Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! LIVE Ceramah Ustaz Kazim Elias Di Menara Alor Setar!!

Posted: 08 Jul 2013 06:14 AM PDT


Boleh layan Live Stream Ceramah Ustaz Kazim di Menara Alor Setar di www.kedahlive.tv dan kedahlive.blogspot.com

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

PANASS!! Virus Pas Dalam GLC Kedah Sudah Gelabah Biawak? #HanyaDiKedah

Posted: 08 Jul 2013 12:40 AM PDT


Bila Mc mendapat tahu Kerajaan Negeri Kedah akan dan telah menjalankan audit dalaman terhadap beberapa syarikat milik GLC kerajaan negeri bagi melihat syarikat berkenaan berdaya saing atau tidak. Mc rasa tindakan ini yang telah lama Mc tunggu.

Sebab bukan semua GLC di Kedah ni yang betul-betul hidup. Ada yang hidup atas hasil dari peruntukan Kerajaan Negeri. Apa logiknya GLC jika Kerajaan Negeri pula terpaksa cari duit untuk tampung kerugian yang dihadapi.

Sememangnya kerajaan baru sekarang harus menilai potensi syarikat-syarikat miliknya kerana ada antara syarikat ni langsung tak membawa apa-apa keuntungan kepada kerajaan negeri.

Sebarang tinggalan kerajaan Pas dahulu, yang teruk dan kotor, sememangnya harus bersihkan kerana ianya boleh merosakan syarikat, dan mereka hanya tahu habiskan duit kerajaan negeri saja.

Jadi langkah lebih tepat, tamatkan kontrak dan masukkan orang yang betul-betul layak bukannya kroni seperti yang Pas buat dulu.

Ambil la orang yang boleh bekerja. Masalah akan dihadapi bila posisi yang penting, pi letak orang yang tak tau buat kerja. Bila taktau buat kerja, ianya akan memberi kesan pada prestasi syarikat.

Macam mana nak cari projek dan pelabur bila asyik bercuti keluar negara, sibuk main golf, sibuk bisnes sendiri, sibuk dengan projek balak? Orang macam ni nak simpan? Buat mengabihkan beras saja.

Baik ambil rakyat Kedah yang ikhlas nak kerja dan membantu negeri kan?

McTheory:
Betul tak?

PANASS!! Kerajaan Negeri Kedah Tutup KUIN? #HanyaDiKedah

Posted: 07 Jul 2013 06:07 PM PDT

Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat Kuin berkenaan.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Kuin dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Kuin yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz.


Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar di sini hari ini, berkata sebelum pilihan raya umum ke-13, Barisan Nasional (BN) banyak menerima aduan mengenai masalah di Kuin.

"BN memandang serius semua aduan itu dan setelah diberi mandat mentadbir negeri, tindakan pertama diambil adalah untuk menyiasat dengan mendalam perkara-perkara yang dibangkitkan melalui pertemuan, siri demonstrasi mahupun dari audit forensik yang telah dijalankan," katanya.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri juga menyusun semula struktur akademik Kuin terutama membabitkan kursus yang ditawarkan menerusi Insaniah Holdings yang didapati menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Antaranya ialah kursus perubatan yang dibimbangi tidak diiktiraf badan profesional, kata beliau.

"Kita bimbang kerana Insaniah Holding ada kelemahan yang akan menjurus kepada ijazah yang tidak boleh dipakai oleh graduan Kuin sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan selepas mendapat ijazah.

"Tapi kita mohon pelajar bersabar dan tidak perlu risau kerana pendekatan yang terbaik akan dibuat dan walau apapun keputusan yang bakal diputuskan, kebajikan, kepentingan dan masa depan mereka akan sentiasa dibela dan diutamakan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memberi sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin agar kolej universiti itu menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka selaras dengan Aku Janji BN untuk melonjakkan Kuin ke peringkat antarabangsa. - Bernama

Insaniah Holding hanya diwujudkan pada zaman Pas. Ianya bukan syarikat yang membawa keuntungan. Kalau dah tak bawa keuntungan, lebih baik tutup dari buka. Mc sokong Insaniah Holding ditutup. Pekerjanya diserapkan ke KUIN.


McTheory:
Jika ia bawa masalah.. nak simpan buat apa lagi?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...