Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Sebelum Undi Pakatan Haram, Tengok Video Ni Dulu!! #TolakPR

Posted: 30 Apr 2013 08:17 AM PDT


Puak Pakatan nak suruh kita tukar Kerajaan kali ni. Ini kalilah! Tapi bila tengok video kat atas tu. Mc pun nak balas balik, lain kalilah!! he he..

Untuk lain kali tu, Mc ada satu video khas untuk puak-puak Pakatan nih.. layann..

HOT! #IsuAirSgor: Lagi Projek Korek Khalid Untuk Nafikan #Langat2!!

Posted: 30 Apr 2013 07:15 AM PDT


Sah la Khalid Gagap MB Selangor paling buruk ni ada masalah mental. Kalau dulu dia sibuk dengan penstrukturan air. Kali ni selepas 5 tahun Khalid menjadi MB Selangor, baru dia nak akui, Selangor mengalami masalah kekurangan air jika tidak ada tindakan drastik untuk menambah kuantiti air.

Cuma cadangannya kali ni agak pelik. Datang dengan idea baru yang entah apa-apa entah. Khalid mahu korek kolam takungan dan sungai, untuk menampung lebih banyak air bila hujan kelak. Apa benda tu?

Khalid ni biar betul? Apakah logik bila kita korek lubang banyak-banyak, ia akan menjadi tempat simpanan air untuk kita guna kelak? Air tu datang dari mana? Hujan? Kalau kemarau nanti, lubang yang kita korek tu nak isi apa? Tanam Khalid dalam tu boleh?

Khalid ni cakap tak guna otak, rakyat Selangor perlukan air bersih untuk kegunaan, bukan air lopak, sungai atau kolam. Bila kita tanya macam mana nak bersihkan air yang disimpan dalam korekan tu. Khalid jawab, dia akan gunakan loji lama untuk salurkan air dari korekan tu.

Apa Khalid ni berfikir dulu ke sebelum cakap? Loji lama untuk proses tambahan air? Loji lama tu sekarang ni dah bekerja lebih 'muatan' dah pun. Kalau ditambah lagi bebannya, ia akan bekerja 24jam sehari 7 hari seminggu. Kemungkinan akan cepat rosak tu tinggi, bila rosak nanti. Khalid akan tuduh Syabas pula tak buat kerja.

Dari dulu lagi Khalid bermain dengan cadangan-cadangan yang tak masuk akal. Kalau dulu dia pernah nak buat sistem membran teknologi, kemudian nak buka loji lama yang dah tercemar, lepas tu nak kutip air dari lombong, lopak dan segala air di Selangor, kali ni terbaru dia nak korek kolam dan tadah air hujan.

Dari semua cadangannya tu, termasuklah penstrukturan air. Tidak ada satu pun tak pernah diuji atau dilaksanakannya. Semuanya hanya cakap-cakap dan cakap saja. Setiap kali media tanya pasal air Selangor, maka muncul lah cadangan baru dari mulut Khalid.

Kalau 10 kali tanya, Khalid akan bagi 10 kali cadangan yang berbeza. Jangan terkejut, kalau nanti Khalid minta semua rakyat Selangor beli tangki besar letak atas bumbung rumah untuk tadah air hujan. Bagi kurangkan kegunaan air dari loji. Itu mungkin cadangannya dalam list penafian Langat 2.

Bila politik dah menjadi fokus utama, bukannya lagi rakyat. Maka ia akan menafikan apa saja kebaikan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat. Khalid sebenarnya tak perlu pening kepala untuk bersilat setiap kali berjumpa dengan media. Khalid hanya perlu akui, Langat 2 tu sebenarnya sangat berguna dan menambah bekalan air di Selangor.

Malah Khalid akan menyokong dan memberi kebenaran pada Kerajaan Pusat untuk teruskan Loji Langat 2 dan memberi kerjasama penuh.

Itu saja sebenarnya, tapi demi politik, Khalid mengugut untuk laksanakan pensturukturan air dulu, kemudian barulah dia akan benarkan Langat 2 dibina di Selangor. Walaupun pada hakikatnya, Khalid tahu, Selangor akan mengalami masalah air yang serius jika Langat 2 tidak dibina secepat mungkin.

Jika kita gabungkan semua cadangan Khalid untuk nafikan Langat 2. Mc percaya, semua proses tu takkan dapat menghasilkan bekalan air simpanan bersih yang setanding dengan Langat 2. Malah kos pula akan meningkat berbelas kali ganda dari Langat 2.

Untuk sedarkan Khalid supaya sokong Langat 2, rasanya dah terlewat. Apa kata rakyat Selangor yang sokong bekalan air bersih di tambah, sokong Langat 2, tukar Kerajaan Negeri Selangor sekarang, pada yang baru? Insyallah kerajaan BN Selangor yang baru akan laksanakan loji Langat 2 dengan secepat mungkin untuk tampung masalah kekurangan air di Selangor sekarang ni.

Sampai bila rakyat Selangor nak angkut air? Dan dengar Khalid membebel yang bukan-bukan. Masa untuk berubah, selamatkan masa depan diri anda, anak-anak anda dan Selamatkan Negeri Selangor dari terus rebah di bawah kaki Pakatan Haram.

McTheory:
Inikalilah, Selangor BN punya!

TUDIAA!! Satu Lagi Cara Pas Kedah Rembat Duit Rakyat!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 30 Apr 2013 05:37 AM PDT


Nampak gambar diatas, replika kapal terbang, ciptaan penyokong Pas di Sik, Kedah. Ramai orang tengok replika kapal terbang tu, tak kecuali yang nak masuk dalam kapal terbang tu. Al maklumlah, tak dapat naik kapal terbang yang sebenar, naik kapal terbang yang replika pun jadi lahh..

Kesian, cuba tengok siap bawa anak masuk tangkap gambar.


Kononnya bila dah masuk dalam kapal terbang replika tu, rasanya macam kapal terbang betul ka?


Kiranya, orang kampung memberikan sambutan yang hangat. Sampai ke malam ada lagi yang beratur untuk naik kapal terbang 'Pas' ni.

Mc tak kisah, Pas nak buat kapal terbang besar rumah pun. Cuma apa yang Mc kisah, kenapa Pas kutip duit pada sesiapa yang nak masuk dalam kapal terbang tu? Bukan seringgit atau dua ringgit. Tapi rm5 ringgit untuk seorang masuk.

Kalau tiga orang masuk dah rm15 ringgit? Wow! nampaknya Pas buat duit dengan tipu penyokong-penyokongnya yang bengap tu.

Kenapa la penyokong Pas ni bengap dan taksub sangat. Hangpa fikir la elok-elok, Pas buat kapal terbang bodoh tu pun, nak masuk kena kutip duit. Agak-agak la sikit.

Kalau masuk kapal terbang bodoh tu pun kena duit, hangpa ingat janji-janji manifesto yang nak bagi semua percuma tu boleh percaya ka?

Jangan diperbodohkan. Tolonglah rakyat Kedah, jangan tertipu lagi kali ni.


McTheory:
PM Najib Razak, telah lakukan yang terbaik selama 4 tahun ni, tak terasa ka?

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Takut 'Pucat Lesi' Dengan Karpal Singh? #TolakPR

Posted: 30 Apr 2013 02:17 AM PDT



Mc memang respek habis dengan Ayahanda Tun Dr Mahathir ni. Walaupun dah berumur, tapi semangat juangnya masih menebal dalam diri.

Ugutlah macam mana pun, beliau tak hairan langsung. Malah beliau tetap bertegas dengan kenyataan yang beliau buat keatas Penasihat Dap Lim Kit Siang.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Biasa la, Husam dan Nik Aziz memang muka taktau malu. Muka dah sama tebal dengan tembok gamaknya. Dulu kutuk dan hina Putrajaya, sekarang ni terhegeh-hegeh. Siap bertanding lagi di Putrajaya.

Ehh.. Nik Aziz sembahyang di Masjid Putrajaya? Kan itu duit BN, sah kah sembahyang Nik Aziz tu? Tapi kalau tak sembahyang kat masjid yang BN bina, nak sembahyang kat masjid mana lagi. Sebab Pakatan Haram ni tak pernah bina masjid walau satu pun. he he..


McTheory:
Cakap saja berapi, tapi tak pernah buat apa pun.

PANASS!! Video Terlampau Ustaz Azizan Pulak Tersebar!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 29 Apr 2013 11:16 PM PDT


Video kat bawah ni memberi jawapan kenapa Kerajaan Negeri Kedah tak maju dan pengurusannya langsung tak cekap. Nak cekap apa, asyik tidur saja kerjanya. Ini depan orang ramai pun tidur. Cuba bayangkan kalau belakang kita, macam mana? Patutla macam-macam masalah dah jadi, rupanya sebab ni!


McTheory:
Azizan dah macam Pak Lah dalam Pas la pulak!

TERKINI!! PRU dah bermula Gambar Menarik Di Pos Pengundian Awal PDRM!! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 29 Apr 2013 07:47 PM PDT

SEKITAR PENGUNDIAN AWAL DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENDANG

Pendang. Pagi ini bermula proses pengundian awal bagi Anggota PDRM bagi kawasan IPD Pendang. Proses Pengundian bermula jam 8.00 pagi . Dikhabarkan seramai 180 anggota keselamatan mengundi di IPD Pendang dalam PRU13 ini. 














BUAT PILIHAN YANG BIJAK DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA !!!

Sumber gambar Mc ambil dari APJ


McTheory:
Err.. ada nampak mana-mana pengundi hantu ke? ha ha ha..

PANASS!! Industri Hiburan Hancur Bila PR Memerintah? - NormanKRU #TolakPR #PRU13

Posted: 29 Apr 2013 07:17 PM PDT



Mc gunakan tweet Norman KRU sebagai tajuk, walaupun artikel ni lebih menyentuh kisah Faizal Tahir terasa dengan tweet Norman tu.

Memang lah rezeki tu di tangan Tuhan, tapi kalau tak usaha untuk dapatkan rezeki tu, sembang macam mana pun tak guna. Itulah yang dimaksudkan oleh Norman KRU dalam Tweet dia.. Takkan benda kecik macam ni pun Faizal Tahir tak boleh nak faham?

Puak-puak Pas kata sebelum ni nak "Islam" kan dunia hiburan melalui ideologi politik dorang, tapi masalahnya, dalam jubah Pas sendiri tu pun hancing baunya. Cuba korang tengok betapa hipokritnya pemimpin atasan Pas, mengata orang bagai nak rak, tapi akhirnya sendiri KANTOI ada video seks terlampau dengan wanita bukan muhrim.

Pas kononnya nak bawak artis berhijrah dengan join pentas ceramah dorang, akhirnya artis tak laku macam Abby serta Aishah dijadikan penceramah maki hamun pemimpin Islam lain diatas medium Pas. Pas sendiri tak dapat nak jaga partinya dengan baik. Macam mana Pas nak kita yakin bahawa Pas tu mampu membawa perubahan yang baik?

Soo, macam mana Pas nak makmurkan industri perfileman dan dunia muzik Malaysia kalau dalam parti dorang sendiri caca marba serta penuh dengan kepura-puraan?

Sekali lagi Mc tak nafikan rezeki tu di tangan Tuhan, tapi kalau sesuatu urusan tu diserahkan kepada yang bukan dalam bidang kepakarannya, maka tunggulah kehancuran yang bakal datang. Itu Mc ambil dari hadis sahih tau. Tak percaya cuba tanya si Faizal Tahir. Dia kan pandai agama.

Bila ditegur mulalah nak merajuk..

Jika anda pandai berfikir, tentu anda akan risau bila Pakatan memerintah Malaysia. Mereka tidak bersedia. Mereka hanya pandai bercakap dan tidak terbukti mampu untuk membuat kerja. Mereka gagal dalam menjaga negeri masing-masing. Jadi patut ke kita serah nasib atau masa depan kita pada orang sebegini?

Mc takut nanti, bukan hanya bidang hiburan saja bermasalah. Bidang-bidang lain juga akan turut lingkup di tangan Pakatan kelak. Janganlah kita menyesal bila negara kita yang aman ni jadi huru-hara. Kalau dah jadi macam tu, nak menyesal tak guna.

McTheory:
Fikirkan dengan bijak, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk generasi masa depan.

PANASS!! Tiga Exco Kedah Letak Jawatan Tersisih Dari Parti! #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 29 Apr 2013 05:37 PM PDT


Sebenarnya desas desus yang mengatakan 3 exco PKR yang disingkirkan ni akan letak jawatan dah lama tersebar. Cuma Mc menunggu waktu, bila depa ni nak merajuk dan keluar PKR. Ada yang pujuk suruh depa ni keluar lepas PRU. Tapi kalau keluar lepas PRU, 3 orang ni memang jadi sampah la. Takdak sapa nak layan pun. he he..

Tiga Exco Kedah telah mengambil langkah drastic. Manikumar merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Lim Soo Nee (Kulim) dan Tan Chow Kang (Sidam). Ketiga-Tiga Exco Kedah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melepaskan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa telah dikhianati.

"Kami dikhianati," kata Naib Pengerusi III PKR Kedah Datuk S. Manikumar, mewakili dua lagi Exco, Lim Soo Nee dan Tan Joon Long@Tan Chow Kang. Manikumar ialah Timbalan Ketua PKR Cabang Merbok dan Tan, Naib Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Naib Pengerusi Cabang Sungai Petani serta Ketua Pasukan Keadilan untuk Bangsa Tionghua Kedah serta Perlis, manakala Lim ialah Ketua Biro Aduan PKR Kedah.

Ini adalah kerana mereka tidak dicalonkan semula oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka bertiga sebulat suara bersetuju melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti itu kerana mendapati berlaku pengkhianatan terhadap mereka oleh kepimpinan tertentu dalam parti.

"Ini telah membawa kepada situasi "mundar-mandir" dalam politik Kedah di mana 10 kerusi yang ditandingi oleh PKR kali ini telah mengalami penyusutan dalam sokongan keseluruhan.

"Saya adalah penyandang kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Bukit Selambau, menang pada Pilihan Raya Kecil 2009 dengan majoriti 2,403 undi tetapi tidak diberi semula ruang untuk bertanding," katanya pada sidang media mereka.

Mereka masih kekal sebagai anggota PKR, namun tidak akan mencampuri urusan parti, termasuk menghadiri mesyuarat parti. Kekecewaan kerana mereka tidak mendapat penjelasan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR mengenai mengapa mereka digugurkan daripada senarai calon untuk PRU13 ini.

"Kalau kita tengok hari ini, dalam Majlis Kepimpinan negeri, secara keseluruhannya kami adalah antara lima kepimpinan utama di peringkat negeri.

"Namun, sehingga kini, tidak terdapat satu pun maklum balas atau surat penjelasan daripada PKR pusat, malah Pengerusi PKR negeri Datuk Wan Salleh Wan Isa sendiri tidak mendapat sebarang notis mengenai situasi ini," katanya.

Mereka bertiga adalah antara nama-nama utama dalam Majlis Kepimpinan negeri yang tidak dipilih sebagai calon pada PRU kali ini.

"Kita tak tau bagaimana percaturan politik di peringkat atasan, siapa yang pilih, "tangan-tangan ajaib" mana yang menentukan hala tuju parti PKR secara keseluruhan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini," katanya.

Bagi Mc, PKR bukan parti yang stabil. Walaupun di parlimen, PKR bertanding lebih dari Pas dan Dap. Namun harapan untuk PKR menang adalah tipis. Kalau buat ceramah pun, takdak orang nak pi dengar. Orang Kedah dah tak percaya pada PKR lagi.

Kenapa agaknya tak percaya? Tanyalah 3 orang kat atas tu, adakah depa buat kerja masa jadi exco dulu? he he he...


McTheory:
Makan gaji buta ada la.. biasa la orang PKR memang macam tu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...