Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Siti Nurhaliza Pun Lawat Mangsa Banjir..

Posted: 09 Dec 2013 07:33 AM PST

 
Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini. 
 
Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi. 
 
"Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi. 
 
"(Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir," katanya. 
 
Beliau ditemui pemberita ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Gudang Rasau dan Sekolah Kebangsaan Pandan, di sini hari ini. 
 
Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang. 
 
Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan. - rakyat news

HOT! Muzakarah Pas dan UMNO Bermula di Kedah.. - @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur

Posted: 09 Dec 2013 05:12 AM PST

Post Pic

Muzakarah di antara Umno dan PAS boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak semestinya dalam keadaan rasmi, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata sebarang perbincangan untuk kepentingan rakyat dan negara merupakan satu bentuk muzakarah.

"Sebenarnya muzakarah ini tak perlu dilakukan secara rasmi. Jadi kita pun sambil duduk bersembang dengan pemimpin di pelbagai peringkat tanpa diketahui umum pun satu bentuk muzakarah. Dan itu sebenarnya memang berlaku dari semasa ke semasa.

"Kami di Kedah contohnya memang pun banyak ruang untuk berbincang pelbagai perkara, kepentingan ummah khususnya. Jadi bila kita dengar kedua kenyataan dibuat di peringkat muktamar PAS baru-baru ini dan juga di Perhimpunan Agung Umno, itu satu pengiktirafan di peringkat rasmi. Jadi saya ingat tindakan akan diambil selepas ini," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan penganalisis politik yang mencadangkan agar pihak ketiga non-partisan dilantik sebagai orang tengah dalam merealisasikan muzakarah Umno-PAS.

Semalam, Antarapos melaporkan Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai berkata muzakarah Umno PAS hanya sekadar retorik sekiranya tiada tindakan lanjut diambil ke arah usaha tersebut.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan yang menyatakan kedua-dua pihak tidak ikhlas untuk bermuzakarah lantaran hanya pandai bermain kata saja tanpa sebarang usaha dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Mukhriz bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulangi kesediaan Pakatan Rakyat mahu mengadakan dialog mengenai isu-isu kebangsaan dengan BN.

"Saya sebenarnya tidak berminat untuk membuat apa sekalipun dengan Datuk Seri Anwar. Bila kita sebut muzakarah, ini bermakna Umno dengan PAS dan tidak melibatkan pihak lain," katanya lagi.

Anwar semalam dalam satu kenyataan berkata Pakatan Rakyat sejak November menawarkan dialog bersabit isu semasa dengan BN.

Namun katanya tawarannya tidak disambut BN.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Umno sedia menghulurkan tangan persahabatan kepada mana-mana parti demi kepentingan Melayu-Islam.

Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS sedia bermuzakarah dengan Umno namun timbalannya Mohamad Sabu berkata Umno hanya mencari untung politik selepas kemenangan suram pada PRU13.
 

INFO! Amaran Keras Dari Kerajaan Negeri Kedah! #CandiLembahBujang #HanyaDiKedah

Posted: 08 Dec 2013 11:12 PM PST


Akhirnya Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk menguatkan undang-undang yang selama ini agak longgar. Walaupun sebenarnya ia bukan tanggung jawab Kerajaan negeri, namun sebagai kerajaan negeri yang baik Kerajaan Kedah telah mengeluarkan arahan.

Semua pemilik tanah di Kedah perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Warisan sekiranya ada binaan yang boleh dianggap sebagai binaan arkeologi di dalam kawasan milik mereka sebelum menjalankan sebarang kerja pembinaan.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata arahan akan dikeluarkan bagi mengelak berlakunya insiden kemusnahan di Candi 11, Sungai Batu, Lembah Bujang pada Isnin lepas, berulang kembali.

"Saya dah beritahu Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ini akan mengambil sedikit masa kerana kita perlu mengenal pasti pemilik-pemilik tanah untuk menghantar 'circular' (surat pekeliling) ini,"

Mukhriz berkata pembinaan semula candi bersejarah yang wujud pada kurun ke-8 itu tidak menjadi masalah kerana candi yang dimusnahkan itu juga bukan yang asal tetapi dibina semula pada tahun 1974.

"Malah orang yang membinanya semula juga masih hidup dikenali sebagai Haji Jalil yang berada di Melaka. Kita mempunyai pelan dan tahu apakah bahan-bahan binaan yang diperlukan seperti batu sungai, laterite (tanah merah) dan bata," katanya.

Daripada kenyataan YAB MB diatas kita lihat Kerajaan Negeri memandang serius isu candi di Lembah Bujang. Diharap tindakkan sewajarnya diambil bagi mengekalkan kota purba di negeri Kedah.

HOT! Gambar Rusuhan Berlaku di Little India Singapore!

Posted: 08 Dec 2013 08:12 PM PST



Amat jarang kedengaran rusuhan berlaku di Singapura. Apa yang berlaku malam semalam 08/12/2013 mungkin telah lama terpendam sebagai bom jangka. Video di atas mengambarkan kejadian awal yang dipercayai berlaku apabila sebuah bas telah melanggar seorang lelaki India sehingga menyebabkan penduduk di Little India bangun merusuh dengan merosakkan bas berkenaan.

Video 'close-up' berkenaan dirakam oleh Berlinda dan pertama kali disiarkan oleh sebuah laman Facebook, theonlinecitizen, di sini. Video di bawah pula adalah kejadian di mana kereta polis diterbalikkan.

Berikut adalah gambar-gambar rusuhan di tempat berkenaan.



















Sumber dari Blog CTS


HOT! Mahasewel Syiah Minum Air Holly Water? #LoveIslam

Posted: 08 Dec 2013 06:39 PM PST


Mc taktau nak kata apa, tapi yang sebelah kini tu memang pro syiah jahanam punya. Contoh terbaik mahasewel pro Pakatan yang rosak akhlak. Inilah bakal pemimpin Pakatan yang bakal mewarisi tempat-tempat seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Kit Siang dan lain-lain pemimpin.

Malah mangkuk ni juga telah diangkat sebagai pemimpin untuk memimpin mahasewel-mahasewel di Universiti. Bayangkanlah kalau mangkuk ni yang memimpin anak-anak kita, apa akan jadi agaknya?

Minum holly water?

Masih Islam ka dia ni?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...