House PK |
- PANAS! BAGAIMANA KITA MAHU MENJUAL PRODUK YANG SUDAH ROSAK?
- GEMPAR BERAPI! AKIBAT ISU 'ROS' LIM KIT SIANG TERAJANG KARPAL SAMPAI JATUH KERUSI RODA!
- FUYOH! PERAK TODAY BUAT JEJAK KASIH KAT TANAH SUCI LA!
- DREAM TEAM?
PANAS! BAGAIMANA KITA MAHU MENJUAL PRODUK YANG SUDAH ROSAK? Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT Ini satu persoalan yang sangat susah nak kita jawab, bagaiaman kita mhu marketkan satu produk yang sudah terang lagi bersuluh sudah rosak? Adakah dengan membuat re'packaging' yang mudah kita boleh menaikkan semula produk tersebut? Macamana nak buat ni? Mungkin The Unspinners boleh menjawab persoalan ini, KLIK SINI Atau kita gunakan beberapa CON SULTAN untuk memperbaiki benda yang dah rosak? KLIK SINI Cukupkah dengan strategi yang begitu? Kenapa aku cakap produk ni dah rosak sebab memangs ecara hakikatnya ianya sudah rosak, INI BUKTINYA Ini sekadar pandangan, harap ad ayang bijak pandai dan boleh repackage dan beri nyawa balik pada produk yang dah rosak ni. Tak baik jual nama lain untuk naikkan produk. Seharusnya produk tu kena ada kualiti supaya orangramai sendiri boleh nilaikan kebaikan dan kualiti produk tersebut. Korang faham tak aku cerita pasal produk apa ni? Kalau tak faham, klik link aku bagi tu dan fahamkan. sekadar pandangan dan teguran. Jangan marah ya. Carilah produk berkualiti demi untuk kebaikan bersama... |
GEMPAR BERAPI! AKIBAT ISU 'ROS' LIM KIT SIANG TERAJANG KARPAL SAMPAI JATUH KERUSI RODA! Posted: 07 Oct 2013 05:23 AM PDT DINASTI LIM DAN DINASTI SINGH BERKERJA KERAS UNTUK HARAMKAN DAP-EPISOD 1 Saya memohon maaf kerana tidak mengemaskini blog ini selama seminggu. Saya berada di Bali berjumpa dengan seseorang dan dari sana saya ke Perth untuk berjumpa pula dengan seorang pemimpin DAP berhubung pemilihan semua CEC pada 29.Sept.2012. Saya tidak akan berhenti mengisi blog ini dan saya akan teruskan dengan siri-siri akan datang sehingga segalanya selesai. Hari ini mungkin ada yang beranggapan penulisan saya tidak penting atau saya membawa cerita bohong. Saya yakin apa yang diisi dalam blog ini akan menjadi satu rujukan penting satu hari nanti. Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi. Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13, April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas. Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet. Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul. Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan ? Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP. Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf. Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan. Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf. Itu akan menyusahkan Dinasti Lim. Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng, Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS. Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit. Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan cina. Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil. Apa yang saya beritahu di bawah ini mungkin sukar untuk anda semua percayai. Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini. Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP. Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah. Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri ? Sukar untuk percaya kan ? Namun itulah hakikat yang berlaku sekarang selepas pemilihan semula CEC minggu lepas. Bagaimana dan apa yang sedang dilakukan oleh DAP untuk haramkan parti mereka, saya akan kongsikan dengan anda esok dalam episod kedua. Sumber: DAP Insider |
FUYOH! PERAK TODAY BUAT JEJAK KASIH KAT TANAH SUCI LA! Posted: 07 Oct 2013 03:21 AM PDT Beberapa hari yang lalu, krew Perak Today telah menemui dan berbicara dengan seorang jemaah haji yang menetap di Maktab Abraj Al Janadiriyyah. Tidak mahu namanya disiarkan, beliau telah bertanyakan bagaimanakah kaedah terbaik untuk menjejaki jemaah di bawah kelolaan TH yang sudah berada di sini? Menurutnya, pihak keluarga salah seorang kenalannya di Malaysia merasa agak bimbang kerana jemaah tersebut tidak mengirim sebarang khabar berita. Beliau juga menunjukkan kepada kami 'message' WhatsApp yang diterima daripada pihak keluarga si kenalan itu. Krew Perak Today telah membawa jemaah tersebut untuk mendapatkan Khidmat yang ditawarkan pelanggan Operasi Haji di maktab yang kami tinggal. Mujurlah dengan sistem canggih pihak pengurusan TH, maklumat mengenai jemaah yang cuba dijejaki itu berjaya diperolehi. Laporan seterusnya di Lambaian Kaabah - Perak Today |
Posted: 07 Oct 2013 02:54 AM PDT |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment