BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PEMBERIAN ANWAR IBRAHIM SEBANYAK RM3 JUTA TAK MAMPU UBAH PENDIRIAN SIRUL !!! SIAPA SIRUL ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! WAJAH SEBENAR RUDY BALL HINA AGUNG DIDEDAHKAN !!! @PDRMSIA TOLONG BERTINDAK !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KEJATUHAN MORSI BERPUNCA DARI KEGAGALAN GERAKAN ISLAMIS ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! MEMAKSA DEMOKRASI LIBERAL ADALAH JALAN MENUJU KEHANCURAN ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KENYATAAN MENTERI BELIA DAN SUKAN @KHAIRYKJ MENGENAI KES TUDUHAN ROGOL DI #SUKMAXVI SUKAN MALAYSIA 2013 DIDEDAHKAN !!!
Posted: 08 Jul 2013 08:30 AM PDT Sepertimana kebanyakan isu-isu lain yang dituduh Anwar ke atas pemimpin UMNO,kes pembunuhan Altantuya juga nampaknya akan turut memakan diri Anwar sendiri.Ini berikutan pendedahan terbaru bekas Setiausaha Sulitnya iaitu Rahimi Osman yang tampak konsisten dengan pendedahan Datuk Dr. Zulkefli Noordin tidak lama dahulu.Menurut Rahimi,pembangkang pernah cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya dengan wang tunai berjumlah RM3 juta untuk membuat pengakuan palsu.Usaha tersebut dilakukan pada Jun tahun lalu bertujuan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut.Apa yang didedahkan Rahimi mengukuhkan persepsi bahawa penglibatan Anwar dalam kes Altantuya adalah lebih daripada sekadar ingin memburukkan Perdana Menteri iaitu tidak mustahil yang beliau sebenarnya terlibat secara langsung. Sebelum ini,Zulkifli Noordin yang pernah menjadi peguam Anwar dan juga peguam kepada Cif Inspektor Azilah yang dituduh bersama Sirul atas kesalahan membunuh Altantuya,memberitahu umum bahawa Anwar pernah mengarahkan beliau memaksa tertuduh mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan tersebut.Campurtangan Anwar itu berlaku pada penghujung tahun 2006 yang mana merupakan penyebab utama Zulkifli menarik diri dari kes tersebut sehingga akhirnya membawa kepada keputusan meninggalkan Anwar dan PKR.Menurut Zulkiflli,Anwar mendesaknya mereka-cipta bukti palsu dan mendapatkan akuan bersumpah dari tertuduh untuk mengisytiharkan penglibatan Perdana Menteri.Beliau bagaimanapun,tidak dapat berbuat demikian kerana ia tidak menepati kenyataan anak guamnya.Malah anak guamnya,iaitu Azilah bersumpah pula yang Datuk Seri Najib tidak ada kena mengena sedikit pun dengan kes tersebut. Mereka-cipta kenyataan palsu bagi anak guam adalah bersalahan dengan etika perundangan.Oleh kerana itu,Zulkifli memilih untuk membuat semakan sendiri dan berjaya membuktikan yang Perdana Menteri mahupun isteri langsung tidak terlibat malah berada di luar kawasan secara berasingan. Zulkifli akhirnya meletak jawatan sebagai peguam bela Azilah pada 2009 setelah tidak tahan dengan desakan Anwar.Beliau kemudiannya turut mendedahkan bahawa Anwar menawarkannya ganjaran yang lumayan yang boleh 'menggoyahkan iman' untuk tugas kotor tersebut.Pada Mac 2010,Zulkifli turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie Anwar.Nampaknya strategi politik Anwar begitu banyak bergantung kepada wang iaitu menyogok dan terus menyogok bagi menjatuhkan Perdana Menteri.Selain Zulkifli dan Sirul,turut disogok ialah bapa kepada mangsa liwatnya iaitu Azlan.Azlan yang sebelum itu begitu giat membela dan sanggup menemani anaknya bersumpah sehingga ke Mekah,tiba-tiba membuat U-turn di saat-saat pilihanraya.Walaubagaimanapun,beliau sekali lagi membuat U-turn dan mengaku bahawa tindakannya mengkhianati anaknya adalah tidak wajar sama sekali.Berdasarkan sejarah politiknya,saya yakin bahawa tanpa wang,Anwar tidak mungkin mampu berdiri sebagai ahli politik lagi.Tanpa wang,Anwar akan keseorangan.Azmin,Chegu Bard,Jo Bedul,Sam Ketot,Shamsidar hatta Wan Azizah dan Nurul Izzah juga belum tentu akan sanggup menjulangnya jika Anwar tidak punya wang lagi.Tanpa mereka ini,tentulah tiada parti.Tanpa parti,siapalah Anwar Ibrahim.Hari ini,Anwar masih mampu berdiri kerana wang baginya,bagai tiada had.Namun,percayalah bahawa di dalam dunia ini semua benda mempunyai had,melainkan kuasa Allah SWT sahaja yang bersifat infiniti. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 08 Jul 2013 05:00 AM PDT akhirnya siapa rudy ball yang menghina sultan telah di ketahui.di bawah adalah wajah sebenar rudy ball.jangan ingat anda terlepas yeekkk rudy !!! saya ambil semua capture ini dari facebook rudy ball.semua berkenaan posting sultan semuanya menghina sultan. UNTUK SELANJUTNYA jom sama-sama lihat siapa sebenarnya RUDY BALL (BUKAN NAMA SEBENAR) !!! ADAKAH BELIAU JUGA DARI RED BEAN ARMY ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KEJATUHAN MORSI BERPUNCA DARI KEGAGALAN GERAKAN ISLAMIS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 08 Jul 2013 01:49 AM PDT Kejatuhan Presiden Mohammed Mursi dari kumpulan Ikhwan Muslimin adalah rentetan kegagalan kumpulan Islamis di Timur Tengah."Di pelbagai penjuru dunia,gerakan Islamis sentiasa mengalami kegagalan,seperti yang terjadi di Tunisia,parti Islam Ennahda dipaksa berkompromi dengan dua parti sekular kiri-tengah untuk merumuskan konstitusi warga negaranya yang tidak cenderung ke arah hukum Syariah.Tepat setahun lalu,koalisi yang dipimpin oleh seorang ilmuwan politik berpendidikan Barat, Mohammed al- Megaryef mampu mengalahkan gerakan Islamis dalam pemilihan umum yang bebas dan adil di Libya. Selain itu, dalam pilihanraya di Iran yang baru berlangsung, konstituen hanya dibolehkan memilih satu di antara enam calon yang disetujui oleh wilayatul faqih. Di antara enam calon itu hanya Hasan Rouhani yang dikenal pasti sebagai moderat dan berjaya memenangi pilihanraya, "ulas laman Indonesia,beritasatu.com Menurut laman itu,perkara yang sama juga berlaku di Mesir,kelompok yang menamakan diri mereka sebagai 'Tamarod' (pemberontak) telah mengadakan demonstrasi besar-besaran menuntut Morsi berundur sebagai presiden dan kemudiannya dirampas kuasa oleh pihak tentera dan diserahkan kuasa itu kepada Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara,Adly Mansour sebagai Presiden sementara."Sokongan terhadap Morsi juga dibuat oleh ulama besar seperti Yusuf Qaradhawi.Beliau menilai ketidakpercayaan terhadap Morsi hanya dalam jangka satu tahun,lalu melakukan aksi demonstrasi besar-besaran dan dilanjutkan rampasan kuasa tentera, dianggapnya sebagai terlalu berlebihan. Menurutnya Morsi masih memiliki waktu untuk melakukan program-programnya. "Sokongan Yusuf Qaradhawi membuatkan aktivis Ikhwanul Muslimin kini memiliki semangat yang tinggi untuk melakukan 'peperangan' terhadap kumpulan anti-Morsi.Ulama yang pernah menulis buku fenomena Fiqh Al-Jihad itu bahkan berani mengatakan suasana masa depan Mesir akan lebih buruk dari 30 tahun terakhir pasca kejatuhan Morsi oleh rampasan kuasa tentera itu,"ulas laman itu. Menurut laman itu kejatuhan Morsi sekurang-kurang boleh memberikan pengajaran kepada aktivis Ikhwanul Muslimin bahawa proses Islamisme tidak mampu merahmati semua golongan di mana komposisi rakyat Mesir yang pelbagai agama,di antaranya Yahudi,Kristian Koptik,Syiah dan sebagainya."Keberagaman itu membuatkan gerakan Islamis Ikhwanul Muslimin ditentang,kerana Morsi dalam kepemimpinannya selalu mengutamakan kaum Ikhwan dalam proses pemerintahannya. Padahal ketika pilihanraya setahun yang lalu,sokongan terhadap Morsi juga didapati dari golongan di luar Ikhwanul Muslimin.Aksi turun ke jalan raya setidak-tidaknya memberikan gambaran lemahnya kekuatan lobi-lobi politik di parlimen.Sebagai contoh berbagai-bagai fraksi politik di parlimen yang dikuasai koalisi Partai Kebebasan dan Keadilan (Parti Ikhwanul Muslimin) dan Partai Cahaya (partai kaum ultrakonservatif Salafi) menjadikan mekanisme diplomasi tidak mampu dijadikan kenderaan untuk mewujudkan tuntutan masyarakat.Besarnya tuntutan rakyat supaya Presiden Morsi berundur bukanlah tanpa alasan.Bagi kelompok Tamarod,Morsi dikenal sebagai seorang intelektual dan kepribadiannya tak perlu digugat.Tetapi Morsi dilihat lebih kerap dikuasai penuh oleh Ikhwanul Muslimin.Misalnya,pelaksanaan nepotisme besar-besaran yang menempatkan aktivis Ikhwanul Muslimin dalam struktur pemerintahan,"ulas laman itu lagi. Dalam bidang ekonomi pula ulasnya,polisi Morsi dilihat lebih buruk dari kepemimpinan Hosni Mubarak.Janji-janjinya tidak dipenuhi dalam menangani pengangguran,kerana janji-janji itu dituntut oleh generasi muda dan tidak mendapatkan campur tangan asing di Mesir.Paling serius adalah masalah kekurangan bekalan air.Ketika Morsi memimpin,Mesir berhadapan dengan permasalahan jumlah penduduk yang tinggi, tetapi tidak diiringi dengan penyediaan air bersih yang mencukupi.Cadangan Morsi untuk menghapuskan piramid juga tidak bijak kerana ia merupakan daya tarikan pelancung antarabangsa ke negara itu. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! MEMAKSA DEMOKRASI LIBERAL ADALAH JALAN MENUJU KEHANCURAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 08 Jul 2013 01:42 AM PDT Setelah dunia menyaksikan begitu banyak pergolakan dan pertumpahan darah,kudeta di Mesir memberikan kita petunjuk baharu.Jelas,bagi negara membangun dan mempunyai kepelbagaian termasuk juga Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan demokrasi liberal acuan Barat itu.Setakat ini,asakan bahkan paksaan terhadap nilai-nilai liberal di kebanyakan negara lebih banyak mendatangkan mudarat dan memburukkan lagi keadaan.Hak bersuara,hak berdemonstrasi dan hak asasi manusia yang dianggap nilai-nilai universal yang mesti dijunjung hanya manis di mulut Masing-masing hanya mahu memanipulasi nilai-nilai itu untuk kepentingan tertentu dan tidak berani melaksanakannya dengan sepenuh hati.Mereka hanya pandai mendesak orang lain melaksanakannya tetapi diri sendiri bersikap diktator. Ada parti politik yang katanya demokratik tetapi rungutan ahli-ahlinya tidak dipedulikan.Ahli-ahli yang tidak sehaluan dinafikan hak untuk menghadiri mesyuarat dan seterusnya memilih kepimpinan.Ahli-ahli yang tidak sependapat ini bahkan cuba disingkirkan melalui strategi licik yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai demokrasi.Ada pemimpin parti politik pula mencipta jawatan baharu bagi membolehkan dirinya berfungsi sebagai ketua.Ketua yang dilantik melalui proses demokrasi hanya menjalankan tugas-tugas administratif.Kedudukan ketua yang dipilih tak ubah seperti boneka.Parti ini katanya menentang kronisme tapi ahli keluarga dan sekutunya sahaja yang dilihat mendapat agihan kuasa.Dan,yang masih menjadi penyakit lazim parti politik yang sukar diubati ialah pertandingan akan menyebabkan perpecahan. Pertandingan memilih kepimpinan secara terbuka belum menjadi elemen penting untuk menyuburkan parti tetapi sebaliknya menjadi medan pergaduhan berpanjangan sesama ahli.Tidak sedikit yang merajuk,membawa diri dan memberontak.Pertandingan dalam parti yang sepatutnya menjadi medan memilih pemimpin terbaik dalam kalangan yang terbaik menjadi satu ketakutan.Akhirnya banyak parti yang memilih untuk menunda atau mengelak pemilihan bagi memastikan tidak berlaku pergaduhan sesama sendiri.Yang lebih jelas,ahli politik kita begitu miskin sikap budiman.Yang kalah akan menjadi seteru seumur hidup,dinafikan segala haknya.Yang menang berasakan mereka sahaja yang benar dan menggunakan segala kuasa untuk memusnahkan lawannya yang kalah sedangkan mereka sebenarnya adalah dalam acuan sama, satu keluarga.Selagi ahli politik tidak mengubah sikap mereka, selagi itu demokrasi liberal yang diagung-agungkan menjunjung nilai-nilai sejagat itu tidak dapat dilaksanakan.Mereka yang mendabik dada kononnya mengamalkan nilai-nilai itu hanya temberang sahaja. Perang Benarlah seperti kata bijak pandai perang terbesar ialah perang melawan diri sendiri.Perang melawan ketamakan kuasa dan perang melawan kepentingan diri.Jika ahli politik tidak membetulkan keadaan ini dalam partinya sendiri,usaha untuk melihat segala keterbukaan itu hanya sia-sia sahaja. Lebih mendukacitakan yang jarang-jarang berlaku dalam demokrasi liberal Barat ialah yang kalah tidak mahu mengakui kekalahannya terutama di peringkat nasional dalam pilihan raya umum.Ada sahaja alasan digunakan untuk menghalalkan perbuatan tidak budiman itu seperti yang berlaku di Mesir.Pergolakan di Mesir yang kini sedang memasuki episod paling kelam dalam sejarah demokrasi negara berpenduduk 80 juta itu sebenarnya hampir-hampir berlaku di Malaysia.Mujurlah kebijaksanaan kerajaan dan pihak-pihak yang berpengaruh menggagalkan segala cubaan menjatuhkan kerajaan melalui demokrasi jalanan.Setelah setahun lalu Presiden Hosni Mubarak ditumbangkan melalui pilihan raya yang diadakan hasil desakan demonstrasi jalanan,kali ini kerajaan Presiden Mohammed Mursi yang sah,dijatuhkan melalui kuasa ketenteraan.Sekali lagi dengan dalih membela rakyat,Mesir terpaksa melalui demonstrasi jalanan yang tidak diketahui bila sudahnya.Dalam masa singkat,Mesir akan bermandi darah lagi.Yang lebih membimbangkan sebenarnya,perang saudara di Mesir kini tinggal menunggu waktu sahaja.Episod hitam di Mesir ini berlaku kerana satu alasan utama iaitu tidak mahu menerima kekalahan.Pada pilihan raya Jun 2012,Mursi diisytiharkan menang tipis kepada pencabarnya,Ahmeh Shafiq dengan majoriti 51.7 peratus undi. Mursi memperolehi 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. Mursi yang didukung oleh Ikhwanul Muslimin tidak disukai kumpulan moderat dan sekular. Alasan untuk menjatuhkan Mursi seperti diada-adakan - gagal membawa perubahan menyeluruh. Persoalannya mampukah sesiapa pun pengganti Mursi kelak membawa perubahan menyeluruh kerana tentunya akan mendapat tentangan keras daripada kelompok pro Islam? Rakyat Mesir sebenarnya belum bersedia untuk menerima keterbukaan yang sebegitu luas yang dibawa oleh demokrasi liberal itu.Mereka tidak menghormati pilihan