Apple Biru

Apple Biru


Pasukan Gerakan Khas ! Wow!

Posted: 27 Mar 2013 08:53 AM PDT

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Batalion 69 Komando dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Perang Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.

Admin amRF

Adeeh! DUN Selangor Bubar Awal Sebab Takut Kalah weh!

Posted: 27 Mar 2013 08:18 AM PDT


Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.
Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.
Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.
Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.
Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

Suara Generasi Baru

VIDEO! Lagi Skandal Songsang Pemimpin PKR Kedah Didedah

Posted: 27 Mar 2013 06:05 AM PDT

Tu Dia! Kalau bab seks ni bagi je kat pemimpin PKR. Memang sah, muka-muka pemimpin PKR kaki seks!  Seks, skandal tidak boleh dipisahkan dengan PKR. Dari atas sampai la ke bawah! Sama je...

Ini satu video perangai buruk yang menjijikan dari seorang Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok, Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis MPSP Kedah. Ieee..kome tengok la..Malu la perangai macam ni,,

Tengok Video tu DISINI

HOT NEWS : 'Kesultanan Sulu' Dapat Bantuan, Sokongan Pihak Tidak Dikenal Pasti

Posted: 27 Mar 2013 05:47 AM PDT


Siasatan dalaman oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyimpulkan bahawa terdapat kemungkinan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kesultanan Sulu mendapat 'bantuan dan sokongan' daripada pihak tidak dikenal pasti untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.

Pengerusinya Muslimin Sema berkata kesimpulan itu juga berpunca daripada maklumat bahawa kesultanan itu tidak mempunyai keupayaan dan sumber pendapatan untuk melaksanakan operasi ketenteraan yang begitu nekad.

"Kami menyimpulkan terdapat kemungkinan satu bentuk jaminan atau bantuan yang diberi kepada kesultanan Sulu bagi menjalankan ekspedisi (ketenteraan) ke atas Sabah (Lahad Datu dan Semporna).

"Kesultanan Sulu tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pencerobohan ke atas Sabah tanpa (mendapat) jaminan daripada 'pihak' tertentu," katanya kepada Bernama menerusi telefon dari Cotabato City, Mindanao, di selatan Filipina pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti orang yang mungkin membantu kesultanan Sulu itu dalam pencerobohan ke atas Sabah, Muslimin berkata siasatan mereka tidak mendedahkan sebarang 'nama atau wajah'. BERNAMA

BREAKING NEWS : Orang Dalam Dedah Senarai Calon Pakatan Rakyat

Posted: 27 Mar 2013 05:36 AM PDT


BOCOR LAGI..Senarai calon PR yang telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku. 

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka? 

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal. 

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.

SENARAI CALON PKR

Sembrong - Onn Abu Bakar
Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Segamat - Chua Jui Meng
Batu Pahat - Syed Hamid Ali
Selayang - William Leong Jee Ken
Kuantan - Fuziah Salleh
Azan Ismail - Kemaman
Padang Serai - N Surendran
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
Sungai Petani - Johari Abdul
Pandan - Rafizi Ramlii
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian

SENARAI CALON DAP

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong
Ipoh Timur - Thomas Su
Ipoh Barat - Wong Kah Woh
Batu Gajah - V Sivakumar

Sumber

TERKINI : Kampung Tanduo Ditutup, Penduduk Dipindah Ke Lokasi Baru

Posted: 27 Mar 2013 05:24 AM PDT

Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.
"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.
Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.
Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.
Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.
Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.
Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.
Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

BREAKING NEWS! Rakaman Video Kelakuan Sumbang Libatkan Izzah, MB Selangor Bakal Tersebar

Posted: 26 Mar 2013 11:25 PM PDT


Teman pun heran, bila video seks songsang yang didakwa pelakunya Anwar Ibrahim dikata palsu! Teman tak pernah dengar lagi la video pun ada palsu. Kalau foto dan gambar mungkin la teman boleh percaya bahawa palsu, tapi bila berkaitan dengan video ni payah sikit. Kalau dah dia, memang dia la. Jangan nak pusing dan putar belit dan menipu rakyat. Kome ingat rakyat bodoh sangat ke!

