BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! GAJI BARU TENTERA DAN POLIS !!! RAFIZI LEMBU MEROYAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 13 Mar 2013 04:00 PM PDT


Seaman manapun sesebuah negara,pasukan polis dan tentera wajib diberi keutamaan.Ini kerana keamanan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas bahu kepimpinan,tetapi separuh daripadanya adalah terletak pada elemen yang tidak mampu dijangka.Jenayah dan ancaman keganasan dari dalam dan luar negara bukan sesuatu yang boleh dianggarkan dari segi jumlah dan masa seperti menganggarkan pendapatan atau perbelanjaan negara.Justeru,perancangan dan strategi keselamatan dan pertahanan hanya boleh dibuat dengan mengambilkira senario terburuk.Oleh yang demikian,pembelian senjata-senjata dan alat-alat canggih untuk pertahanan dan keselamatan tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana pihak.saya amat kesal apabila pembangkang sering menjadikan kos pembelian alatan dan senjata pertahanan serta keselamatan negara sebagai isu.Malah,lebih dikesalkan lagi apabila mereka seolah-olah sengaja mengumpan agar kerajaan mendedahkan butir-butir terperinci maklumat pertahanan dan keselamatan.

Beberapa kenyataan mereka dilihat sebagai merbahayakan negara,terutama apabila mempersoalkan kegunaan dan membangkitkan mengenai kelemahan senjata atau alat pertahanan yang ada.Tidak cukup dengan itu,pembangkang juga giat menghasut rakyat agar membenci pihak polis.Setiap kes jenayah dilapor dan digembar-gemburkan manakala setiap kejayaan besar pihak polis dipandang sepi. Dalam banyak kes, polis digambarkan sebagai jahat dan penjenayah dibela oleh pembangkang, terutama yang melibatkan 'orang mereka'.Sehinggakan apabila negara diceroboh dan kedaulatannya diancam,pembangkang masih terus membawa sikap memusuhi,memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan dan pertahanan negara.Jika ini bukan satu pengkhianatan,maka apakah ia ??? Maka,kita tidak hairan apabila terdedahnya penglibatan pembangkang dengan pengganas yang menceroboh negara ini.Bagaimanapun,kita wajar mengucapkan Alhamdulillah kerana ketika pembangkang mengguris dan meremukkan hati keluarga wira-wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna, kerajaan Barisan Nasional bertindak pantas memberi pengiktirafan ke atas pengorbanan mereka.Kenaikan pangkat diberi kepada yang pergi,bukan sahaja sebagai mengenang jasa tetapi juga bagi membolehkan balu-balu mereka menikmati imbuhan tambahan bagi menampung hidup tanpa ketua keluarga.

Lebih dari itu,kesemua pasukan tentera dan polis juga kini menikmati pelarasan gaji setara dengan penjawat awam yang lain sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri.Harapan kita agar keprihatinan Perdana Menteri ini membuatkan mereka tidak luntur semangat untuk terus menjaga keamanan negara demi kita semua.Persetankan kata-kata penghinaan yang dilemparkan puak pembangkang seperti rafizi lembu kerana yang hinanya adalah mereka,bukan pasukan polis dan tentera kita.Buat Rafizi,stoplah sekejap berpolitik dan biarlah polis dan tentera terima kenaikan gaji mereka dengan hati yang gembira.Entah esok atau lusa,nyawa mereka sentiasa menjadi taruhan dalam menjaga keamanan negara ini.Bukti yang paling dekat,manusia yang paling kuat menghina polis iaitu Tian Chua,telah terpaksa 'memakan najis sendiri' apabila meminta bantuan polis untuk menyelamatkan diri dari dibelasah rakyat yang cintakan negara dalam satu program ceramahnya.Pembangkang kini menerima tamparan hebat apabila strategi jahat mereka memakan diri.Rakyat kini melihat sendiri betapa murninya tugas mengawal keselamatan dan keamanan negara,yang mana bukan semua manusia mempunyai keberanian atau kemampuan untuk memikulnya.Rakyat juga menggeleng-gelengkan kepala melihat betapa hinanya pembangkang Malaysia yang sanggup mengkhianati negara sendiri,memperjudikan nyawa rakyat termasuk penyokong sendiri,menyebabkan pasukan keselamatan negara terbunuh dan kemudiannya memperlekeh dan menghina kematian mereka pula.Jika pembangkang bukan syaitan,maka apakah mereka ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! LAHAD DATU CRISIS !!! FORGET THE ATTROCITY ALLEGATIONS AND LET US REBUILD LAHAD DATU !!!