majoriti, sanggup melakukan kudeta malah sehinggakan darah tertumpah.Mereka memilih sistem ke depan seperti di Barat tetapi masalahnya mentaliti masih terkebelakang. Mengambil kira semua perkembangan itu, Malaysia adalah termasuk dalam kalangan negara yang belum sesuai untuk melaksanakan demokrasi liberal.Ditambah dengan kepelbagaian latar belakang penduduknya, Malaysia sebaliknya masih sangat memerlukan demokrasi terpimpin.Memanglah sebagaimana Mesir dan negara Arab serta Afrika lainnya, gerakan-gerakan liberalisme akan terus mengasak bahkan memaksakan nilai-nilai itu dari segenap arah dan cara bagi melemahkan amalan demokrasi terpimpin yang ada.Sebab itu ke depan dengan cabaran-cabaran baharu,kita memerlukan pemimpin yang kuat dan mampu melaksanakan demokrasi yang lebih terpimpin.Jika tidak,kita juga akan menyaksikan pergolakan di Mesir bakal berlaku di Malaysia dalam waktu mendatang. Oleh Zulkefli Hamzah RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 07 Jul 2013 05:00 PM PDT Saya memandang serius tentang tuduhan kejadiaan rogol yang berlaku di perkampungan sukan Kolej Kedua UPM semasa temasya Sukan Malaysia ini berlansung.Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia,sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.Jawatankuasa Pengelola memangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta.Kerjasama daripada pihak PDRM digunakan untuk menjaga aspek ini manakala Unit Keselamatan UPM juga turut digunakan.Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ianya tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana ianya adalah tanggungjawab anggota kontinjen sendiri kecuali sekiranya ada laporan yang dibuat yang memerlukan pihak polis memasukinya.Tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan disiplin kontingen pada setiap masa terutamanya di blok-blok penginalan adalah di bawah kontinjen itu sendiri.Oleh kerana itulah,setiap pasukan mempunyai pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus,penolong pengurus,chaperon,jurulatih dan sebagainya. Mereka bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin. Kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ianya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini.Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.Walau bagaimanapun,oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP),saya telah mengarahkan Dato' Seri Zolkples,Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),untuk minta tindakan awal diambil dan mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet ini digantung dahulu semasa siasatan berlangsung dan tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan dijalankan.Saranan yang sama telah saya sampaikan pada Persekutuan Bola Baling Malaysia.Kejadian tersebut didahului dengan satu lagi insiden yang melanggar disiplin dan juga tataetika Sukan Malaysia yakni beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras kedalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia. Mereka ini telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM.Saya memandang serius perkara ini dan juga telah minta MSWP dan Persekutuan Bola Baling Malaysia untuk gantung semua yang terlibat.Disamping itu,saya telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post-mortem dengan segera supaya kejadian-kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temsya kebangsaan akan datang. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment