Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Alim Ulamak Semakin Meninggalkan Pas!! #PasBUKANislam

Posted: 27 Mar 2013 08:50 AM PDT


Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

HOT INFO! #LahadDatu Laungan Takbir Iringi Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara Tumpaskan Penganas Sulu! #PrayforSabah

Posted: 27 Mar 2013 05:38 AM PDT


Ternyata pengalaman bertempur dengan penganas Sulu memberi seribu pengalaman kepada pasukan komando kita. Memang ramai diantara pasukan komando yang kali pertama bertempur dengan musuh. Tapi semangat juang mereka harus dipuji kerana tidak gentar pertahankan negara.

Mc tertarik dengan cerita salah seorang, VAT69 Kpl Mohamad Asrul mengenai cerita mereka diserang. Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46. Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada media tempohari.

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas.

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam situasi sebenar," katanya.

Malah ada anggota yang VAT69 yang memberitahu media betapa kebalnya penganas Sulu yang ditembak tapi seolah-olah tidak cedera. Namun selepas arahan dikeluarkan untuk menembak kepala musuh, barulah ada penganas Sulu yang mati.

Memang sah, penganas Sulu mengunakan 'tangkal kebal' dan ilmu hitam untuk berdepan dengan anggota keselamatan kita. Namun tidak ada kuasa yang lebih tinggi selain dari kuasa Allah, 'laungan' Allahuakbar memecah segala sihir jahat demi pertahankan bumi Malaysia tercinta.


McTheory:
Itu baru takbir jihad, bukan takbir POLITIK sesat Pas tuu.

PANASS!! Rahsia Dalam Seluar PKR Sudah Terpecah! #PartiKianRuntuh

Posted: 27 Mar 2013 02:17 AM PDT


 Mc tak pasti dari sumber mana si Medan Tempur dapat senarai calon PKR. Namun jika ia benar, kita boleh selidik dulu latar belakang calon. Untuk kita buat 'kerja' dikemudian hari. he he..

Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.


SENARAI CALON PKR
Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP
Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

PANASS!! Perkara Benar yang Pembangkang tak Pernah Nak Tunjuk Pasal #Felda #FGVH

Posted: 26 Mar 2013 11:36 PM PDT



Puak pembangkang selalu hentam dan sebarkan carta penurunan saham FGV kononnya terendah. Tapi mereka tak sebarkan graf saham perladangan lain yang turut menurun.

Carta yang sering disebarkan oleh pihak pro pembangkang..

Carta saham-saham perladangan lain dalam tempoh yang sama...













Ini bermakna, semasa penurunan yang lepas, bukan hanya FGV saja yag jatuh. Semua saham perladangan lain turut jatuh. Namun paling pembangkang sedih apabila FGV mencatatkan keuntungan besar tahun lepas. Nak baca boleh klik SINI

Carta-carta diatas Mc ambil dari blog Carta Kebenaran

PANASS!! Pengarah ICU Kedah Pula BONGKAR Penipuan Pas!! #TukarKedah

Posted: 26 Mar 2013 09:17 PM PDT

Datuk Haji Azmi Lateh
Alor Setar- Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan ( ICU ) Jabatan Perdana Menteri bagi Negeri Kedah, Datuk Haji Azmi Bin Lateh telah mengesahkan bahawa 11 dari 12 buah Masjid baru yang di bina di Negeri Kedah merupakan peruntukan dari Kerajaan Pusat yang di salurkan melalui ICU Negeri Kedah.

Menurut Datuk Haji Azmi, Kerajaan Pusat membelanjakan hampir RM 100 Juta untuk projek-projek keagamaan di seluruh Negeri Kedah yang meliputi sama ada Masjid yang di bina baru atau yang di baik pulih, Surau yang di bina baru atau yang telah di naik tarafkan dalam masa lima tahun.

Selain itu peruntukan hampir RM 100 juta berkenaan juga di gunakan untuk di beri kepada Agama lain yang memerlukan bantuan.

Sebanyak RM 38.2 Juta dari peruntukan Kerajaan Pusat di gunakan untuk membina dua puluh dua buah Masjid Baru di seluruh Negeri Kedah termasuklah sebelah dari dua belas buah Masjid yang didakwa oleh PAS Kedah di bina oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam keseluruhan dua puluh dua buah Masjid baru yang di bina melalui peruntukan Kerajaan Pusat kepada rakyat Kedah, empat belas dari 22 buah Masjid baru telah siap di bina. Manakala 8 buah lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. - Pisau Kedah


Ishh ishh.. teruk betui Pas ni, dah la tak buat masjid. Runtuhkan madrasah dan surau. Lepas tu, pembinaan masjid di negeri Kedah pun Pas nak kelentong? Teruk betui parti yang kononnya mengaku Islam ni.