Isu rakaman video sebelum ini dengan skandal sek China Doll pun telah disahkan tulin oleh pakar-pakar luar negara. Apa lagi nak tipu! Kalau tuduhan terkena kat pemimpin Pakatan Rakyat, deme akan kata palsu dan fitnah terkena kepada pemimpin UMNO/BN maka tuduhan itu benar sama sekali tanpa sebarang bukti video atau gambar tulin.

Untuk lebih mudah, biar rakyat menilai! Siarkan kesemua video-video tersebut untuk tatapan umum dan kita lihat kebenarannya! Rakyat yang akan menentukan tulin atau palsu.

Menurut laporan,

Selepas video berunsur seks melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beberapa rakaman video seks palsu melibatkan pimpinan kanan parti itu akan turut diterbitkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh agen-agen tertentu bagi menakut-nakutkan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Saifuddin menambah agen berkenaan juga turut memberi amaran bahawa mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan piminan kanan PKR yang lain, termasuk melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.

Saifuddin turut mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah didatangi oleh beberapa agen untuk menunjukkan dua rakaman video seks melibatkan Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa keping gambar mereka.

"Askar-askar upahan di laman blog ini akan mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya mamaparkan salah laku seks pemimpin PKR.

"Taktik ini digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah," katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dibawa menaiki kereta dan menonton rakaman video berkenaan di ibu kota beberapa hari yang lalu.

"Saya dan beberapa pimpinan telah dibawa untuk menonoton video-video ini. Agen-agen ini memberi ugutan politik kepada saya dan pimpinan yang lain. Mereka kata ada lagi rakaman video yang akan didedahkan melibatkan dua lagi pimpinan kanan PKR dalam tempoh terdekat.

"Kebanyakan rakaman video yang dipaparkan mempunyai kualiti gambar yang kurang jelas dan suasana yang digambarkan seperti video berunsur seks dan ada juga gambar statik ditunjukkan kepada kami," katanya.

Beliau mendakwa penyebaran video seks sengaja dilakukan bagi mencemarkan nama baik Anwar dan pimpinan kanan PKR yang lain menjelang PRU-13.

"Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks," katanya.

mStar

TERKINI LAHAD DATU: Datu Piah Masih Bersembunyi di Semporna

Posted: 26 Mar 2013 07:56 PM PDT


Seorang lagi anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah, salah seorang daripada adik-beradik kepada Jamalul Kiram III kini dipercayai berada di daerah ini.
Menurut satu sumber, lelaki yang berusia lewat 60-an itu dipercayai sedang menyembunyikan diri kerana takut menerima nasib yang sama seperti Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang ditangkap pasukan keselamatan pada Sabtu lalu.
"Datu Piah juga dipercayai salah seorang daripada orang kanan yang terlibat dalam proses rundingan dengan pasukan keselamatan sebelum 1 Mac lalu," kata sumber tersebut di sini semalam.
Rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan pengganas terbabit yang diketuai Azzumuddie Kiram dan turut disertai Datu Piah itu bagaimanapun menemui jalan buntu.
Sumber itu berkata, sebagai ahli keluarga kepada Jamalul Kiram, dia juga dipercayai mempunyai peranan besar dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
"Sebelum 0ps Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu, Datu Piah dan Amirbahar dipercayai sempat melarikan diri ke Semporna dan cuba menggerakkan kumpulan pengganas di daerah ini dengan melakukan kekacauan," kata sumber itu lagi.

