Apple Biru |
- UPDATED : Kiram Dah Cabut! Tau Takut!
- Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas
- UPDATE 10.30 PM : 8 rakyat asing naiki bot laju ditahan di Sg Bilis
- UPDATED : 15 lagi mayat pengganas ditemui di Kampung Tanduo
- BREAKING NEWS 7.30 PM: Tiga Lagi Pengikut Jamalul Kiram Didakwa
- PANAS! P Balasubramaniam Termakan Sumpah!
- APA YANG TIDAK DIKETAHUI : Pesawat Tanpa Juruterbang Digunakan Di Ops Daulat
- BREAKING NEWS 3.30 PM : Azzimudie Kiram dan Pengikut Melarikan Diri ke Tawi Tawi?
- PANAS! Filipina Akan Bantu Cari Dalang Pencerobohan di Lahad Datu, Siap Kau!!
- BREAKING NEWS : Filipina Failkan Pertuduhan Jenayah Terhadap 'Tentera Diraja' Sultan Sulu
- BREAKING NEWS : Polis Periksa Tempat Penyimpanan Senjata Pengganas
- VIDEO Bagaimana Tian Chua Jadi Babi Panggang!
- PANAS! Mazlan Aliman Tak Nak Berceramah Kat Sini Ke?
- Operasi ‘Sabah Nak Hilang’, Antara Pendekatan Huru-Harakan Negara
- PKR Masih Cuba Politikan Isu Lahad Datu Untuk Selamatkan Anwar
- Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara.
- Apa Motif Media Filipina Berbohong?
- Rakyat Selangor Digesa Guna Kuasa Undi Martabatkan Kedudukan Melayu, Islam
- Segera!! Sampai Masa Tentera Dilengkapkan Dengan Heli Penyerang
- Maklumat Disalur Penduduk Untuk Jejaki Saki-Baki Pengganas Sulu Menggalakkan
| UPDATED : Kiram Dah Cabut! Tau Takut! Posted: 15 Mar 2013 09:20 AM PDT Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina. Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo. Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna. Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat. Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat. "Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu, kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai. Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina. Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal. Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis pencerobohan militan Sulu itu. Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama |
| Malaysia beri tempoh tiga hari untuk Filipina tuntut mayat pengganas Posted: 15 Mar 2013 08:44 AM PDT Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila. Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat. "Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi. "Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo. - Bernama |
| UPDATE 10.30 PM : 8 rakyat asing naiki bot laju ditahan di Sg Bilis Posted: 15 Mar 2013 07:43 AM PDT Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam tadi. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong. "Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi. "Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat. Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah. Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan. "Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas. - Bernama |
| UPDATED : 15 lagi mayat pengganas ditemui di Kampung Tanduo Posted: 15 Mar 2013 06:02 AM PDT Lebih ramai pengganas Sulu dipercayai terbunuh dalam serangan pertama oleh pasukan keselamatan pada 1 Mac di Kampung Tanduo apabila polis menemukan 15 lagi mayat pengganas di kampung berkenaan hari ini. Penemuan 15 mayat tersebut menjadikan jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan di Kampung Tanduo kini berjumlah 27 orang selepas 12 mayat ditemui dalam satu kubur besar sebelum ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam tiga kubur yang terletak berhampiran dengan kubur besar tersebut. "Ini bermakna setakat sekarang, jumlah musuh yang berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam operasi berjumlah 61 orang," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat di sini hari ini. Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar. Tambah Hamza, pada masa ini pihak keselamatan masih berada di Kampung Tanduo dan meneruskan usaha mengesan jejak baki musuh yang masih bersembunyi di situ serta mayat musuh yang belum ditemui. Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang berusaha mengeluarkan mayat-mayat musuh yang terbunuh di Kampung Tanjung Batu. "Kemungkinan besar terdapat 10 lagi mayat yang belum dikeluarkan di Tanjung Batu dan fokus kita kini di Sungai Bilis sahaja. "Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," katanya. Mengulas mengenai mayat-mayat yang dikeluarkan, Hamza berkata, pihak kerajaan akan menghubungi Filipina sama ada mereka akan mengambil mayat tersebut atau tidak. Katanya, mayat pengganas yang ditemui akan dikebumikan di negara ini sekiranya pihak berkenaan di Filipina tidak memberi maklum balas dalam masa tiga hari. Mengenai laporan yang mengatakan pemimpin penceroboh, Raja Muda Azzimudie telah terlepas dari kawasan kepungan, beliau berkata, pihak polis akan menyiasat perkara tersebut. "Saya tidak dapat mengesahkan tetapi ada maklumat mengatakan dia ada di sini dan ada mengatakan dia telah terlepas. Kita akan menyiasat dan mengesahkan perkara ini," ujarnya. - UTUSAN |
| BREAKING NEWS 7.30 PM: Tiga Lagi Pengikut Jamalul Kiram Didakwa Posted: 15 Mar 2013 04:38 AM PDT Sebanyak tiga lagi pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah akan didakwa selepas ditahan oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai di kawasan perairan Tawi-Tawi. Agensi berita, ABS-CBNnews.com melaporkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima berkata, penahanan itu menjadikan sebanyak 38 pengikut Kiram ditahan dalam tiga kejadian berasingan di Tawi-Tawi, selepas bot yang mereka naiki dipintas pasukan keselamatan negara ini. "Sebanyak 38 individu tersebut disoal siasat sehingga pukul 8 malam tadi. Soal siasat itu dihentikan awal ekoran ketiadaan bekalan elektrik. Mereka kini ditahan di pangkalan tentera laut di Panglima Sugala, Tawi-Tawi," katanya. Beliau berkata, mereka akan didakwa hari ini atau Isnin ini kerana memiliki senjata api yang melanggar peraturan membawa senjata api oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan tuduhan di bawah Artikel 118 Akta Kanun Keseksaan. - Agensi |
| PANAS! P Balasubramaniam Termakan Sumpah! Posted: 15 Mar 2013 02:44 AM PDT Teman nak sampaikan rasa simpati keluarga Mendiang P Bala. Penyiasat pensendirian P Balassubramaniam meninggal dunia sewaktu didalam perjalanan ke hospitial sungai Buloh pada jam 230 petang tadi. Sebagai pengajaran jangan main dengan sumpah. Bala pernah bersumpah dalam kitab hindu tempoh hari. Jangan sesekali buat sembarangan dengan nanti termakan sumpah. Ini lah sebabnya Anwar masih tidak berani nak Bersumpah Laknat!.. |
| APA YANG TIDAK DIKETAHUI : Pesawat Tanpa Juruterbang Digunakan Di Ops Daulat Posted: 15 Mar 2013 01:30 AM PDT RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi. Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang. Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan. ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya. UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan. Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan. Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan. Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya. Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung. Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV. Disamping mengkucar kacirkan pertahanan musuh (atau membunuh mereka), serangan awal oleh pesawat TUAV ini juga mampu meminimakan risiko kematian atau kecederaan di pihak pasukan keselamatan negara. Penulis berharap ATM dan kerajaan dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan pesawat UAV mahupun TUAV selepas ini, dalam memantapkan lagi pasukan keselamatan negara kita untuk menghadapi krisis serupa di masa hadapan. Suara Generasi Baru |
