BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PAIP PECAH DI GOMBAK !!! KHALID GAGAP MENYALAHKAN SYABAS ??? APA CERITA NI ???

Posted: 14 Apr 2013 12:00 PM PDT


Tak siapa menyangka malang rakyat di negeri Selangor semakin bertimpa-timpa apabila dilaporkan tentang saluran paip yang pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves,Gombak semalam.Walaupun ia nampak kecil,kesannya akan menyaksikan setengah juta penduduk di ibu negara berdepan dengan gangguan bekalan air selama seminggu.Bayangkan,setengah juta rakyat bakal angkut timba ramai-ramai tunggu lori tangki air.Saya yakin,Kerajaan sementara Pakatan Haram di Selangor akan menyalahkan SYABAS dalam hal ini,tapi dengan muka tak malu,mereka akan mengerah syarikat konsesi air itu untuk menyalurkan bekalan air menggunakan lori-lori tangki air yang dimiliki syarikat tersebut. Inilah akibatnya kalau rakyat memilih sebuah kerajaan yang tak tahu nak fikir perancangan jangka panjang.Kerajaan pimpinan Khalid "GagaP' asyik mengatakan nak buat ini dan nak buat itu,tapi sampai hari ni tak nampak hasilnya.Semuanya "air liur" saja.Mari kita tengok apa yang telah jadi berhubung insiden malang ini.Punca sebenar paip pecah itu disebabkan hujan lebat semalam yang menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut. 

"Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah," kata Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas),Yusof Saroji.Tidak mustahil dengan insiden yang berlaku dan kebetulan PRU ke-13 bakal diadakan awal bulan Mei ini,Pakatan Haram Selangor akan menuding jari menyalahkan SYABAS,UMNO,BN dan Kerajaan Pusat.Biasalah,Pakatan Haram ini kalau nyamuk gigit mereka pun akan salahkan UMNO.Antara "modal" yang dijangka akan digunakan Khalid "Gagap" ialah SYABAS kena turunkan peratusan air tidak terawat (NRW) daripada 32% kepada 15% tapi kononnya syarikat itu gagal.Biasalah,Khalid selalu alihkan kegagalan dirinya pada pihak lain,kan ??? Masalahnya,bagaimana nak turunkan peratusan itu kalau perbelanjaan modal SYABAS disekat dan tak diluluskan Khalid ??? Perlu diingat yang batang-batang paip ni semua harta kerajaan negeri Selangor.Takkanlah SYABAS nak pandai-pandai tukar,mestilah tanya tuannya dulu kan ??? Kita sedia maklum yang batang-batang paip edaran itu semenangnya sudah lama,ada yang dari zaman awal kemerdekaan lagi dan masih belum bertukar. 

Dulu,semasa SYABAS mula ambil konsesi pengedaran air di Selangor,program menukarkan paip telah dimulakan.Syabas berjaya menurunkan kadar NRW daripada 42.78% pada tahun 2005 kepada 33% pada tahun 2008.Tapi bila Capex dibekukan Khalid pada tahun 2008,Syabas masih berjaya mengekalkan kadar NRW pada 33%.Itu pun Khalid nak bising,ke ??? Kalau kadar NRW itu dilaporkan tinggi,maknanya paip tu memang dah rapuh dan sebab itulah berlakunya kebocoran paip air.Tembok penahan paip tersebut tidak mampu bertahan akibat asakan dan tekanan kuat dari arus air sungai yang mengalir deras ekoran hujan lebat selama lima jam semalam.Paip-paip "zaman purba" itu memang hanya menunggu masa untuk pecah dan hujan lebat dua hari lepas telah mempercepatkan proses pemecahan paip tersebut.Kalaulah Khalid ada perancangan jangka panjang dan Capex tidak dibekukan,semua ini mungkin tidak akan berlaku. 

