UMNO Online - “UMNO Perlu Berubah Untuk Kekal Relevan – Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “UMNO Perlu Berubah Untuk Kekal Relevan – Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

UMNO Perlu Berubah Untuk Kekal Relevan – Muhyiddin

Posted: 08 Jul 2013 07:15 AM PDT

PAGOH, 8 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata anggota UMNO perlu melakukan perubahan yang lebih komprehensif jika mahu parti itu terus relevan dan kekal berkuasa pada masa depan.

Menurut Muhyiddin, walau apa jua keputusan pengundi dalam pilihan raya umum lepas, anggota UMNO tidak boleh berputus asa dan perlu terus kuat semangat dan kental menghadapi persekitaran politik kini yang disifatkan lebih mencabar.

“Bila saya turun di sesetengah tempat, ahli kini kurang bersemangat… apabila ditanya mereka menyatakan keadaan ekosistem politik sudah berubah dan bimbang akan kalah.

“Penting dalam situasi sekarang, walau apa keputusan yang dibuat pengundi kita harus menghadapinya.

“Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita,” katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri UMNO Bahagian Pagoh hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata perubahan itu amat penting kerana jika tidak UMNO tidak akan mampu bertahan dan persoalan sama UMNO relevan atau tidak akan terus berbangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyeru pemimpin UMNO supaya berada di barisan hadapan dalam memperjuang isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata, ada pihak melihat UMNO terutama sayap Wanita dan Pemuda banyak berdiam diri apabila isu tentang hak Melayu dan Bumiputrra diperdebatkan.

“Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru semua anggota UMNO supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam.

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Rabu Ini

Posted: 08 Jul 2013 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia(RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Akta Hasutan Harus Dikekalkan Demi Keharmonian Kaum

Posted: 08 Jul 2013 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata seandainya akta itu dimansuhkan atau ditukar, pasti akan ada pihak yang cuba ‘mengusik’ beberapa lagi perkara sensitif melibatkan keistimewaan kaum Melayu umpamanya.

“Pemansuhan akta itu hanya akan menerima nasib yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.

“Disebabkan itu, pada saya Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan kerajaan untuk menjaga keharmonian negara.

Semalam, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan berikutan terdapat sesetengah pihak mendesak supaya akta itu dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Katanya pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom pula berkata keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat seharusnya sedar penubuhan akta itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk.

“Mengekalkan akta itu ialah sebagai satu mekanisme yang lebih kepada menjaga keselamatan awam. Ini kerana ada perkara yang memerlukan siasatan yang terperinci dan ia banyak membantu pihak berkuasa menyiasat.

“Pada saya, semua pihak sepatutnya menerima keadaan ini dan perlu memikirkan secara lebih mendalam tentang kepentingan mengekalkan akta tersebut demi masa depan negara,” katanya.

Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara.

“Biarpun akta ini sudah lama, namun pada saya ia masih relevan kerana apa yang kita lihat kini, ia banyak membantu membendung anasirluar yang cuba memecah-belahkan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan rakyat.

Act 505 To Continue After The Retraction Of The Bill

Posted: 08 Jul 2013 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 8 – The Administration of Islamic Law (Federal Territories) (Act 505) will continue to be adopted after three bills, aimed at replacing and amending the act, are retracted at the Dewan Rakyat today.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the retraction of the bills meant that there was no amendment made to the original act.

“This means that Act 505 which is being adopted now is still maintained, and there is no amendment to the act, good in all cases, including changing the religion of children aged under 18 years old,” he said.

He said this to reporters after opening the Outstanding Awards for the ‘Ujian Penilaian Kelas Kafa’ (UPKK) and ‘Sijil Tinggi Agama Malaysia’ (STAM) at the national level, here today.

At the Dewan Rakyat sitting today, Jamil Khir had proposed the retraction of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Bill 2013, Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) (Amendment) Bill 2013 and the Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) (Amendment) Bill 2013.

He said the retraction of the bills was decided for the purpose of streamlining them, taking into consideration the interests of everyone.

He said the consultation process with the various parties would be carried out, but the duration period had yet to be set.

In another development, Jamil Khir hoped that the state religious councils would monitor the mosque institution to ensure that the mosques were not abused to deliver political ceramah, especially during the campaign for the Kuala Besut state constituency by-election in Terengganu.

