Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


AMARAN ANWAR BUAT HADI AWANG - "SAYA LEBIH LAYAK JADI PM.."

Posted: 23 Apr 2013 09:26 PM PDT




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menberi jaminan bahawa Presiden PAS Hadi Awang tidak akan dipilih menjadi PM jika Pakatan Rakyat menguasai kemenangan PRU13 pada 5 Mei depan.

Anwar berkata perkara itu akan diatasi melalui rundingan bersama rakan komponennya DAP dan PAS agar dirinya dipilih menjadi Pemimpin No. 1 Negara.

"Masalah itu tidak berbangkit tetapi perkara itu boleh dirunding dengan baik," katanya ringkas kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya PKR di Sungai Udang, Melaka.





Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika berceramah di Johor Bharu semalam menzahirkan kebimbangannya jika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri.
 
Dalam keghairahan mencari undi bukan Melayu di Johor, Kit Siang berkata beliau dan pengundi di negeri itu "tentunya sama-sama akan bimbang" jika Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.





"Jika benar dakwaan bahawa DAP sudah bersetuju untuk Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri kita, tuan-tuan dan puan-puan, Johor dan saya tentulah sama-sama akan bimbang…terhadap apakah yang beliau akan lakukan kepada kita semua. Betul, tidak?" kata Kit Siang.

Perbuatan Kit Siang meremehkan kebolehan Hadi sebagai calon Perdana Menteri itu dibuat bagi menangkis dakwaan bahawa presiden PAS itu akan diangkat mengisi jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan kelak.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...