Tapi disebabkan "kebebalan" Khalid,setengah juta penduduk kini berdepan dengan ancamana gangguan bekalan air dan kita akan lihat ada lori-lori tangki SYABAS memenuhi jalanraya di Kuala Lumpur and Selangor nanti.Jadi sebanyak 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang patut "berterima kasih" kepada kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor kerana menyekat CAPEX SYABAS untuk mengganti paip-paip "zaman purba" itu.Sebanyak 28 kawasan terjejas di Kuala Lumpur antaranya di Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat,Jalan Padang Tembak,Jalan Semarak,Taman Cempaka,Taman Bakti,Taman Nirwana,Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.Selain itu,sebanyak 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang,Kampung Kemensah,Kampung Melayu Ampang,Kampung Lembah Jaya,Taman Hillview,Kampung Pinggir Tiga Jaya,Bukit Jobina,Kampung Tengah Lembah Jaya,Taman Dato Ahmad Razali,Lembah Jaya Utara,Taman Bukit Indah,Lembah Jaya Selatan,Taman Tun Abdul Razak,Sri Rampai,Kampung Tasek Permai,Taman Ampang dan Ukay Heights. Cuba tengok kawasan-kawasan itu.Ada terkena di kawasan rumah kita atau tidak ??? Insiden ini merupakan kali kedua hampir setengah juta rakyat berdepan dengan terputusnya bekalan air,cuma selang empat bulan saja.Persoalan untuk Menteri Besar paling gagal dalam sejarah Selangor,Khalid Gagap,sekiranya rakyat Selangor jadi "tauke" air nanti,punya saham air dan kalau masalah ini berlaku,siapa yang akan dipersalah ??? Khalid nak salahkan rakyat Selangor kata tak tahu jadi "tauke" air,kah ???

Oleh Kelulut Hitam

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #PRU13 !!! TAKTIK TERBARU LIM KIT SIANG DI GELANG PATAH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 14 Apr 2013 05:00 AM PDT


DAP dan pengkhianatan kepada negara ini,bukannya baru.Dari zaman Lim Kit Siang masih menjadi Setiausaha Agung parti tersebut dan sekarang jawatan tersebut diwarisi oleh anak lelakinya,DAP tidak pernah menumpahkan kesetiaan kepada negara ini.Walaupun parti tersebut terlibat dalam proses pilihanraya negara ini,tetapi DAP sekadar ingin merebut kuasa dan seterusnya bertindak sebagai PENJAJAH sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Teresa Kok di Pulau Pinang dan Selangor.Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk menambahbaikkan taraf kehidupan rakyat,sebaliknya para pemimpin DAP sentiasa memastikan kantung mereka berisi tebal menerusi pemberian projek bernilai berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat kroni.DAP dan Singapura memang tidak dapat dipisahkan.Sebabnya seperti semua orang tahu,DAP merupakan proksi PAP pimpinan Lee Kuan Yew yang diterajang keluar oleh Malaysia pada tahun 1965 selepas Lee Kuan Yew yang berasal dari Johor,berkempen untuk menghapuskan Melayu-Bumiputera,Islam,Bahasa Melayu,Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera-Islam. 

Malah Lee Kuan Yew jugalah yang mempopularkan teori bangangnya,kononnya Melayu juga seperti Cina dan India,merupakan pendatang di negara ini.Taktik keganasan sepertimana yang berlaku di Singapura pada tahun 1964 semata-mata untuk menghalau Melayu keluar dari sesebuah kawasan,menyebabkan Malaysia terpaksa mengambil jalan berat,singkat dan dilihat tidak popular langsung memandangkan Singapura memang semulajadinya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu malah di pulau tersebut pernah wujud beberapa kesultanan dan kerajaan Melayu.Keputusan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah yang sekarang ini sedang menarik lebih ramai penduduk berketurunan Cina ke kawasan yang telah dibangunkan oleh UMNO dan Barisan Nasional,membuatkan DAP semakin dekat dengan Singapura.Apatah lagi,DAP memang bercita-cita hendak Singapura bergabung kembali dengan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 87 Kerusi Parlimen sudah ada dalam tangan mereka bagi membolehkan DAP secara bersendirian mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia. 

Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya,DAP berjaya memperolehi dua pertiga majoriti.Sedangkan dengan jumlah kerusi yang mereka kuasai sekarang pun,DAP sudah jadi kelingking berkait telunjuk mencucuk mata dan yang pastinya,nasib Melayu-Islam-Bumputera di negara ini tidak ubah seperti rakyat Palestin di negara mereka sendiri. Itu adalah pasti memandangkan Lim Guan Eng telah pun melakukannya di Pulau Pinang sekalipun cuba dikaburi oleh para pencacai upahan berbangsa Melayu dan beragama Islam.Dilaporkan pada 11 April 2013,dari jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam,DAP akan melancarkan kempen balik mengundi di Singapura.Lokasinya adalah Bugis Junction,Bugis Street dan Bugis MRT.Butiran lanjut boleh anda dapati di facebook DAP  Gelang Patah


UNTUK SELANJUTNYA

Sasaran DAP adalah 4 ribu rakyat Malaysia yang mendaftar undi di Gelang Patah,di Singapura.Kesian Melayu.satu lagi kawasan Melayu yang bakal terbang dan Melayu jadi kelas kedua seandainya cubaan DAP tidak dihalang.Jangan pula nanti,Gelang Patah maju,Melayu Gelang Patah merempat sepertimana Melayu Pulau Pinang dan akhirnya menjadi anjing belaan seperti para pecacai Lim Guan Eng yang terdiri daripada Melayu beragama Islam yang akan sentiasa menjilat dan memastikan tuan mereka mencampakkan tulang kepada mereka !!! - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KONFLIK DALAMAN !!! BUKTI PR TIDAK MAMPU MENERAJUI NEGARA !!!

Posted: 14 Apr 2013 01:30 AM PDT


Cerita mengenai konflik di kalangan parti komponen PR (PAS, PKR, DAP) sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka.Walaupun acapkali Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang mahupun Hadi Awang cuba 'berfantasi' dengan menunjukkan kemesraan di antara mereka,namun realitinya kita dapat lihat betapa konflik yang wujud itu sebenarnya sudah melangkaui tahap kritikal.Manifestasinya adalah apabila sehingga kini pun,pertikaian berhubung pembahagian kerusi antara mereka masih wujud di mana mereka sendiri tidak menolak kebarangkalian untuk berlakunya pertarungan tiga penjuru di sesetengah kerusi.Tikam-menikam yang berlaku di Johor juga menguatkan lagi andaian betapa huru-haranya keadaan yang bakal wujud sekiranya mereka ditakdirkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng yang berhempas pulas mengangkat taraf PKR di negeri tersebut 'diliwat' oleh Kit Siang dan pimpinan DAP negeri. Sudahlah kerusi Gelang Patah yang diidamkan terpaksa dikorban,setelah diumumkan menjadi calon di Segamat,kena bantah lagi dengan DAP.

Betapa bijaknya kita dapat lihat permainan DAP ini.Tak keterlaluan dikatakan PKR terutamanya Anwar,sudah kena 'game' dengan DAP.Dua perkara tersebut sekadar gambaran betapa krisis di dalam Pakatan itu sangat kritikal sebenarnya.Menambahkan lagi parah parti-parti ini,krisis yang melanda sebenarnya bukan sekadar di kalangan tiga parti tersebut,bahkan konflik dalaman parti masing-masing juga tidak kurang hebatnya.Makanya,kalau dah sesama anggota parti pun berantakan,tak hairanlah jika suasana yang sama juga berlaku di antara ketiga-tiga parti ini.Antara keretakan dalaman yang paling panas sekali dapat kita lihat adalah yang melibatkan pimpinan PAS Kedah iaitu di antara Menteri Besar,Azizan Razak dengan Exco kerajaan negeri,Phahrolrazi.Peperangan di antara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak dikatakan sejak kebelakangan ini sudah semakin terbuka.sudah tiada rahsia lagi.Dikhabarkan,selain daripada 11 kawasan kuat PAS yang membantah kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri,bilik-bilik gerakan di luar kawasan kuat ini seperti Langkawi,Kuala Kedah dan Baling juga telah ditutup bagi menunjukkan protes terhadap beliau dan meminta agar PAS pusat segera campur tangan menanganinya sekiranya mahu mengelakkan jentera parti di kawasan-kawasan tersebut lumpuh pada pilihanraya nanti.

Ia seterusnya akan menjejaskan usaha mereka untuk mempertahankan kuasa sebagai pentadbir negeri jelapang padi itu.Memburukkan lagi keadaan apabila puak-puak yang menyokong Phahrol yang tidak sedar diri dan perasan bagus dengan mengisytiharkan dirinya bersedia menjadi Menteri Besar itu,dikatakan telah memulakan pemberontakan mereka terhadap Azizan.Difahamkan,'puak taksub Phahrol' telah memacakkan bendera PAS berwarna hitam,bukan yang tradisinya berwarna hijau,sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Azizan.Malah difahamkan juga,di mana sahaja terdapatnya bendera PAS berwarna hitam,di situ juga terpampangnya kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar.Berdasarkan maklumat sumber,situasi tersebut boleh dilihat di kawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai di mana di kawasan tersebut terdapat banyak kain rentang dan bendera hitam PAS dinaikan.Malah puak pemberontak ini dikatakan akan memasang lebih banyak lagi bendera dank ain rentang di kawasan lain.Malah keadaan yang sama turut dapat dilihat di Baling.Justeru,melihatkan keadaan ini persoalan yang timbul adalah bagaimana ia akan ditangani oleh pemimpin PAS Pusat ??? Tindakan bijak harus disegerakan atau risikonya adalah mereka akan kehilangan kuasa di negeri Kedah.Sesuatu yang pastinya tidak diingini mereka daripada berlaku.Apapun cerita konflik PAS di Kedah ini hanya sekelumit bingkisan daripada puluhan, bahkan tidak keterlaluan dikatakan ratusan konflik dalaman yang cuba dinafikan pimpinan tertinggi PR.Ini belum diselitkan lagi mengenai konflik dalaman DAP Johor yang menolak campur tangan 'Lim Dynasty' di negeri tersebut. 

Juga,jangan dilupa mengenai ahli Parlimen PKR yang 'berhijrah' beramai-ramai meninggalkan parti itu sedikit waktu dulu.Keadaan ini nyata berbeza dengan harmoni yang wujud di dalam Barisan Nasional.Hubungan yang wujud di antara parti-parti komponen dilihat begitu jitu sekali di mana kesepakatan yang sejati telah benar-benar ditonjolkan.Perselisihan yang timbul diselesaikan secara profesional dengan tidak ada isu berbangkit selepas itu.Tidak seperti PR yang mana boleh dikatakan hanya pimpinan tertingginya sahaja yang syok sendiri kononnya mencapai kata persetujuan sedangkan di peringkat akar umbi terus bercakaran.Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah keadaannya kini boleh dikatakan sudah terbalik.UMNO dan komponen lain BN yang dahulunya didakwa pembangkang sebagai terkenal dengan sikap tikam belakangnya,kini dilihat lebih bersatu padu berkat daripada dasar transformasi janaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.Manakala di peringkat PR pula,sejak 'tsunami suam-suam kuku' melanda landskap politik negara pada 2008,majoriti pemimpin mereka dari peringkat tertinggi hingga ke sekecik-kecik anak sudah dikuasai dengan sifat gila kuasa. Buruan utama mereka ketika ini hanyalah mahukan kuasa.Sejak 2008,hampir kesemua mereka ini 'perasan' yang diri mereka layak untuk bergelar YB.Lantas tidak hairan mengapa kini bunga-bunga tsunami bakal melanda mereka pula sudah kelihatan

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MUSTAFA ALI DICABAR UNTUK BERSUMPAH !!! ADA BERANI ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 13 Apr 2013 10:00 PM PDT


Datuk Mustapa Ali pernah mencabar Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ayub Yaakob bersumpah mengikut kaedah Islam kerana kedua-dua tokoh itu mempunyai versi yang berbeza berkenaan kes Batu Burok,8 September 2007.Mustafa ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu,Idris adalah Menteri Besar Terengganu dan Ayub adalah Ketua Polis Negeri.Kes Batu Burok merujuk kepada peristiwa rusuhan dan menyerang polis di kalangan ahli Pas selepas diarah bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan tanpa permit.Oleh kerana versi perusuh berbeza dengan versi kerana negeri dan polis negeri, Mustapa telah mencabar Idris dan Ayob bersumpah mengikut kaedah Islam. "Jika dia berterusan dengan versi itu,saya cabar kedua-duanya untuk bersumpah iaitu Idris dengan Ketua Polis negeri ikut cara Islamlah.Biar dia mempertahankan versi dia itu dan saya kata bohong versi dia itu.Saya akan beri versi saya.Kita minta Allah SWT tunjuklah siapa betul dan siapa salah, "kata Mustafa dalam kenyataan media bertarikh 3 Oktober 2007.

LIHAT VIDEO DI BAWAH 



DAN 


UNTUK SELANJUNTYA

ADAKAH MUSTAFA BERANI BERSUMPAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PROJEK MELIBATKAN TERESA KOK BERNILAI RM1 BILLION DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Apr 2013 07:00 PM PDT


Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan.Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2,tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik.Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air ,tetapi beliau pula meluluskan projek solar ??? Projek 'direct nego' yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP,dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru.

Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah. Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.Pada 14 Disember 2011,Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai,China,untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama ,tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, "we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project".




Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.Dalam masa lapan hari sahaja,iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan 'letter of intent' (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan,bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ??? Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited,yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang,manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok. 

Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan. Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ??? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok.Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan 'vehicle' oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan.Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor.Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet.


ANDA NAK LAGI BUKTI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! MUSLIMAH PAS NAK SOGOK AJK WANITA UMNO BACHOK ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Apr 2013 04:00 PM PDT


Pas didakwa cuba menyogok wang kepada seorang Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Bachok untuk mengundi parti pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok,Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendakwa,insiden itu berlaku baru-baru ini apabila dua anggota muslimat PAS mengunjungi rumah anggota UMNO itu dan menawarkan RM500 sebagai habuan supaya mengundi Pas. 

"Bila dia (ahli Wanita UMNO) kata saya penyokong kuat Barisan Nasional (BN),rumah saya ada bendera Barisan Nasional,dia (muslimat Pas) kata dia tahu...mereka ingat beri RM500 boleh membeli kepercayaan dan perjuangan ahli UMNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Pangkalan Chepa di sini, hari ini. 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BN Kelantan berkata,pihaknya mendapat laporan,jentera pilihan raya Pas sudah bergerak dari rumah ke rumah pengundi di negeri ini untuk meraih sokongan kepada parti itu.Beliau berkata,seluruh jentera pilihan raya BN sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan taktik kotor parti pakatan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi.Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata,tindakan drastik Majlis Daerah Tumpat menyita bangunan tambahan baharu Sekolah Pondok Al Najmiah di Tumpat,baru-baru ini,adalah tindakan keterlaluan. 

"Kita tahu itu adalah pembinaan bangunan pondok agama bukannya pembinaan pusat karaoke,kelab malam,kenapa harus disita? Kalau mereka berjiwa Islam,kenapa harus disita,kalau ada apa-apa yang boleh dibincangkan,kita bincang,kalau ada apa-apa yang perlu diselaraskan,kita boleh selaraskan tetapi tidak perlu disita," katanya. 

Beliau melihat tindakan tersebut menunjukkan dendam Pas yang bersifat politik terhadap pengasas pondok itu,Abdullah Sa'amah yang sebelum ini adalah penyokong tegar Pas dan kini menyokong perjuangan UMNO.Katanya,sepatutnya Pas memberi sokongan penuh kepada pembinaan bangunan baharu untuk sekolah agama yang akan memberi manfaat kepada pelajar Islam untuk mendapatkan pendidikan dalam keadaan lebih selesa.Majlis Daerah Tumpat baru-baru ini menyita pembinaan bangunan tambahan setinggi lima tingkat sekolah pondok itu atas alasan ia tidak mendapat kelulusan kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.Abdullah dilaporkan berkata,pembinaan bangunan itu mengikut prosedur yang ditetapkan. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...