Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS! Ustaz Kazim Terima Beratus Call dan Sms Sebab Kes Forum Perdana? #TolakPR

Posted: 04 Jul 2013 08:35 AM PDT


Inilah komen dari Ustaz Kazim Elias mengenai ceramah forum perdananya yang dihalang tu. kesiann Ustaz.. kejam sungguh puak anti Islam ni.


Abaikan depa Ustaz, berjuta lagi rakyat Malaysia yang bersama Ustaz. Kalau depa tegur kita, kritik kita, itu dipanggil demokrasi dan kebebasan bersuara. Tapi bila kita sentuh sikit bab depa, terus kita di COP orang itu dan orang ini, apakah itu demokrasi?

McTheory:
Demokrasi kepala bana depa!!

PANASS! Pas Nak Pecat Mat Sabu Sebab Syiah? #TolakPAS

Posted: 04 Jul 2013 05:37 AM PDT


Kononnya Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Kata mereka tak dapat dibuktikan, nak bukti macam mana kalau siasat sambil mata pejam.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti," katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.

Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Dalam syiah, berbohong untuk selamatkan diri tu di bolehkan. Janji itu cara mereka untuk mengembangkan lagi ajaran. Apa la sangat setakat sain pengakuan tu.

Siapa pemimpin yang dipanggil?

Mat Sabu?

Tengok video kat bawah,


PANASS!! Noh Omar 'Pelece' Anwar Ibrahim Pasal Isu Liwat!

Posted: 04 Jul 2013 01:17 AM PDT



Pelece dalam bahasa Kedah ialah perli.. he he..

Cerita nya, pakatan pembangkang masih lagi mahu bermain isu undi popular sedangkan mereka tahu bahawa undang-undang Malaysia menetapkan bahawa kemenangan sesuatu parti itu berlandaskan kerusi yang dimenangi ,bukannya jumlah undi popular.

Jadi,rasanya Anwar tidak usahlah lagi menunjukkan kebodohan membawa isu undi popular di dalam parlimen dan patut sedar bahawa jika tidak kerana sistem kehakiman negara yang seperti ini, sudah lama agaknya Anwar dah melingkup masuk balik dalam penjara.

Moga apa yang Noh Omar kata tu, boleh terbuka minda dan kepala otak depa yang benak tu.

TUDIAA!! Lagi Gambar Staff KUIN Demo Bantah Kerajaan BN Kedah? #HanyaDiKedah

Posted: 03 Jul 2013 09:17 PM PDT


Ehh.. ehh.. ingatkan gambar staff KUIN bantah Kerajaan Negeri Kedah, sebab guna kain rentang. Rupanya gambar staff KUIN sedang bergembira dan menganjurkan kejohanan boling. Tapi semalam Haramkah kata Staff KUIN tak dapat gaji 2 bulan, betul ka?

Ohh.. itu bukan staff KUIN, tapi staff Insaniah Holding, Insaniah Holding adalah anak syarikat bawah KUIN yang sepatutnya menjana kewangan KUIN. Tapi selama dibuka Insaniah Holding ni, haram tak pernah bawa masuk duit langsung, semuanya harapkan duit KUIN sahaja.

Malah Insaniah Holding dibuka pada zaman Pas dan dipenuhi dengan parasit dan kroni Jamil bekas Rektor KUIN yang sudah melarikan diri.

Gaji staff Insaniah Holding, adalah 3 kali ganda lebih tinggi dari staff KUIN sendiri. Kenapa tinggi? Itu kena tanya Jamil sebab dia yang uruskan, mungkin sebab staff Insaniah Holding terdiri dari kaum keluarganya, sebab tu kena bagi tinggi.

Logik ka sebuah syarikat yang gagal menjana pendapatan, dan mengharap duit dari kerajaan negeri, mempunyai pengurus bergaji rm30k sebulan? dan staff baru yang mempunyai gaji tinggi dari staff asal KUIN. Logik ka?

Sebab tu Kerajaan Kedah menangguhkan pembayaran gaji, sebab Insaniah Holding gagal untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam kontrak.

Dah lama kot makan gaji buta, cukup-cukuplah tu.. pi la cari duit dan buat kerja pula.

McTheory:
Inilah Pas, pemalas bekerja, harap makan dari ehsan orang.. pui..

INFO! Tentera Mesir Gulingkan Morsi, Revolusi yang Haprak!

Posted: 03 Jul 2013 06:30 PM PDT


Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.

Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan.

Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Buat sementara ini Ketua Kehakiman Adli Mansur telah dilantik sebagai Presiden Interim sementara menunggu pilihanraya baru.

Inilah yang terjadi bila menukar Kerajaan bukan dengan cara demokrasi. Huru-hara dan kerajaan yang naik juga, dijatuhkan dengan cara yang sama.

Soo.. puak sawan Blackout dan konco Anwar. Nak Malaysia jadi macam ni ke?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...