Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


RONNIE LIU DIBUANG CALON DUN SELANGOR GARA2 KES BUNUH TEOH BENG HOCK?

Posted: 18 Apr 2013 07:38 PM PDT





3 Pemimpin Tertinggi DAP Negeri Selangor tidak disenaraikan dalam calon mewakili DAP bagi mana2 kerusi DUN pada PRU13. Teresa Kok, Ronnie Liu dan Jenice Lee.

Mungkin bagi pihak yang mengikuti perkembangan Jenice Lee tidak terkejut dengan keputusan yang diambil itu. ADUN Teratai itu adalah mangsa kerakusan penyelewengan dan dijadikan kambing hitam sebelum pembongkaran rasuah merebak ke peringkat pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Namun ada kisah di sebalik pengguguran Teresa dan Ronnie. 2 pemimpin yang tidak seteru yang menyebabkan berlakunya cabang 2 kumpulan DAP Negeri tersebut. 

Lim Guan Eng yang membacakan senarai calon mewakili DAP Negeri telah dipengaruhi Teresa dalam mencantas Ronnie sekaligus menutup beberapa kes jenayah termasuklah berkaitan pembunuhan Teoh Beng Hock. ( KLIK DI SINI UNTUK KETAHUI KISAH DI SEBALIK NAMA RONNIE LIU DALAM KES PEMBUNUHAN TEOH BENG HOCK. )





Mungkin tiada masalah bagi Guan Eng yang juga merupakan teman rapat Ronnie bagi menggugurkan Teresa dan mengekalkannya sebagai calon Parlimen Seputeh. Malah angan2 ke Putrajaya sudah pasti menyenaraikan Teresa dalam barisan Kabinet Malaysia idaman Anwar.

Dendam Ronnie terhadap Teresa masih belum terpadam. Teresa yang memulakan kejayaan pertama merampas jawatan Pengerusi DAP Selangor dari Ronnie Liu kini tiba ke kemuncak menggugurkan beliau terus dari gelanggang politik.





Menurut sumber, Ronnie kini telah dikunjungi beberapa kumpulan Pro beliau dalam DAP bagi merancang protes secara lebih 'licik' seterusnya menjatuhkan rekod kepimpinan Teresa Kok pada PRU13.

Mungkin Teresa terlupa kejayaan DAP membawa keputusan cemerlang pada PRU12 menerusi penguasaan kerusi DUN dan Parlimen Selangor di era kepimpinan Ronnie pada ketika itu.

Apa2 pun, inilah permainan politik. Namun menutup tuduhan pembunuhan melibatkan pimpinan dengan mengaitkan pembabitan politik pihak lawan dilihat 'keterlaluan'.

Keputusan PRU13 menjadi penentu kejayaan atau kegagalan kepimpinan Pakatan.

KLIK DI SINI untuk laporan senarai calon Calon DUN Negeri Selangor dari Pakatan yang diumumkan malam tadi.

HINDRAF AKHIRNYA ISYTIHAR TOLAK ANWAR.

Posted: 18 Apr 2013 05:47 PM PDT



Pertubuhan Hak Asasi Kaum India (Hindraf) sebentar tadi menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat itu.

Sejajar dengan itu Hindraf juga berjanji untuk menggerakkan seluruh jenteranya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), khususnya untuk mendapatkan sokongan masyarakat India.

MOU itu adalah kemuncak siri pertemuan dan rundingan di antara pimpinan Hindraf dan Najib bersabit dengan pelan tindakan pergerakan itu untuk mengubah nasib kaum berkenaan.

Pelan tindakan berkenaan sebelum ini ditolak oleh Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan menandatangani sebarang perjanjian.

Najib dalam ucapan di Majlis menandatangani 'Blueprint - For a new dawn for Malaysians Indians' berkata, perkembangan politik di Malaysia amat positif apabila mulanya persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf.

Hari ini akan tercatat dalam sejarah iaitu permulaan hubungan antara Hindraf dan Barisan Nasional.

Hindraf telah melakukan satu langkah strategik dalam menjadi sebahagian perjuangan BN dalam membawa perubahan kepada masyarakat India di negara ini.