Posted: 13 Mar 2013 12:00 PM PDT


So Manila is now claiming that we are on the wrong for allegedly beating up Filipinos resulting in thousands fleeing Sabah to their homeland.Manila got the report from those purportedly experienced such atrocious treatment from our security men who are still cleaning up the remnants of the Sulu terrorists who had mutilated our dead security personnel without any feelings of guilt nor mercy.Malacanang on Sunday reportedly said it condemned the reported abuses suffered by Filipinos at the hands of Malaysian police in the crackdown on followers of the sultan of Sulu in Sabah.The Department of Foreign Affairs (DFA) is verifying the report published by the Inquirer Sunday based on the accounts given by Filipinos fleeing violence sparked by the intrusion of the followers of Sultan Jamalul Kiram III into Sabah.Lets forget these reports and focus on our soveriengty and dignity as a nation and we continue to guard our shores from illegals immigrants from Southern Philippines,who have been ferrying people to and fro to earn a living.Ironically,those who reported of atrocities are those who have been statying here long enough to earn identity cards and of course,with children getting education here.

Why the sudden change of attitude when they got back to their homeland ??? Didn't they think Malaysia is their homeland since they already got their permanent resident cards ??? But whatever it is,we should not entertain any of such allegations and the turn around of the Pinoys because we have a lot to do.We want Sabah to develop on par with the peninsular and we want Sabahans,irrespective where their roots were from to enjoy the benefits of development,to make them feel as Malaysians and live a normal life as normal Malaysians and now back in their homeland,they claimed they have been ill-treated following the Lahad Datu incident and they forgot the benefits they have enjoyed while in Lahad Datu,the luxury that they dreamt off but never tasted it in their homeland.Never mind about that,we will not ask back anything but the only thing we want is the truth.we want them to tell the truth,not lie according to their needs.One of Kiram's younger brother called for 'Muslims to Muslims' talk between them and Malaysia.Why raise the Muslims issue now ??? Why never even thought about that when they sent their army here and shot our security personnel ??? Why stayed persistent when Prime Minister Datuk Seri Najib gave the chance for negotiations ??? Why now when they are losing and running without leader as their commander Musa was shot dead that they raise their Muslims issue and at the same time continue to run-down Malaysia with allegations of brutality and atrocity ??? Kiram and gang are simply taking advantage of what is happening, upon instigation from someone because they have never focus their target on Sabah all along until recently.The question is who – considering someone here is singing a song Tanya Sama Najib happily – even before the attack by the terrorists.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! ISU SUMPAH LAKNAT !!! KISAH SEBENAR PENCACAI PR AKA TULANG BESI MEROYAN KAW-KAW DIDEDAHKAN !!!

Posted: 13 Mar 2013 09:08 AM PDT



Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya,seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim,Azlan Mohd Lazim.Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu,kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan 'alat' orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar.Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan,blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal Malaysia Waves bagi membela puak-puak 'Anwarinas' atau kumpulan Endorgan di dalam Pas.Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu,dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai 'Melayu Bodoh'.Yang menariknya,tindakan kurang matangnya itu,turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petugas media yang cenderung kepada pembangkang. 