| BREAKING NEWS 3.30 PM : Azzimudie Kiram dan Pengikut Melarikan Diri ke Tawi Tawi? Posted: 15 Mar 2013 12:48 AM PDT Adakah pemimpin bersenjata kumpulan pengganas Sulu Raja Muda Azzimudie Kiram dan 34 pengikutnya melarikan diri ke Tawi Tawi atau dia masih terperangkap dalam kawasan operasi Ops Daulat di Tg Labian? Pihak berkuasa Laut Filipina telah mengesahkan bahawa 35 lelaki bersenjata, termasuk satu cedera dan seorang wanita, telah diambil ke dalam jagaan selepas mereka memasuki perairan Filipina dalam dua buah bot pada Rabu lalu. Gabenor Tawi Tawi, Sadikul Sahari berkata semalam bahawa 35 lelaki bersenjata tersebut adalah dari kawasan pertempuran tetapi tidak dapat mengesahkan jika Azzimudie adalah di kalangan mereka. "Saya tidak diberitahu ini oleh tentera laut," katanya kepada The Star melalui telefon dari Bongao, kira-kira kurang dari setengah jam perjalanan menaiki bot laju dari polis yang berterusan dan serangan tentera untuk mengusir saki-baki kumpulan pengganas di Kg Tanjung Batu, Kg Tanjung Labian dan Kg Sungai Bilis. Pada taklimat Media di Felda Sahabat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka telah bekerjasama dengan kerajaan Filipina untuk mengesahkan laporan itu. Asiaone News |
| PANAS! Filipina Akan Bantu Cari Dalang Pencerobohan di Lahad Datu, Siap Kau!! Posted: 15 Mar 2013 12:04 AM PDT Kerajaan Filipina menyatakan komitmen untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Malaysia mencari dalang di sebalik pencerobohan pengganas di beberapa kawasan di Sabah. Menurut laporan Utusan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin di Putrajaya semalam. Teman yakin kerajaan Filipina juga ingin mencari punca sebenar berlakunya pencerobohan "Sultan Sulu" ke atas Sabah. Teman rasa ada orang tak senang duduk dan tidur tak lena. Maklum la, sikit masa lagi akan dapat diberkas dengan bukti-bukti yang ada pada perisikan Filipina. Teman difahamkan pencarian bukti tambahan sedang giat dibuat dengan kerjasama antara perisikan kedua-dua negara.. Sama-sama kita tunggu. |
| BREAKING NEWS : Filipina Failkan Pertuduhan Jenayah Terhadap 'Tentera Diraja' Sultan Sulu Posted: 14 Mar 2013 11:46 PM PDT Jabatan Keadilan Filipina akan memfailkan pertuduhan jenayah terhadap 38 orang yang dipercayai menjadi 'tentera diraja' dan pengikut Sultan Sulu. Setiausaha Keadilan Leila Delima berkata kes provokasi untuk berperang, motif untuk membuat serang balas, memiliki senjata api secara haram dan melanggar larangan senjata api yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (Comelec) akan difailkan sebelum perbicaraan pada Jumaat. Beliau berkata prosiding inkues terhadap 38 mereka telah diadakan petang Khamis. Prosiding inkues adalah penyiasatan formal dan ringkasan yang dijalankan oleh pendakwa raya dalam kes jenayah yang melibatkan orang-orang yang ditangkap tanpa waran dengan tujuan menentukan sama ada dia perlu kekal di bawah jagaan dan akan didakwa di mahkamah. 38 mereka akan ditahan di Panlima, Tawi-Tawi, kata De Lima. Mereka dikatakan menjadi pengikut Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah dipintas oleh Tentera Laut Tawi-Tawi pada Rabu dengan memeiliki senjata selepas dilihat melarikan diri dari Sabah. Pintasan terhadap kumpulan itu dibuat sebulan selepas Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya melintasi Lahad Datu dari Tawi-Tawi melalui bot laju pada 9 Februari sebagai membuat tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah. Lebih 60 orang dilaporkan terbunuh sejak itu, sembilan daripada mereka anggota pasukan keselamatan Malaysia. Kapal Tentera Laut Filipina PS38 memintas bot pertama yang membawa 18 lelaki dan seorang wanita di perairan Pulau Omapoy pada pukul 6.35 pagi Rabu. Bot kedua yang mengangkut 18 yang lain di perairan Pulau Andulingan dihentikan kira-kira sejam kemudian. Kedua-dua pulau berada dalam kumpulan Tawi-Tawi, kata De Lima. De Lima berkata mereka dikenal pasti sebagai ahli RSF, dan ini telah disahkan oleh beberapa saksi. Agbimuddin tidak berada di kalangan mereka. "Daripada tanda-tanda ini mereka berkemungkinan adalah sebahagian daripada kumpulan Raja Muda yang pergi ke sana dan kemudian terlibat dalam konflik dengan pasukan Malaysia dan kemudian kembali ke sini, dan salah seorang daripada mereka telah tercedera,'' De Lima memberitahu sidang akhbar pada Rabu. Pengikut Agbimuddin telah dibawa ke kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh pasukan dari Biro Penyiasatan Kebangsaan dan Penyiasatan Jenayah Polis dan Kumpulan Polis Detektif Kebangsaan Filipina. - Philippine Daily Inquirer / ANN |
| BREAKING NEWS : Polis Periksa Tempat Penyimpanan Senjata Pengganas Posted: 14 Mar 2013 08:32 PM PDT Sepasukan polis hari ini memeriksa kawasanTanah Perkuburan Kampung Panji di sini dipercayai tempat simpanan senjata api oleh kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Simunul 2 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata pemeriksaan pada 6.30 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat awam sejak beberapa hari lepas. "Hasil pemeriksaan kita, polis tidak menemui sebarang senjata api. Saya harap penduduk tidak panik, kerana ia merupakan pemeriksaan biasa," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan kira-kira 100 anggota polis dari unit VAT 69, Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna juga bertujuan mengumpul bukti terhadap kegiatan pengganas sejak beberapa minggu lepas. Sementara itu, seorang penduduk Jurikun Borneo, 54, berkata ketika beliau sedang membuka kedai runcitnya pada 6.30 pagi beliau melihat sepasukan polis sedang memeriksa tanah perkuburan dengan menggunakan beberapa alat pengesansenjata. "Saya nampak sekejap sahaja, tapi ramai anggota polis memeriksa tanah perkuburan itu," katanya. - BERNAMA |
| VIDEO Bagaimana Tian Chua Jadi Babi Panggang! Posted: 14 Mar 2013 07:09 PM PDT Aduyaaii!!! Report polis dah beribu ke atas Tian Chua ni. Bila nak dakwa, mula lah macai-macai PR buat cerita yang UMNO nak aniaya Tian Chua Babi ni. Apa la BODOH! Ada jugak Melayu BODOH sokong Tian Chua Cina Babi ni. Malaysia ada undang-undang der! Tian Chua ni kebal undang-undang ker? Kome ingat jadi pambangkang akan kebal dengan undang-undang negara. Kepala HOTAK KAU!!! Kome tengok la video Tian Chua jadi babi panggang! Kesian... |
| PANAS! Mazlan Aliman Tak Nak Berceramah Kat Sini Ke? Posted: 14 Mar 2013 05:56 PM PDT Felda menyalurkan pelbagai bantuan berjumlah kira-kira RM120,000 kepada peneroka dan keluarga mereka termasuk penduduk kampung serta anggota keselamatan, di Felda Sahabat, berhampiran Kampung Tanduo berikutan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah. Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, sejak berlakunya insiden pencerobohan itu, Felda telah bertindak menyalurkan pelbagai bantuan kepada peneroka dan keluarga mereka serta penduduk kampung yang terlibat. "Beberapa pegawai Felda telah dihantar ke sana bagi menguruskan bantuan makanan dan minuman serta bantuan lain kepada peneroka dan penduduk kampung berkenaan. "Setiap bantuan yang disalurkan mengikut nasihat anggota keselamatan bagi memastikan keselamatan semua termasuk peneroka dan keluarga mereka terjamin," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis. Difahamkan, sumbangan makanan dan minuman disediakan oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda, sebuah persatuan yang dianggotai oleh penerokawati di Felda. Antara bentuk bantuan lain yang disalurkan Felda termasuklah kemudahan tandas bergerak, sistem perairan dan pengurusan bekalan yang berkaitan dengan tenaga elektrik. Difahamkan, terdapat kira-kira 3,500 ahli keluarga peneroka termasuk 872 peneroka, yang tinggal di kawasan penempatan antara Felda Sahabat 1 dan 5. Manakala kawasan Felda Sahabat 16 iaitu kawasan yang paling hampir dengan tempat pertempuran dan pencerobohan kumpulan Sulu, diuruskan oleh anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang tidak melibatkan peneroka. Mengenai bantuan atau kemudahan lain, Mohd Isa berkata, ia bergantung pada keadaan di sana dan nasihat daripada anggota keselamatan. "Kita juga menunggu laporan daripada pegawai Felda di sana mengenai situasi yang dihadapi peneroka yang berada di Felda Sahabat," katanya. Ditanya mengenai sama ada terdapat penafsiran berbentuk bantuan lain atau pampasan untuk peneroka yang menerima kesan daripada insiden yang berlaku di Lahad Datu, Mohd Isa berkata, tiada perancangan mengenainya pada masa ini. "Kita perlu tunggu dahulu laporan daripada pegawai-pegawai di sana. Setakat ini, belum ada maklumat yang memerlukan kita untuk mengadakan rancangan itu. "Dalam keadaan sekarang di Lahad Datu, para pegawai sukar untuk membuat sebarang tafsiran. Ini bergantung pada keadaan dan keperluan sekiranya perlu. Jika ada perancangan yang lain, kita akan maklumkan kemudian," katanya. Difahamkan, FGV turut memberikan sumbangan kepada peneroka dan keluarga mereka serta penduduk kampung di sekitar gugusan Felda Sahabat. Mohd Isa berkata, aktiviti peneroka di Felda Sahabat pada masa ini berjalan seperti biasa. "Tengok tempat dan keadaan, kalau tempat itu pihak polis dan tentera kata boleh beroperasi kita akan jalankan tapi kalau kata tidak boleh, kita tak jalan," katanya. mstar |
| Operasi ‘Sabah Nak Hilang’, Antara Pendekatan Huru-Harakan Negara Posted: 14 Mar 2013 04:00 PM PDT Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan. Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan. Ucapan pemimpin 'anugerah tuhan' (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam. Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya? Walhal secara rational dan warasnya senario di 'arab spring' amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh 'apple-to-apple comparison'. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut 'don't judge a book by its cover' yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis. Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam 'manifesto bukan janji' yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini. Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian 'Sabah Nak Hilang', perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius. Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri. Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak. |
| PKR Masih Cuba Politikan Isu Lahad Datu Untuk Selamatkan Anwar Posted: 14 Mar 2013 03:00 PM PDT Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara. Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina. Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata. Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban. Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan. Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar. "Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita. Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara. "Kita tidak sepatutnya…arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan. Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo. Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban. Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah. Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut. Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'. Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu. "Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya. Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat. Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu. "Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya. Suara Generasi Baru |
| Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara. Posted: 14 Mar 2013 02:00 PM PDT Kenyataan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad ketika diajukan soalan mengenai pandangannya terhadap Manisfesto yang diwar-warkan pihak Pakatan Pembangkang untuk kempen pilihanraya ke-13 ini, beliau menjawab, "negara akan muflis". Sambil tersenyum, beliau berkata "pembangkang kata manifesteso ini bukan janji".. Menambah lebih lanjut, beliau menjelaskan bahawa nasib Malaysia sekiranya manifesteso itu berjaya di laksanakan, kita akan menjadi seperti negara Greece yang berbelanja besar sehingga berhutang melebihi pendapatan, akhirnya negara kesatuan Eropah itu, jatuh muflis! Ujar Tun Mahathir lagi, sepertimana yang terkandung di dalam buku jingga mereka mencadangkan penurunan beberapa cukai dan berbelanja lebih, ini menjejaskan perolehan negara. "Negara dapat hasil sedikit, tapi yang keluar banyak"… Penelitian seorang yang berpengalaman dalam soal urus tadbir negara serta telah berjaya menyelamatkan krisis kewangan yang melanda Malaysia ketika dahulu, bagaimana mahu kita bidas pandangan daripada orang seperti Tun Mahathir ini? Bukan sahaja telah berjasa kepada negara, beliau juga antara individu yang paling diyakini kerana sering kali diundang oleh negara-negara luar, untuk membantu negara mereka meningkatkan taraf ekonomi. Sebab itu, agenda yang dibawa oleh pembangkang ini melalui manifesto mereka, wajar kita tolak kerana dilihat sekadar mahu memancing pengundi pada PRU-13. Adakah ini "gula-gula"? Manifesto bukan janji kata mereka, tapi apa yang pasti jika di laksana, muflis lah jadinya. Maka tidak hairanlah Tun memberi tafsiran bahawa ini adalah "kerja orang bodoh…" sebab "tak pernah lagi orang buat". PEMBANGKANG GAGAL LAGI. |
| Apa Motif Media Filipina Berbohong? Posted: 14 Mar 2013 01:00 PM PDT The Philippines Inquirer beberapa hari lalu menyiarkan laporan kononnya pihak keselamatan Malaysia telah bertindak kejam terhadap warga Filipina yang melarikan diri dari Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak apabila keganasan tercetus berikutan pencerobohan puak Sulu di Sabah. Media tersebut turut memetik kenyataan beberapa pelarian yang menceritakan kononnya mereka telah diheret keluar rumah, ditendang dan dipukul oleh pihak keselamatan Malaysia. Kononnya juga, mereka telah dipaksa berlari sepantas mungkin atau mereka akan ditembak. Menurut laporan tersebut lagi, kononnya mereka yang mempunyai dokumen yang sah, termasuk MyKad juga turut menerima nasib yang sama, malah ada yang ditembak. Sebagai rakyat Malaysia, atau warga luar yang pernah tinggal di Malaysia atau mereka benar-benar mengenali Malaysia, pasti tahu bahawa apa yang dilaporkan tersebut adalah fitnah belaka. Sifat kejam dan ganas bukanlah sifat rakyat Malaysia. Manakala pihak keselamatan negara pula telah diiktiraf antara terbaik di dunia, iaitu professional, dedikasi dan prihatin. Malaysia sudah terkenal sebagai negara pengaman, bukan pengganas. Bukan sekali Malaysia membantu dalam usaha keamanan di negara-negara lain yang berkrisis, malah berkali-kali sejak dahulu sehingga kini. Oleh itu, fitnah yang dilaporkan oleh media Filipina ini membuktikan apa yang kita syaki selama ini iaitu terdapatnya agenda yang lebih besar selain 'merampas' Sabah. Apatah lagi, apabila cerita-cerita kekejaman pihak keselamatan Malaysia ini pantas mendapat respon dari Human Rights Watch dan PBB. Kepantasan kedua-dua pihak ini memberi maklumbalas amatlah 'mengkagumkan' memandangkan mereka masih belum berbuat apa-apa mengenai nasib Palestine, Rohingya mahupun Syria yang terbukti jauh lebih dahsyat. Namun, apa yang nak dihairankan dengan 'minat' Human Rights Watch dalam isu mengenai Malaysia memandangkan organisasi itu telah lama mengambil sikap 'tidak mesra' dengan Malaysia dan secara terbuka membela Anwar Ibrahim atas alasan homoseksual merupakan hak asasi manusia. PBB juga seperti yang diketahui hanyalah satu lagi organisasi yang sering 'terpaksa' menurut perintah kuasa besar yang didalangi Zionis. Jika tidak, tidak mungkin nasib Rohingya akan begitu buruk dan tidak mungkin Palestine masih menderita. Hubungan langsung Anwar dengan Zionis bukan lagi rahsia. Beliau yang duduk bersama tokoh-tokoh Zionis di dalam beberapa organisasi dengan menggunapakai kapasiti sebagai 'wakil pihak Islam' membuktikan betapa Anwar amat 'dipercayai' oleh musuh Islam itu. Mungkin kepercayaan itu berkait rapat dengan kesediaan Anwar menandatangani 'Annapolis Summit 2007' yang mengiktiraf Negara Israel. Walaupun penyokong Anwar di Malaysia sedaya upaya cuba menafikan kaitan dan keakraban Anwar dengan Zionis tetapi, mereka tidak sedar yang Anwar sendiri tidak pernah menafikannya. Malah, Anwar bangga Wolfowitz dan Al-Gore merujuk kepada dirinya sebagai sahabat. Selain itu, pihak yang melakukan kerja-kerja mencetuskan huru-hara dan memburukkan kerajaan bagi pihak Anwar seperti Bersih dan Suaram juga, telah membuat pengakuan bahawa mereka menerima dana dari rangkaian Soros yang turut membiayai pertukaran rejim di mana-mana negara yang mempunyai kepentingan pihak Zionis. Tarikh yang dipilih untuk melancarkan pencerobohan dan keganasan iaitu menjelang PRU-13, mengukuhkan lagi watak Anwar Ibrahim sebagai dalang keganasan Sulu dan perkakas Zionis sekali gus sebagai manusia terpilih untuk menjadi pemimpin boneka kuasa besar di rantau ini. Kita sedia maklum kini bahawa tujuan musuh-musuh negara dan musuh Islam itu adalah untuk memastikan negara menjadi lemah dengan berlakunya pencerobohan dan keganasan. Dengan memahami motif di sebalik fitnah yang dilaporkan oleh Philippines Inquirer, maka rakyat Malaysia wajib berdiri teguh di belakang kerajaan dan bukannya berpecah belah demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara ini. Ketahuilah bahawa perancangan musuh hanya akan berjaya sepenuhnya jika kita turut membantu mereka dengan berpecah belah sesama sendiri sepertimana yang berlaku di negara-negara Arab. Namun, jika kita bersatu, memberi mandat yang kukuh kepada kerajaan, maka InsyaAllah, segala rancangan jahat mereka akan gagal sama sekali. Bersatu kita teguh, bercerai…maka kita bakal kehilangan nikmat yang dinikmati hari ini. Suara Generasi Baru |
| Rakyat Selangor Digesa Guna Kuasa Undi Martabatkan Kedudukan Melayu, Islam Posted: 14 Mar 2013 12:00 PM PDT Penduduk Selangor perlu menggunakan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang untuk mengembalikan martabat orang Melayu dan agama Islam di negeri itu yang semakin terancam, kata Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Beliau berkata usaha ini perlu dilakukan kerana kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tidak boleh diharap untuk mengubah keadaan itu. Dalam kenyataan pada Khamis Hasan mendakwa tindakan memencil dan menafikan hak Melayu dapat dilihat apabila banyak syarikat milik Melayu di Selangor sukar memajukan perniagaan mereka berbanding kaum lain. Beliau juga berkata penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang asalnya bertujuan membantu Bumiputera, telah diberi fokus baharu oleh kerajaan pakatan pembangkang untuk merebut peluang mengaut keuntungan dengan kelulusan projek hartanah di kawasan Melayu. Hasan juga berkata usaha mengurangkan arak, judi, rumah urut serta hotel murah yang menjadi sarang maksiat semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, bukan sahaja tidak mendapat sokongan tetapi turut ditentang. -BERNAMA |
| Segera!! Sampai Masa Tentera Dilengkapkan Dengan Heli Penyerang Posted: 14 Mar 2013 11:00 AM PDT OPERASI Daulat yang sedang berlangsung di Sabah sekarang, mendedahkan beberapa keperluan mendesak yang perlu diberi perhatian kerajaan untuk memantapkan lagi pertahanan Kawasan Keselamatan Khas yang baru ditubuhkan di Sabah. Antara yang penulis rasa perlu disegerakan perolehannya ialah helikopter penyerang (attack helicopter). Keadaan muka bumi negeri Sabah terutama di Lahad Datu yang berbukit bukau, jelas menyukarkan pergerakan kereta perisai Tentera Darat. Rancangan asal untuk menggunakan kenderaan jenis ACV-300 Adnan yang lebih moden, terpaksa dibatalkan kerana masalah berat. Nasib baik Tentera Darat menangguhkan untuk menamatkan operasi kereta perisai jenis Condor, dapat juga kenderaan tersebut digunakan dalam Operasi Daulat walaupun ia telah berusia melebihi 30 tahun. 