Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Gambar Penganas Wanita Terbunuh! #OpDaulat #LahadDatu
- HOT INFO! #LahadDatu Zahid Hamidi Cabar 'Bangsat Negara' Turun Ke Lahad Datu!
- HOT INFO! #LahadDatu Dua Keping Gambar Pengkhianat Di Dedahkan! #PrayforSabah
- INFO TERKINI! Lagi Pertempuran, Ketua Penganas Di Kepung! #LahadDatu #Pray4Sabah
- HOT! Sabri Menjawab Fitnah Mazlan Aliman Pada Saham #FGVH!
| HOT INFO! Gambar Penganas Wanita Terbunuh! #OpDaulat #LahadDatu Posted: 13 Mar 2013 07:50 AM PDT Tak sangka ada penceroboh wanita dikalangan penganas tu. Mc tunjukan gambar ni bukan untuk suka-suka. Mc nak tunjuk pakaian yang penganas tu pakai. Sebelum ni ada yang pertikaikan gambar mayat penganas yang tak pakai baju uniform tentera mereka. Korang tengok penganas wanita yang dibunuh ni ada pakai baju uniform ke? Dah tentu mereka menyamar, menjadi rakyat biasa untuk lepaskan diri. Mereka ni boleh buat apa saja, nama pun gerilla. Jadikan ini pengajaran.. Doakan anggota keselamatan kita selamat berjuang.. |
| HOT INFO! #LahadDatu Zahid Hamidi Cabar 'Bangsat Negara' Turun Ke Lahad Datu! Posted: 13 Mar 2013 05:37 AM PDT Mc panggil orang yang kutuk perwira yang meninggal tu 'bangsat negara' jadi sesiapa yang khianati negara, dia umpama bangsat dalam Malaysia. Mana-mana pihak yang berterusan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara dalam Ops Daulat diminta mendaftar diri ke kawasan operasi berkenaan bagi berdepan dengan pengganas Sulu bersenjata. Kenyataan tegas itu dibuat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat mematahkan serangan pengganas di Sabah. "Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi berkenaan. "Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini, katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi semasa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Wisma Pertahanan, di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, walaupun mendapat kritikan dan hinaan, moral pasukan keselamatan negara dalam melaksanakan Ops Daulat masih tinggi. "Untuk itu saya juga berharap perkara sama dapat diterjemahkan oleh rakyat, jelasnya Mc menyokong penuh saranan Menteri Pertahanan kita ni. Orang pertama yang patut kita hantar ialah Tian Chua, kemudian sekutu bangsat yang selalu dok anggota keselamatan kita tu. Puak penghina anggota keselamatan ni patut turun ke lapangan, kita tengok apa jadi bila dorang berdepan dengan penganas. McTheory: Kita tengok geng pandai cakap ni kencing dalam seluar dulu.. |
| HOT INFO! #LahadDatu Dua Keping Gambar Pengkhianat Di Dedahkan! #PrayforSabah Posted: 13 Mar 2013 02:17 AM PDT KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, 'Jeneral' Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan. Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai 'Jeneral' Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan. Sekeping gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran. Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu 'Jeneral' Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu. Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut. Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas. - Mynewshub.my |
| INFO TERKINI! Lagi Pertempuran, Ketua Penganas Di Kepung! #LahadDatu #Pray4Sabah Posted: 12 Mar 2013 11:36 PM PDT Krisis di Lahad Datu belum pun tamat. Ops Daulat kini memasuki hari ke-9 dan pihak keselamatan memberi tumpuan di kawasan sekitar Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Anggota Keselamatan Negara yakin ketua penceroboh, Azzumudie Kiram bersama lebih 30 orang pengikutnya masih berada dalam kawasan kepungan pihak keselamatan negara. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dia yakin ketua penceroboh itu tidak akan meninggalkan kumpulan pengganas tersebut bagi memberikan arahan seterusnya. Pihak keselamatan yakin akan dapat menumpaskan pengganas dalam masa terdekat. Sementara itu dalam Ops Daulat hari ke-8 mencatatkan seorang anggota tentera terkorban, manakala pagi tadi, seorang lagi cedera parah selepas ditembak kumpulan pengganas Sulu dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati dua pengganas Sulu. Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah. Pihak keselamatan percaya perbuatan serang hendap itu adalah untuk melemahkan semangat anggota keselamatan bagi meneruskan ops Daulat. Bersama-samalah kita berdoa agar anggota keselamatan kita selamat berjuang. Iringi mereka dengan doa, bukan fitnah! |
| HOT! Sabri Menjawab Fitnah Mazlan Aliman Pada Saham #FGVH! Posted: 12 Mar 2013 10:05 PM PDT Mazlan Aliman memfitnah lagi, ternyata apa yang diperkatakanya tidak benar sama sekali dari fakta penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Mazlan Aliman seperti orang hilang akal, mengadu domba merata tempat dengan fitnah tanah peneroka tergadai. Presiden FGVH, Datuk Sabri Ahmad berkata, segala yang disampaikan oleh Mazlan kepada media itu tidak tepat dan sangat bercanggah dari realiti penyenaraian syarikat tersebut. Beliau berkata, Mazlan mengutarakan empat kerisauannya mengenai penyenaraian FGVH mengikut kaca matanya iaitu tanah Felda Plantation yang dikatakan akan dipajak, modus operandi Felda Plantation Industries (MPI), isu 'durian runtuh' dan penubuhan sebuah syarikat khas (SPV). Menurut Sabri, tanah seluas 360,000 hektar yang terlibat dalam penyenaraian tersebut melibatkan tanah Felda Plantation yang diserahkan kerajaan kepada Lembaga Felda pada tahun 1990 dan tidak sekali-kali melibatkan 500,000 hektar tanah milik para peneroka di seluruh negara. "Premium tanah milik Felda Plantation tu semua dibayar oleh Felda, bukan free (percuma). "Saya nak tekankan di sini bahawa tanah Felda Plantation tu bukannya dipajak seperti yang dikatakan Mazlan Aliman, tanah tu di sewa…FGVH sewa dari Felda..kita bayar..kita sewa dalam jangka masa panjang..jadi ia milik kekal Felda," tegas Sabri. Justeru itu beliau berkata, kenyataan Mazlan yang kononnya tanah Felda Plantation tersebut akan tergadai itu sepatutnya tidak timbul memandangkan faktanya tidak benar sama sekali. Selain itu, Sabri melahirkan rasa hairan dengan kerisauan AJK Pas Pusat itu mengenai modus operandi MPI yang dikatakan akan berubah dan tidak menyebelahi kepentingan para peneroka. "Selama ini MPI tu saya yang uruskan, modus operandinya tak berubah sama saja sama ada sebelum penyenaraian atau selepas penyenaraian (FGVH)..termasuk harga sawit mentah, jadi apa yang Mazlan Aliman takutkan sangat? "Tak berbeza, tak bertukar, saya pun tak tahu apa yang dia risaukan sangat," katanya lagi. Sebenarnya Mc pun pelik dengan Mazlan ni, mungkin dia ni sakit jiwa. Atau pun mengalami masalah kemurungan yang amat sangat. Sebab tu dia selalu bersifat negatif dan bersangka buruk. Pesanan pada peneroka dan rakyat Malaysia, jika ada sesuatu berita buruk mengenai Felda atau FGVH, hubungi pihak yang bertanggung jawab, jangan cepat percaya, sebab syaitan mencucuk dimana-mana. McTheory: Kalau Syaitan tu nama Mazlan Aliman, lagi la jangan percaya, jahat tuu.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment