PAPA GOMO

PAPA GOMO


Saiful Bukhari Maafkan Tindakan Bapanya...Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!!!

Posted: 08 Mar 2013 06:00 PM PST


Rakyat Malaysia digesa tidak terperdaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terbaru bapanya Azlan Mohd Lazim semalam.

Bekas Pembantu Peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan berkata, beliau memberi peringatan kepada Ketua Umum PKR itu agar tidak menyalahgunakan wang dengan 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik.

"Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya,".

Walaubagaimanapun, beliau yang sedih dengan insiden berkenaan melahirkan rasa terharu mendapat sokongan dari pihak keluarga dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar.

"Semua keluarga saya tetap sokong saya. Dalam kes ni saya bukan tuduh bapa saya. Dia mungkin dalam keadaan keliru dan saya mohon bapa kembalilah ke jalan yang benar," ujarnya.

Beliau juga tetap memaafkan bapanya walaupun sehingga kini gagal menghubunginya.

"Walau apa yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya dan saya tetap maafkan dia,"

Saiful mengulas tindakan bapanya hari ini yang mendakwa beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab yang dikatakan mendalangi kes liwat II melibatkan Anwar.

Sewenang wenangnya maruah keluarga dijual hanya kerana duit yang tak seberapa..Ingatlah..Maruah keluarga tidak boleh dibeli dengan WANG !!!

Selanjutnya di KLPOS




Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara




Dulu Anwar liwat Saiful, Kini Bapanya Anwar Liwat.

Posted: 08 Mar 2013 02:26 PM PST






Berikut adalah kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali yang dikeluarkan hari ini....


Kenyataan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan. 

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu. 

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.  

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya. 

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. 

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya. 

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan. 

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim. 

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
Taman Tun Dr Ismail, KL 
8 MAC 2013

Psssttt.... Sedar sedarlah wahai rakyat Malaysia.




Kenyataan Media - Saiful Bukhari Minta Anwar Ibrahim Jangan Main Politik Jijik Beli Ayahnya

Posted: 08 Mar 2013 03:43 AM PST





KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar


(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)

Psssttt..... Hebat Anwar Ibrahim, dulu Liwat Saiful sekarang Liwat bapak Saiful pulak.




LIVE - Saiful Bukhari Akui Bapanya Dibeli Anwar Ibrahim RM 1 Juta.

Posted: 08 Mar 2013 03:45 AM PST

Dalam PC waktu ini @SaifulBukhari harap Anwar Ibrahim bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri.

Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya.

Lawan dimahkamah secara anak jantan. Dan jangan Bachol helah sana sini dan tanggung sana sini. Lawan tetap Lawan.

Mantap le Saiful Bukhari...

Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh.

Anwar Al Juburi


Lim Guan Eng DAP Letak Jawatan

Posted: 07 Mar 2013 10:30 PM PST




Peringkat akar umbi dalam parti DAP menegaskan pendirian mereka untuk menginginkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan menolak agenda tipu muslihat dalam parti itu. Menurut bekas Penolong Setiausaha Cawangan Taman Sri Sg Pelek, Wong Yu Liuh, peringkat akar umbi parti masih berasa tidak puas hati dengan kepimpinan tertinggi DAP berhubung pemilihan CEC yang disifatkan penuh dengan tipu muslihat. "Kami orang Cina bukan mengikut perasaan ketika mengundi tetapi memikirkan siapakah Perdana Menteri atau kerajaan yang betul-betul membangunkan negara dan rakyatnya," katanya.

GOMO: Memang berakal anak muda Cina ni apabila melihat dengan mata dan hati yang jitu dalam isu kemelut dalaman DAP yang sehingga waktu ini masih lagi belum selesai. Isunya adalah kerana pemilihan CEC yang telah jelas berlakunya penipuan UNDI dengan calon yang menang tetapi kalah sebaliknya calon yang kalah diangkat menjadi pemenang.

Sehingga waktu ini juga Lim Guan Eng yang dilaporkan perancang kepada PENIPUAN UNDI pada pemilihan CEC masih lagi berdiam diri dan cuba melupakan akan penipuan terancang tersebut walaupun telah didesak oleh banyak pihak untuk beliau mengadakan semula pemilihan tersebut.

Apakah kaum Cina yang menyokong DAP kini merasakan DAP BERSIH? BERSIH atau BULLSHIT?

Psssttt... Bila LIm Guan Eng nak letak jawatan? Takut hilang kuasa ke?


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...