'Terima kasih' juga kepada pembangkang yang membantah cadangan pembinaan 257 kenderaan 8×8 buatan tempatan dengan menggunakan teknologi kereta perisai FNSS Pars dari Turkey, sehingga program pertahanan bernilai lebih RM 8 billion itu tertangguh sehingga sekarang. Maka itu, perolehan helikopter penyerang ini wajar diteruskan semula bagi membantu pergerakkan anggota di darat. Ramai tidak tahu bahawa ATM pada satu ketika pernah cuba memperolehi sehingga satu skuadron 8 buah helikopter penyerang jenis Rooivalk dari Afrika Selatan pada tahun 1997 untuk melengkapkan skuadron 883 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). Pakej perjanjian yang turut merangkumi 2 bateri meriam berat jenis Danel G5 155mm, telah ditandatangani antara 2 kerajaan. Tapi berikutan krisis matawang yang melanda negara pada ketika itu, perolehan helikopter penyerang digugurkan dari pakej yang telah dipersetujui. Hanya perolehan meriam sahaja yang diteruskan. Sejak itu, pengeluar Rooivalk, Denel berusaha keras untuk memasarkan helikopter tersebut di negara ini melihat kepada penyertaan syarikat tersebut dalam beberapa edisi LIMA. Tapi sejak 2 edisi LIMA yang lepas, Denel sudah berhenti menghantar Rooivalk untuk dipamirkan, mungkin kerana hilang minat, selain tidak ada petunjuk kerajaan Malaysia akan menyambung semula perolehan yang tergendala pada 1997. Rooivalk dirasakan adalah satu pilihan yang sesuai. Selain mempunyai sistem persenjataan dan navigasi yang hampir sama (walaupun tidak sehebat) dengan pesaingnya, Apache, tapi satu kelebihan Rooivalk yang menarik minat PUTD dahulu ialah kerana ia mudah diselenggara, walaupun tanpa fasiliti yang lengkap. Kehebatan Rooivalk tidak boleh diketepikan kerana helikopter ini tersenarai sebagai antara 2 calon terakhir dalam program helikopter penyerang tentera Turki, ATAK. Program itu bagaimanapun dimenangi oleh firma dari Italy, Agusta dengan pesawat A129. Selain itu, kerajaan juga ada pilihan helikopter penyerang lain seperti T-129 Mangusta (Agusta Westland), KA-52 BlackShark (Kamov), EC665 Tiger (Eurocopter) selain AH-64 Apache (Boeing) sendiri. Bercakap tentang KA-52, sistem komputer helikopter ini boleh dihubungkan dengan pesawat SU-30 MKM yang telah diperolehi TUDM untuk memudahkan lagi kordinasi serangan. Suara Generasi Baru |
| Maklumat Disalur Penduduk Untuk Jejaki Saki-Baki Pengganas Sulu Menggalakkan Posted: 14 Mar 2013 10:00 AM PDT Bilangan maklumat yang disalurkan penduduk Semporna untuk membantu anggota keselamatan menjejaki saki-baki militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dari Sulu amat menggalakkan, kata Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah. Mohd Firdaus berkata setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan diperiksa bagi memastikan kesahihannya. "Saya amat berterima kasih kepada penduduk Semporna yang amat prihatin. Setakat ini maklumat yang disampaikan cukup menggalakkan. Inilah satu kerjasama yang baik di antara polis dan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Mohd Firdaus bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin kerana ia boleh menimbulkan keresahan dan ketidaktentuan di kalangan masyarakat. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai sesuatu maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pengesahan dan bukannya menyebarkannya kepada orang lain. "Cuma saya minta kepada semua supaya jangan main-main (buat gurauan) ketika menyampaikan maklumat kerana ia bukan sahaja menyusahkan polis tetapi juga rakyat," katanya. Beliau mengulas khabar angin kononnya berlaku tembak-menembak di SMK Abdullah dan SK Bubul di sini hari ini, sehingga para pelajar diminta meninggalkan premis berkenaan. Bagaimanapun pemeriksaan polis kemudiannya mendapati maklumat itu tidak benar. Dalam pada itu, Mohd Firdaus meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan kem-kem tentera atau pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) supaya tidak menceroboh kawasan larangan berkenaan. Katanya sekiranya penduduk mempunyai urusan dengan pihak tentera, mereka perlu menggunakan laluan yang disediakan dan tidak memasuki kawasan itu sewenang-wenangnya, bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. "Pada masa ini bila ada kecurigaan sahaja, semua (anggota keselamatan) akan ambil perhatian penuh tentang keselamatan. Jadi pihak tentera telah meminta saya sampaikan perkara ini kepada orang awam," katanya.-BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Apple Biru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




















No comments:
Post a Comment