CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Jentera Pas DEMONSTRASI BANTAH PKR bertanding di Bera

Posted: 13 Apr 2013 03:05 AM PDT

Sebahagian daripada ahli jentera pilihan raya Pas Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka terhadap tindakan PKR meletakkan calon di kawasan Parlimen itu di Bera, semalam.
BERA 12 April - Kemelut perebutan kerusi antara parti pembangkang di negeri ini kian meruncing selepas jentera pilihan raya Pas Parlimen Bera mengadakan bantahan terbuka hari ini, mendesak kerusi tersebut tidak diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bantahan di pejabat parti itu di sini, disertai kira-kira 60 ahli Pas diketuai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bera, Mohd. Shahrul Mohamed yang juga ketua jentera pilihan raya parti itu di Bera.

Selain membawa poster menegaskan kerusi Parlimen Bera milik Pas, mereka turut melaungkan takbir sambil mengecam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengkhianati kerjasama antara pembangkang dalam demonstrasi selama hampir 20 minit itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd. Shahrul berkata, tindakan Anwar mengumumkan calon PKR di kerusi Parlimen Bera Sabtu lalu, jelas bertentangan dengan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, menurut beliau, jentera pilihan raya Pas Bera yang diketuainya membantah sekeras- kerasnya tindakan Anwar itu kerana kerusi tersebut milik Pas seperti pilihan raya sebelum ini.

Katanya, pengumuman Anwar itu juga bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Pas akan bertanding di Parlimen berkenaan seperti disiarkan portal berita Pas, Harakahdaily 6 April lalu.

"Parlimen Bera adalah sasaran kerusi untuk dimenangi Pas Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sebaik pilihan raya umum 2008, jentera Pas Bera dan seluruh unit peti undi (UPU) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Guai dan Triang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja memenangkan Pas di Parlimen ini sebagaimana yang diamanahkan kepimpinan," katanya.

Sabtu lalu, Anwar dalam sidang akhbar di Kuantan mengumumkan PKR akan meletakkan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Zakaria Abd. Hamid sebagai calon mereka di Bera selepas sebelumnya turut mengumumkan akan meletakkan calon di kerusi tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menang di Parlimen Bera dengan majoriti sebanyak 4,313 menewaskan calon Pas, Mazlan Aliman.

Katanya, kerusi Parlimen Bera sememangnya kerusi Pas dan tidak pernah dimasukkan ke dalam mana-mana rundingan pertukaran kerusi dengan PKR atau DAP sejak 2008.

Bagaimanapun, tambahnya, kemelut perebutan itu bermula selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 3 April lalu, mengumumkan parti tersebut akan meletakkan calon di Bera.

"Alasan bantahan akar-umbi PKR Temerloh setelah kerusi Parlimen berkenaan ditandingi Pas tidak sewajarnya menjadikan Parlimen Bera sebagai tawaran atau kambing hitam bagi menebus kekecewaan segelintir pemimpin dan penyokong PKR.

"Perlu diingatkan seluruh jentera pilihan raya Pas Bera tidak terlibat dengan pertikaian tersebut dan tidak sepatutnya dipanjangkan ke Parlimen Bera yang tiada kena-mengena dengan soal kerusi Parlimen Temerloh," katanya.

Tambah beliau, PKR di Bera juga hanya mempunyai kira-kira 200 ahli yang hanya tertumpu di DUN Kemayan berbanding Pas yang memiliki kira-kira 5,000 ahli di Bera.

Walau bagaimanapun, beliau buat masa ini enggan menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya Pas Pusat terus berkompromi dan bersetuju calon PKR bertanding di kawasan itu.

[JULUNG KALI] Calon BUKAN ISLAM TANDING atas Tiket PAS Antaranya Pang Chaw dan Kumutha

Posted: 13 Apr 2013 02:05 AM PDT

Hu Pang Chaw
JOHOR BAHRU - Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw dan ketua wanita sayap itu, R. Kumutha Raman merupakan antara calon bukan Melayu akan bertanding menggunakan tiket Pas di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). Pang Chaw akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Kumutha pula di kerusi Dun Tiram, kata laporan Star Online hari ini.

Menurut laporan itu, Pas akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dun di Johor.

Calon-calon bertanding diumumkan oleh Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini.

Ini kali pertama dalam sejarah Pas, calon bukan Islam akan bertanding menggunakan lambang parti itu.

Dewan Himpunan Penyokong Pas dinaikkan taraf sebagai sayap sah Pas tiga tahun lalu.

[TERKINI] Hadi ULAS Laporan Haron Din KELUAR PAS

Posted: 12 Apr 2013 05:15 PM PDT

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din telah keluar Pas.

Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu.

Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau

Sementara itu di KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.

Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.

Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini

PM diminta selaras cuti pada HARI MENGUNDI 5 Mei di semua negeri

Posted: 12 Apr 2013 07:35 AM PDT

KUANTAN - Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah (Bakkis) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar cuti di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada 5 Mei.
  
Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata cuti itu perlu diselaras di seluruh negara bagi membolehkan rakyat, terutama penduduk di negeri terbabit, menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke-13.
  
"Di tiga negeri itu - Terengganu, Kelantan dan Kedah - Ahad merupakan hari bekerja, kami merasakan ia akan menyukarkan rakyat untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Selain itu, beliau berharap sektor swasta yang beroperasi pada hari pengundian, akan dapat memberi cuti kepada pekerjanya.
  
Dalam perkembangan lain, Wan Azlan yang juga Ketua Cawangan Umno Balok Paine, Beserah, menyerahkan borang keahlian kepada tiga anggota PAS daripada satu keluarga di Kampung Balok di sini.
 
Ketua keluarga itu, Tawang A.Bakar, 78, berkata beliau menganggotai PAS sejak 1989 dan kini berhasrat menyertai Umno selepas mendapati parti pembangkang itu tidak lagi memperjuangkan Islam.
  
"Apa yang berlaku sekarang, parti Umno yang sebenarnya telah banyak membantu memajukan orang Melayu dan Islam," katanya.
  
Sementara itu, isteri Tawang iaitu Maimun Abdul Rahman, 70, dan anaknya, Malik, 43, turut berminat menyertai Umno

[FULL VIDEO] Aksi Sex Seseorang Yang Didakwa "PEMIMPIN PAS"

Posted: 12 Apr 2013 05:52 PM PDT



Sumber: RelaxBro
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...