Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Kelakar Tengok Orang Singapore MAKI Kerajaan PAP! #PANAS

Posted: 08 Oct 2013 08:37 AM PDT


Kita asyik tengok puak pembangkang MAKI Kerajaan Malaysia dengan pelbagai hinaan dan cacian. Malah puak cina Dap ni berbangga sungguh dengan Singapore yang kononnya lebih bersih, aman dan maju. Betul ke?

Betul ke Singapore takdak masalah? Rasanya boleh tengok sendiri komen orang Singapore terhadap kerajaan sekangkang kera mereka tu.



Ahhh.. kat Singapore pun ada barang naik apa.. soo apa yang pelik bila Malaysia naikkan harga barang? Semua negara sama apa?


Posting ni bukan nak compare Malaysia dengan Singapore, tetapi nak beritahu pada orang Malaysia yang bangga sangat dengan Singapore tu, bahawa Kerajaan Singapore pun kelam kabut nak jaga negara 'seconet' kecik macam tu, apa la sangat boleh kita bangga dengan Kerajaan 'Cina' PAP di Singapore?

PAP dah lama perintah Singapore, lebih 50 tahun. Cuma nak jaga rakyatnya yang 3 juta lebih saja. Takkan tak boleh buat lebih baik dari Malaysia?

Patutnya kita bangga dengan negara kita, walaupun ada cacat celanya tetapi pemerintah kita masih orang Melayu Islam dan negara kita masih aman dan terus maju.

Bersyukurlah wahai kawann..

Bangga jadi anak Malaysia..

INFO! BN Kedah Guna Taktik Baru Tawan DUN Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Posted: 08 Oct 2013 06:12 AM PDT


Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 November depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - Bernama

INFO! Bangunan Pasaraya CMart RUNTUH di Jitra! #HanyaDiKedah

Posted: 07 Oct 2013 11:24 PM PDT


Riuh rendah bila sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri di sini, runtuh.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi Selasa itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi.

Mengikut laporan awal, keruntuhan mungkin disebabkan batang konkrit yang dah mereput, kerana bangunan tersebut pernah terbengkalai lama sebelum ini.


Psst: ingat bangunan runtuh kat Terengganu lagi.. rupanya Kedah. he he..

HOT! Syiah adalah mazhab sebahagian dari Islam - Hadi Awang ni Biar betui?

Posted: 07 Oct 2013 09:45 PM PDT



Video diatas jelas menunjukan Hadi Awang Presiden Pas mengiktiraf syiah sebagai satu mazhab. Kalau mengikut blog Sphiu, ini bukan kali pertama Pas mengiktiraf syiah.

Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat.

Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain.

Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya.

 Memang ada diterangkan kononnya ada syiah yang tidak melampau, tapi bagaimana kita hendak mengetahui bahawa ianya syiah yang menurut ajaran Islam, atau syiah yang dah sememangnya sesat?

Ataupun puak syiah ni berlakon mengikut keadaan, sampai masa menjadi pelampau? Pun boleh jadi juga. Kalau mengikut pendapat peribadi Mc, baik kita mencegah dari menerima. Kerana pada asas syiah, mereka tetap menghina sahabat Nabi SAW yang lain dan mengagongkan Ali.. tak gitu?

McTheory:
Asas dah tak betul.. pokoknya lagi laa..

INFO! UMNO Perlu Menangkan Mukhriz Sebelum Sungai Limau? #MM4VP #BeraniBerubah

Posted: 07 Oct 2013 07:43 PM PDT


SPR sudah pun menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu Pas dan UMNO, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihanraya nanti.

Pas memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui Allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihanraya umum lalu, kemenangan Pas diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu Pas mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihanraya umum lalu.

Bagi UMNO pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ianya dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.

Kemampuan UMNO memenangi pilihanraya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihanraya ke 14 nanti. Tetapi ianya bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2774 itu dikira relatif besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.

Oleh itu, dengan kedua-dua pihak saling ingin memenangi pilihanraya kecil ini, dijangka pertembungan sengit antara Pas dan UMNO bakal berlaku sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini.

Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Sementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam UMNO mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan UMNO, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.

Selain penyandang Naib Presiden sedia ada dilihat selesa dengan status quo dan tidak menolak adanya pakatan kerana keserasian, serangan kepada Mukhriz yang mengaitkan kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan kedudukannya yang tidak pernah menjadi Ahli MT UMNO tetapi terus mahu melangkau ke jawatan Naib Presiden, semakin kerap didendangkan oleh kumpulan musuh-musuh politiknya menjelang hari pemilihan ini.

Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari-hari pengundian nanti.

Secara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam UMNO Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.

Tetapi sekiranya beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jenderal yang patah kaki.

Dengan kalahnya Mukhriz juga, Pas tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak UMNO dan akhirnya peluang UMNO merampas kawasan itu daripada Pas, tidak akan kesampaian.

Memberi kemenangan kepada Mukhriz sebagai salah seorang Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini tidak harus dilihat untuk kelangsungan masa depan anak Mahathir itu semata-mata tetapi hendaklah dilihat dari aspek untuk memberi sedikit kelebihan kepadanya dan UMNO untuk memenangi DUN Sungai Limau nanti.

Sekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan UMNO di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah UMNO memberi kemenangan percuma saja kepada Pas untuk terus menguasai kawasan itu. sumber


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...