemi sebagai Ketua Puteri tapi Emi yang sedang mendahului...hmmmm...sama-sama kita tunggu. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment