Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Jam Stopa Ali Sama Dengan Lelaki Dalam Video? #SpendaStopa

Posted: 13 Apr 2013 08:17 AM PDT




Mc sebenarnya tak perasan pun benda ni, tapi rakan blogger Pisau Kedah yang perasan sangat. Entah macam mana dia belek video tu sampai dia nampak jam Stopa Ali sama dengan lelaki dalam video tu. Mc nak tengok lama-lama pun tak sanggup, takut muntah nanti. he he..

Tak tau la apakah ianya satu kebetulan saja jam yang di pakai Stopa Ali sama dengan jam yang di pakai pelakon Video Lucah Spender Putih yang kini sedang hangat di sebarkan dalam laman media maya.

Mungkin kot pelakon Video Lucah Spender Putih tu saja-saja nak pakai jam sama seperti Stopa Ali, malah lelaki dalam video tu juga sama macam Stopa Ali, mempunyai rupa paras dan nada percakapan seperti dia. Apakah ianya kebetulan?

Pada yang belum tengok video tu, boleh tengok kat SINI untuk kenal pasti!


McTheory:
Trademark baru Pas ni memungkinkan Pas ke Putrajaya wooo..

PANASS!! Hadi Awang Gadai Diri dan Parti Semata Nak Bela Skandal Mustafa Ali! #TolakPR #SpendaPutih

Posted: 13 Apr 2013 05:39 AM PDT




Alah bisa tegal biasa, bila perbuatan bodoh dan jahat mereka di'kalih'kan kepada UMNO pula. Paling menarik bila ada video seks yang didedahkan, belum pun mereka tengok, mereka dah tuding jari kepada UMNO! Haprak sungguh! Husam pun pernah menafikan video tersebut di SINI


Hadi Awang dalam satu sidang medianya dengan yakin menyatakan bahawa video seks yang melibatkan Setiausaha Agung Pas itu adalah FITNAH semata-mata.

Macam biasa lah kalau dah geng sendiri mesti lah kena cover sahabis mungkin. Mana nak letak muka kalau rakyat tahu pemimpin parti Islam terjebak dengan zina.

Yang peliknya selaku permimpin parti Islam, boleh pula Hadi Awang menganggap perbuatan zina yang dilakukan oleh pemimpin kanan Pas itu sebagai perkara remeh dan tidak penting sedangkan semua umat Islam sedia tahu bahawa zina adalah sebahagian dari DOSA BESAR yang mana jika dihukum mengikut undang-undang Islam boleh dikenakan Rejam sampai mati sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan zina tersebut.

Beginikah gambaran Hudud Islam yang ingin dilaksanakan PAS jika berjaya mentadbir negara ini (minta dijauhi). Sekiranya perkara zina tersebut berlaku pada rakan pemimpin sendiri dikecuali dari dikenakan hukum. Kalau orang UMNO yang terlibat rasanya dah lama hukuman tersebut sudah pun dijalankan.

Nafi lah selagi boleh wahai Hadi Awang, rakyat mahu lihat sampai bila kamu boleh bertahan menanggung, menutup perbuatan terkutuk pemimpin sendiri. Bangkai gajah tetap akan berbau walau ditutup dengan serban, inikan pula video seks yang boleh di-copy dan dimuat turun. Terima sajalah ketentuan Tuhan ini, pintu taubat masih terbuka buat Mustafa Ali selagi masih hidup.

Kepada pengikut Pas, kebenaran memang pahit untuk ditelan!

McTheory:
Namun kebenaran sentiasa berada dipihak yang menang..

PANASS!! Amaran Ayahanda Tun Mahathir Mengenai Bahayanya Kit Siang! #TolakPR #PRU13

Posted: 13 Apr 2013 02:17 AM PDT



Mc percaya kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir bakal menimbulkan kemarahan Apek tua sombong yang pernah mengancam kaum melayu tu.

Kerjasama pelbagai bidang antara masyarakat Melayu dan Cina di negara ini akan berakhir jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum serta mengapi-apikan agar Cina membenci Melayu.

Menurut beliau, hubungan baik di antara kedua-dua kaum tersebut yang selama ini membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara, akan diganti dengan keadaan konfrontasi kaum yang tidak sihat.

Walaupun keadaan itu tidak akan membawa kepada insiden pertempuran ganas di antara kaum dan penganut agama berbeza seperti disaksikan di banyak negara luar, katanya, konfrontasi tersebut akan menganggu proses pembangunan Malaysia.

"Atas sebab ini, keputusan Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah akan menjadi tumpuan Pilihan Raya Umum Ke-13 di negara ini.

"Adakah DAP bakal mengakhiri persahabatan dan kerjasama Melayu-Cina di Johor atau adakah (konsep) 'kongsi' kekal menjadi asas hubungan kaum di Johor dan di Malaysia," katanya melalui entri terbaharu bertajuk Gelang Patah di laman blognya www.chedet.cc hari ini. - Utusan

Sebab tu, kita rakyat Malaysia kena tolak apek tua penganas penghasut tua ni. Merosakan masyarakat dan negara saja. Kalau nak tengok negara kita musnah, sokonglah apek tua ni!


McTheory:
Dah nak 'tut' pun masih nak jadi calon!

PANASS!! Mazlan Aliman Lari dari jadi Calon? Telur Sudah Hilang ka? #Felda #FGVH

Posted: 13 Apr 2013 01:17 AM PDT



Kenapa agaknya Mazlan Aliman penentang Felda paling berpengaruh dalam Pakatan Haram tidak mahu bertanding satu Dun pun dikawasan Felda? Malah Mazlan seolah-olah mengelak untuk menjadi calon? Bukankah dia rasa dirinya hebat, kalau hebat jadilah calon!

Mulanya ingat, Mazlan yang merupakan Presiden ANAK haram dan YDP PAS Tenggara akan bertanding pada PRU13 kali ini, namun sangkaan salah, kerana dia tidak bertanding rupanya! Dia menamakan pesara Felda yang baru sangat jadi ahli PAS, Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Said Jonit ni khabarnya orang Simpang Renggam.

Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO! 

Calon-calon itu dinamakan selepas Mazlan tak berani nak bertanding sebab takut kalah, ini merupakan individu-individu yang terhasut dengan dakyah-dakyah songsang ANAK haram.

Apa yang mengejutkan adalah mengapa Mazlan tidak bertanding jika dia kata para peneroka Felda bersama dirinya sedangkan parlimen Tenggara ada 7 Felda! Dalam DUN Pasir Raja ada 4 Felda beb! Kenapa dia tak lawan?

Malah si Mazlan menamakan Said Jonit, bekas CEO Felda Plantation sebagai calon parlimen Tenggara hanya menyebabkan kemarahan kepada warga Felda.

Sebabnya, menurut warga Felda, semasa zaman Said Jonit inilah banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. Mohd Said nak salahkan siapa? Kalau dah dia ketuanya, takkan nak salahkan UMNO?

Bab DUN Pasir Raja ni, kalau setakat Nazari yang bertanding, confirm hilang wang pertaruhan. Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik Tenggara ini.

Jadi memang benarlah yang Mazlan Aliman seorang pengecut dan manusia yang hanya pandai berkata-kata retorik penuh hasutan sahaja?

Patutnya sebagai Ketua Pemberontak di Felda, Mazlan kena test power, tengok ramai mana yang sokongnya tu!!

McTheory:
Takdak telor sungguh Mazlan ni..

PANASS!! Aishah Jadi Calon Pas, Abby Merajuk Kerana Tak Terpilih? #TolakPR #PRU13

Posted: 12 Apr 2013 11:17 PM PDT



Mc dengar nama Aishah naik jadi calon di Jempol, Negeri Sembilan. Tahniah, sebab ceramah fitnahnya terhadap UMNO dan kutuk Kerajaannya membuahkan hasil.

Penyanyi Aishah yang sebelum ini dilaporkan terkejut dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akhirnya mengesahkan untuk bertanding kerusi itu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, keputusan menerima tawaran itu bagi mewakili PAS dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri.

"Ia adalah pilihan saya. Apabila kita mempunyai pengikut tertentu (sebagai bintang pop) dan ia juga merupakan perkara yang baik, mengapa tidak (bertanding)?" katanya seperti dilaporkan portal red carpet.net.my pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah mengumumkan Aishah yang popular dengan lagu Janji Manis Mu dan Melukut Di Tepi Gantang dinamakan sebagai calon Parlimen Jempol bagi mewakili parti itu dalam PRU13.

Akhbar bagaimanapun melaporkan pengumuman Mohamad Sabu satu keputusan 'bercelaru' kerana pada Ahad lalu nama Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa diumumkan sebagai calon bagi kerusi tersebut.

Dalam pada itu Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand berkata, dia sentiasa cenderung dalam bidang berkenaan walaupun mengakui permainan politik kadangkala kotor.

"Ia akan menjadi kotor kalau kita yang mahukan ia menjadi kotor. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat kita memerlukan politik yang matang dalam membentuk pandangan politik kita. Ia mengambil masa untuk mendidik masyarakat," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, keutamaan dalam hidupnya telah berubah selepas membuat keputusan meninggalkan dunia seni.

Ujarnya, semasa muda dia banyak memberi tumpuan dalam bidang muzik tetapi apabila sudah 'tua', bidang politik adalah dunia barunya.

"Jika doktor boleh menjadi ahli parlimen dan menteri kabinet, kenapa tidak artis seperti saya?" katanya yang akan memulakan kempen pada minggu depan.

Kata Aishah selepas menyertai PAS pada Mei tahun lalu, dia telah terlibat secara aktif bagi memperjuangkan parti itu termasuklah menyertai ceramah-ceramah politik yang dianjurkan.

Dalam pada itu Aishah menerusi satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Jumaat berkata dia kini sibuk berkempen di Pasir Salak, Perak. 

Kalau Aishah dah jadi calon, Abby Abadi yang perasan glamor tu macam mana pulak? Kalau Pas tak bagi Abby jadi calon takut merajuk pulak dia nanti. he he..
Tu baru Abby, bagaimana pulak dengan Hairie, Leman dan lain-lain? 

McTheory:
Jangan keluar Pas sebab merajuk tak jadi calon sudah laa... he he

PANASS!! PKR dan Isteri Mustaffa Ali Pulak Kaji Video Terlampau Mustafa Dia? #TolakPAS

Posted: 12 Apr 2013 08:17 PM PDT


Dulu dia kaji video orang, kini video pula kena kaji. Dunia-dunia, kadang-kadang kita diatas, ada masa kita dibawah, jadi berjaga-jagalah. Jangan sampai jadi macam Mustaffa Ali. Menyesal tak sudah!


Selepas tersebarnya video skandal mirip Mustaffa Ali, Mc diberitahu orang Pas sendiri, rumah tangga Mustaffa Ali mula bergoyang. Mc taktau apa kesudahannya, namun sebagai seorang Isteri, sudah tentu dia amat kecewa dengan kelakuan Mustaffa Ali, seorang Setiausaha Agung parti Islam, boleh terpalit dengan skandal zina?

Isteri mana yang tak kecewa!

McTheory:
Isteri pertama tudung labuh, yang skandal? pehh seksi beb.. hehe

PANASS!! Komen Hasan Ali Tentang Video Skandal Mustafa Ali! #TolakPR #SpendaPAS

Posted: 12 Apr 2013 05:37 PM PDT


Kelmarin dunia siber digemparkan dengan paparan perlakuan seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PAS, Dato Mustapa Ali Setiausaha Agung Parti Islam itu. Video 11 minit 26 saat itu setakat ini tidak dapat diketahui siapa yang merakamnya digambarkan berlaku disebuah bilik hotel mewah dikatakan berlaku di ibu negara Kuala Lumpur.

Video tersebut diberitakan merakamkan adegan-adegan menjurus kepada perlakuan seks hinggalah hubungan seks yang sebenarnya. Paparan gambar secara berwarna disertai dengan rakaman video dan audio yang jelas dan terang menggambarkan dengan jelas siapa pelakunya.

Mereka yang telah melihat akan terus dapat mengecam lelaki yang terlibat adalah dikatakan Dato Mustapa Ali. Sementara pasangan wanitanya kelihatan masih muda dan agak sofistikated.

Sejak dimuat naik di dalam blog, video itu terus disambut oleh para blogger yang lain yang kini menjadi paparan yang paling hangat dan dikembang luas hingga keperingkat menjadi "viral" yang sukar dibendung lagi.

Episod yang timbul dari sumber internet yang berkait dengan perlakuan seks serta melibatkan tokoh besar dalam sebuah Parti Islam sudah tentu menarik minat banyak pihak dan menjadikannya tarikan utama untuk ditonton. Itulah lumrah manusia.

Peristiwa ini meletup hanya tinggal 8 hari sahaja sebelum tarikh penamaan calon diikuti hari mengundi pada 5 Mei 2013. Sebelum ini PAS jenuh bersilat menepis beberapa isu besar yang para pemerhati politik merumuskan hampir semuanya tidak menyebelahi Parti Islam itu.

Peristiwa pemecatan saya dan Ust Nasharudin Mat Isa, amanat Haji Hadi, doa menjahanamkan Umno, keceluparan Mursyidul Am, isu Kalimah Allah, penguburan negara Islam dan Hudud adalah di antara isu yang sukar di tebus kembali.

Video yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini dijangka akan memberi pukulan maut kepada PAS. Dari paparan imejnya Presiden PAS tidak ada ruang lagi untuk sekadar mengatakan itu besi. Sementara pimpinan PAS sukar mencari alasan munasabah untuk meyakinkan ahli, penyokong dan pengundi Melayu Muslim khasnya bahawa video itu adalah bikinan musuh politik untuk melenyapkan PAS.

Melihat kepada paparan imej-imejnya, apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.

Hari ini Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa cuba menjadi jaguh tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah persetankan isu video itu sambil cuba berselindung bahawa paparan itu adalah palsu dan berniat jahat. Beliau meminta supaya pimpinan PAS tidak memberi perhatian kepada episod itu dan dengan angkuh mengatakan bahawa PAS tidak perlu menyiasat kesahihan video itu. Kenyataan ini dilihat bertentangan sama sekali dengan akhlak seorang Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 yang meminta kita supaya menyelidiki dan menyiasat dahulu sesuatu berita yang dibawa walaupun daripada orang-orang yang fasik.

Manakala pimpinan yang lain termasuk yang lebih tinggi daripada Husam sehingga ini membisu seribu bahasa. Mungkin masih terkejut dan belum pulih daripada igauan ngeri disebabkan yang terlibat adalah dikatakan Setiausaha Agung parti yang kehadirannya dalam politik sinonim dengan perkembangan parti itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan :
a. Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?

b. Apakah dengan menolak tepi dan mematikan episod ini selari dengan tindakan-tindakan disiplin yang pernah di ambil kepada pimpinan dan ahli sebelum ini?

c. Apakah tidak wujud double standard dan pendakwaan berpilih. Ada yang anak emas dan ada yang anak tembaga dalam sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas?

d. Apakah dengan pendapat Husam itu akan melegakan pengundi dan penyokong serta bakal pengundi yang sebelum ini parti Islam itu tidak mampu lagi menanggung beban isu besar yang tidak terlerai?

e. Apakah cadangan Husam itu akan diterima oleh rakan sejawat PAS di dalam dan di luar negara kerana paparan online realtime itu dapat ditonton sama sekelip mata dimana sahaja?
Saya masih ingat peristiwa yang mengakibatkan pemecatan seorang ahli parlimen PAS, Hashim Gera. Dalam satu majlis beliau telah dilihat menari lucu-lucuan. Pimpinan ketika itu yang tegas dan decisif telah bertindak memecat Hashim Gera daripada menjadi ahli parti.

Manakala dalam kes saya pula, sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesalahan saya yang sebenarnya lantaran tidak ada pertuduhan yang dibuat ke atas saya. Saya telah dipecat daripada ahli parti tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Ahli serta penyokong PAS dan bakal pengundi di negara ini juga sedang memerhatikan gelagat pimpinan PAS. Setakat kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam Musa pada hemat saya tidak mampu menembusi minda masyarakat Malaysia yang berilmu dan begitu celik politik.

Saya cenderung untuk mengaitkan episod yang ramai menganggap sebagai peristiwa hitam ini dengan keputusan PAS menjalin hubungan kerjasama politik dengan DAP dan PKR. Rekod PKR yang tercemar dengan berbagai peristiwa yang hampir-hampir sama dengan kes yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini. Mungkin jangkitan langsung daripada pergaulan intim yang berlaku di antara pimpinan atasan dalam Pakatan. Saya bimbang kalau jangkitan ini akan menimbulkan penyakit yang lebih besar dan serius yang berkait langsung dengan aqidah yang selama ini menjadi agenda induk kepada perjuangan PAS.

Bagi saya persoalan yang besar di hadapan Parti Islam itu tidak lain daripada persoalan maruah. Imej yang mesti dipaparkan mewakili imej perjuangan Islam. Apa yang boleh diketengah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam kalau hal yang seserius ini cuba ditangani secara sambil lewa sahaja. Mana dia dosa dan pahala dan mana dia syurga dan neraka yang sering dihujahkan oleh pimpinan-pimpinan besar PAS.

Sekurang-kurangnya bagi saya langkah seperti berikut harus di ambil :
1. Dato Mustapa Ali sebagai orang yang dikatakan terlibat dalam perlakuan sumbang di dalam video tersebut harus tampil ke hadapan menafikan atau mengiyakannya;

2. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;

3. Pimpinan PAS terutamanya AJK PAS Pusat atau Majlis Syura PAS perlu menyiasat dengan terperinci video tersebut dan tuduhan yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung parti Islam itu;
Sekiranya selepas siasatan terperinci dilakukan mendapati orang yang terlibat melakukan perlakuan seks itu adalah Dato Mustapa Ali, maka Jawatankuasa Disiplin parti harus mengambil tindakan segera memecat keahlian beliau. Cuma eloklah sekiranya sebelum dipecat, beliau dipanggil untuk membela diri. Janganlah diulangi kezaliman yang pernah berlaku ke atas diri saya dan Ust Nasharudin yang tidak pernah langsung dipanggil untuk membela diri.

Sekiranya saranan seperti yang dikemukakan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa PRU yang ke 13 nanti akan menjadi antara PRU yang terburuk dalam sejarah PAS akibat penolakan pengundi-pengundi terutamanya pengundi Melayu Muslim yang sudah hilang keyakinan kepada integriti dan kredibiliti parti Islam itu. Maka akan tercatitlah nanti dalam sejarah politik tanahair seorang pemimpin besar yang menghabiskan masa muda dan tuanya memperjuangkan parti akhirnya menjadi petualang yang menyebabkan parti itu tersembam menyembah bumi.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Tmn Tun Dr Ismail, KL
12 APRIL 2013
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...