BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PR MEMBUAT KECOH SEBELUM DAN SELEPAS PILIHANRAYA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 May 2013 12:00 PM PDT


Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini,kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas PRU-13.Justeru,difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana.Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama,pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas.Antara langkah yang diambil ialah : 

· 26 April – Seorang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur,Baling. 
 · 28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai. 
 · 2 Mei – C. Padiapan, 50,bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia,Lunas cedera parah dipuluk penyokong pembangkang. 
 · 2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya,Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang. 
 · Selain belasah,pembangkang juga menggunakan bom petrol untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak. 
 · Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu. 

Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar,Alhamdulillah,pihak BN tidak termakan umpan tersebut.Malah,BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak balas,maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan kredibiliti SPR. Antaranya: 

· menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai 'pengundi hantu' yang dibawa oleh BN. 
· mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka. 
· menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti. 
· mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati. 

Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang mereka akan kalah.Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya.Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan kekecohan.Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan.Ini penting bagi memberi 'impak' kepada bantahan mereka.Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.Kemudiannya,Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan.Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan.Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya. Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan. Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka. 

Untuk itu,tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras.Tindakan keras pihak berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah. Sebenarnya,langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan melalui 'Arab Spring'.Apa yang terjadi seterusnya adalah 'klasik' iaitu anak kehilangan bapa,bapa kehilangan keluarga,orang ramai kehilangan pekerjaan,hilang tempat tinggal,barangan asas sukar didapati,bank-bank ditutup,kedai-kedai diceroboh,kecurian berleluasa dan seterusnya.Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet,tetapi hari ini,senario ini sudah hampir pasti melanda kita.Untuk itu,penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka.Apapun,yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka.Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam pembangkang.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PR TEMPAH 10,000 T-SHIRT BN UNTUK BUAT KECOH SEMASA PENGUNDIAN ??? APA CERITA NI ???

Posted: 04 May 2013 09:00 AM PDT


Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan PR yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.Mengikut maklumat dalaman yang diterima,pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai. 

Di beberapa kawasan tertentu pula terdapat bendera-bendera kecil berwarna warni dipacakkan yang mungkin menandakan itu adalah tempat berkumpul bagi kumpulan-kumpulan pengacau dari PR itu sebelum melakukan kekacauan.Ia satu perancangan yang cukup jijik dan tidak gentleman,dulu bahana reformasi di Indonesia dijadikan panduan kini Arab Spring yang tidak mengikut lunas demokrasi pula dijadikan ikutan.Golongan jahil minda,berjiwa kacau dan tidak patriotik ini sememangnya tidak layak untuk diberi tempat dalam masyarakat kita, jauh sekali untuk mendapat sokongan rakyat dalam menentukan hala tuju negara.Jelas sekali PR berada dalam keadaan terdesak untuk melaksanakan "Malaysia Spring" yang diciplak dari "Arab Spring" dalam usaha mereka untuk merampas kuasa dan menidakkan pendirian majoriti yang cenderung untuk mengekalkan keamanan dan setia bersama BN.Bagaimana pun,pihak berkuasa sedang memantau perkembangan ini dan pastinya mempunyai pelan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu. Sedangkan keganasan pendemo Bersih 3.0 dulu mampu dipatahkan jadinya masyarakat tidak perlu bimbang kerana keadaan tetap terkawal.Di masa yang sama rakyat disarankan tidak melayan sebarang khabar angin sebaliknya sentiasa fokus mengikuti perkembangan semasa dari sumber pihak berkuasa.Sama-samalah kita mendoakan hari pengundian esok berjalan lancar dan jangan lupa beramai-ramai keluar mengundi demi kebaikan negara ini dan nekadkan dalam hati dengan mengundi BN yang terbukti berjaya mengekalkan keamanan tanahair tercinta ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! @PMOMALAYSIA BAWA PENGUNDI HANTU ??? MEH BR JAWAB !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 04 May 2013 06:00 AM PDT


Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei,PR menuduh bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum,esok.Anwar menuduh PMO (Pejabat Perdana Menteri) membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung.Tidak cukup dengan itu,Anwar juga mereka cerita kononnya syarikat Malaysia Airlines (MAS) turut menafikan dakwaan bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam mengatur penerbangan yang ditempat khas untuk membawa pengundi hantu pada Pilihan Raya Umumm,5 Mei ini.Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13.Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung,kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.Beliau mendakwa pengundi hantu ini akan dibawa ke pelbagai kawasan sekitar semenanjung untuk membolehkan calon Barisan Nasional menang di kawasan tertentu.Anwar turut mendakwa dia mempunyai salinan emel perbualan antara pegawai eksekutif tertinggi dalam syarikat penerbangan,yang menunjukkan pegawai yang bekerja di PMO adalah dalang disebalik tempahan penerbangan khas tersebut. 

