BADUT RAKYAT |
- LAHAD DATU ISSUE !!! FORGET CEASEFIRE AND LETS CLEAN UP ALL TRACES OF TERRORIST ON OUR LAND !!!
- LAHAD DATU CRISIS : GOVERNMENT SHOULD REJECT REQUEST OF CEASE-FIRE !!!
- EKSKLUSIF !!! VIDEO SIDANG MEDIA SAIFUL BUKHARI TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM JIJIK - SAIFUL BUKHARI !!!
- KANTOI !!! BAPA @SAIFULBUKHARI DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! ISU KEBAJIKAN GURU KAFA !!! @NOHOMAR BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! 3 CABARAN UTAMA HARUS DI TEMPUHI !!!
- HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM PUNCANYA ??? WAJIB BACA !!!
| LAHAD DATU ISSUE !!! FORGET CEASEFIRE AND LETS CLEAN UP ALL TRACES OF TERRORIST ON OUR LAND !!! Posted: 08 Mar 2013 03:00 PM PST Now the Sulu Sultanate wants to ceasefire to avoid more bloodshed and 'crimes against Filipinos' but insisted they would stay where they are now. According to a series of postings on Philippine news network ABN-CBS's Twitter page this afternoon,the Sultanate's spokesman Abraham Idjirani told a press conference in the Philippines that the call for a ceasefire was in view of deaths of followers in Sabah.The Sultanate promised that its army will lay down arms and take on a defensive stance if Malaysia's security forces agree to do the same.The question is why now ??? Why when his army is in a defensive and cornered ??? Why when his army has lost many lives ??? Why didn't he call for ceasefire when his army first killed our policemen ??? Why didn't he apologise when his army cheated our policemen by raising a white flag but shot them when they innocently went to check the situation. The Malaysian government and Prime Minister Datuk Seri Najib had given enough time and leeway,sympathy and tolerance never shown by any others to the intruders when they first landed.Datuk Seri Najib was patient to allow time for them to consider their situation and then lay down their arms and surrender,to the extent that Datuk Seri Najib would allow them to go back home,just imagine the tolerant Najib showed.But after the death of our security men,Datuk Seri Najib has no choice but to retaliate the manner the intruders treated our hospitality,with bullets and dead bodies.Now the Sultanate wanted ceasefire because he saw so many of his men dead and others now fleeing while suffering from food shortage whatever that we do not know. The Sultanate is only interested in saving his people but not considering Malaysia's soveriengty,honour,dignity,the fallen security men and the shame of Malaysian leaders.The Sultanate could not care less about all that because he may be thinking of regrouping his men during the ceasefire and launch another offensive when Malaysian armed forces and police loosen their hold. It is better for the government to just continue with the current offensive and mopping up and let the Sultanate bitch about anything he wants.Do not even think about considering the suggestion because eight of our security men had been slained.without mercy and without any feelings of guilt.Given such scenario and the determination of the Sultanate to pursue Sabah as his land,we might as well forget about ceasefire and continue to clean up Lahad Datu of these terrorists.The longer they stay the more damage they will do and worse if their presence influence others who are citizens but who related to them. GAZE-PONDERS |
| LAHAD DATU CRISIS : GOVERNMENT SHOULD REJECT REQUEST OF CEASE-FIRE !!! Posted: 08 Mar 2013 11:00 AM PST The latest update in Lahad Datu states that Sulu terrorists are beginning to lose.It is said that they are requesting for a cease fire tnnounced.Few of the excuse for that is that they want to bury those who are dead and hope that the demand can be fulfilled based on the understanding among religion.Obviously,Such request should not be taken into consideration,especially with such excuse.If we are to consider such an excuse,the incident of intruding and killing Muslims might not have even happened in the first place.Thus,we see that their request is weird and inconsistent with their stand where they would rather die than surrender.The whole world knew that the Malaysian government has given them ample time to leave this country peacefully. However,Malaysia diplomacy was responded with rudeness and terror.They even want to make this issue bigger by asking for foreign power to intervene with this matter.Clearly,Sulu never really think of the consequences for their actions both on innocent Sabahans as well as Muslims in terms of unity,strength as well as the image of Islam itself.This is why Malaysian government wanted to settle this in a diplomatic way.However,considering that Sulu do not value the courtesy,Malaysian government do not have any reason to fulfil their request to announce cease fire.It seems like these Sulu terrorists have misjudged the credibility of our security system.Malaysia's approach would be,the good will be treated nicely,but since those terrorists have sworn that they would fight until their last breath,they cannot afford to get any 'extra time' through cease fire.That is why,Sulu terrorists have no other choice but to surrender. For Sulu terrorists,try to accept the fact that Sabah does not belong to you.Sabahans would never want to be led by terrorists who are willing to gamble with their lives.Your false Sultan does not deserve to rule.If you are asking for more time to bury your comrades, by then,yo might just find that no one can bury anyone, for your side that is. GAZE-PONDERS |
| EKSKLUSIF !!! VIDEO SIDANG MEDIA SAIFUL BUKHARI TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 08 Mar 2013 06:54 AM PST berikut adalah video sidang media saiful bukhari.anda lihat sendiri kenyataan saiful.memang benar apa yang saya katakan sebelum ini.bapa saiful telah digunakan oleh anwar ibrahim demi mengejar cita-cita nak sangat jadi PM LIHAT VIDEO DI BAWAH VIDEO DI BAWAH ADA KENA MENGENA DENGAN ANWAR IBRAHIM !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM JIJIK - SAIFUL BUKHARI !!! Posted: 08 Mar 2013 04:12 AM PST Saiful Bukhari Azlan menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan terbaru bapanya Azlan Mohd Lazim hari ini. Beliau memberi amaran kepada agar menghentikan permainan jijik menyalahgunakan wang 'membeli' mana-mana ahli keluarganya demi mendapatkan kuasa politik. "Anwar Ibrahim (mesti) bertaubat dan jangan pergunakan keluarganya demi kerakusan kuasa nak menjadi Perdana Menteri. Bertaubat dari terus meliwat anak muda dan saya sendiri minta Anwar Ibrahim jangan gunakan wang ringgit bagi membeli keluarga saya," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Jalan Dutamas,di sini hari ini. Saiful menjelaskan,seluruh keluarganya berasa terkejut dengan kenyataan bapanya,Azlan Mohd Lazim yang bertindak tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuklah dirinya.Walaubagaimanapun,beliau menjelaskan kesemua keluarganya masih memberikan sokongan padu terhadapnya dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Ketua Umum PKR tersebut. "Semua keluarga saya tetap sokong saya.Dalam kes ni saya bukan tuduh bapa saya.Dia mungkin dalam keadaan keliru dan saya mohon bapa kembalilah ke jalan yang benar,"ujarnya.Beliau juga tetap memaafkan bapanya walaupun tidak dapat menghubungi bapanya itu."Walau apa yang berlaku dia tetap bapa kandung sy dan sy tetap akan maafkan dia," ujarnya. UNTUK SELANJUTNYA ANDA DAH DAPAT PENJELASAN ??? LEPAS INI ANWAR IBRAHIM AKAN NAFI DAN TERUS NAFI !!! UNTUK CERITA SEBENAR !!! KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA INILAH PERANGAI ANWAR IBRAHIM YANG KEMARUK NAK JADI PERDANA MENTERI !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! BAPA @SAIFULBUKHARI DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!! Posted: 08 Mar 2013 02:27 AM PST Kenyataan bapa kepada Saiful Bukhari mengenai kes liwat anak nya hanyalah satu sandiwara UMNO agak mengejutkan.Kita tahu semasa kes liwat berlangsung bapa Saiful adalah antara yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim.Agak pelik dikala isu Lahad Datu yang kini menjadi duri dalam daging untuk PR,tiba2 saja keluar statement konar baring dari bapa Saiful .Adakah ini 'bullet' yang digunakan oleh Anwar untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menimbulkan simpati pada beliau ??? Dilihat penyokong2 PR begitu gembira sekali dengan pengumuman yang dibuat oleh bapa Saiful.Seolah olah merayakan satu kemenangan yang amat besar.Di pihak penyokong kerajaan,tidak dinafikan berlaku kekeliruan sejenak,namun mujurlah segala penipuan ini dapat dileraikan dengan penjelasan dari Saiful sendiri yang menyatakan bahawa bapanya diperguna oleh orang2 tertentu.Saiful sebaliknya mengatakan beliau istiqamah dan akan tetap pendirian.Saiful sekarang bersedia untuk buat kenyataan balas penafian. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA LIHAT PULA KENYATAAN DATUK DR HASAN ALI Kenyataan Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau.Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau.Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam.Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya.Kenyataan pusingan "U" Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka.Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan.Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya.Tutup di kepala ekor pula yang terbuka.Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas.Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya.Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut. YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia Taman Tun Dr Ismail,KL 8 MAC 2013 KENYATAAN KELUARGA SAIFUL (sebarkan) Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari,Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN,Anwar Ibrahim seperti berikut : "Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh,pegawai khas kepada Perdana Menteri.Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak,pagi ini. Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja.Selesai masalah.Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri. Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan,aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar. Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU KEBAJIKAN GURU KAFA !!! @NOHOMAR BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!! Posted: 08 Mar 2013 01:00 AM PST Datuk Seri Noh Omar membidas kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menaikkan jumlah elaun guru Kafa seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan sejak dua tahun lalu.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata,jika kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan guru Kafa mereka sepatutnya sudah menaikkan elaun daripada RM500 kepada RM800. "Sebelum ini Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada kata nak naikkan elaun guru Kafa dan pengumuman itu dibuat semata-mata sebab pilihan raya.Jangan disebabkan politik rakyat menjadi mangsa,"katanya pada sidang media selepas menyerahkan cek peruntukan daripada kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan,di sini.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, kerajaan negeri juga boleh menaikkan elaun imam dan guru takmir namun tidak berbuat demikian. "Kerajaan persekutuan tidak politikkan isu agama dan dalam usaha membangunkan setiap negeri kita tidak anak tirikan kerajaan pembangkang.Ini dibuktikan apabila tahun lalu, kerajaan persekutuan peruntukkan RM5.