CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GILER] SUSU IBU jadi kegilaan terbaharu orang kaya

Posted: 04 Jul 2013 01:16 AM PDT


BEIJING - Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.

Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.

"Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu," kata pemilik syarikat Lin Jun.

Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. - AFP

Pekak angkara penampar cikgu

Posted: 04 Jul 2013 01:03 AM PDT


Ipoh: Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya.

Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

"Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

 "Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat," katanya.

[TERKINI] AKhirnya Tentera Mesir Guling Pemimpin Islam Morsi

Posted: 03 Jul 2013 07:09 PM PDT


KAHERAH: Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu.

Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.

Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari.

Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan.

Beliau berkata pilihan raya presiden yang baharu akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Jurucakap untuk parti Ikhwan Muslimin, Gehad el-Haddad berkata, Morsi dan 12 pembantunya turut berada di bawah tahanan rumah, tempat beliau tinggal.

Tentera turut mengawal media tempatan dan menghentikan stesen televisyen milik parti Ikhwan Muslimin.

Ketua politik Ihwan Muslimin juga ditahan.

Ribuan penunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi hampir seminggu kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Morsi yang didakwa terlalu memberi kuasa kepada parti Ikhwan Muslimin dan gagal menangani masalah ekonomi di negara tersebut.

Dr Raghib al-Sarjani mendedahkan kesalahan yang paling besar telah dilakukan oleh Dr Mursi sehingga menyebabkan beliau dijatuhkan oleh rakyat.

Al-Sarjani sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan menyokong Presiden Mursi, namun kali ini beliau tampil berani mendedahkan kesalahan utama Presiden.

Menurut beliau, (terjemahan): "Adakah kamu tahu kesalahan paling besar dilakukan oleh Dr Muhammad Mursi?
 

"Kesalahannya ialah beliau terlalu berlembut, terlalu bersabar...

"Sebarkan kesalahan Mursi ini sebagai 'peringatan' buat pemimpin-pemimpin Islam yang lain.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...