Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Sebak Bila Baca Cerita Nenek Tua Ni!

Posted: 28 Apr 2013 08:17 AM PDT



Malam ni OFF politik sat.. Mc terharu dengan cerita kat bawah ni,

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, "Maafkan saya, bu", katanya sambil memandang nenek itu.

"Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang".

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

'Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

"Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh"

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di kongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

P/s: ada lagi orang baik hati rupanya..

PANASS!! Taktik Kotor Untuk Beli Undi Di Dedahkan!! #TolakPR

Posted: 28 Apr 2013 05:38 AM PDT




Baru masuk hari keempat berkempen, sudah ada tawaran jual beli pengundi di Parlimen Merbok atau Dun Bukit Selambau.

Terbaru, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Adin, 40, berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, kesahihan maklumat yang diperoleh tidak dapat dipastikan sama ada sekadar gurauan mahupun benar-benar bermaksud mahu membuat tawaran hebat itu.

Menurutnya, pesanan itu yang bertulis 'Perhatian kepada mana mana parti yang berminat untuk membeli pengundi boleh menghubungi saya, pengundi seramai 116 orang untuk Parlimen Merbok atau Dun Bukit Selambau. Harga boleh dirunding, tolong panjangkan. Terima kasih.

"Pengirim SMS itu juga turut membuat jaminan bahawa harga boleh dirunding," katanya.

Bagaimanapun Adin berkata, ia sepatutnya tidak boleh berlaku memandangkan beberapa syarat diketatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

"Kita sebuah negara demokrasi yang bebas memilih pemimpin dan diharapkan calon yang bertanding juga ikhlas untuk mentadbir dan menjadi wakil rakyat.

Jangan gunakan cara kotor untuk menang dalam PRU13 ini" katanya.

Menurutnya, pendedahan dibuat bagi memastikan pilihan raya yang adil dan saksama dilakukan tanpa sebarang penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk PRU13 kali ini, SPR melakukan beberapa pindaan peraturan berhubung pilihan raya yang diluluskan dan diwartakan antaranya penggunaan dakwat kekal yang mampu mengelakkan penipuan dalam proses pengundian.

McTheory:

Apakah ini satu lagi taktik kotor puak Pakatan Haram?

PANASS!! Ulasan Menarik Dari Akhbar Cina, Pakatan Haram dah Kalah? #TolakPR

Posted: 28 Apr 2013 02:16 AM PDT



Nak beli akhbar cina, taktau baca. Tapi kita nak dengar juga pendapat dari kaum cina. Betul tak? Kat bawah ni Mc bagi alih bahasa akhbar cina, bukan guna google translate, sebab guna google translate, orang cina sendiri pun tak faham. he he..


Sinchew Daily News
Perkara: antara BN dan Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Corner m/s 22
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)

Tajuk:

Pakatan Rakyat kalah di garis permulaan larian
Penulis: Lim Sue Guan/ timbalan editorial akhbar

Penamaan pencalonan telah pun tetap, siapa yang akan menguasai kerajaan, sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN, PRU kali ini adalah satu cabaran yang amat besar.

Dalam penamaan calon kedua-dua belah pihak juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.

Kali ini BN tidak lagi berpeluang menang tanpa bertanding mana-mana kerusi, sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.

Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim bertindak dengan tiket bebas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, menyebabkan UMNO rasa bengang, sudah tentu kerusi Parlimen Kuala Kangsar tetap tidak akan terlepas dari tangan BN.

Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi, Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Pecah tiket undi, pastinya Pakatan Rakyat kalah sebelum bertanding kerusi Parlimen di Labuan.

Pakatan Rakyat tanding di 6 kerusi DUN di kawasan Ledang, Kota Putera, Seberang Tasik, Kota Damansara, Sungai Aceh dan Panti, mereka saling berlaga bertanding 3 penjuru dengan BN.

Selain dari itu ahli Veteran DAP Sim Tong Him bertanding sebagai calon 2 kategori, beliau bertanding di kerusi Parlimen atas tiket DAP dan bertanding di kerusi DUN atas tiket bebas, menyebabkan keadaan pilihan raya di negeri Melaka dalam keadaan kebimbangan. Dimana DAP hanya bertanding di 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN di Melaka.

Selain dari itu, negeri Deposit BN di negeri Sabah, kini berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat tidak dapat capai kata sepakat untuk mencabar BN, menyebabkan kerusi Parlimen di Sandakan dan Tanjung Batu sahaja lawan satu sama satu, ini menyebabkan BN mananti untuk menuai hasilnya, kerusi Parlimen hanya ada 25 kerusi di negeri Sabah, dimana BN lebih berpeluang untuk menang besar.

Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.

Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.

Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.

Ini bermakna kekuatan BN ialah pada UMNO, dimana kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PKR dan Pas, ketiga-tiga parti ini cuba merebut lebih banyak kerusi daripada pengundi. Jika dilihat dari segi kekuatan ahli bawahan, UMNO lebih unggul dan Pas yang kedua unggul, yang ketiga adalah PKR.

Jika sebarang yang tidak diingini berlaku, ia akan membawa impak yang sangat besar, dengan itu langkah untuk masuk ke Putrajaya akan ada persaingan di antara ketiga-tiga parti. Walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, tetapi hanya mampu bertanding di 51 krusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus, jika DAP menang semua kerusi yang ditandingkan, jika menang semua kerusi sekalipun DAP terpaksa mohon restu dari rakan-rakan parti.

Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.

Contoh garisan pecut untuk larian ke Putrajaya hanya 400 meter, permulaaan larian Pakatan Rakyat kurang elok, sama ada boleh menang ataupun tidak, ia perlu pecutan di garisan penamat yang terakhir.

Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah
22 April 2013
220413047
900 karakter

McTheory:
Kalo depa dah kalah, kita kalahkan terus tinggal jauh-jauh..

PANASS!! Cerita UNDI POS yang Kontroversi!! #TolakPR

Posted: 27 Apr 2013 11:16 PM PDT




Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi lebih awal meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PKR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:

1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan, dan dalam kad pengenalan tidak diletakan nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Jadi mana mungkin boleh ada nama Dato atas kertas undi, nampak sangatlah menipu!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis, mesti ada 'BIN'.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

7. Nak bagitau, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.

Akhir kata, nampak sangat semua ni menipu dan ianya ciptaan puak pembangkang untuk membohongi rakyat Malaysia dan menjejaskan reputasi SPR. Apa nak buat, puak Pakatan ni tak sudah-sudah dengan membohong saja kerjanya.

Tapi mereka harus sedar, rakyat Malaysia bukan mudah lagi untuk ditipu. Jangan taktik bodoh ni, akan memakan diri mereka sendiri!

McTheory:
Jenis kaum munafik memanglah macam ni..

EKSKLUSIF DAN HANGAT!! Video Ustaz Pas Sedang 'TOMOI' Anak Muridnya!! #TukarKedah #TolakPR

Posted: 27 Apr 2013 06:36 PM PDT


Memakai lebai atau serban, tidak menjaminkan akhlak seseorang tu baik. Contohnya macam seorang cikgu Pas ni. Mc tak tuduh, tak fitnah, tapi ini yang anda pembaca boleh saksikan sendiri.

Di Baling, jika di sebut Sekolah Agama Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang. Sememang cukup terkenal kerana di situ merupakan sekolah yang di kuasai sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang sememangnya penyokong tegar PAS.

Kalau ikut puak Pas ni dikatakan kuat beragama, beriman dan perjuangkan Islam. Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini tingkahlaku puak ni semakin teruk dan tidak waras. Apakah Islam gagal mendidik mereka menjadi manusia yang sempurna? Atau Ajaran Islam yang mereka amal dan pegang selama ini, songsang berbanding kita umat Islam yang lain?

Tengok dulu video kat bawah ni dulu, nanti Mc ulas lain,


Kata orang yang beri video ni, itu baru sikit, 'tomoi' Ustaz Man ni pada pelajarnya. Ada yang lebih teruk lagi.

Bila disiasat latar belakang Ustaz Man ni, dia merupakan orang kuat Johari Abdullah, Calon PAS DUN Kupang. Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe ni la, musuh ketat Taib Azamuddin (Bekas Ahli Parlimen Baling)

Ustaz Man ni merupakan Ahli Majlis dalam Majlis Daerah Baling yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pentadbiran PAS. Kiranya selain menjadi cikgu pondok, dia ni Ahli Majlis. Tapi ahli majlis apa bertindak serupa tak waras macam tu?

Mc rasa puak Pas ni dah dihasut dengan Islam ciptaan Pas sendiri. Mereka boleh memaki hamun, memfitnah, memukul, merogol, berzina, berkhalwat, makan duit derma dan menyeleweng duit umat Islam yang lain tanpa rasa bersalah.

Malah dosa-dosa mereka boleh diampun dan disucikan oleh Nik Aziz (bertindak serupa paderi) yang boleh mengampunkan dosa umat Islam yang lain.

Nik Aziz (juga pernah menjadi tuhan) apabila mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kenyataan 'sembahyang orang UMNO' tidak dapat pahala. Sebab tu Mc kata, Islam yang Pas bawa ni lain dari Islam yang kita belajar.

Jika kita umat Islam yang lain patuh, ikut perintah Allah dan Rasulnya, umat Pas pula patuh pada pimpinan Pas dan Nik Aziznya. Sebab tu Islam Pas, agak lain dan unik pada kita semua.

Diatas sebab demikian, Mc rasa Islam Pas telah tersesat jauh, kita patut 'mengIslamkan' semula puak Pas ni mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Kalau tak ia akan jadi macam video kat atas tu. Pukul orang ikut suka hati!! Celaka punya puak Pas!


McTheory:
Lepas ni, Ustaz Man tu, jumpa Nik Aziz.. mesti settle punya la..

GEMPAR!! Pas Cuba Serapkan Syiah Dalam Kolej Universiti Insaniah? #TukarKedah #SaveKedah

Posted: 27 Apr 2013 05:35 PM PDT



Ada satu lagi penemuan dasyat tentang KUIN akan dikongsikan kepada pembaca.. Anda masih ingat lagi tentang individu yang mengunakan platform Pusat Komuniti KUIN untuk menyebarkan fahaman politik Pas? (Klik Sini). Kali ini ada satu berita mengemparkan dimana orang yang di upah oleh Jamil untuk menjaga Pusat Komuniti KUIN sebenarnya salah seorang ulama Syiah di Malaysia..

Hasil kajian dan risikan aku dan seorang rakan, terjumpa beberapa petunjuk yang menguatkan lagi bahawa Ust Ghani Samsudin Pengarah Pusat Komuniti Kuin salah seorang pemimpin syiah di Malaysia kerana terdapat bukti bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan syiah..

Lihat gambar di bawah








Untuk mengesahkan bukti ini anda lihat video dibawah..




Perlantikkan Ust Ghani sebagai pengarah pusat komuniti KUIN sekadar lantikkan politik semata mata, hasil pemantauan aktiviti Pusat Khidmat Komuniti KUIN lebih kearah politik dan tiada langsung aktiviti mempromosikan program pelajar..

Dibawah ini pula screen shot yang diambil dari laman FB Pusat Komuniti KUIN yang dikendalikan sendiri oleh Ust Ghani


Sedar atau tidak, pelajar pelajar KUIN sekarang ini dalam keadaan bahaya dimana salah seorang pemimpin syiah di Malaysia dilantik untuk menjaga Pusat Khidmat Komuniti KUIN dan segala program yagn dibuat cenderung terhadap Pas..

Apa motif Jamil Rektor mengambil Ust Ghani sebagai Pengarah Komuniti KUIN jika segala aktiviti yang dibuat hanya untuk mempromosikan Pas??

Adakah mereka mengetahui bahawa Ust Ghani salah seorang pemimpin syiah di Malaysia?? Tidakkah pelajar pelajar KUIN terdedah dengan anasir anasir syiah yang cuba dibawanya melalui tazkirah disampaikan oleh Ust Ghani??

Penyebaran ajaran syiah di Malaysia lebih lebih lagi kepada mahasiswa, perlu ditentang habis habisan kerana ajaran syiah ini boleh buatkan umat Islam di Malaysia ini pecah belah dan menyesatkan!!

Pendedahan dari blog Medan Tempur Kedah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...