CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Shahrir Samad NAFI MASUK Pas

Posted: 26 Apr 2013 03:25 AM PDT


JOHOR BAHRU 26 April - Tan Sri Shahrir Abdul Samad sekali lagi menafikan dakwaan beliau telah keluar UMNO dan menyertai Pas.

Menurut penyandang Parlimen Johor Bahru yang mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) satu-satunya parti yang memperjuangakan nasib rakyat secara menyeluruh tanpa mengenal bangsa dan agama.

"BN telah membuktikan perjuangannya membela nasib semua golongan termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Saya memang tidak terlintas dan tak berminat untuk menyertai mana-mana partipembangkang dan saya tidak akan sesekali mengikut jejak langkah Muhammad (Tan Sri Muhammad Muhd. Taib)yang memasuki Pas.

"Ingin saya tegaskan di sini saya tak berminat untuk menyertai Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), jauh sekali DAP, kerana ketiga-tiga parti itu tidak sama dengan prinsip ideologi yang mana BN jauh lebih baik dalam menjaga nasib dan kepentingan rakyat," katanya selepas menghadiri Pelancaran Pelaksanaan Projek Pembangunan Pasar Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desas-desus mengikut jejak lengkah Muhammad yang menyertai Pas.

Khabar angin mengenai Shahrir menyertai Pas sudahpun bertiup sebelum ini dan yang kali terakhir adalah pada tahun lalu, dipercayai gurauan 'April Fool'.

Tokoh BN itu dalam maklum balasnya tahun lalu menyifatkan, mereka yang mempercayai 'lawak' tersebut sebagai 'lebih kelakar' kerana tidak mengenali dirinya selain menegaskan penyertaannya ke dalam Pas mustahil berlaku.


[PEMBANGKANG TERLIBAT] Zahid: 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu

Posted: 26 Apr 2013 03:09 AM PDT


ALOR SETAR - Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah.

"Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. 

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13. 

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.

"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya.

[MAUT] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Maut Ditembak

Posted: 26 Apr 2013 12:51 AM PDT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah (dua, kanan) ketika melawat tempat kejadian tembak Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya hari ini
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
  
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
  
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
  
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
  
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Shaharuddin Ibrahim

Polis mengepung Lebuh Sentosa-Lebuh Wawasan yang menjadi lokasi Shaharuddin maut ditembak.

[TUAN IBRAHIM] Fokus isu PRU13 PAS BUKAN HUDUD {Gitu Pulok? Keliru}

Posted: 25 Apr 2013 11:55 PM PDT



SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

[DITUDUH MASUK PAS] Artis Adam Corrie Hilang Pendapatan Selepas Dituduh Sertai PAS

Posted: 25 Apr 2013 04:50 PM PDT

Adam Corrie ditemani isterinya, Fazema Mohd Fuad ketika membuat laporan di pejabat Persatuan Seniman pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS.

Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

"Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi.

Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon

Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan.

Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan.

"Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga.

"Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral.

"Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf," ujarnya.

[GAMBAR] Datuk Aznil Nawawi Turun Berkempen Di Utara #PRU13

Posted: 25 Apr 2013 06:26 AM PDT


Dalam kesibukan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang semakin mendekati tarikh pengundian pada 5 Mei nanti, dapat dilihat juga Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil turut turun membantu kempen #NajibMyPM.

Menerusi laman Twitter Pak Nil, beliau telah turun ke sebelah utara semenanjung Malaysia untuk mengedarkan t-shirt yang bercetak tulisan "Najib My PM 2013″.

Bukan setakat di Pulau Pinang, malah Pak Nil turut singgah ke Gurun dan Tikam Batu untuk menemui peminat serta pengundi yang berada disana.
Sumber: Ohbulan







Penyamun parah dibelasah orang ramai

Posted: 25 Apr 2013 03:21 AM PDT

SEORANG lelaki parah selepas dibelasah orang ramai di Seremban semalam.

SEREMBAN – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, ditinggalkan rakan apabila melihat dirinya teruk dibelasah oleh orang awam dalam kejadian di Biz Avenue di Seremban 2 dekat sini semalam.

Kejadian pukul 3 petang itu berlaku apabila suspek bersama seorang lagi rakannya yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z cuba menyamun rantai leher seorang lelaki berusia 34 tahun.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang enggan menurut arahan cuba melawan menyebabkan suspek terus menetak kepala lelaki itu sebanyak dua kali sebelum cuba melarikan diri.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...