House PK

House PK


VIDEO TUN M KASI TARUK CILI SAMA PAKATAN! MESTI TONTON

Posted: 23 Apr 2013 11:00 PM PDT

Rakyat Malaysia yang diberi kuasa untuk memilih pentadbir negara seharusnya bijak menilai dan tidak membiarkan emosi menguasai diri ketika membuat pemilihan, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.

Menurut beliau, Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam yang berjaya di mata dunia akan dianggap gagal sekiranya perpecahan berlaku akibat tersalah memilih pemerintah.

"Sebahagian besar daripada 28 juta rakyat Malaysia beragama Islam memainkan peranan besar dan tanggungjawab.. sekiranya kita gagal mendirikan kerajaa dan menjaga keamanan, maka orang ramai dan orang asing akan menggangap Malaysia sebagai negara Islam yang gagal.

"Negara mengamalkan sistem demokrasi yang memberi peluang rakyat siapa yang akan mentadbir mereka, membangun dan menyelamatkan negara. Kesilapan memilih akan menyebabkan apa yang berlaku di kaca televisyen bakal berlaku di negara ini," katanya.

Mahathir berkata demikian ketika berucap dihadapan kira-kira 5,000 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hadir mendengar ceramah bertajuk Perpaduan Ummah Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini.

Beliau berkata, dalam 50 buah negara Islam dalam dunia, tiada satu pun diiktiraf sebagai negara maju walaupun mempunyai kekayaan hasil minyak dan sebagainya kerana tiada kebolehan untuk membangunkan negara.

Sekiranya negara tidak ditadbir dengan baik di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam serta diberi keadilan, maka agama Islam akan dipersalahkan dan sedikit sebanyak mencemar nama baik Islam.

Read more...

CILI KASI TARUK! MUKA PECAH TANAH MENANGIS DI PUTRAJAYA KERANA APA!? MESTI BACA

Posted: 23 Apr 2013 09:00 PM PDT

Menjelang penamaan calon PRU 13 dua wayang menumpahkan air mata telah dipersembahkan kepada kita dalam usaha untuk menagih simpati rakyat. Menjelang hari pengundian kelak entah berapa kilo lagi bawang merah diperlukan untuk menumpahkan bergelen-gelen lagi air mata mereka.

Dua hari lepas kita dipersembahkan dengan pentas opera cina lakonan Lim Kit Siang di Johor Bharu. Di mana dia menumpahkan air mata komunisnya konon-kononnya ROS tidak membenarkan DAP bertanding atas tiket mereka.

Semalam pula semasa penamaan calon di Putrajaya, calon Pas di kerusi berkenaan pula tak semena-mena menumpahkan air mata kambingnya. Selepas itu ambil gambar dan sebar dalam laman-laman siber. Kuat wayang puak-puak ni beb....Semuanya nak menagih simpati masyarakat.
Pada hemat saya, watak begitu dilakonkan dengan harapan pemain-pemain cyber pro BN akan memainkan gambar itu dan berkata dia menangis kerana menuju kekalahan. Bila banyak orang berkata begitu, maka dia akan dapat simpati pengundi dan seterusnya mendapat undi.

Nak pergi penamaan calon dia menangis, kenapa pula apabila orang Kelantan yang meninggal dunia hingga jenazah tak dapat diuruskan kerana tiada air, tiada pula gambar dia menangis bersedih dengan situasi itu ?

Lihat sini dan sini

Batu asas di atas dah hampir 20 tahun diletakkan untuk pembinaan jambatan di Tumpat, sampai hari ini sebatang cerucuk pun tak ditanamkan, kenapa dia tak menangis kerana gagal melaksanakan janji tersebut kepada rakyat Kelantan ?

Nak pergi penamaan calon menangis, kenapa dia tak menangis sewaktu Hadi Awang capai persetujuan bersama Anwar dan Kit Siang untuk benarkan agama lain pakai kalimah Allah ?