Anwar turut mendakwa penerbangan khas berkenaan yang telah bermula sejak 25 April lalu,dengan sebanyak 16 penerbangan setiap hari.Mereka berlepas daripada Kuching,Kota Kinabalu,Sandakan,Miri dan Sibu.Beliau berkata jumlah berkenaan tidak termasuk kemasukan jumlah pelancong yang luar biasa daripada Thailand,Kemboja,Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan beberapa pintu masuk di kawasan pesisir pantai negara ini.Belum apa-apa lagi,Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini.Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah,kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.Penipuan PR semakin melampau,namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang dituduhnya juga enggan diterima,sebaliknya Anwar terus membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.Ketika diminta mengemukakan bukti,Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada,sebaliknya seolah bermain sorok-sorok dengan rakyat.Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau yang menjadi bukti gejala salah laku seks.Nyata PR tidak meyakini mereka akan memenanngi pilihan raya ini lantas mencipta bayang-bayang ketakutan mereka menuduh pengundi hantu diseludup BN.Cukup-cukup lah menunding jari kepada orang lain.Muhasabah diri sendiri,banyak perkara yang belum pun dijawab Anwar,kini cuba mencetuskan pelbagai syak wasangka kepada kerajaan.Kalau kalah,terima hakikat.Rakyat sudah menolak PR dan meyakini BN,bukan menuduh tanpa bukti yang kukuh.jawapan sebenar gambar di atas adalah semua itu adalah fitnah belaka.anda tahu tak berkenaan agen pekerja asing ??? pekerja asing yang datang di malaysia untuk bekerja selalunya berkumpulan sama ada naik kapal terbang ataupun kapal.itu yang sebenarnya berlaku setiap hari.ini sebenarnya berlaku.selalunya mereka akan berada di malaysia seawal jam 2 ke 4 pagi.anda tak percaya ??? tanya agen yang membawa pekerja asing di malaysia.anda akan dapat jawapan yang sama.semuanya berkumpulan.anwar ibrahim sengaja membesarkan cerita kononnya semua pengundi hantu.lepas tu puak PR sengaja blast kononnya kerajaan malaysia bawa pengundi hantu.habis tu nurul izzah tu bukan pengudi hantu ker ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! BUKTI DAN VIDEO PENUH ANWAR IBRAHIM BELASAH CHINA DOLL DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 04 May 2013 03:57 AM PDT


sekali lagi video ini menujukkan kebenaran untuk anda.saya tuju untuk puak PR yang baca blog saya yang mengatakan ini video palsu dan edit.saya nak tanya,dimana palsu dan editnya ??? apa bukti semua ini menipu.saya menjawab isu ini bukan kerana isu lucah atau blog ini blog porno seperti kata puak PR.saya nak menunjukkan kebenaran.jom kita lihat video penuh.adakah ini yang dikatakan pemimpin wahai puak PR ???


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! SEMUA PROGRAM #BERSIH YANG DIBIAYAI OLEH DANA ASING ADALAH RANCANGAN ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 04 May 2013 01:30 AM PDT


Semakin banyak pendedahan dibuat menunjukkan Bersih dibiayai oleh kumpulan-kumpulan asing dari Amerika Syarikat di bawah naungan Anwar Ibrahim.Umum mengetahui Bersih dibiayai oleh NDI dan OSI,kedua-duanya milik George Soros.Walaupun bukti semakin jelas,masih ramai rakyat Malaysia yang dipergunakan oleh Ambiga & Anwar Ibrahim.Datuk S. Ambiga mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.Walau bagaimanapun Ambiga hanya memberitahu maklumat jumlah dana asing itu tanpa memberikan sebarang bukti konkrit yang boleh dipercayai.Ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0,Ambiga diasak tentang persoalan dana asing,akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima 'sejumlah kecil sumbangan' daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI). NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright,bekas Setiausaha Negara AS.OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997. 

Walaupun banyak penndedahan telah dibuat,banyak pihak masih lagi tertipu dengan Ambiga,Anwar Ibrahim yang terang-terangan menyokong Yahudi.Malah,mereka juga dikatakan merancang untuk menghuru-harakan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya PR tewas dan gagal menawan Putrajaya.Sebab itu tanpa ada rasa segan jauh sekali malu,Anwar bersama kumpulannya tidak teragak-agak mahu mengeliru fikiran rakyat,mengaburi mata rakyat dan paling penting menipu rakyat.Dalam keadaan amat terdesak mereka sanggup memanipulasi fakta tentang dakwat kekal yang diperkenalkan SPR kerana memenuhi tuntutan pihak yang menang PRU-13 tetapi menuduh SPR tidak telus.Dakwat kekal yang sememangnya kekal itu dikatakan Anwar dan pakatan pembangkang sebagai tidak kekal dan membuka peluang untuk mengundi kali kedua.Umpama penglipur lara yang menjaja kisah-kisah dongeng dari satu tempat ke satu tempat, permainan psikologi pembangkang untuk memastikan doktrin bahawa mereka pasti menang mengheret bersama cerita-cerita tidak masuk akal. 

esok,adalah hari penentu siapa akan jadi kerajan tetapi Anwar mahu rakyat percaya tentang pengundi hantu.Kisah Penerbangan Malaysia dan AirAsia menerbangkan puluhan ribu hantu untuk mengundi BN meletup-letup keluar dari mulut Anwar umpama bertih sedang digoreng.Banyak isu telah dibangkitkan,demi mengaburi mata rakyat berkenaan perancangan mereka untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.Malah,fenomena Arab Spring juga menjadi kiblat pembangkan bagi menjadi alasan menumbangkan kerajaan yang dilabel sebagai rejim oleh mereka.Kemenanngan PR bermakna kehancuran kepada perdaban Melayu di Malaysia sekaligus keruntuhan islam seperti dilakukan Kamal Attartuk di Turki.Matlamat dan dasar perjuangan yang tidak jelas menunjukkan PR bukanlah satu parti yang bejuang untuk rakyat sebaliknya menggunakan topeng demokrasi untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri semata-mata.Tiada rancangan khusus berkenaan kemajuan ekonomi negara dalam manifesto mereka.Sebaliknya lebih menumpu kepada budaya menipu rakyat dengan janji palsu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PENIPUAN TERBARU #P125 HUSAM MUSA DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 03 May 2013 10:00 PM PDT


Hebat betul propaganda oleh Naib Presiden PAS,Husam Musa apabila dengan penuh yakin mengisytiharkan PAS akan mampu memenangi 54 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu dalam PRU-13.Menurutnya,jumlah itu termasuklah 23 kerusi parlimen yang dimenangi PAS pada PRU 12 2008 yang kononnya mampu dipertahankan dari jatuh ke tangan BN.Mentang-mentanglah langkahnya panjang dari DUN Salor di Kelantan tiba-tiba buang tabiat bertanding kawasan parlimen yang jauh beratus kilometer nun di Putrajaya, bab bermimpi pun jauh sampai melampaui alam nyata.

Jika keyakinan luar biasa Husam itu betul maknanya buat pertama kalinya PAS berjaya memecahkan rekod angka 30 kerana selama ini angka paling tinggi yang pernah digapai oleh PAS ialah 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999.Manakala paling sikit yang dikuasainya ialah 1 kerusi Parlimen sahaja semasa PRU 1986 berbanding sejumlah 98 kawasan yang ditandinginya.Hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Husam itu hanyalah umpama angan-angan Mat Jenin yang bermimpi di siang hari dan tidak pernah mengambil kira kemampuan sendiri dan keadaan semasa.Entah dari tepi longkang mana kaji selidik tersebut diambil saya pun tak tahulah.Realiti semasa sebenarnya langsung tak menyamai mimpi Mat Jenin yang dibayangkan oleh Husam kerana suasana PRU-13 sama sekali jauh berbeza dengan PRU-12.Paling tinggi jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang boleh PAS kuasai tak sampai pun 20 kerusi,malah tak mustahil angka sebenar jauh lebih rendah berbanding jangkaan tersebut.Tapi itulah karakter sebenar Husam,dari dulu sampai sekarang memang jarang benar anak didik Mursyidul Am PAS itu bercakap sambil tunduk melihat bumi,sebaliknya memanjang saja mendongak ke langit semacam orang tak sedar diri.kesian rakyat kelantan,semua janji husam taburi tak dikotakan 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! AUSTRALIA DAH LAYAN ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMBURUKKAN MALAYSIA !!!

