CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GAMBAR] Shahidan Kassim BAYAR DENDA FAM guna DUIT SYILING di KELANA JAYA

Posted: 15 Mar 2013 02:50 AM PDT

Berhubung dengan kes YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim yang melanggar artikel 88, beliau telah melunaskan denda sebanyak RM 39,869.00 di Wisma FAM Pagi ini. 
Walaubagaimana pun, beliau memutuskan untuk membayar wang denda menggunakan duit syiling sebagai tanda ketidakpuasan hati belau terhadap FAM.
Wang syiling yang bernilai lebih RM39 ribu telah disampaikan oleh wakil beliau saudara Hamunir Bin Hamzah, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis (PFA). Wang syiling tersebut disampaikan terus kepada wakil FAM Dato Haji Fuad Bin Daud, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.
Turut hadir menunjukkan bantahan berhubung kes yang menyebabkan Shahidan Kassim digantung jawatannya dalam FAM dan PFA ialah seramai lebih 40 orang penyokong tegar bola sepak Negeri Perlis. Satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan pintu masuk Wisma FAM.
 

Walaubagaimana pun, demonstrasi tersebut berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku. Semua penyokong yang datang dari Perlis mengambil inisiatif menggunakan wang perbelanjaan sendiri. Masing-masing hadir bagi menunjukkan bantahan dan ketidak puasan hati rakyat Perlis kepada FAM.

Masing-masing berpakaian seperti orang kampung berkain pelikat dan berbaju lusuh sambil menyandang gandar sebagai simbolik membawa wang syiling untuk diberikan kepada FAM.

YB Shahidan Kassim yang telah sekian lama menerajui bola sepak negeri Perlis dan menyumbang pelbagai bakti membuatkan penyokong-penyokong bola sepak Perlis berang dengan keputusan FAM
 

[TERKINI-GAMBAR] Sekitar PERHIMPUNAN ANWAR DALANG LAHAD DATU di Masjid Negara

Posted: 15 Mar 2013 01:27 AM PDT

Datuk Hassan Ali mengetuai bacan doa untuk para syuhada' dan keamanan negara
 
Perhimpunan mendedah dan mendesak dalang di sebalik pencerobohan bersenjata pengganas Sulu disiasat dan di bawa ke muka pengadilan.

Perhimpunan diadakah sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negara sekitar jam 2.30 petang tadi.

Antara yang hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali; Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Sebelum ini Perisikan Filipina mendakwa sekutu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang yang menghasut kumpulan Kesultanan Sulu, kumpulan bersenjata dari selatan Filipina menceroboh Lahad Datu, Sabah yang dilaporkan oleh media Filipina iaitu Philippine Daily Inquirer .

Reuters juga pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa pencerobohan tersebut berlaku atas jemputan pembangkang negara ini

Selain REUTERS, MANILA POST dan INQUIRER NEWS, sebuah portal Kanada pula membuat pendedahan berhubung pembabitan Anwar dalam pelbagai kejahatan termasuklah serangan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah. Malah portal yang berpangkalan di Kanada itu, turut mendedahkan pembabitan wang-wang Zionis dan Barat yang mencurah untuk program-program membabitkan Anwar Ibrahim seperti BERSIH dan sebagainya.







Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha dah Masuk 11 Bulan?

Posted: 14 Mar 2013 09:47 PM PDT

KL, 14 MAC 2013: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon Fasha Sandha yang dijangka akan melahirkan bayi lelaki sulungnya pada penghujung Mac atau April ini.

Seronok pula Murai Batu baca artikel Fasha Sandha di murai.com.my semalam yang ternyata teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya bersama suami Jejai.

Dalam sedang asyik membaca, Murai Batu sempat juga membaca komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca murai.com.my terhadap artikel tersebut.

Selain ucapkan tahniah tanpa henti, Murai Batu lihat banyak juga komen daripada pembaca yang seperti keliru dengan usia sebenar kandungan Fasha Sandha.

Terkejut juga Murai Batu bila membaca komen mereka.

Kebanyakan pembaca keliru dan meragui usia kandungan Fasha kerana selepas mereka membuat perkiraan sepatutnya Fasha sudahpun melahirkan bayinya pada Januari atau Februari lalu.

Mereka membuat perkiraan daripada tarikh 14 Mei tahun lalu iaitu ketika Fasha sendiri mengumumkan di akaun Twiiter miliknya yang dia sudah hamil.

Malah Fasha mengesahkan dia bunting pelamin selepas diijabkabulkan pada 27 April 2012.

Kemudian pengurusnya mengesahkan bahawa kandungannnya ketika itu sudahpun berusia 2 minggu.

Ada juga komen salah seorang pembaca yang mengatakan kandungan Fasha sudah memasuki 11 bulan lamanya dan mushkil bagaimana ianya boleh terjadi.

Murai Batu pun jadi keliru juga bila membaca komen daripada pembaca ini.

Kalau betul Fasha sebenarnya hamil lewat daripada yang diketahui umum, mengapa pula dia mengumumkan lebih awal?

Entah, Murai Batu pun tiada jawapan. Tetapi Murai Batu hanya berperasangka baik dan mendoakan agar Fasha dapat melahirkan bayi tersebut dengan selamat tidak lama lagi.

Sumber: Murai.com

[TERBONGKAR] Pengganas Sulu Rancang SERANG Ketika PRU-13, Sebahagian Rancangan TAKLUK PUTRAJAYA?

Posted: 14 Mar 2013 09:36 PM PDT

LAHAD DATU 14 Mac - Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata sekiranya serangan pengganas itu dilakukan semasa Parlimen dibubarkan, mungkin akan memberi kesan yang lebih buruk.

Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu seterusnya menyebabkan darurat.

"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihanraya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan.

Jadi jelaslah kepada kita kenapa Anwar dan Pakatan Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan ini seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa seperti Reuters, Inquirer.net, Manila Post, Risikan Manila dan Al-Jazeera.

Semua tahu bahawa Sabah menyumbangkan bilangan kerusi yang banyak kepada kemenangan Barisan Nasional, oleh itu jika di Sabah tidak dapat diadakan pilihanraya, sudah tentu bilangan kerusi BN akan jatuh merudum dan akan memberi peluang yang lebih besar kepada Pakatan Haram untuk menakluk Putrajaya.

Sebagai kesimpulan, adakah boleh kita katakan "CUBAAN MENAKLUK SABAH MERUPAKAN SEBAGAI PERANCANGAN UNTUK MENAKLUK PUTRAJAYA"?

[SILAP BODOH] KP Jab. Peng. Politeknik Wajar DITUKAR, Silap Larang Pelajar Libat Politik, Jahil Undang-Undang

Posted: 14 Mar 2013 08:31 PM PDT


Mejar (k) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi wajar ditamatkan kontrak dan ditukar dengan pegawai yang lebih berwibawa kerana telah melakukan kesalahan bodoh dan tidak masuk akal dengan melarang pelajar berkempen dalam pilihanraya umum akan datang.

Pindaan AUKU, Akta IPTS dan Akta 174 yang melibatkan politeknik telah dilaksanakan pada tahun 2012, telah diluluskan di Parlimen dan telah diwartakan. Sungguh malang apabila YB Menteri Pengajian Tinggi yang telah terlibat secara langsung dalam perbahasan di Parlimen semasa pindaan tersebut tetapi seorang pegawai tinggi Kementerian langsung tidak ambil tahu dan hanya menganggap tindakan YB Menteri hanya urusan beliau sahaja dan tiada kaitan dengan pegawai tinggi tersebut kerana jika pegawai tersebut membaca akhbar, pasti beliau mengetahuinya.

