Apple Biru

Apple Biru


PDRM jamin keselamatan kawasan terjejas akibat pertempuran

Posted: 29 Mar 2013 08:59 AM PDT


Polis hari ini memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di empat daripada lima kawasan yang terjejas akibat pertempuran antara penceroboh militan dan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Sabah.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, keempat-empat kampung itu ialah Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Labian dan kawasan Tanjung Bilis.
"Rancangan seterusnya ialah untuk membawa masuk semula penduduk kampung ke kediaman masing-masing dan hidup seperti sedia kala," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kepada lapan keluarga anggota polis yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.
Sumbangan berbentuk bantuan RM10,000 untuk setiap balu, 19 netbook dan RM200 untuk anak-anak wira yang terkorban itu disampaikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Ismail dalam ucapannya berkata sumbangan itu menunjukkan keprihatinan kementerian itu terhadap pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara. - Bernama

HOT NEWS! Bukti Rafizi Bodoh Bangang!

Posted: 29 Mar 2013 05:29 AM PDT

Hahaha! Rafizi lembu ni ingat rakyat mudah diperbodohkan..suka-suka mak bapak dia je buat analisis bodoh! Dia ingat dilantik jadi Pakar Strategik PKR kira dah pandai la tuh! Anwar bagi jawatan tu pun bukan sebab Rafizi ni pandai ke apa, hanya bagi bontot dan cium tiak je modal nak kan jawatan tu! Tak gitu!

BONGKAR! Penipuan Guan Eng Terbongkar!

Posted: 29 Mar 2013 04:38 AM PDT


Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu di lihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, di tambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinag pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengganguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga 7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM 9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM 2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurus tadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Op Daulat! Jumlah Pengganas Kini Kurang Dari 10 Orang

Posted: 29 Mar 2013 03:24 AM PDT


Pasukan keselamatan percaya saki baki pengganas kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan perkara itu pada sidang media sebentar tadi.

Pasukan keselamatan juga mengesahkan Kampung Tanjung Labian sudah selamat daripada ancaman pengganas selepas operasi pembersihan dan penggeledahan selesai dilakukan.

Sehubungan itu pihaknya akan membawa masuk beberapa penduduk esok hari bersama pasukan penilaian.

Foto Sekitar LIMA 13 Langkawi

Posted: 29 Mar 2013 02:08 AM PDT

Fuyooo! Bestnya LIMA 2013 di Langkawi. Pengunjung menyerbu ke LIMA 13.   Dianggarkan 50,000 pelawat dari dalam dan luar negara membajiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini bagi menyaksikan pameran serta pertunjukan aerobatik Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang mula dibuka kepada orang awam hari ini.


Sambutan memberangsangkan orang awam terhadap pameran edisi ke-12 itu dapat dilihat apabila mereka menyerbu dan memenuhi tapak pameran pameran sejak awal pagi. Disini teman sediakan beberapa gambar sekitar LIMA13 yang berlangsung hari ini.



PANAS! Anwar Kantoikan Chegu Bard! Kesian Der!

Posted: 29 Mar 2013 01:46 AM PDT


Pasti ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar baru-baru ini yang mengatakan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya yang akan datang, sebaliknya sedang menimbangkan untuk berpindah tempat. Kononnya atas disebabkan pihak-pihak tertentu, Anwar juga dikatakan sedang berkira-kira sama ada berpindah ke Selangor atau Perak.

Namun yang menjadi persoalan hangat ialah, kenapa anak kelahiran Cherok Tok Kun terpaksa mengunddurkan diri dari kawasan yang satu ketika dahulu merupakan kawasan paling selamat untuknya? Dan kedua siapa yang bakal diletakkan untuk mengantikan dirinya yang mendapat jolokan 'Pemimpin Anugerah Tuhan' oleh isteri kesayanggan?

