Umpama Menjilat Ludah Sendiri, Pembangkang Kini Berebut Ke Putrajaya

PUTRAJAYA, 14 April – Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dibidas oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya lantaran sikap mereka yang tidak menggambarkan apa yang dikata sebelum ini.
Katanya, ketika kerajaan merancang pembinaan sebuah pusat pentadbiran kerajaan yang baru, pembangkang lantang mengkritik dan membuat pelbagai manipulasi negatif dengan mengatakan bahawa ia adalah satu pembaziran dan macam-macam lagi.

“Tapi hari ini kepimpinan pakatan pembangkang berlumba-lumba untuk ke Putrajaya sehinggakan sanggup melakukan apa saja sebagaimana mereka melontarkan macam-macam tuduhan dan janji-janji manis kepada masyarakat setempat,” katanya.
Ujar beliau, sebagai pemimpin yang menghuni Putrajaya lebih dari dua penggal, beliau amat mengenali permasalahan dan situasi yang berlaku di sekitar kawasan terbabit.
“Hari ini apabila gendang pilihan raya bermula maka ada pula orang luar yang datang untuk menentang Barisan Nasioanl (BN), memburuk-burukkan kepimpinan kerajaan yang bertungkus-lumus membangunkan Putrajaya walhal sebelum ini merekalah yang menempelak usaha kerajaan membangunkan Putrajaya.
“Orang luar yang datang ke sini menjanjikan kononnya akan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya Islam sedangkan BN telah lama mengaplikasikan konsep Islam dan pembangunannya dilaksanakan berteraskan sunnah Rasulullah SAW,” tegasnya lagi.

Dalam hal ini beliau menjelaskan bahawa pembangunan Putrajaya mengambil contoh kepimpinan Nabi Muhammad SAW yang membangunkan Kota Madinah dengan memulakannya melalui pembinaan masjid.
“Ketika Putrajaya mula-mula dibangunkan, perkara pertama yang dilaksanakan ialah membina Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri yang kemudiannya barulah diikuti oleh bangunan-bangunan lain di sini,” katanya.
Jelas beliau, hanya orang tempatan yang tahu apa yang berlaku dalam masyarakat dan apa yang telah dilaksanakan oleh BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

“Sudah banyak yang diperjuangkan oleh BN untuk keselesaan rakyat malah ia akan terus dilaksanakan demi kesinambungan kesejahteraan masyarakat yang antaranya adalah mewujudkan sekolah agama untuk peringkat rendah dan menengah, sekolah menengah berasrama penuh, pembesaran surau-surau dan membina surau baru bagi menampung pertambahan penduduk dan banyak lagi,” katanya.
Dilaporkan, untuk PRU ke-13 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan Naib Presidennya, Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya. Husam yang berasal dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan sebelum ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor.
Parlimen Putrajaya disandang oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai wakil rakyat yang pertama sejak tahun 2004 dengan menumpaskan calon PKR, dan pada 2008 menewaskan calon Pas
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...