Maklumlah isu sumpah laknat ini sering menghantui Anwar,kerana sehingga kini dia masih gagal bersumpah untuk membersihkan dirinya dari pelbagai isu.Jadi sudah pasti tindakan sekumpulan wartawan yang meminta Azlan membuat perkara yang sama mengundang kemarahaan mereka.Lebih mengelikan hati ialah,hujah yang digunakan kononnya sumpah laknat tidak ada di dalam Islam sedangkan sebelum ini dia juga turut mengunakan pendekatan untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah.saya tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai blogger upahan pakatan pembangkang ini,kerana sudah menjadi lumrah untuk pencacai mempertahankan 'makluk' yang bernama Anwar Ibrahim.saya kini di lahad datu,baik saya beri anda info terkini di lahad datu.tapi apa yang menariknya ialah,blogger tersebut sebelum ini pernah dikatakan antara 12 kumpulan bloggers 'belaan' yang menerima bayaran bulanan dari salah seorang pimpinan di dalam PKR.Tugas mereka mudah,fitnah dan maki semua pimpinan BN/Umno dan di masa yang sama 'bela dan angkat' Anwar setinggi mungkin.Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah,mengapa dia begitu takut dengan persoalan untuk meminta Azlan agar bersumpah laknat ??? kenapa pula timbul pasal isu duit ??? anda nampak di situ wahai pembaca Badut Rakyat ???

Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan berani kerana benar atau mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat ??? Bukan apa,sebab ramai orang di luar sana yang masih tertanya-tanya dan sangsi dengan kenyataan bapa Saiful yang cuba 'korner baring'.Tambahan pula sidang akhbar tersebut telah di atur oleh ahli parlimen Sungai Petani dari PKR,Johari Abdul.Jadi semua persoalan ini semakin menimbulkan keraguan dan tanda tanya yang perlu dijawab.Sudahlah sidang akhbar tersebut diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan yang peliknya Johari selaku penganjur pada hari itu, hanya menjemput sebilangan kecil media-media yang terpilih (pro pakatan pembangkang) sahaja.Sedangkan umum mengetahui pimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu 'gila glamour' terutama dalam hal berkaitan media kerana kemaruk untuk mendapatkan publisiti.Tambahan pula,mereka sedar dengan perangai Anwar yang sering tidak menentu dalam banyak perkara terutamanya dalam memilih calon PKR.Mana-mana pemimpin PKR yang dilihat tidak banyak membantu serta kurang membela Anwar,dikatakan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.Ini kerana Anwar sedar mereka yang kurang memperlihatkan sifat fanatik terhadapnya,bakal menjadi liabiliti di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri.Tambahan pula,sejarah telah membuktikan ramai dikalangan pimpinan dan wakil rakyat PKR yang telah melompat,kerana hilang kepercayaan kepada dirinya.Jom sama-sama kita saksikan pencacai pembangkang yang meroyan berhubung isu sumpah laknat,video di atas dan anda lihat macam mana pencacai PR ini meroyan.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENDEDAHAN TERBARU BUKTI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI DALANG KEGANASAN SULU TERSEBAR !!!

Posted: 13 Mar 2013 05:06 AM PDT


Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika 



Dreaming of Sabah…? 

——————– 

(C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim,described as an "old friend" of Misuari's.Over the past several months,Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, according to Jainal and Dolorfino.During an April 10 meeting,a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia's domestic politics,Dolorfino said. According to Jainal,Misuari promised Badawi's representative that he had no intention of getting involved in Malaysia's internal affairs. 

Ternyata,hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan 'diplomatik' kerana Anwar telah digambarkan sebagai 'kawan lama' oleh Misuari.Malah,pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan 'orang-orang' yang kontroversi,termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam.Sebelum ini,pembunuh Umat Islam,iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai 'sahabat baik'.Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri,demi persahabatan yang ikhlas.Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara.Selain itu,secara logiknya,tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita,sebagai Ketua Negara ini. 

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar 'mengganggu' pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai 'Arab Spring' dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan.Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah,Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya,malah dalam kes mahkamahnya.Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah iaitu,negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu,kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita,saya tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya.Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.Namun,apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya,mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini. Justeru,kenapa kita nak hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu ??? Bukankah Arab Spring yang di idam kan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya ??? Maka,sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan,apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARAKAH SEKALI LAGI MENIPU RAKYAT MALAYSIA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Mar 2013 01:30 AM PDT


Walaupun pernah dikecam hebat oleh perwakilan Pemuda Pas di dalam Muktamar Tahunan yang diadakan tidak lama dahulu,Harakah Daily yang merupakan portal berita dan lidah rasmi parti itu nyata tidak serik dan bermuhasabah.Perwakilan Pemuda Pas sebelum ini mengecam hebat peranan yang dimainkan oleh Harakah Daily kerana dilihat sebagai gedung fitnah serta menjadi alat dalam melaga-lagakan pimpinan Pas.Ekoran daripada itu,Muktamar Dewan Pemuda Pas yang bersidang telah meluluskan dengan sebulat suara usul mendesak agar pimpinan pusat menstrukturkan semula sidang editorial parti itu.Malah mereka juga turut mendesak agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah.Namun setelah hampir sekian lama,usul yang diluluskan itu hanya dipandang sepi oleh kepimpinan Pas pusat yang merasakan ia bukan satu isu yang mendesak.Malah lebih mengecewakan kepimpinan pemuda Pas bila mana,Hadi Awang selaku Presiden parti telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh dan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh Harakah selama ini. 

Mengikut sumber, ekoran pendirian yang dikeluarkan oleh Hadi itu,ramai ahli dan penyokong Pas khususnya 'orang muda' telah mula memboikot portal tersebut sebagai satu pendekatan bagi menyuarakan bantahan.Mereka merasakan kredibiliti dan kandungan berita yang dilaporkan lebih menjurus untuk kepentingan sesetengah pihak demi survival politik sempit.Peralihan minat pembaca setia lidah rasmi Pas ke portal-portal yang dilihat lebih 'neutral' telah menyebabkan 'hits' harakah merudum jatuh dan perkembangan itu telah menyebabkan sidang editorial gusar dan tidak senang duduk.Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengembalikan semula kredibiliti dan minat pembaca agar terus menjadikan Harakah sebagai medium rujukan utama.Oleh yang demikian saban hari,mereka mengunapakai strategi untuk 'membunuh' portal-portal pembangkang lain yang dilihat tidak sehaluan dan cuba melawan arus.Terbaru,mereka berusaha untuk cuba menyakinkan pembaca kononnya,pengendali portal suarapakatanrakyat.com adalah milik Bn/Umno.Ia secara tidak langsung akan menimbulkan keraguaan di kalangan pembaca dan kembali menjadikan harakahdaily sebagai sumber rujukan. 

Pendekatan menyerang mana-mana portal pembangkang yang 'tidak sehaluan' itu juga secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan peranan Harakah terus relevan dalam berdepan dengan media arus perdana dan portal-portal pro-kerajaan.Sedangkan semua sedia maklum,mengenai pengakuan yang telah dibuat oleh mantan Ketua Pengarang suarapakatanrakyat tidak berapa lama dahulu yang mendedahkan mengenai penglibatan Anwar secara langsung dengan portal tersebut.Ketua Pengarang tersebut juga dilaporkan berkata,hanya dia dan Anwar sahaja yang tahu mengenai hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh portal tersebut.saya tidak berhasrat untuk membela portal tersebut,kerana merasakan kedua-dua portal tersebut (harakahdaily dan suarapakatanrakyat) adalah merupakan 'sampah' yang tidak mempunyai sebarang nilai.Laporan berita yang dimuatnaikan juga tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh di sandarkan,tambahan pula keduanya sering melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan.Cuma apa yang menarik ialah,permainan politik yang digerakkan untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain walaupun berkongsi objektif dan motif yang sama.Kesimpulannya kedua-dua portal dan gedung fitnah tajaan pakatan pembangkang ini wajar ditutup diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...