HOUSE PK: Ini aku petikd ari RBF Online. Wahai Husam Kusam si ketiak masam, lu toksah bikin drama anjing kurap kat Putrajaya la, lu nak berlakon menangis? Kah kah kah. Kau kencing rakyat negeri Kelantan bertahun-tahun beb. AKu yakin kali ini kau akan terkubur di Putrajaya dan Kelantan sekali, lepas ni kau boleh buat rumah kat tempat pecah tanah kau ek? Kah kah kah

GEMPAR BERAPI! DR NASIR MARX SURUH HADI MINTAK MAAF SEBAB GELARKAN PSM KOMUNIS?

Posted: 23 Apr 2013 07:00 PM PDT

Ini ada sedikti info pasal pergeseran antara PAS dan PSM aka komunis malaya versi baru. Mari kita baca dulu kenyataan dibawah ini:

Isu pertindihan kerusi antara parti PAS dan PKR dalam PRU 13 masih belum diselesaikan secara baik. Kenyataan terbaru daripada Presiden PSM menunjukkan wujud kecelaruan antara pucuk pimpinan PKR dan PAS dalam menyerahkan watikah pencalonan kepada calon untuk DUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi "Komunisme".

Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi "Komunisme".PSM mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Kenapa perlu Hadi mintak maaf? Aku bukan nak sokong Hadi. Aku sikit pun tak minat pada parti PAS ni, tapi kalau nak compare dengan PSM yang tak percaya pada Tuhan ni. Maaf cakap la, dah tentu aku takde hati langsung nak sokong PSM ni. Penduduk Kota Damansara kenal siapa Dr Nasir sebenarnya.

So Nasir Marx, tak payah la kau nak suruh sesiapa pun mintak maaf! Dah memang lu komunis yang tak percaya pada kebesaran Tuhan kan? Ramai ahlul PAS dah pernah ke opis lu Nasir. Mereka tahu siapa kau sebenarnya, sebab itu mereka meletakkan calon PAS kat Kota Damansara.

Aku yakin BN pasti akan mencapai kemenangan di Kota Damansar memandangkan calon yang diletak PAS pun sekadar nak cukup syarat dan nak lari dari mereka menyokong Nasir Mark the commie! Bungkuslah kamu wahai Pakatan! Kota Damansara akan menjadi saksi kehancuran puak FUCKATAN yang sedang bercakaran sesama sendiri.

OOOOOO! KALAU TUN M BUAT SALAH! KALAU PAKATAN LETAK ANAK BERANAK TAKPE YA?

Posted: 23 Apr 2013 05:00 PM PDT

Melihat kesungguhan bekas Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir terbabit dalam kempen di serata negeri dan ceruk rantau, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat kepanasan dan bagaikan cacing dijemur di bawah terik mentari. Para pecacai Pakatan dengan mudah mengeluarkan kenyataan kononnya, Mahathir sibuk berkempen untuk menaikkan anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Tidak ada bunyi langsung kedengaran dari mulut Tun Dr. Mahathir bahawa anaknya itu perlu dinaikkan menjadi Menteri Besar. Malah tidak juga berbunyi dari sebelah pihak lagi iaitu Ahmad Bashah Hanipah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang dia sedang berjuang untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar buat dirinya.

UMNO Kedah kelihatan cukup bekerjasama antara satu sama lain untuk merampas Kedah dari tangan PAS dan peluang yang terbuka dengan sokongan meluas daripada rakyat jelata yang tidak berpuas hati selama hidup lima tahun di bawah pentadbiran PAS, membuatkan mereka terlalu sibuk menyusun strategi berbanding menyusun kaedah menjadi Menteri Besar.