Kaukus Parlimen Akan Ditubuh Untuk Bincang Isu TPPA – Shahrir Samad

Posted: 08 Jul 2013 03:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai  - Sebuah kaukus Parlimen akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata kaukus itu akan dianggotai tujuh anggota Parlimen, terdiri dari wakil kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan anggota Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata, kaukus berkenaan dijangka mengadakan pertemuan pertama pertengahan bulan ini.

“Anggota Parlimen pembangkang juga telah menyatakan persetujuan untuk menyertai kaukus ini, tetapi setakat ini belum menamakan calon mereka” katanya.

Menurut Shahrir objektif penubuhan kaukus itu antara lain ialah membuka peluang perbincangan dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan keputusan yang dibuat kerajaan berhubung perjanjian itu bermanfaat untuk semua pihak.

“Kita sasarkan untuk melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam perbincangan ini termasuk kumpulan ahli perniagaan, badan bukan kerajaan dan pelbagai badan lain yang berminat dengan TPPA.

“Masing-masing ada kebimbangan tersendiri mengenai TPPA, dan dengan melibatkan semua pihak berkepentingan, kita boleh memastikan, apa jua keputusan kerajaan, ia akan memberi pertimbangan pendapat semua pihak,” katanya.

TPPA merupakan perjanjian yang mirip kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) melibatkan perdagangan pelbagai hala dengan banyak negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.

Pelbagai pihak termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sebelum ini dilaporkan mendesak kerajaan menarik diri daripada perjanjian itu kerana didakwa boleh memudaratkan ekonomi negara.

Pas Patut Beri Kemenangan Percuma Kepada BN Di Kuala Besut – Idris

Posted: 08 Jul 2013 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan Pas menyerahkan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui pilihan raya kecil.

Ini kerana katanya, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.


“Pada saya, lebih baik Pas serah saja kerusi tersebut kepada BN kerana undi majoriti yang kita dapat pada PRU13 adalah tinggi, bukan setakat 300 sahaja.

“Nak menang bukan senang untuk Pas. Mereka perlu lebih kurang 1,200 undi untuk capai undi majoriti yang BN dapat dan biasanya orang tak ubah fikiran mereka kerana PRU13 baru saja berlalu dua bulan lepas,” katanya ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Idris berkata kemenangan percuma itu juga sebagai menghormati bulan Ramadan, memandangkan pilihan raya kecil tersebut dijalankan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

“Pada saya, Pas kini mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai untuk bertanding. Ini kawasan saya. Lebih baik serahkan saja kerusi tersebut kepada BN lagi pun masa tu bulan puasa, tak perlu bersusah payah nak berkempen,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun katanya BN menyasarkan untuk meningkatkan undi majority daripada 2,434 undi pada PRU13 lepas kepada 4,000 pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini.

Mengenai laporan yang mendakwa guru diminta mengundi BN pada pilihan raya kecil itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata tidak ada pihak yang dipaksa mengundi mana-mana parti dan mereka bebas memilih untuk mengundi siapa sahaja.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada PRU13, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,343 undi, mengatasi calon Pas Napisah Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai ini.

Pas Harus Ambil Iktibar Episod Penggulingan Morsi di Mesir

Posted: 08 Jul 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pergolakan yang berlaku di Mesir hari ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak khususnya parti politik pembangkang yang memperlihatkan pendirian mereka bersetuju dengan siri-siri demonstrasi yang bertujuan menjatuhkan pemerintah, demikian menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long.

Menurut beliau, parti pembangkang, khususnya Pas dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang dianggap sebagai zalim dengan menggunakan pendekatan secara demonstrasi,  ia tidak akan mengubah apa-apa kecuali bakal mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada negara.

"Sebab itu, ijmak ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengharamkan sebarang corak kebangkitan rakyat bagi menentang pemerintah, selagi pemerintah itu tidak menghalang rakyat untuk beribadah dan melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

"Pas seharusnya sedar dan tahu, bahawa tidak ada demostrasi yang digelar demostrasi aman kerana sifat demostrasi itu sendiri lebih kepada sifat memberontak dan berpotensi besar untuk menjadi ancaman kepada keselamatan negara," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku di Mesir merupakan satu contoh utama yang boleh dijadikan tauladan di negara ini di mana hari ini Presiden Morsi telah digulingkan oleh rakyat sepertimana yang berlaku kepada Presiden Hosni Mubarak sebelum ini.