Nak baca detail pasal ni boleh klik SINI

TUDIAA!! Blogger Pembangkang SAHKAN Anwar Memang Jumpa Misuari! #UulangIsaman

Posted: 26 Mar 2013 07:17 PM PDT

Ini gambar tahun lepas..

RPK (Raja Putra Kamaruddin) blogger kontroversi, kata Anwar memang jumpa Misuari? Ini satu lagi kenyataan yang boleh membuatkan jentera Pakatan huru-hara.

Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin mendakwa memang berlaku pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nur Misuari bagi membincangkan isu politik di Sabah.

Dakwanya, pertemuan pertama Ketua Pembangkang dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu berlangsung pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan diatur oleh sahabat baik Anwar sendiri.

Pertemuan seterusnya pula dakwa Raja Petra, berlaku pada 4 Ogos 2012 di Manila bertujuan memuktamadkan segala perbincangan yang dibuat di Jakarta dan penerbangan ke sana menggunakan pesawat Malaysia Airlines.

"Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan meminta pertolongan Nur Misuari bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dengan tumpuan khusus perbincangan adalah berkait isu Sabah. – Utusan Online

Nak baca apa kata RPK boleh klik kat SINI

McTheory:
Pekung busuk Anwar sudah terbuka!

TUDIAA!! Banyaknya Duit Pas Kedah!! #TukarKedah #TolakPas

Posted: 26 Mar 2013 05:37 PM PDT


Mesti ramai pembaca pelik kenapa Mc ambil gambar bendera Pas yang terpasang cantik ni kan. Mc percaya, ramai orang Kedah perasan bendera Pas sekarang kemas tergantung. Macam gambar diatas. Malah bukan hanya satu daerah saja, mana pelusuk pun dah banyak bendera Pas digantung macam gambar diatas.


Ini bukan isu, tapi hanya nak beritahu, Pas sekarang dah tak guna jentera pacak bendera ni. Depa upah kontraktor untuk pacak bendera. UMNO/BN jadi Kerajaan lebih 50 tahun. Namun sampai sekarang, bendera tetap dipacak oleh jentera parti. Tapi Pas, baru jadi Kerajaan 5 tahun, siap upah kontraktor pasang bendera, fuhhh.. hebat!

Banyak duit Pas Kedah rupanya, yelahh.. balak saja dah berapa puluh juta depa tebang. Tapi duit balak tu habis untuk buat pacak bendera saja la. Ini perkara benar, kalau tak percaya pergi tanya orang yang pacak bendera Pas tu, jentera parti atau kontraktor. Sebab dalam kes ni, Mc sendiri pergi tanya.

Kenapa agaknya Pas sanggup berhabis duit untuk upah pacak bendera? Mana pergi semua jentera parti Pas? Rasanya pepecahan dalam Pas Kedah ni dah kronik hinggakan nak pacak bendera parti pun dah takdak orang nak buat.

Cuma Mc nak bagitau puak Pas ni, Allah tu maha berkuasa, dulu Pas dok kutuk UMNO/BN kononnya bayar tukang pacak bendera. UMNO/BN kalau bayar upah pun pada jentera parti. Sekarang Pas, dah jelas dan terbukti guna kontraktor. Kalau dah kontraktor tu, maknanya memang segalanya dibayar la.. silap-silap yang pacak tu pun bukan orang Pas, pendatang haram mana yang diupah gamaknya, he he...


Disini kita dah tahu, Pas Kedah memang banyak duit, tapi duit yang sepatutnya digunakan untuk bantu rakyat dan perbaiki infrastruktur telah disalahguna untuk kerja-kerja politik. Ini baru kes pacak bendera, belum lagi banner dan billboard. Berapa juta agaknya Pas habiskan untuk upah kontraktor buat semua ni?

Pas simpan duit untuk dihabiskan semasa pilihanraya dan tabur pada pengundi. Bagi Pas, habiskan duit untuk bantu rakyat tu tak penting, tapi untuk pancing undi kekalkan kuasa tu penting. Mungkin itu yang dikatakan Kerajaan Kebajikan ala Pakatan Haram. Menipu untuk kuasa dan wang!

McTheory:
Kesian yang kena tipu rakyat juga..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...