CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


VIDEO Ustaz Rujhan jadi FENOMENA

Posted: 30 Apr 2013 12:50 AM PDT


KUALA LUMPUR 30 April - Penceramah bebas, Ustaz Rujhan Abdul Rahman mencetuskan fenomena dan membuka mata masyarakat Islam apabila membongkar perilaku pentadbiran negeri Kelantan dan kepimpinan Pas dalam ceramah mesra di Putrajaya kelmarin.

Video ceramah beliau yang kurang 48 jam dimuat naik di laman Youtube mendapat sambutan penonton.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat itu cukup terkenal dengan kelantangan mengkritik pentadbiran Pas di Kelantan yang dilihat telah terpesong daripada perjuangan asal mereka.

Kritikan itu semakin hebat apabila Pas menjadi sekutu DAP, satu-satunya parti yang lantang menolak negara Islam yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

\

[PANAS] Zain Saidin TUDUH DIPERGUNAKAN dalam MasterChef Selebriti 2

Posted: 29 Apr 2013 06:40 PM PDT


BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin 'panas' dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila 'pancakenya' gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

"Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

"Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata 'pedas' juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

"Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan," katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).



Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

"Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

"Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri," katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

"Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

"Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.


Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

"Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu," katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

"Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

"Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

"Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala," katanya.


"Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

[DUN KOTA DAMANSARA] PAS & PKR MASIH BERTELAGAH, PAS Kempen Menangkan Calon PAS

Posted: 29 Apr 2013 06:02 PM PDT


Di peringkat atasan mereka memberikan laluan kepada PKR di Kota Damansara, Selangor, tetapi di peringkat bawahan masih ada yang berkempen bagi memenangkan calon PAS.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana hari pengundian sudah hampir.

Dr nasir hashim, psm chairperson - Socialism 2010"Arahan sudah diberi oleh kepimpinan tertinggi (PAS) bahawa PKR akan bertanding di kerusi ini dan PAS harus menyokongnya.

"Tetapi ada kumpulan di sini yang melanggar arahan, saya tidak tahu mengapa," kata Nasir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau sudah berhubung dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali melalui SMS dan beliau sudah mengambil maklum akan perkara itu.

"Saya harap mereka selesaikan perkara ini segera kerana masa sudah suntuk," kata Nasir.

Walaupun perkara itu sudah diselesaikan di peringkat atasan kelmarin, kedua-dua logo PKR dan PAS akan tetap dicetak di kertas undi.

Sabtu lalu, PAS bersetuju menyerahkan Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR - keputusan yang dicapai selepas hampir seminggu berunding dengan PKR dan PSM.

Mustafa berkata, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan.

Masalah itu bermula apabila Nasir sebagai penyandang kerusi tersebut bersetuju bertanding bawah tiket PKR, sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

[TUDUH PAS CUBA PUKUL CHEGUBARD] PKR enggan layan desakan Pemuda Pas agar Chegubard minta maaf

Posted: 29 Apr 2013 04:52 AM PDT


PETALING JAYA - PKR menegaskan tidak akan 'melayan' tuntutan kepimpinan Pemuda Pas Pulau Pinang  agar calon pihaknya di kerusi Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard agar meminta maaf berhubung satu kenyataan media 20 April lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebaliknya pihaknya hanya akan merujuk kepada apa yang telah dikatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan maklum balas berhubung pertembungan kerusi ataupun konflik yang berlaku.

"Pendirian PKR sangat jelas kenapa tak merujuk kepada ucapan Presiden Pas sendiri di mana beliau menjelaskan mengapa beliau sendiri turun ke Pulau Pinang semalam.

"Beliau turun untuk meminta, mengerah dan berkempen supaya semua ahli Pas mengundi calon Pakatan Rakyat (PR)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.

Semalam, Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut Chegubard memohon maaf berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

"Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Permohonan maaf itu dituntut selepas Chegubard didakwa membuat kenyataan itu dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen daripada pengikutnya.

Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

Sementara itu, tegas Saifuddin lagi, pendirian parti sangat jelas berhubung perkara itu melainkan ada pihak yang ingin melihatnya dari sudut yang negatif.

Katanya, pendirian PKR adalah berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan Hadi sebelum ini.

"... dan untuk tiga hingga empat berbaki hari lagi, PKR tidak akan teralih dengan sebarang komen daripada pimpinan bawahan," tegas beliau.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...