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Selangor," katanya. Mengenai peruntukan tersebut Noh berkata, kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat usaha meningkatkan syiar Islam di setiap negeri termasuk yang ditadbir pembangkang.Bagi tujuan itu katanya,kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah puluhan juta ringgit kepada majlis agama Islam negeri bagi membiayai aktiviti keagamaan di negeri masing-masing. "Untuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais),kerajaan persekutuan menyerahkan lebih RM37 juta sebagai peruntukan tahun ini," katanya.Noh berkata,peruntukan itu meliputi pembayaran elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk 2013. Beliau berkata, sebanyak RM29,832,000 diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 2,600 guru Kafa. "Elaun sebulan bagi guru Kafa ialah sebanyak RM1,300 iaitu RM800 daripada kerajaan persekutuan dan baki dibayar kerajaan negeri," katanya.Noh berkata,sebanyak RM6,273,000 pula diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 669 imam masjid yang setiap seorang menerima RM750 sebulan. "Selain itu, sejumlah RM1,282,160 diperuntukkan kepada 140 guru takmir yang menerima RM800 sebulan," katanya - Sinar Harian MANA JANJI UNTUK RAKYAT SELANGOR ??? INILAH PADAHNYA KALAU UNDI PAKATAN !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! 3 CABARAN UTAMA HARUS DI TEMPUHI !!! Posted: 07 Mar 2013 10:00 PM PST Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana,ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi,sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain,namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kedua,cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu.Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah,malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini. Ketiga,cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.Selain itu,golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah. Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.Pun begitu,mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita.Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia,doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013 Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi,tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru,hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.Justeru itu,teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah,selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM PUNCANYA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 07 Mar 2013 06:00 PM PST 'Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu' merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak.Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan,kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.Antara yang paling ketara ialah 'nyanyian' Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, "Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang." Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube,sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.Soalnya,kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman untuk 'menghilangkan' Sabah ??? Perkara ini dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian.Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari,Pengerusi MNLF dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera Sulu. Namun,belum sempat Anwar berhujah lebih panjang untuk membela diri,dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai 'orang-orang Misuari' atau MNLF dan kini,Nur Misuari sendiri telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi 'orang tengah'.Hakikatnya,Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin menyaman media tempatan yang hanya memetik laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya, merupakan kesilapan paling besar.Malah,blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3 untuk menarik balik petikan tersebut tanpa langsung 'menyentuh' Reuters dan Manila Post.Lebih menarik,ugutan Anwar terhadap wartawan yang bertanyakan hal tersebut,yang berbunyi,'You ulang,I saman' kini menjadi bahan jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.Anwar juga tidak berani menempelak,jauh sekali menyaman Presiden Filipina,Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai dalang,dengan memetik laporan perisikan. Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini,pembaca Badut Rakyat akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu mahupun MNLF,sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.Jelas,Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung pihak pengganas.Memandangkan Anwar adalah 'juara' isu kad pengenalan dan kewarganegaraan di Sabah,adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut.Sedangkan,sebagai orang yang begitu lantang mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar,seharusnya Anwar menyarankan agar kerakyatan mereka ditarik balik sahaja.Tetapi,ini tidak berlaku,malah Anwar langsung tidak 'menjentik' orang-orang Sulu.Mungkinkah Anwar sudah hilang 'bakat' lakonannya dalam politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan negara sepertimana sepatutnya ??? Apapun,saya faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus,dalam satu masa.Anwar tidak mungkin boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana mereka adalah merupakan 'alat' dan 'umpan' baginya untuk berkuasa.Pendek kata,mereka bekerja untuknya.Justeru,Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu 'ingin menyaman Utusan Malaysia,TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya',serta mengutuk UMNO,BN dan kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu,Semporna mahupun di mana saja di dunia dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini,iaitu kesilapan demi kesilapan.Kepada Anwar,mari kita nyanyikan lagu untuk anwar ibrahim, "Tanya sama Anwar kenapa Anwar berang,nanti jawab Anwar aku-lah dalang!" RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







.jpg)

No comments:
Post a Comment