"Inilah natijahnya apabila kita mengajar rakyat untuk memilih pemimpin secara demostrasi sebegini. Siapa pun yang naik menjadi presiden selepas ini, sukar untuk mengembalikan semula keamanan seperti sebelum ini. Jika dilihat daripada apa yang dilakukan oleh Morsi, tidak ada sebarang pelanggaran dari sudut syariat Islam yang dilakukan oleh beliau.

"Namun beliau akhirnya turut dijatuhkan oleh rakyat dengan kaedah demonstrasi jalanan hanya disebabkan rasa tidak puas hati dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya di mana soal sosial, ekonomi  memerlukan masa yang panjang untuk ditambah baik di sesebuah negara," ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan Pas supaya tidak menggalakkan ahli dan menyokong sebarang demostrasi jalanan yang bertujuan untuk menimbulkan huru hara bagi menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.

"Kita jangan ikut syiah yang menghalalkan demonstrasi seperti itu. Ulama ahli sunnah bersepakat perkara ini haram. Pas harus melihat ini sebagai isu utama yang perlu diberikan perhatian kerana ia mendatangkan mudarat yang lebih besar.

"Inilah juga yang berlaku di Sudan. Selepas berbelas-belas presiden naik dan kemudiannya jatuh digulingkan, Sudan masih tetap kekal mundur dengan konflik sesama Islam yang tidak sudah-sudah. Apakah Pas mahu perkara yang berlaku di Mesir dan Sudan turut berlaku di negara ini?

" Jika jawapannya tidak, maka janganlah kita bersekongkol dan bersubahat bagi mewujudkan bibit-bibit pemberontakkan yang akhirnya tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan bahkan akan mendatangkan mudarat yang lebih dahsat pada rakyat di negara ini kelak," akhiri beliau.

Sementara itu, beliau turut meminta agar kerajaan di negara ini tidak berlembut dengan sebarang ancaman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk menghuru harakan negara melalui demostrasi jalanan seperti yang berlaku di negara sebelum ini.

"Morsi jatuh digulingkan rakyat akibat terlalu berlembut dengan pemberontak. Ini harus kita ambil iktibar. Kita bukan mahu kerajaan bertindak zalim tetapi tegas. Jika tidak ada sebarang tindakan tegas, ada kemungkinan konflik dan krisis politik di negara ini akan berakhir seperti mana yang berlaku di Mesir dan Sudan," akhiri beliau. -MediaUMNO

Pemimpin Lompat Parti Hanya Tin Kosong Tanpa UMNO Dibelakangnya

Posted: 08 Jul 2013 02:19 AM PDT

KOTA KINABALU, 8 Julai – Kekuatan seseorang pemimpin di Sabah ini adalah berdasarkan parti yang didokong kerana pemimpin yang keluar daripada UMNO diibaratkan seperti tin kosong kerana tanpa UMNO dibelakangnya, pemimpin tersebut tidak akan mendapat sokongan rakyat, demikian pandangan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar.

Ini terbukti tegasnya  kekuatan seseorang pemimpin itu apabila mereka mendapat sokongan padu rakyat dan sokongan padu rakyat itu menjelma kerana dibelakang pemimpin tersebut adalah parti yang mendapat kepercayaan rakyat.

Justeru jelas beliau dalam konteks negeri Sabah ternyata UMNO adalah parti yang boleh menjelmakan kekuatan itu kepada pemimpin.

"Apabila pemimpin tersebut meninggalkan UMNO, kita lihat kekuatan yang sebelum ini ada kepada pemimpin itu semakin lama semakin pudar.

"Inilah satu parti keramat yang telah membawa anak-anak Sabah ke peringkat yang lebih maju. Jika dahulu kita berpecah kepada tiga atau dua parti yang berbeza tetapi dengan adanya UMNO ianya telah memberi satu keyakinan kepada bumiputera Islam dan bukan Islam untuk terus memberi sokongan tanpa berbelah bahagi" katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau  yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom seterusnya percaya rakyat di negeri ini tidak mahu menerima pemimpin yang mementingkan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan parti kerana kekuatan parti itu adalah menjadi keutamaan bagi memastikan nasib mereka dibela dalam pelbagai aspek.

