BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRU13 !!! KHALID GAGAP LARI KE PELABUHAN KLANG UNTUK SELAMATKAN DIRI ???

Posted: 13 Apr 2013 12:00 PM PDT


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak lagi akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok,kerusi yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum ke-12,sebaliknya diarahkan pucuk pimpinan PKR berpindah ke DUN baru iaitu Pelabuhan Klang."Pucuk pimpinan PKR harapkan calon "heavyweight" untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang dan saya diberi amanat pimpinan supaya bertanding di sana, "katanya dalam twitter hari ini.Pengerusi PKR Selangor yang menentukan calon-calon bertanding di negeri itu adalah Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. "Saya harap penyokong Ijok terus sokong calon yang dipersetujui pimpinan.Saya ucap terima kasih banyak atas segala sokongan dan pertolongan mereka, "kata Abdul Khalid lagi.


Sebelum ini,Antara pos melaporkan Abdul Khalid sekali lagi menawarkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor penggal kedua sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).Bagaimanapun beliau mengakui bahawa dirinya bukan calon tunggal jawatan itu seperti yang dimaklumkan oleh Presiden PKR,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Kenyataan itu memang betul sebab sebelum pemilihan akhir,sebelum menentukan MB yang mewakili Pakatan, terdapat perbincangan pemimpin-pemimpin selepas pilihan raya. "Kalau kita tidak dapat keputusan yang baik, tidak mengapa.Sekiranya dapat keputusan yang baik,saya menawarkan diri menjadi MB," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan kepada Yayasan Pendidikan Islam Selangor di Kampung Delek Baru,12 April.Walaupun terdapat perubahan DUN yang ditandingi Abdul Khalid,namun untuk kerusi Parlimen beliau masih dikekalkan bertanding di P124, Bandar Tun Razak.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI SUDAH !!! PUAK ERDOGAN ADALAH DALANG DI SEBALIK VIDEO MUSTAFA ALI ???

Posted: 13 Apr 2013 08:30 AM PDT


Bermula dari petang semalam,media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas.Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu,dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat,Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.Ekoran dari pendedahan tersebut,blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno.Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.Namun apabila diteliti,nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno.Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno,pernah membuat penegasan,tidak memerlukan sebarang 'skandal seks' untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini,ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. 

Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji,namun bagi BN/Umno ia merupakan 'Akujanji' antara pemerintah dan rakyat.Lebih mengemparkan lagi,melalui laporan yang diterima,2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut.Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja,Besut Terengganu.Melalui soal-siasat yang dilakukan,kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu.Maka timbullah tanda tanya,sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut,mengapa ahli AMK yang ditangkap ??? Setelah dilakukan analisa,temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih aktif di dalam Pas,akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. 

Kesimpulan yang ditemui ialah,Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin 'Anwarinas' atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas.Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.Isu ini bermula sejak idea 'kerajaan perpaduan' (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah,Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian),Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas),Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am),Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor),Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor),Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis),Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu,akhirnya dapat diredakan,apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu. 

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal,dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja.Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian,antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini.Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan.Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam,ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar,idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam.

Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu,Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan.Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama 'jemaah'.Maka tidak hairanlah,apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu.Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno,namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis,Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

ANDA NAK LAGI BUKTI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 !!! STRATEGI JAHAT DAP DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Apr 2013 05:00 AM PDT


Dibawah ini adalah emel penuh daripada seorang pembaca yang begitu risaukan tentang masa depan anak bangsa dan agamanya.Kami merasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda bagi tujuan untuk kita muhasabah kembali peranan kita sebagai khalifah Allah di bumi Malaysia tercinta ini.Hayati dan sebarkanlah kepada sahabat-handai dan saudara-mara demi memastikan martabat Islam dan maruah orang Melayu sentiasa terpelihara sehingga ke hujung masa nanti,Insya-Allah : 

1. Pada hari ini,saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP. 

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei,Jumaat dan 6hb Mei,Isnin.Selain itu,Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas. 

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor. 

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP,sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP. 

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon. 

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah.DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

ANDA DAH FAHAM SEKARANG ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! ISU CEC DAP !!! PR TIDAK LAYAK PERSOAL SPR !!!

Posted: 13 Apr 2013 01:30 AM PDT


DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup,kotor atau salah di mata mereka.Di masa yang sama,mereka mempromosi PR,khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN.Justeru,slogan Cekap,Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.Kononnya,pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu.Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi.Bagi DAP,jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya,ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah.Sama ada itu ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara.Kononnya juga,anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota.Namun,pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni.Secara umumnya,sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu,setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. 

Manakala bagi kaum mereka,walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji.Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi.Malah,dalam pentadbiran negeri pula,kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal.Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan.Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu.Kerana kerusi juga,kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana.Lebih dari itu,DAP bukanlah parti yang telus,cekap mahupun amanah. 

Sikap kukubesi DAP cukup terserlah,terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini.Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media,DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara.Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah,DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh,DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus. Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.Oleh kerana licik tetapi bodoh,akhirnya DAP tidak boleh lari lagi.dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS.DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.Oleh itu,mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut,jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP.Namun,saya pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. 

Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu,setiap kali terkantoi,DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan.Contohnya,isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP,tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.saya pasti,DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu.Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus,tidak cekap dan bodoh kerana menipu,memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan.Tanyalah kepada diri sendiri,sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP ??? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain,terutamanya kaum Melayu ??? Dalam keadaan ini,di manakah kredibiliti DAP,mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama,SPR ??? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus,di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR ??? Berdasarkan apa yang berlaku,terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan,kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! HADI AWANG DAN NIK AZIZ MUNGKIR JANJI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 12 Apr 2013 10:00 PM PDT


Manusia dipegang pada janji.Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik.Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya,adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh Al Quran.Sedar atau tidak,Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara ??? Kata Nik Aziz ketika itu,jika Tun Mahathir sanggup bersara,maka beliau juga akan bersara.Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara.Tetapi,sejurus selepas itu,apabila ditanya kepada Nik Aziz,Nik Aziz pula 'berikrar' akan memegang jawatan sampai mati.Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang.Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas,beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi.Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk.Namun,semua itu hanya sementara sahaja rupanya.Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka 'anuti'. Jelas,mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.Akibat dari ketamakan kuasa,PAS Terengganu atau Marang,khasnya,kini berpecah.Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi. Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti. Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran 'ulama' dan penampilan 'jubah dan serban' serta cakap-cakap yang berbunyi 'Islam', telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir. Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih. 

Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan,selagi kedua-dua 'ulama' itu masih hidup.Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan,beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini.Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan,mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar.Hadi, diketahui sebagai 'next in line' bagi jawatan tersebut,sekiranya Anwar tidak diterima ramai.Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi.Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.Apapun, yang pasti,perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang,maka ia bukan bermakna kemenangan Islam,tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah,negara dan juga agama.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENJAWAT AWAM TERIMA PR ???

Posted: 12 Apr 2013 04:00 PM PDT


Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan,malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan.Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak.Amat menyedikan melihat aksi penyokong PR ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan,sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai "pemalas" "lembab" dan banyak lagi.Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'.Katanya,Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada,maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. 

Selain 'Polis Hutan',Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.Menurut Nurul Izzah,tugas SB ialah mencari 'budak hilang'.Justeru,katanya,SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat.Sedangkan,sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas,Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am.Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor : Sektor pendidikan (400,000) : Sektor pertahanan (300,000) : Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat) Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain,iaitu sekitar 4.68 peratus. 

Dengan jumlah penjawat awam yang besar,barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.Malah,janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan,adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka ??? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN ??? Sementara diherdik dan dimaki,kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka.DAP kata penjawat awam lembab,Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam.Adakah ini cara PR ambil hati kakitangan awam ??? Kena pijak,maki,cerca,tuduh macam-macam.Penjawat awam tu manusia,bukannya haiwan.Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan.Penjawat awam lebih yakini BN kerana PR tidak tepati janji.PR lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam,kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat.Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang,diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...