Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Video Sedih Perwira Negara yang Gugur Di #LahadDatu!

Posted: 15 Mar 2013 08:16 AM PDT


Mengalir air mata setelah melihat video di bawah ini. Video yang memaparkan sms terakhir dari salah seorang Komando VAT 69 dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Air yang tercinta setelah di ceroboh Rejim Lanun Sulu.


Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada 10 orang Wira Negara yang telah terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan Tanah Air yang tercinta. Semoga Allah S.W.T merahmati roh-roh pewira Negara.

Untuk pewira-pewira yang sedang berjuang marilah kita mendoakan semoga Allah S.W.T mempelihara keselamatan mereka.

HOT INFO! Gambar Sniper Penceroboh Ditembak Mati! #LahadDatu

Posted: 15 Mar 2013 05:36 AM PDT


Komando 69 telah berjaya menjejaki dan telah menembak mati 3 orang pengganas sulu iaitu (2) lelaki dan (1) perempuan di mana ketiga-tiga mereka ini adalah penembak tepat atau sniper bagi kumpulan pengganas sulu yang lengkap bersenjata sniper rifle.


Tahukah anda apakah dia Menatang Sniper Rifle?



Inilah dia rupe dia(mungkin depa punya jenis lain). Sniper Rifle biasanya ade teropong dan berkaliber tinggi. Pasukan sniper ini akan mengendap pasukan keselamatan dilokasi lokasi tersembunyi menunggu kehadiran pasukan keselamat menghampiri UMPAN!

Dan kecerderaan tidak dapat dielakkan kerana pasukan sniper boleh dikelaskan dalam antara yang boleh membidik dan menembak dengan TEPAT!

Bayangkan 1 Peluru 1 Kepala?! Agak-agak yang mulut longkang duk kutuk pasukan keselamatan tu anjing nak tak dia hulur kepala dia kat penembak tepat ini?

Sumber gambar dari SINI

HOT INFO! #LahadDatu Gambar Jet TUDM yang Lakukan Serangan Keatas Penganas! #PrayforSabah

Posted: 15 Mar 2013 02:17 AM PDT



Inilah gambar gambar pesawat TUDM ketika melakukan serangan bom lokasi lokasi persembunyian lanun lanun sulu tempoh hari.





Sumber Blogserius

HOT INFO! Mat Bom Adalah Talibarut yang Dicari!!

Posted: 14 Mar 2013 11:37 PM PDT




Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai 'dalang' di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.

Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam 'menyambut' pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan lapan lelaki termasuk Mat Bom telah ditahan ketika cuba masuk ke Dewan Serbaguna Embara Budi untuk menyamar sebagai penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, lelaki berpakaian seperti orang awam cuba mengaburi pasukan keselamatan, namun tidak berhasil selepas dia ditahan di depan pintu pagar dewan berkenaan yang dikawal ketat polis bantuan FELDA.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan polis bantuan yang curiga dengan tindak-tanduk lelaki itu bersama lapan pengikutnya akhirnya membongkar taktik liciknya selepas dia difahamkan antara dalang membawa pengganas masuk ke Kampung Tanduo.

"Mat Bom yang juga penduduk Kampung Tanduo didakwa sering menghasut penduduk kampung supaya memberontak di sini.

"Dia juga sering mengedar risalah mengenai Kesultanan Sulu kepada penduduk kampung dan menghasut supaya mentaati Sultan Sulu," katanya.




Tinjauan di beberapa penempatan sementara di Felda Sahabat semalam mendapati rata-rata percaya orang yang memainkan peranan besar dalam insiden pencerobohan tersebut adalah Mat Bom.

Menurut Osman (bukan nama sebenar), penduduk kampung telah lama mencurigai gerak-geri lelaki berkenaan malah ada yang telah memaklumkan pihak keselamatan mengenai kebimbangan mereka terhadap Mat Bom.

" Betul, bila perkara ini terjadi kami hanya ingat Mat Bom saja, semua orang tahu betapa bencinya dia pada kerajaan terutama setelah tewas dalam kes perebutan tanahnya dengan FELDA di mahkamah.

" Kami dimaklumkan dia telah ditangkap, baguslah, tetapi kami nak lihat dia segera didakwa di mahkamah dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.

" Tetapi sehingga kini tiada berita mengenai orang tua itu…kita mesti cepat mengadilinya kerana kami tak mahu orang sebegitu di tempat kami," tegasnya.

Bagi Salimah (bukan nama sebenar), Mat Bom sangat kejam kerana telah banyak meracun pemikiran masyarakat demi kepentingan peribadinya sendiri.

Tambah Salimah, perbuatan Mat Bom tidak boleh dimaafkan kerana ia ternyata telah menyusahkan semua pihak.

" Kalau nak cakap mengenai petualang, tali barut atau apa saja yang seerti dengannya…inilah orangnya.

" Pengganas militan Sulu tak mungkin berani dan mampu menawan kampung kami kalau tidak ada bantuan daripada orang kampung sendiri seperti Mat Bom," kata ibu kepada empat orang anak ini dengan penuh emosi.

Dalam perkembangan yang sama, kami berpeluang melihat sendiri wajah Mat Bom dan rakaman detik-detik cemas sewaktu dia ditangkap tempoh hari.

Kalau diperhatikan Mat Bom sudah pun berusia lanjut namun sewaktu hendak ditangkap, dia masih sempat memaki hamun anggota polis yang memberkasnya.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai peranan Mat Bom dan sejauh mana penglibatannya dalam insiden ini.

Mungkinkah benar dia petualang, dan jika benar, ternyata orang sebegini tidak boleh dibiarkan terus berada dalam masyarakat.

Dan jika salah, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan dia tidak berterusan dilabelkan pengkhianat dan apa saja yang seerti dengannya! Sumber asal ambil dari SINI

PANASS!! Orang Kanan Kiram Buat Pendedahan Siapa Dalang Pencerobohan di #LahadDatu #PrayforSabah

Posted: 14 Mar 2013 08:17 PM PDT


Semalam salam seorang penasihat Jamalul Kiram III membuat pendedahan bahawa pihaknya mahu menceroboh Sabah seawal Ogos lalu dalam usaha menuntut wilayah Malaysia itu.

Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina, Pastor Saycon berkata, Agbimuddin Kiram mula merancang untuk menuntut Sabah ekoran keengganan Presiden Filipina, Benigo Aquino III mengadakan perbincangan dengan Jamalul.

Saycon berkata, pada awalnya, Agbimuddin merancang untuk menceroboh Sabah, Ogos lalu tetapi rancangan itu ditangguhkan.

Memetik laman web www.abs-cbnnews.com, penasihat kepada Jamalul itu tidak membenarkan pengikut dan Agbimuddin untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari bersama 235 pengikutnya.

Saycon menambah, pihaknya lebih selesa jika tuntutan Kiram itu dibawa terlebih dahulu ke badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum mengambil tindakan menceroboh.

GEMPAR!! Bendera PKR Berkibar Di Bangunan UMNO?

Posted: 14 Mar 2013 05:37 PM PDT


Bendera PKR yang dipacak dibangunan UMNO Temerloh yang buatkan pencacai PKR Klimaks awal!!!

Mc tertarik dengan cerita blog Semut Hitam, PKR syok sendiri bila mereka boleh pasang bendera kat bangunan UMNO yang sudah lama tidak digunakan.

Halahai!!! Sedih betul tengok perangai hodoh puak - puak Pakatan Haramjadah ni ek. Benda - benda bangang macam ni pun diorang nak kecoh satu Malaysia.

Konon bangga sangat la bila diorang dapat pacak bendera diorang kat bangunan UMNO. Kononnya, macam diorang dah dapat tawan la bangunan UMNO tu.

Kes ni berlaku di Temerloh dimana puak - puak Parti Kencing Rakyat tu dengan biadap telah menaikkan bendera diorang di bangunan UMNO Temerloh yang lama.

Diulang. Bangunan UMNO Temerloh yang LAMA!!! Bangunan tu dah lama ditinggalkan sebab UMNO Bahagian Temerloh sekarang ni beroperasi di pejabat baru.



Bangunan UMNO Temerloh yang lama. Sekarang ni dipagar dengan zink biru untuk pengubahsuaian...

Pejabat UMNO Bahagian Temerloh yang baru kini terletak di pekan Mentakab dan mula beroperasi sejak tahun 2008 lagi. Ni gambarnya.



Bangunan UMNO Temerloh yang baru terletak berhampiran hentian Bas Mentakab. Tengok 'time stamp'. 16.08.2008

Jadi, puak - puak Parti Kencing Rakyat tu setakat berani nak tawan bangunan UMNO yang telah pun dikosongkan dan menunggu masa untuk diubah suai.

Setakat itu je ke yang diorang mampu buat? Ceroboh bangunan yang telah ditinggalkan? Kalau setakat macam tu, suruh Mat Pit pun boleh beb. Tak payah suruh diorang.

Apa, diorang ingat UMNO kecut ke dengan diorang bila diorang pacak bendera PKR tu kat atas bangunan UMNO tu? Jangan harap la!!!

Tak sampai beberapa hari, Bendera Barisan Nasional pulak berkibar megah diatas bangunan milik mereka di Temerloh. Nah! Ini gambarnya.



Bukan satu beb, tapi 3 bendera BN berkibar kat atas pejabat diorang. Dan tambah memalukan, bangunan tu merupakan pejabat yang masih dan sedang beroperasi.

Yang lagi menyedihkan ialah apabila Ketua Cabang PKR Temerloh terketar - ketar lutut bila menyatakan bahawa bendera PKR kat pejabat UMNO lama tu bukan kerja diorang.

Kiranya, dia nak nafikan yang bendera tu dipasang oleh budak - budak PKR. Hah! Sekarang, siapa yang kecut buah kerandutnya bila tengok keadaan ni berlaku?

Tolong la ye. Jangan ingat orang UMNO ni pengecut. Kalau nak pasang bendera pun, pasang la kat pejabat yang ada orang. Pasang kat pejabat yang dah berzaman ditinggalkan tu buat apa. Buat mengabihkan masa je!!!

he he he..

McTheory:
PKR = Parti Kerandut Reput!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...