"Apabila saya dilantik menjadi PM 4 tahun lepas, keutamaan saya adalah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1 Malaysia, juga termasuk dalam kaum India. Saya percaya sokongan kaum India dalam memajukan negara kita terutama dalam sektor estet dan mereka layak mendapat hak yang sepatutnya di negara ini," kata beliau.

Tambah Najib, pelan rancangan yang dikemukakan Hindraf adalah keseimbangan daripada perubahan yang dilakukan sejak 4 tahun diterjemah melalui komitmen kerajaan bersesuaian dengan prinsip, "Janji Ditepati."

Najib mengalu-alukan kerjasama daripada Hindraf dalam menyokong mereka dalam PRU13 ini supaya kemenangan dua pertiga dapat dicapai.

Perkara yang dipersetujui kedua-dua belah pihak dalam pelan rancangan berkenaan adalah pembentukan sebuah unit khas kerajaan persekutuan untuk masyarakat India di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkumi:

- Special Implementation Task Force (SITF) yang memberi fokus kepada isu dokumen pengenalan diri seperti kewarganegaraan, kad pengenalan, sijil kelahiran.

- Pelan tindakan masa depan sekolah-sekolah Tamil memberi fokus kepada isu berkaitan SJK(T) dan membangunkan satu pelan induk bagi masa depan sekolah-sekolah Tamil.

- Sekretariat khas utk memperkasa usahawan India supaya dapat bantu mendapatkan pinjaman perniagaan serta memberi khidmat nasihat kepada masyarakat India yang mahu menceburi bidang perniagaan.

- Peningkatan masyarakat India dalam sektor kerajaan dan GLC

- Peningkatan pengambilan pelajar India ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

- Mencapai sasaran pemilikan 3 peratus ekuiti

- Mengurangkan kadar jenayah dan gangsterism

TERKINI - ROS ISYTIHAR DAP DIHARAMKAN?

Posted: 18 Apr 2013 06:24 AM PDT




DAP kini dihimpit dilema ekoran surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) dihantar hari ini, yang memaklumkan bahawa agensi itu tdak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Sebagai langkah awal parti telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas bagi kerusi di Semenanjung Malaysia, manakala logo PKR bagi Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun parti itu masih tidak yakin dan mahu surat rasmi dikeluarkan SPR sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Menurutnya, tindakan RoS merupakan satu sabotaj terbesar yang pernah dialami DAP sejak mula aktif dalam dunia politik negara.
Beliau berkata, keputusan DAP untuk menggunakan logo Pas dan PKR adalah untuk mengelakkan parti itu, terpaksa bertanding atas tiket bebas kerana lambang roket tidak boleh digunakan pada hari penamaan calon.

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU13.

"Kita telah mendapat persetujuan Pas dan PKR untuk menggunakan logo mereka, ini adalah satu contoh kekuatan PR, kerana ada rakan yang boleh membantu ketika kita susah," katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, penyokong DAP perlu tenang dalam menghadapi isu ini kerana sejak 48 tahun DAP diwujudkan, beliau tidak pernah melihat taktik sebegini digunakan dua hari sebelum hari penamaan calon.

Ketika ditanya adakah penyokong parti akan keliru jika DAP guna logo DAP terutama di kawasan majoriti bukan Islam, beliau berkata, isu sama ada pengundi keliru akan diketahui pada hari pengundi itu nanti.

"Peti undi itu sendiri akan menjadi saksi, saya yakin kami tetap akan menang," katanya.

Mustafa berkata, dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju DAP menggunakan logo Pas dalam PRU13.



"Kedua-duanya berkata tiada masalah bagi Pas, kita akan bantu rakan dalam PR," katanya.

Saifuddin pula berkata, DAP merupakan sekutu penting dalam PR kerana mempunyai pengaruh kuat dan penyokong yang ramai.

"Jika isu ini berlaku, kita akan menghadapi pelbagai masalah termasuk isu logistik, yang mana melibatkan calon dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu berulang-alik ke Semenanjung untuk mendapatkan watikah dan sebagainya," katanya.

Difahamkan, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.
RoS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Walau bagaimanapun, SPR menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...