"Ini amat penting kerana di sinilah terletaknya masa hadapan rakyat untuk terus terbela.  Kita sedar bahawa masih banyak yang perlu kita lakukan untuk rakyat dan pembangunan di Sabah ini termasuk pendidikan dan frasarana luar bandar.

"Inilah sebab mengapa rakyat Sabah terus menyokong BN kerana mereka telah lihat hanya BN sahaja yang mampu membawa pembangunan, kemajuan dan pembelaan untuk mereka.  Apa yang rakyat lihat kepada parti pembangkang setakat ini adalah pembawaan politik fitnah dan kebencian serta kehadiran pemimpin pembangkang hanya bermusim iaitu ketika musim pilihanraya", ujarnya. – MediaUMNO

Malaysia Will Be Able To Better Manage Finances With GST, Says Economist

Posted: 08 Jul 2013 01:56 AM PDT

SINGAPORE, July 8  - Malaysia will be able to better manage its finances with the implementation of goods and services tax (GST), says Matthew Circosta, economist, Moody's Analytics.

Circosta said Singapore, New Zealand and Australia had successfully implemented the GST, while Japan planned to increase its consumption tax to help lower the government debt burden.

“Currently, the (Malaysian) government draws most of its revenue from taxes on corporate incomes and petroleum, both of which are highly cyclical and dependent on commodity prices.

“The GST would help produce a sustainable source of revenue for the government and rein in the budget deficit and overall public debt level,” he told Bernama here today.

Singapore implemented the GST at three per cent and gradually increased it to the current rate of seven per cent.

On the best percentage for Malaysia to start with, Circosta said: “It is difficult to say, but it would most likely be around that mark.”

He said in 2009, the Malaysian government planned to introduce a four per cent GST in mid-2011.

“Japan has a five per cent GST and plans to increase it to eight per cent in 2014 and 10 per cent in 2015,” he said.

Jumlah Peserta PLKN Dijangkiti Virus Hanya 0.08 Peratus – Abdul Rahim

Posted: 08 Jul 2013 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Julai –  Hanya 92 orang atau 0.08 peratus daripada keseluruhan 117,679 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangkiti virus sepanjang tahun lalu hingga 30 Jun lepas, Dewan Rakyat diberitahu, Isnin.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kes di bawah tahap keselamatan dan kesihatan di kem-kem PLKN di seluruh negara itu membabitkan virus denggi, 10 kes, demam campak (42), leptospirosis (sembilan) dan Influenza-like Illnes (ILI) (31).

“Kes jangkitan demam campak dan ILI merupakan bawaan dari luar dan terjadi selepas pelatih balik daripada bercuti.

“Jangkitan ini mudah merebak kerana pelatih berada di kawasan persekitaran di mana mereka selalu berkumpul untuk melakukan aktiviti secara bersama. Kes jangkitan denggi dan leptospirosis pula berpunca daripada keadaan persekitaran dan keadaan cuaca,” katanya ketika menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Sim ingin tahu tahap keselamatan dan kesihatan di kem-kem PLKN termasuk jumlah peserta yang dijangkiti virus dan puncanya. Abdul Rahim berkata bagi tempoh yang sama, jumlah kes perselisihan faham antara peserta ialah 137 kes, kes kehilangan barang peserta dalam kem (10) dan kes pecah masuk kem oleh orang luar (tiga).

Beliau berkata pengusaha kem juga akan dipastikan mengambil langkah dari aspek kesihatan dan keselamatan termasuk memastikan terdapat penugasan pengawal keselamatan iaitu sekurang-kurangnya enam orang.

Selain itu, seorang anggota polis ditempatkan secara sepenuh masa di setiap kem, pelaksanaan submodel pencegahan jenayah dengan kerjasama PDRM, rondaan oleh unit PDRM dua kali sehari dan pemeriksaan berjadual oleh Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan.

“Beberapa langkah kesihatan turut diambil seperti menempatkan pasukan paramedik untuk memastikan terdapat kemudahan rawatan di setiap kem,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...