Ketakutan para pecacai akan kekalahan, ternyata membuatkan mereka dengan begitu mudah menghamburkan fitnah dan kata-kata keji terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Anehnya, mereka seperti babi yang mengejek beruk, kononnya busuk tanpa sedar, diri sendiri cukup busuk dan menjijikkan. Pakatan Rakyat menuduh Tun Mahathir cuba menaikkan anak lelakinya walaupun sebenarnya Tun Mahathir tidak lagi mempunyai kuasa dalam kerajaan. Bahkan Tun Mahathir juga tidak mempunyai kuasa dalam UMNO, parti terbesar yang turut dianggotai oleh Mukhriz Mahathir.

Berbanding pula dengan Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang!

Anwar Ibrahim telah melantik anak perempuannya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR. Nurul Izzah juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan sentiasa dibantu oleh Anwar Ibrahim untuk mempengaruhi pengundi-pengundi Lembah Pantai agar terus menyokong anak perempuannya itu. Manakala isterinya pula, Wan Azizah Wan Ismail, merupakan Presiden PKR.

Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, adalah anak lelaki Lim Guan Eng, Penasihati Seumur Hidup DAP. Lim Guan Eng mewarisi jawatan Setiausaha Agung DAP manakala isterinya, Betty Chew menjadi ADUN Kota Laksamana. Kuasa dalam DAP banyak berkisar di sekeliling keluarga Lim Kit Siang semata-mata. Manakala golongan yang cuba mengurangkan kuasa keluarga Lim Kit Siang, pasti akan berhadapan dengan tindakan yang amat sadis.

Karpal Singh mempunyai dua orang anak lelaki yang terlibat secara aktif dalam politik iaitu Jagdeep Singh dan Gobind Singh Deo. Walaupun dilihat kurang membantu kedua-dua orang anak lelakinya itu dalam kerjaya mereka selaku ahli politik, Karpal Singh banyak menggunakan pengaruh dan kedudukannya yang bersekongkol dengan Kit Siang untuk memastikan anak-anak lelakinya itu mempunyai tempat dalam hierarki DAP.

Dalam PAS, anak Nik Abdul Aziz dan menantu Hadi Awang, terlibat secara langsung dengan politik. Nik Abduh bertanding dalam PRU13 sebagai calon Ahli Parlimen Pasir Mas. Manakala menantu Hadi Awang pula, terlibat dalam konflik dalaman PAS Kawasan Larut Matang-Selama apabila cuba memboikot dan mencantas Fauzi Shaari yang baru sahaja masuk PAS.

Masakan puak pecacai Pakatan Rakyat tidak dapat melihat fenomena ini? Mengapa pula mereka cuba menyalahkan Mahathir tetapi gagal melihat pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Kalaupun Mahathir membantu anak lelakinya dalam PRU13, bantuan yang diberikan ialah ketika dia sudah tidak lagi berkuasa.

Berbeza pula dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang begitu bersungguh-sungguh menghimpunkan anak isteri dan kaum keluarga untuk menguasai hierarki parti seolah-olah ahli-ahli parti yang lain langsung tidak mempunyai nilai dan tidak mempunyai kebolehan sebagai pentadbir mahupun sebagai penggubal undang-undang.

Lain kali, sebelum hendak tembak, lebih baik periksa dulu punggung sendiri. Mungkin punggung sendiri penuh tahi sedangkan punggung orang lain dah bersih dan cuci.

Sumber: Selangor Daily

CILI KASI TARUK! KORANG NAK TAU TAK SIAPA DALANG VIDEO STOPA ALI? MARI BACA

Posted: 23 Apr 2013 06:52 AM PDT

Sebelum korang nak baca artikel ini, kalau korang nak tengok video Stopa Ali the Spender Putih man secara penuh. KLIK SINI

Kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang. Walaupun mereka cuba sapu ke bawah karpet, cuba sorok dan cuba selindungi namun apabila tiba saat-saat yang dinanti iaitu PRU , mereka bergaduh jua.

Bibik-bibik pergaduhan mereka bermula beberapa bulan lepas apabila Majlis Syura Pas dalam satu mesyuarat telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim tidak layak untuk diangkat sebagai PM kerana masalah moral. Dalam masa beberapa jam sahaja berita tersebut sampai kepada Anwar, membuatkan keesokan harinya Anwar dan isteri bergegas ke kediaman Timbalan Musyridul Am Pas, Haron Din untuk membicarakan perkara berkenaan dan menagih simpati daripada Haron Din.

Tidak berapa lama selepas itu kita dihebohkan dengan pendedahan blog rajagoyang360.blogspot.com yang memaparkan aksi seorang lelaki yang dipercayai Anwar Ibrahim bersama pasangannya yang juga seorang lelaki, telah membuatkan Pas semakin cuak dengan Anwar.

Anwar semakin gelabah dan kelam kabut. Di saat beliau sedang meyakinkan pimpinan Pas bahawa beliau seorang yang bermoral tiba-tiba muncul pula kisah kegiatan tidak bermoral beliau yang baru. Untuk meyakinkan pimpinan Pas bahawa itu adalah satu fitnah terhadapnya, tidak semena-mena Anwar menyaman jurublog Papa Gomo. Sedangkan pendedahan berkenaan bukannya dilakukan oleh oleh Papa Gomo.

Namun Anwar tersilap langkah. Beliau fikrikan dengan menyaman Papa Gomo maka Papa Gomo akan melutut memohon maaf kepadanya. Rupa-rupanya tindakan itu membuka pula satu lagi episod lain dengan bukti yang lebih jelas. Jika sebelum ini video dan gambar Anwar melakukan kegiatan songsangnya yang didedahkan kepada kita dalam bentuk hitam putih dan tidak bersuara. Tetapi video baru yang dikeluarkan Papa Gomo yang menunjukkan aksi Anwar menggoda seorang mahasiswa dalam bilik hotel dalam versi berwarna dan mempunyai audio. Pemimpin Pas yakin 100 peratus bahawa itu adalah Anwar berdasarkan gaya dan cara percakapan.

Video inilah sebenarnya yang membuatkan Pas terus menarik hand break terhadap Anwar. Bukan setakat Pas malah DAP juga sudah merasakan Anwar sebagai beban yang besar kepada mereka untuk mencapai cita-cita memerintah Malaysia. Bermula dari situlah DAP mula deal belakang dengan Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai PM jika mereka berjaya memenangi PRU ke 13.

Perbalahan antara Pas dengan PKR semakin ketara dalam soal pengagihan kerusi pilihan raya. Bukan setakat PKR dengan Pas. Malah PKR turut bermasalah dengan DAP dalam soal kerusi. Pas dan DAP sama-sama tidak percayakan PKR. Namun antara Pas dengan DAP pula tidak wujud apa-apa masalah dalam soal kerusi. Nampak mereka ada kerjasama dan persefahaman.

Anwar semakin berang apabila semakin hari semakin banyak khabar yang disampaikan kepadanya bahawa Pas tidak akan bersetuju untuk melantik beliau sebagai PM , disampaikan oleh puak-puak Anwarinas dalam Pas yang diketuai oleh Kamaruddin Jaafar. Mereka menolak Anwar atas alasan Anwar tidak bermoral.

Geram dengan tindakan Pas yang terus-menerus mempersoalkan moralnya, Anwar meminta Azmin melepaskan video rakaman aksi seks Mustafa Ali yang dirakam kira-kira 2 tahun lepas di sebuah hotel lima bintang di ibu negara. Anwar ingin menunjukkan kepada Pas, jangan asyik tuduh beliau yang tidak bermoral sebaliknya pemimpin Pas juga tidak bermoral.

Baca seterusnya di SEL13.com

KEGANASAN DEMI KEGANASAN YANG DILAKUKAN OLEH PAKATAN!

Posted: 23 Apr 2013 03:34 AM PDT

Kalau korang nak baca cerita penuh klik SINI dan SINI

Nampaknya puak Fuckatan ni dah desperate nak mampos, mereka tahu mereka tak boleh menang maka mereka gunakan keganasan! Aku harap pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...