Posted: 03 May 2013 07:00 PM PDT


Ramai yang kata Anwar banyak difitnah dan dizalimi,sebenarnya individu itu sendiri yang menzalimi dan mencari malu diri sendiri.Baru-baru ini,Anwar telah meminta bantuan pemerhati antarabangsa untuk memantau sistem pilihanraya terutamanya bagi pilihanraya yang bakal berlangsung ini.Namun,usaha Anwar untuk membawa Australia memantau PRU di Malaysia gagal setelah negara tersebut enggan melibatkan diri dalam proses pilihanraya negara ini.Kenyataan Menteri Luar Australia Bob Carr menekankan bahawa Australia tidak akan campurtangan dalam urusan pilihanraya Malaysia kecuali diminta oleh kerajaan Malaysia sendiri.Beliau dipetik oleh Australian Associated Press sebagai berkata "Kami sama sekali tidak akan meletakkan diri kami pada keadaan dengan kami mencorakkan amalan di hari mengundi, amalan mengundi, di negara lain". Menegaskan bahawa Australia tiada kuasa untuk berbuat demikian,beliau berkata : "Bukan menjadi amalan Australia untuk menghantar pemerhati yang tidak dijemput untuk menjalankan kuasa undang-undang di negara asing." Laporan AAP itu selanjutnya memetik menteri Australia itu sebagai berkata : "Kami tidak boleh menjadi seperti mahkamah terhadap keputusan yang dipertikaikan, atau pihak berkuasa pilihan raya, suruhanjaya pilihan raya bagi negara lain." 

Inilah kenyataannya,Anwar sudah hilang punca nak mencari pihak yang sanggup menyokong beliau sama ada dari mana sudut pun.Ini kerana ramai yang sudah hilang kepercayaan dengan Drama King Malaysia ini,sudah banyak pembohongan yang dilakukan Anwar.Anwar banyak membuat onar disekeliling kehidupannya,semua perkara dilakukan bagi mencapai keinginan peribadi beliau untuk mendapatkan apa yang diinginkan.Tidak hairanlah pihak Australia pun sudah tidak mahu masuk campur dengan olah si Anwar ini,mungkin tidak mahu apa-apa yang tidak perlu berlaku.Terdahulu,Anwar cuba membawa masuk,senator Australia Nick Xenophon ke Malaysia dan malangnya telah dihalang oleh kerajaan Malaysia.Namun,tidak pernah beliau berputus asa walaupun akhirnya menemui jalan buntu. Ini semua kerana ramai yang sudah hilang kepercayaan kepada beliau.Tetapi, sejauh mana pun usaha beliau,ianya menemukan jalan buntu.Anwar bukan lagi Anwar yang dulu.Kredibiliti beliau sudah terang-terangan dipertikaikan oleh mereka yang berkaitan.Banyak yang diucap oleh Anwar hanya sekadar manis dibibir tanpa ada rasa tanggungjawab untuk menunaikannya.Jangan katakan orang luar,orang dalam negara pun sudah mula muak dan jelak dengan perangai Anwar yang seronok menghina peribadi orang lain.Peribadi sendiri tidak terjaga,inikan pula sibuk nak menyelongkar peribadi orang lain.Lebih-lebih lagi untuk meyakinkan orang lain untuk menyokong beliau.Nampaknya,PRU kali ini kelihatan sebagai penghujung dan penamat kepada kerjaya perjalanan politik Anwar Ibrahim.Ada baiknya beliau berundur,setiap barang ada tarikh luputnya,tidak terlepas juga manusia.Baiklah jika beliau berhijrah ke luar negara bermuhasabah dan memperbaiki kekurangan diri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPRU !!! PAS SETUJU BATAL HUDUD ??? MANA PERGI ISLAM PAS ???

Posted: 03 May 2013 04:00 PM PDT


Sepanjang tempoh berkempen ini,PAS bersungguh-sungguh sekali memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP. Justeru,isu hudud dimainkan kembali dengan lebih keras dan lebih tegas.Para Ulama PAS seperti Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib berkali-kali muncul membuat kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi.Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan.Kemuncaknya,Naib Pengerusi DAP Johor,Norman Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan agar meninggalkan PR.Namun,tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat akhir. 

Maka,Harun Taib memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang.Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS. Sinar Harian hari ini melaporkan alasan beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya,kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya PR menang pilihanraya. Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini.saya juga ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.saya pasti,kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.Malah,di hadapan penyokong mereka,mereka akan terus berlakon seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud. 

Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada perjanjian bersama PR iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang hudud.Nampaknya,para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam berpolitik,jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi.Kelicikan mereka tidak terhad terhadap musuh,tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri,terhadap rakan sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua.Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.Apa yang boleh kita katakan selain,kasihan kepada penyokong PAS kerana ditipu oleh Ulama sendiri.Jika ini tidak benar,jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah Norman Fernandez atau DAP. Maklumlah, nak ditanya Ulama sendiri,belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...