Kosmo

Kisah Malam Yang Panjang Di Kampung Simunul Lahad Datu

Posted: 26 Mar 2013 07:18 PM PDT


Inspektor Mohd Hasnal Jamil adalah saksi hidup tentang kekejaman pengganas Kiram yang berlaku di Kampung Sri Jaya, atau dikenali juga kampung Simunal Semporna Sabah pada malam Sabtu 2 Mac baru-baru ini.
Simunal adalah nama pulau di Tawi-Tawi, Selatan Filipina, tempat asal rata-rata orang Sulu yang berhijrah ke Sabah atau dalam kata lain, padang permainan mereka.
Enam anggota polis berbagai pangkat terkorban dalam serang hendap tersebut dan Inspektor Hasnal sendiri cedera dengan tiga tembakan; satu diperut, dua di tangan, bersama-sama enam tetakan, tiga di kepala dan tiga  ditangan kanannya.
Hari ini, genap 25 hari selepas kejadian tersebut, kali pertama Inspektor Hasnal bertemu media, dalam satu majlis bertempat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaa (KPDNKK) Putrajaya.

Majlis pada asalnya hanya sekadar penyerahan sumbangan kepada balu, ahli keluarga serta anggota yang cedera sahaja.
Wartawan yang menunggu telah dimaklumkan tidak ada temubual tapi selepas dipujuk-pujuk, dengan mendapat kelulusan pegawai atasannya, Inspektor Hasnal bersedia untuk menceritakan pengalamannya kepada wakil media.

Dengan tangan yang masih berbalut, jari kanan yang tidak berfungsi, anggota polis cawangan khas Bukit Aman berusia 31 tahun ini, bercerita satu persatu pengalamannya terkepung antara jam 7.30 malam 2 Mac sehingga diselamatkan jam 5.30 petang 3 Mac lalu.
Menurutnya, kisah serang hendap yang menggemparkan negara itu bermula selepas mereka memperolehi maklumat mengenai kehadiran kumpulan bersenjata di Kampung Simunal itu.
Dalam keadaan perang, dan orang ramai panik, ada berbagai pihak menyalurkan maklumat, dan polis, mahu tidak mahu adalah tanggungjawab polis menyiasat setiap maklumat yang disalurkan.
Mereka berkerja tanpa mengira masa untuk tujuan tersebut, jika maklumat disampaikan pagi, pagilah mereka pergi menyiasat, jika malam, malamlah.
Ini situasi perang, dan khabar angin bertebaran tanpa henti di media-media sosial.
Malam itu, kira-kira 50 orang anggota polis berbagai unit termasuk satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) mula memasuki perkampungan atas air tersebut untuk memeriksa kesahihan maklumat yang disalurkan sebelumnya.
Inspektor Hasnal antara yang berada dalam kumpulan paling hadapan, mereka bergerak melalui jambatan sempit, dari satu jambatan ke satu jambatan sehingga ke jambatan nombor lima, di sebuah rumah, tiba-tiba tembakan dilepaskan tanpa henti.
"Tembakan dilepaskan dari dalam rumah, saya terkena peluru di perut, dan tangan. Sebelum ditetak di kepala tiga kali, saya lawan balik, dan ditetak di tangan pula," katanya.
Pengganas yang berusia 20-an itu dipercayai mahu memenggal kepalanya selepas melihat beliau sudah kena tembakan.
Mujurlah beliau mampu bertindak balas dan melawan termasuk menghalang tetakan barong (sejenis senjata asal Sulu) dengan tangan kanannya, sebelum berundur ke sebuah rumah lain tidak jauh dari tempat kejadian.
Dengan tangan kanannya terkulai dan hampir putus, dalam keadaan berbalas tembakan tersebut, kata Inspektor Hasnal beliau berundur mencari perlindungan.
"Kami berlindung dalam rumah yang sempit, sembilan orang. Dua yang menjaga saya dan jenazah rakan kami, manakala selebihnya berada dalam keadaan 'siap tempur' berkubu di sekeliling rumah,"ujar beliau.
Jelasnya, lima belas minit pertama, keadaannya seperti tembak menembak dalam filem, tidak henti-henti, hanya percikan cahaya dari senjata musuh yang kelihatan dan peluru melayang di mana-mana.
"Semua tunduk, jika berdiri mesti kena peluru, sebab rumah itu dindingnya papan yang nipis dan tembus peluru," kata beliau.
Terlentang dalam keadaan telinganya sudah dimasuki darah dari tetakan di kepala tadi, perut yang ditembusi peluru dan tangan kanan yang terkulai, tangan kiri yang ditembak, ditambah dengan bunyi tembakan tidak henti-henti, kata Inspektor Hasnal, beliau pekak sekejap, malam itu.