Terdapat juga kemungkinan bahawa beliau sengaja melakukan demikian untuk menjatuhkan nama YB Menteri Pengajian Tinggi agar  pihak pembangkang menghentam Menteri tersebut sebagai buta undang-undang ataupun gagal melaksanakan Akta yang telah dipinda sendiri oleh Menteri itu.

Mejar (k) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik ini sebenarnya terkenal sebagai seorang yang pemalas dan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Beliau juga terkenal sebagai pegawai yang bermasalah dan sering bertelagah dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi.

JPP telah menarik balik surat yang dihantar kepada 32 politeknik di seluruh negara yang melarang pelajarnya berkempen dalam pilihan raya umum akan datang.

Seorang pegawai kanan jabatan berkenaan mengakui kesilapan pihaknya kerana tidak menyedari tentang pindaan terhadap seksyen 10(1) subseksyen 2(c), Akta 174 tahun 2012 yang kini membenarkan pelajar berpolitik tetapi melarang berkempen dalam kampus.

NONE"Betul, surat itu diedarkan tetapi menggunakan (peruntukan) akta yang lama. Ia memang silap saya. Saya tidak alert (menyedari) dengan perubahan itu. Surat baru, sudah edar pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Surat tersebut tersebar secara meluas di laman sosial facebook dan mmengundang kritikan warga internet.

Pegawai yang namanya enggan disiarkan menjelaskan bahawa arahan terbaru telah dikeluarkan hari ini, yang membenarkan pelajar berpolitik tetapi tidak boleh terlibat dalam ativiti parti politik dalam kampus.

Dalam surat terbaru itu, semua pengarah politeknik diarahkan supaya memantau aktiviti pelajar mereka di dalam kampus agar tidak berlaku perkara-perkara yang melanggar Akta 174 itu.

Mereka juga diminta supaya memastikan supaya logo atau bendera politeknik dan kementerian tidak digunakan dalam sebarang aktiviti kempen oleh pelajar di luar kampus.

Sultan Kelantan ziarah keluarga Ahmad Hurairah

Posted: 14 Mar 2013 06:10 PM PDT

PASIR MAS 15 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat menziarahi dan menyertai majlis tahlil untuk Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, di kediaman keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini malam tadi.

Mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Baginda yang tiba kira-kira pada pukul 9.30 itu kemudiaanya mengetuai bacaaan tahlil yang turut disertai kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dan penduduk setempat.

Selesai majlis berkenaan, baginda kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan kedua-dua ibu dan bapa Allahyarham dan mengucapkan takziah diatas pemergian anak kesayangan mereka itu ketika berjuang mempertahankan negara.

Bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, Ismail Husin, 50, berkata, dia berasa begitu bangga apabila Sultan Kelantan datang menziarahi mereka sekeluarga dan menyertai bacaan tahlil untuk arwah anaknya.

Katanya, dia bagaikan bermimpi apabila dapat berbual-bual dengan Sultan secara dekat dan baginda Sultan turut menyuruh dia sekeluarga supaya bersabar dan mengucapkan takziah kepada mereka.

Sementara itu, ibu Allahyarham Hurairah pula berkata, kedatangan baginda Sultan malam ini sedikit sebanyak telah mengubat hatinya ketika masih meratapi dengan pemergian arwah.

"Saya rasa begitu bangga dan bersyukur dengan kedatangan baginda Sultan menziarahi dan membaca tahlil untuk arwah anak saya. Baginda Sultan turut bertanya khabar kepada saya dan menyuruh saya supaya banyak-banyak bersabar,"katanya

Guru hina angggota keselamatan ditahan

Posted: 14 Mar 2013 10:13 AM PDT


KOTA BHARU - Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.

Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.

Jacel Kiram dikecam pengikut Twitternya

Posted: 14 Mar 2013 07:35 AM PDT

Jacel Kiram

KUALA LUMPUR 14 Mac - Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.

Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.

Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : "Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah... Sabah tidak pernah menjadi milik anda!"

Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : "Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata."

Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : "Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!"
Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...