Umum mengetahui isu demi isu yang terkait dengan peribadi Anwar telah mula dipersoalkan rakyat khususnya pengundi Islam/Melayu di Permatang Pauh. Dan perkembangan ini sudah pasti membimbangkan Anwar. Ini kerana rata-rata pengundi di sana adalah merupakan kenalan dan mereka yang mempunyai pertalian saudara dengannya.

Sekiranya di kalangan saudara sendiri telah mula bangkit untuk menolaknya sebagai wakil rakyat, bagaimana pula dengan penerima masyarakat di sana yang sudah tentu akan terkesan baik secara langsung mahupun tidak. Oleh yang demikian sebagai jalan selamat, adalah mencari tempat majoriti bukan Melayu yang sudah pasti akan memberikan sokongan terhadapnya.

Mengenai persoalan kedua yang dilontarkan tadi, rupa-rupanya masih ada yang bingai dikalangan pencacai Anwar dalam isu politik apabila mengatakan Wan Azizah akan kembali diletakkan sebagai calon di sana. Ini disebabkan kerana Perkara 48, Artikel 46 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa mana-mana ahli parlimen yang meletakkan jawatan tidak boleh  bertanding semula mana-mana kerusi Parlimen untuk tempoh selama lima tahun.


Oleh itu siapa yang akan dipertanggungjawab untuk mencuci 'taik' yang ditinggalkan Anwar di kawasan tersebut? Menurut salah satu sumber parti itu, antara nama yang pernah disebut ialah Chegu Bard, seorang yang pernah bergelar guru sementara tetapi gagal dalam permohonan untuk menjadi guru terlatih melalui Kursus Dalam Cuti.

Mungkin kerana menyedari dirinya hanya ingin dijadikan kambing hitam di kawasan tersebut, Chegu Bard seolah tidak berpuas hati dengan tawaran tersebut. Ini kerana dia merasakan sebagai salah seorang pejuang parti adalah wajar untuk memberikan tempat atas faktor pengorbanan yang telah dicurahkan.

Namun sebagai ahli politik, sudah pasti dia akan menolak sebarang cubaan untuk mematikan karier politiknya yang dianggap masih muda. Ini kerana peratusan untuk kalah dikawasan tersebut amat besar dan sekiranya itu berlaku, sudah pasti dia akan disalahkan kerana gagal mempertahankan kubu tersebut.

Oleh yang demikian, untuk mengambil langkah selamat, Chegu Bard dikatakan cuba melobi untuk mendapatkan kawasan Nibong Tebal yang dikatakan kawasan selamat untuknya. Namun telah ditolak mentah-mentah oleh pimpinan kawasan yang mahukan pemimpin tempatan.

Setelah pelbagai pertimbangan dilakukan, menurut sumber itu lagi, kepimpinan parti telah mengambil keputusan untuk mengugurkan nama Chegu Bard sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Suara Generasi Baru

TERKINI : Kampung Tanduo Hanya Tinggal Nama

Posted: 29 Mar 2013 01:20 AM PDT


Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu.
Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini.
Jarak antara Kampung Sungai Mira dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer.
Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat.
Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri.

HOT NEWS! Kerajaan Negeri Selangor Catat Sejarah Baru Pentadbiran

Posted: 29 Mar 2013 12:34 AM PDT


Belum pernah terjadi keadaan di mana sesebuah kerajaan negeri menghalang kerja – kerja penambahbaikan perkhidmatan yang sangat penting dan bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat di bawah naungannya. Kerajaan Negeri Selangor saat ini sedang mencatat sejarah sebagai 'kerajaan yang paling prihatin dalam dunia'. Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, mereka perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dengan meluluskan program – program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat, bukan hanya ghairah mempolitikan apa sahaja.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama 'baling batu sembunyi tangan'. Tindakan Kerajaan Negeri menghalang program – program naiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek – projek baru system agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS adalah tidak wajar dan sangat kejam.

Selain itu, kerajaan bertindak dengan bangganya menghalang kenaikan tariff, tetapi pada masa yang sama melemparkan tuduhan SYABAS tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menaik taraf system bekalan air sedangkan apa yang berlaku ialah Kerajaan Negeri sendiri menghalang program naik taraf dan menangguhkan kenaikan tariff.

Di samping itu, ketika pihak – pihak tertentu hanya berminat untuk menunding jari dan menyalahkan SYABAS tanpa apa – apa tindakan diambil untuk menyelesaikan isu ini, SYABAS telah pun memajukan cadangan dan mendapatkan kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur. Kerja – kerja pintasan ini telah dilaksanakan mengikut kaedah 'fast track' dan telah siap serta mula beroperasi satu hari lebih awal dari jadual asal.

Seterusnya, bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan – kawasan AU3 dan kawasan – kawasan di sekitar lembah kelang yang terjejas. Pintasan ini sebenarnya tidak perlu dibuat sekiranya projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual ataupun rumah pam tambahan yang dipersetujui sendiri oleh Kerajaan Negeri  untuk dibangunkan pada bulan Mac 2012, dilaksanakan dengan lebih cepat dan bukan sekadar pada peringkat rekabentuk sahaja selepas 9 bulan berlalu.

Sebagai langkah jangkamasa sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, SYABAS juga bercadang untuk melakukan kerja – kerja menaiktaraf di rumah pam sedia ada di Wangsa Maju. Kertas cadangan untuk kerja ini telah pun dihantar kepada pihak SPAN untuk kelulusan.

SYABAS juga berharap Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang – undang untuk membantu menyelesaikan masalah – masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini. Perlu ditegaskan disini bahawa SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat – syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri sendiri.

Suara Generasi Baru

PANAS! Guan Eng Ditolak Mentah-Mentah Oleh Kaum Cina

Posted: 28 Mar 2013 11:30 PM PDT


Kaum Cina di Pulau Pinang sendiri bengang dengan Guan Eng, adakah ini petanda negeri tersebut akan kembali kepada Barisan Nasional selepas PRU13 nanti?

Semuanya gara-gara sikap Guan Eng yang bagaikan tokong, tidak mempedulikan pendapat orang lain. Bukan sekadar isu terowong bawah laut yang heboh diperkatakan kini, malahan pelbagai lagi isu lain yang semakin hari semakin menunjukkan sifat kuku besi Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Jika sebelum ini Guan Eng sentiasa berbangga dan bermegah kononnya sokongan kaum Cina kepada DAP adalah sangat tinggi, kini beliau terpaksa berfikir dua kali untuk berbuat begitu lagi.

Walaupun para pecacai Pakatan Pembangkang begitu mengagungkan Guan Eng sehinggakan isu kalimah Allah yang pada awalnya dibangkitkan oleh beliau supaya dibenarkan penggunaannya di dalam Bibble turut mendapat sokongan mereka sungguhpun mereka itu sendiri beragama Islam.

Malahan, sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut, walaupun orang tersebut bukan penyokong kerajaan Barisan Nasional, pasti akan dituduh sebagai macai UMNO.

Mungkin istilah hukum karma sesuai digunakan untuk menggambarkan kedudukan Guan Eng kini. Jika satu ketika dikatakan kerajaan Barisan Nasional begitu yakin Pulau Pinang akan sentiasa berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, kini perkara tersebut berbalik kepada DAP pula.

Tidak mustahil selepas PRU13 nanti Pulau Pinang akan kembali kepada Barisan Nasional. Apatah lagi kaum lain juga ramai yang marah dengan tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam pentadbirannya.

Bukan sahaja janji-janji tidak ditunaikan, bahkan sedikit demi sedikit golongan berpendapatan rendah diusir secara halus daripada Pulau Pinang dengan pembinaan rumah mampu milik yang berharga ratusan ribu ringgit yang sememangnya tidak mampu dimiliki oleh golongan ini.

Duit rakyat untuk kegunaan rakyat. Kos pembinaan terowong bawah laut dan tiga lebuhraya menggunakan duit rakyat yang meningkat melebihi daripada kos asal yang diumumkan sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi projek tersebut tidak memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pendapat.

Walaupun Guan Eng berbelit lidah mepertahankan diri mengatakan angka yang menjadi pertikaian orang ramai merupakan kesilapan taip, itu tidak mampu mengalihkan isu pembaziran duit rakyat dari terus diperkatakan.

Adakah ini petanda DAP bakal kehilangan Pulau Pinang selepas PRU13 nanti? Sama-sama kita nantikan…

Suara Generasi Baru

TERKINI : Penduduk Tanjung Batu Dibenarkan Melihat Kampung

Posted: 28 Mar 2013 11:17 PM PDT



Lebih 30 keluarga dari Tanjung Batu buat pertama kali dibawa melihat kampung halaman mereka hari ini selepas insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Kiram.

Kumpulan penduduk dibawa masuk dengan diiringi anggota keselamatan termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Penduduk Kampung Tanjung Batu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, Sabtu ini selepas kampung berkenaan diisytiharkan bersih oleh pasukan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bagaimanapun berkata, hanya penduduk yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia sahaja dibenarkan berbuat demikian, manakala yang tidak mempunyai dokumen akan ditempatkan di satu kawasan penempatan khusus yang akan ditentukan nanti.


LIMA'13 diserbu peminat pesawat pejuang

Posted: 28 Mar 2013 11:05 PM PDT


Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) hari ini sesak apabila diserbu orang ramai termasuk murid sekolah yang tidak sabar menyaksikan pertunjukan udara secara langsung oleh juruterbang profesional.

Pengunjung tiba seawal pukul 8 pagi bagi memastikan mereka dapat membeli tiket yang laris ibarat pisang goreng panas yang berharga antara RM5 dan RM10. - KOSMO!

Kesian! Rakyat Kedah Kena Tipu Bulat-Bulat Dengan Ulama Pembohong!

Posted: 28 Mar 2013 07:00 PM PDT



MasyaAllah! Apa nak jadi dengan pak lebai berkopiah Pas Kedah ini, dalam buku terbitannya yang bertajuk 'Sayangi Kedah', yang secara jelas menunjukkan bahawa mereka telah berbohong dengan berkata bahawa kerajaan negeri telah membina 12 buah masjid di Kedah. Maka menjeritlah para pencacai mereka keseronokan kerana merasakan 'fakta' tersebut dapat digunakan untuk ditebarkan kepada masyarakat bagi menolak BN/Umno.

Namun apa yang tidak di ketahui oleh para pencacai ini ialah, mereka telah ditipu 'hidup-hidup' oleh pemimpin yang diangkat sebagai ulama itu. Ternyata serban dan jubah yang dipakai itu tidak menghalang pimpinan mereka melakukan perkara keji semata-mata untuk mengharapkan sokongan agar terus diberi peluang mentadbir kerajaan negeri.

Walaupun ada yang mengatakan Pas yang selama ini kononnya berjuang atas landasan Islam main wayang kerana sanggup mempolitikkan agama Islam semata-mata demi kepentingan kuasa politik sekutu DAP dan PKR. Namun penulis merasakan mereka bukan setakat bermain wayang, tetapi tergamak 'melacurkan' hanya untuk memastikan mereka terus berada dipuncak kuasa.

Sedangkan pada hakikatnya, berdasarkan fakta diperoleh, sebenarnya kesemua masjid yang dinyatakan di dalam buku tersebut telah dibina oleh kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pembohongan yang jelas dan nyata ini telah dibuktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan peruntukan terhadap pembinaan masjid yang dinyatakan itu.

Bukanlah niat untuk mempertikai bantuan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat itu, kerana umum mengetahui ia adalah merupakan wang dan hak rakyat sebagai pembayar cukai. Namun apa yang dipertikai ialah tindakan Azizan cuba menipu rakyat. Inilah yang dinamakan 'lembu punya susu, sapi dapat nama.

Tambahan pula, apa kejadahnya, Pas Kedah yang diketuai Ustaz Azizan lakukan, sepanjang tempoh pentadbiran bermula dari 2008? Apakah hanya menghabiskan harta rakyat dan menjual aset kerajaan?

Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan mengucap banyak kali bila membaca pendedahan tersebut nama saja parti Islam tapi pasal masjid pun nak menipu. Ini ke ciri-ciri pemimpin Islam yang perlu kita sokong dan agung-agungkan?

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah mungkin seorang mukmin bersifat penakut?" Beliau menjawab, "Ya, mungkin." Baginda SAW. ditanya lagi, "Apakah mungkin ia bersifat kikir?" Nabi SAW. menjawab, "Ya, mungkin." Baginda ditanya lagi, "Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pembohong?" Nabi SAW. menjawab, "Tidak, tidak mungkin." (Hadith Riwayat Ahmad)

Sedutan hadith di atas memberi gambaran bahawa seseorang yang mukmin itu tidak akan sama sekali bersikap pembohong. Maka malang buat penyokong Pas khususnya rakyat Kedah kerana telah 'dianugerahkan' dengan pemimpin pembohong yang jelas bukan seorang yang mukmin.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) takkan pemimpin pak haji berkopiah yang bertopengkan syaitan sebegini yang rakyat Kedah nak undi? Mari kita beramai-ramai tolak pemimpin sedemikian rupa yang jelas berselindung di sebalik tabir Islam untuk menghalalkan

Pas semakin terdesak. Tolak Pas! Tukar Kedah!

Suara Generasi Baru

HOT NEWS! Pemimpin PAS Hina Nabi Muhammad

Posted: 28 Mar 2013 06:00 PM PDT

Perhatikan kenyataan dalam TWITTER yang dikeluarkan oleh Khairul Fahmi Mat Som yang berjawatan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat. Kemaruknya dia untuk menyatakan bahawa klip-klip video lucah yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Sabaruddin Abdul Hamid, telah dibikin dan dilakonkan semula dengan pembiayaan UMNO, membuatkan dia sengaja menghina Rasulullah s.a.w.

Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w bukanlah perkara baru dalam PAS. Justeru apabila Khairul Fahmi Mat Som menyatakan, kalau Rasulullah s.a.w masih hidup, UMNO akan membikin video seks baginda, dia sebenarnya sudah melampaui batasan, baik sebagai manusia, apatah lagi sebagai seorang penganut ajaran Islam.



KES NAYA! Sidek Baba Terpedaya Sikap Baik Anwar

Posted: 28 Mar 2013 05:00 PM PDT


Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.

Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. 

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang

Sumber

BONGKAR! Agenda Jahat Anwar Ibrahim Terdedah Lagi!

Posted: 28 Mar 2013 04:00 PM PDT

Ini lah 13 rancangan jahat Anwar Ibrahim! Demi ingin mencapai cita-cita peribadi apa pun sanggip dibuatnya. Bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan pada PRU ini, negara pun sanggup digadai demi jawatan Perdana Menteri. Sebar-sebarkan kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara supaya memberikan kesedaran dan penilaian yang mutlak!!!



HOT! Pahang Tidak Akan Bubar DUN ?

Posted: 28 Mar 2013 03:30 PM PDT


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tidak akan dibubarkan bersendirian sebaliknya akan bersama-sama dengan pembubaran Dewan Rakyat jika perkara itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 7 April ini.

Justeru kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, soal sama ada DUN Pahang akan dibubarkan lebih awal tidak timbul sama sekali.

"Dewan Undangan Negeri Pahang akan tamat tempoh pada 7 April ini dan terbubar secara automatik pada 8 April, terserah atas kebijaksanaan dan budi bicara Perdana Menteri (untuk mengumumkan pembubaran Dewan rakyat)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru Parlimen Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Bentong, di sini Khamis.

Adnan turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan Dewan Rakyat.

"Kalau pembangkang memerintah pun, mungkin tidak akan membubarkan kerajaan malah terus melanjutkan pemerintahan walaupun tamat tempoh, malah mungkin mereka akan mengetepikan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) Pahang sudah bersiap siaga sepenuhnya dan mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya semua sayap BN perlu turun padang dan bertemu pengundi supaya mereka lebih memahami aspirasi kerajaan BN.

Beliau juga optimis semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di Pahang akan dimenangi BN pada pilihan raya umum itu nanti.

"Momentum sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat berikutan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang membawa transformasi," kata Adnan.

DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 8 April ini jika tidak dibubarkan lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada hujung tempoh itu kecuali jika dibubarkan terlebih dahulu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS, manakala satu Bebas.

Calon Bebas, Ho Yip Kap kemudiannya menyertai parti Gerakan. - BERNAMA

HOT NEWS : Fitnah Malaysiakini Terhadap Polis Pulak!

Posted: 28 Mar 2013 03:00 PM PDT


Sekarang ini, di merata-rata media Internet, para pecacai PAS sedang menyerang dan menyalahkan pihak polis kerana bertindak MENGANIAYAI dan MENZALIMI mereka. Kononnya PDRM bertindak kerana terlalu takut UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pada PRU13. Mereka juga membuat cerita kononnya, rombongan penceramah PAS yang menggunakan trak dan treler telah menakutkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan PDRM telah dikerah untuk menahan, menyekat dan menyita kenderaan-kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian pagi tadi, lebih kurang 30 orang anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah menahan treler Negara Berkebajikan PAS di Taman Pinji Perdana setelah rombongan tukang kempen PAS itu keluar dari lebuhraya PLUS menuju ke Pangkalan Pegoh.

Para pecacai PAS cuba mengaitkan tindakan anggota-anggota penguatkuasa tersebut sebagai cubaan untuk menggagalkan kempen dan ceramah PAS. Malah paling menarik apabila mereka mendakwa, sekatan tersebut turut membabitkan anggota-anggota Cawangan Khas. Pecacai PAS turut mewuar-uwarkan kononnya anggota-anggota penguatkuasaan tersebut tidak tahu mengapa mereka diarahkan menahan konvoi tersebut, sebaliknya memberikan arahan kononnya mereka sekadar menjalankan tugas setelah arahan dikeluarkan.

Sebenarnya, kenderaan-kenderaan tersebut menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disebabkan itulah, kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ. Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD. Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.

PDRM pula boleh mengenakan kompaun kerana kesalahan mengiklan di bawah Kaedah 12 (4), berhenti di tempat larangan di bawah Kaedah 16 (1) halangan, 49 (2) (a) iaitu menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lian, 49 (2) (f) iaitu penggunaan di bawah pembuatan dan penggunaan dalam Kaedah Lalulinta Jalan 1959 (LN 166/1959), melanggar syarat-syarat dalam Permit yang dikeluarkan oleh OCPD mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman dan Kesalahan Akta Pilihanraya.

Mengapa agaknya para pecacai Pakatan langsung tidak menyatakan kesalahan-kesalahan yang telah dilanggar oleh kenderaan-kenderaan tersebut? Sebaliknya cuba menunjukkan kononnya PDRM dan JPJ cuba menganiayai mereka?

Belum pun berkuasa, Pakatan Rakyat sudah menunjukkan yang mereka langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja, dan kemudian menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka ditangkap melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

Kejadian di Taman Pinji Perdana sudah cukup untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya bukanlah pihak yang tahu menghormati undang-undang walaupun pada masa yang sama, mereka seringkali mendesak agar mereka dihormati!!!

Sumber: Sel13.com

Malaysia Perlu Kerajaan Kuat Bagi Percepat Proses Transformasi

Posted: 28 Mar 2013 02:00 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan proses transformasi di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak mampu mempunyai sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

"Kerajaan yang kuat adalah wajar bagi mempercepatkan proses transformasi di Malaysia. Kerajaan lemah bermakna ketidakstabilan dan ketidaktentuan, Sesuatu yang kita tidak mampu," katanya dalam tweet terbarunya, Khamis.

Selepas proses transformasi pelbagai bidang termasuk ekonomi diperkenalkan tiga tahun lepas, kerajaan pimpinan Najib telah mula menampakkan tanda positif dalam membantu visi Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Baru-baru ini, bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memuji dan menyakini kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik.

Sambil menyifatkan Najib telah melakukan kerja dengan baik, Daim berkata perdana menteri itu perlu diberi mandat untuk meneruskan dasar dan program transformasinya. - BERNAMA

HOT! Anggota Kontrak & Sementara Nikmati Faedah Perkeso

Posted: 28 Mar 2013 01:00 PM PDT


Cuepacs menyambut baik langkah kerajaan meletakkan 63,000 anggota perkhidmatan awam berstatus sementara dan kontrak di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Mei depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan ini merupakan satu jaminan kepada pekerja berkenaan dari segi keselamatan mereka.

"Ini satu keputusan penting yang amat dihargai. Ia dapat memberi jaminan dan masa depan yang lebih baik kepada pekerja kontrak dan sementara yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Menurut Omar kemudahan itu juga merupakan pencetus semangat kepada golongan itu untuk bekerja dengan lebih bersemangat di samping meningkatkan produktiviti.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata langkah kerajaan itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama memandangkan ada antara pekerja itu sudah berkhidmat lama.

"Maka wajarlah mereka mendapat faedah yang sama dengan kakitangan tetap lain," katanya.

Dalam pada itu Omar dan Mohd Khalid sama-sama mencadangkan agar kerajaan menyerap kakitangan kontrak dan sementara itu ke dalam perkhidmatan tetap berbanding memberi peluang tersebut kepada kakitangan baharu.

"SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) ada mengumumkan 60,000 peluang pekerjaan akan disediakan kerajaan tahun ini, saya rasa adalah lebih baik sekiranya staf kontrak dan sementara ini diserapkan.

"Oleh itu kerajaan perlu memberi lebih perhatian kepada kakitangan kontrak dan sementara yang berkelayakan ini untuk menyandang jawatan terbabit terutama mereka yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun," kata Omar.

Mohd Khalid pula berkata, "Telah tiba masa kerajaan mempertimbangkan untuk mereka diserap ke dalam jawatan tetap kerana mereka juga banyak menyumbang dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan," katanya.

Pengumuman mengenai 63,000 anggota perkhidmatan awam itu diletakkan di bawah skim PERKESO diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini. - BERNAMA

Papar Gambar: Syed Ali Beri Tempoh Seminggu Kepada PKR Pahang Mohon Maaf

Posted: 28 Mar 2013 12:00 PM PDT


Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya di sini.

Syed Ali melahirkan rasa kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

Beliau berkata poster itu turut dipaparkan dalam laman sesawang pahangdaily.blogspot.com.

"Sesungguhnya saya, secara sedar atau tidak, tidak ada kaitan dan tidak pernah terbabit dalam apa jua program anjuran pembangkang khususnya PKR Pahang, kerana jiwa dan perjuangan saya adalah untuk Umno, Barisan Nasional (BN) dan Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu perbuatan khianat, sabotaj dan berniat jahat bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan kredibilitinya selaku pemimpin politik dan ketua Umno Bahagian Cheras serta setiausaha badan perhubungan Umno/BN Wilayah Persekutuan.

"Perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab itu pada hemat saya, jelas bermotifkan politik dengan sengaja melakukan hasutan, provokasi dan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan anggota Umno dan BN khususnya ketika bahang pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir," tegas beliau. - BERNAMA

HOT NEWS : PKR Dalang Penyebaran Video Sumbang Nurul Izzah

Posted: 28 Mar 2013 11:30 AM PDT


TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.

Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi 'pre-emptive' iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. 

Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang 'seronok' sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya.Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. 

Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. 

Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. 

Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentangnya dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. 

Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. 

Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? 

Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik?

ASSU

Tu Dia! Bukti Kaum Cina Tolak Guan Eng Di Pulau Pinang

Posted: 28 Mar 2013 11:00 AM PDT


Adeeh! Apasal apek! Lu talak puas hati sama itu Guan Eng ek! kesian Apek! apa boleh buat la Apek, Itu DAP sudah jadi parti anak beranak! apa mahu buat! Ini kali kasi tukar la Apek! Semangat ala Apek! 

Apek ni kempen tanpa ada sebarang imbuhan yang dia dapat! Semangatnya dengan motorsikal kapcainya kerap kelihatan di sekitar Parlimen Bagan. Kalau teman bertembung lagi dengan apek ni, nanti teman snap gambar banyak-banyak. Tak pun teman interview apek ni..kan..kan..

Terus Pertahankan Tanah Air Ini ! Salute Para Pejuang!

Posted: 28 Mar 2013 10:30 AM PDT


Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya. - Utusan

OP DAULAT : Sidang Media 28 Mac, Pasukan Keselamatan Diserang Pengganas Dengan Parang

Posted: 28 Mar 2013 10:00 AM PDT


Keadaan keselamatan di Negeri Sabah adalah terkawal dan selamat.

Pada jam lebih kurang 9.00 pagi, semasa membuat pemeriksaan di salah sebuah rumah di Kampung Simunul, pasukan keselamatan telah diserang oleh seorang pengganas dengan bersenjatakan sebilah parang. Pasukan keselamatan tersebut sempat mengelak dan serangan hanya terkena baju kalis peluru dan pengganas tersebut telah ditembak mati.

Dalam kejadian ini, pihak polis telah berjaya menangkap enam orang pengganas dengan pecahan empat lelaki dan dua perempuan serta turut telah merampas sebilah parang. 

Daripada enam orang pengganas yang ditangkap, dua orang perempuan disiasat di bawah SOSMA dan empat orang lelaki lagi di bawah Akta Imigresen.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang di siasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 121 tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 322 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 41 orang dan 02 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 65 orang dan 02 orang mayat kanak-kanak.

Orang ramai dinasihati jangan mendengar khabar angin yang tidak benar dan sekiranya terdapat apa-apa maklumat sila lapor kepada pihak polis atau balai polis yang berdekatan.

BREAKING NEWS! Puteri Sulu Fitnah Polis Pulak!

Posted: 28 Mar 2013 09:30 AM PDT


"Puteri Sulu" Jacel Kiram, secara terang-terang bersuluhkan lampu suluh telah membuat satu fitnah yang tidak berasas terhadap kerajaan Malaysia, telah mendakwa bahawa pakciknya telah dibunuh oleh PDRM. 

Fitnah Jacel Kiram itu telah dilaporkan dalam akhbar Phillipine Daily Inquirer dan tanpa rasa malu mengatakan beliau tiada bukti untuk menyokong tuduhan yang dileparkan itu. Pakcik yang dimaksudkan oleh Jacel Kiram adalah Ustadz Jamjam Salih telah ditangkap dan dibunuh oleh pihak PDRM, Ahad yang lalu. Namun, tuduhan yang tidak berasas itu telah dinafikan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan Filipina pula menolak tuduhan Jacel itu sebagai tidak berasas. Sementara itu, Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh di Lahad Datu dikatakan masih selamat dan masih berada di Sabah menurut Jacel. 

Dalam satu berita lagi, maklumat tentang dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu kini semakin hampir untuk diketahui apabila pihak berkuasa berjaya mengesan individu-individu yang terlibat. Mereka yang dikesan itu dikatakan dari sekitar Sandakan dan Semporna. Dalang-dalang ini boleh dikenakan hukum mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah memberi bantuan kepada penceroboh.

Admin amRF
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...