"Saya cuba berdiri tapi rasa nak pitam, ketika itu saya fikir akan mati sahaja, di dalam hati saya berdoa tidak putus-putus," ujarnya.

Baca lagi DISINI


HANGAT! Lagi Fatwa Songsang Terbaru ?

Posted: 26 Mar 2013 06:00 PM PDT


Semakin hari, pendekatan politik pembangkang dilihat semakin sesat dan menyesatkan khususnya pendekatan yang digunakan oleh pimpinan Pas. Menjelang pilihanraya umum ini dapat dilihat bermacam-macam 'fatwa songsang' yang dikeluarkan bagi mengelirukan orang awam.

Sebagai contoh sekiranya dahulu, apabila tiba musim pilihanraya umum, ayat yang sering digunakan ialah 'mengundi Pas masuk syurga', 'bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam', 'tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundia Pas' dan sebagainya.

Itulah antara ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi.

Terbaru, penceramah bebas yang diangkat sebagai ulama tersohor Pas, Azhar Idrus mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan. Bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diajukan soalan oleh Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan semalam.

Walaupun kenyataan yang diberikan itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab 'an-namimah'.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain " Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini".

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai 'Ghibah' iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Firman Allah SWT:

"Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya." (al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW turut menjelaskan maksud ayat tersebut agar mudah difahami oleh para sahabat.

"Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i)

Seterusnya, perlu juga difahami, perbuatan menghasut ini adalah merupakan sebagian dari perbuatan syaitan, lihat sahaja bagaiman dia menghasut Nabi Adam AS dengan tipu dayanya sehingga melanggar arahan dan perintah Allah SWT. Natijahnya dari itu Nabi Adam AS dan isterinya dikeluarkan dari syurga dan dicampak ke dunia.

Ia memberikan maksud yang jelas kepada kita, perbuatan menghasut ini adalah merupakan satu satu dari perangai Syaitan yang dilaknat bagi menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat, sesuai dengan janjinya. Firman Allah SWT:

" Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka;  sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia". [al-Isra' 17:53]

"Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui". [al-Baqarah 2:168-169]

Kesimpulanya hukum menghasut adalah merupakan perbuatan yang dilarang Islam selain berdosa besar ia juga merupakan salah satu perangai Syaitan dalam menyesatkan manusia.

Namun fatwa sonsang Azhar Idrus ini mungkin saling berkait rapat dengan kenyataan Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mengatakan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN'. Selamat Beramal.

Suara Generasi Baru

HOT NEWS! Raja Petra Cabar Anwar Saman RM100 Juta!

Posted: 26 Mar 2013 05:00 PM PDT


On 16th July 2012, Opposition Leader Anwar Ibrahim flew to Jakarta to meet Nur Misuari -- who is very close to Anwar since the days when Anwar was in the government -- and the military commanders of the MNLF. The meeting was held in the Crowne Plaza Jakarta hotel and was arranged by an Indonesian Member of Parliament -- another close friend of Anwar -- at the behest of Anwar. A second meeting was held in Manila on 4th August 2012 to finalise and seal the agreement.

Setelah pendedahan berani Raja Petra mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dengan isu Lahad Datu, hingga ke hari ini tiada saman menyaman dilakukan Anwar Ibrahim terhadap RPK. Mengapa? Adakah Anwar Takut dengan RPK? Adakah RPK menyimpan terlalu banyak rahsia Anwar Ibrahim hinggakan Anwar Ibrahim kecut telor nak menyaman RPK?

Jika diimbas kembali beberapa pendedahan Media cetak dan elektronik khususnya Utusan Malaysia dan TV3 termasuk blogger, sudah pasti Anwar Ibrahim akan menyaman media-media tersebut! Sebaliknya berbeza dengan RPK! U Ulang I Saman! U Ulang, I Diam! Kahkahkah..pengecut!!!! Rafizi Lembu pun pengecut tak berani nak usik RPK! kahkahkah..maklum la..pelembut!!!heee..

PANAS! Agenda Jahat DAP Di Johor

Posted: 26 Mar 2013 04:00 PM PDT


PENULIS harap tidak ada siapa percaya bahawa penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dari Perak ke Johor, adalah bukti kepada kelemahan parti rasis cina nombor satu itu.

Dengan kedudukan semasa parti itu yang semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan di kalangan orang cina, adalah tidak logik sama sekali untuk parti tersebut menunjukkan kelemahannya secara terang terangan, dengan memindahkan Kit Siang dari kawasan kuatnya di Ipoh Timur.

Ini sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi, cuma nak tahu agenda apa dan macam mana?

Dari apa yang penulis nampak, pemindahan Kit Siang ke Johor adalah semata-mata untuk menganggu 9 kerusi parlimen negeri tersebut yang bakal ditandingi MCA dalam pilihanraya umum akan datang.

Kemasukan Kit Siang  ke negeri kubu kuat UMNO itu, akan memberi motivasi kepada pengundi cina untuk mengundi calon-calon DAP dan menolak calon BN di Johor, walaupun dia seorang cina.

Terutama di kawsan parlimen dimana populasi pengundi mengikut pecahan kaum, adalah seimbang.

Di kalangan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar, tidak ada persoalan bahawa calon DAP akan ditolak sama sekali, sehinggakan ada berlaku di sesetengah tempat, bendera DAP yang diletak sebelah menyebelah dengan dengan bendera PKR dan PAS pun akan diturunkan kerana bimbang di bantah orang Melayu.

Tapi bukan itu kesnya dengan Melayu kawasan bandar.  Faktor tekanan hidup, keterbukaan dalam menerima konsep pemahaman baru dan sebagainya telah menjadikan penerimaan Melayu bandar terhadap konsep perjuangan DAP, berada dalam keadaan begitu baik sekali.

Keadaan ini ditambah dengan sokongan hampir sepenuhnya dari pengundi cina, menambah kepada keseriusan masalah ini.

Senario inilah yang diharapkan Kit Siang akan berlaku.  Maka itu dia tidak kisah untuk berhijrah ke Johor, meninggalkan kawasan selamatnya di Perak.

BN dan UMNO perlu kaji keadaan ini dengan baik.  Walaupun BN menang di kawasan Gelang Patah dengan majoriti lebih 8,000 undi pada 2008,  tapi itu bukan bermaksud keadaan sama akan berkekalan dalam pilihanraya umum akan datang.

Tersilap kita membaca pergerakan DAP dan Kit Siang ini, bencana menanti.

Mykmu.net

HOT ! Selangor Bubar DUN 22 April!

Posted: 26 Mar 2013 03:00 PM PDT


Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut mengambil tindakan serupa seperti Selangor.

"Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat. - Bernama

PAS perlu Perjelaskan Isu Ladang Rakyat!

Posted: 26 Mar 2013 02:00 PM PDT


Kerajaan Pas Kelantan digesa menyelesaikan kemelut melibatkan isu tanah dan ladang rakyat yang diberikan kepada syarikat swasta sehingga meminggirkan kepentingan rakyat sendiri terutama masyarakat peneroka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, isu tersebut mesti dijelaskan secara terperinci dan telus oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) ini.

Menurut beliau, laporan yang diterima menunjukkan tanah seluas lebih 687,965 hektar (1.7 juta ekar) telah diserahkan kepada pihak syarikat korporat dari luar Kelantan dengan sejumlah bayaran tertentu.

"Apa yang saya dimaklumkan, tanah tersebut diserahkan dan dibayar RM1,000 bagi setiap ekar dan jika dakwaan itu betul bermakna kerajaan Pas Kelantan mendapat sejumlah wang sehingga RM1.7 bilion," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Budaya dan Kenduri Rakyat di Dataran Balai Tok Janggut, Kampung Nering, dekat sini. - KOSMO!

Kiram Penipu! Azzimudie Masih Di Sabah? Boleh Percaya ke/

Posted: 26 Mar 2013 01:00 PM PDT


Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.

"Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam)," kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com

Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.

Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.

"Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar," kata Jacel.

"Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral," tambahnya.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. - Agensi

Tu Dia! Juruterbang Termuda Malaysia

Posted: 26 Mar 2013 12:00 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Tahun lepas, nama beliau disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "The Youngest Malaysian to fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition".

Tan berkata misi beliau juga ialah untuk memberi motivasi kepada belia seluruh dunia untuk menjadi individu yang mengutamakan kejayaan dan kecemerlangan.

Sementara itu, bapanya, Tan On Chin, 58, berkata anaknya itu amat meminati kapal terbang sejak berusia lima tahun lagi dan memutuskan untuk memberi sokongan kepada anaknya itu memenuhi impiannya.

"Isteri saya dan saya sentiasa memberitahunya agar sentiasa buat perkara yang betul, lakukan apa yang diingini, dan hari ini saya amat gembira dengan apa yang telah dicapainya," katanya. BERNAMA

HOT NEWS : nwar Akan Buat Sumpah Laknat

Posted: 26 Mar 2013 11:00 AM PDT


Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.  

Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.  Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara.  Ia dijangka menjadi 'bom' untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti. 

Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.  

Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu 'secara paksa' telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.  Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?  

Ini kerana isu di sini bukan 'rela atau paksa' tetapi 'liwat atau tidak'.  Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. 

Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.   Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.  

Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.  Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.  

Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.  Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.  

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan 'kesucian' dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.  Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan 'bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam' dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata "sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian."  

Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, 'telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman'.  Malah, kata penulis laman tersebut lagi, 'orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat' dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.  

Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.   Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.  Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.  

Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.  

Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.  

Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.  

Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.  Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.  

Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.  Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.  

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.  Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.  

Sumber

Pemergian Dr Uthman El-Muhammady Kehilangan Besar Buat Negara

Posted: 26 Mar 2013 10:26 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuan Islam, Dr Uthman El-Muhammady pada malam Isnin sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat Islam.

Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.

"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan malam Selasa.

"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.

Uthman,70, yang juga Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, meninggal dunia malam Isnin di kediamannya di Persiaran Duta di sini. BERNAMA

Guan Eng Main Tarik Tali!

Posted: 26 Mar 2013 10:22 AM PDT


Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini dan terus berdiam daripada menjawab persoalan mengenai perkembangan ekonomi, kata Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban, Goh Kheng Sneah.

Beliau berkata kerajaan DAP itu juga sehingga Selasa masih gagal membuat penjelasan mengenai pembatalan kontrak pelaburan sebuah syarikat asing melibatkan nilai sebanyak RM2.2 bilion.

"Sekarang kita mahu beliau (Ketua Menteri Lim Guan Eng) jelaskan berapa nilai sebenar pelaburan asing ke negeri ini bagi tahun 2010 hingga 2012 dan apakah sasaran nilai pelaburan untuk tahun ini dan dua tahun akan datang.

"Semua ini penting kerana ia melibatkan soal ekonomi negeri yang nyata akan memberi kesan kepada seluruh rakyat," katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Khamis lepas, Goh bersama Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye membuat pendedahan mengenai keadaan semasa ekonomi negeri yang terus merudum apabila mencatatkan jumlah pelaburan bernilai RM2.47 bilion pada 2012 berbanding RM9.11 bilion pada 2011 dan RM12.24 bilion (2010).

"Kita tidak mahu kerajaan negeri hanya pandai mensensasikan kemasukan pelaburan asing yang belum pasti tetapi menyembunyikan jumlah pelabur yang telah keluar," katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga menyelar dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri berjaya membawa masuk sebuah syarikat asing ke negeri ini.

"Kenyataan itu jelas tidak benar kerana syarikat yang dimaksudkan itu mempunyai operasi di China dan bukannya di negara ASEAN seperti yang didakwa," kata Goh. BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...