CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Selera politik Husam bagaikan ‘lebai malang’

Posted: 28 Mar 2013 10:10 PM PDT

Andainya Datuk Husam Musa jadi bertanding di Parlimen Putrajaya, ini menjadi antara kerusi paling panas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti – Naib Presiden PAS lawan Setiausaha Agung UMNO.

Ia bukan saja bertujuan menebus kekalahan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2008, malah memanifestasikan seriusnya pembangkang untuk menawan Putrajaya.
PAS Putrajaya bersedia menerima Husam, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian (1999-2004), manakala tuan punya badan juga melahirkan minat bertanding di situ. Soalnya, adakah ini strategi politik yang dirancang PAS atau ada usaha 'mengeluarkan' Husam dari Kelantan?


Umum tahu bahawa Husam, 53, adalah 'orang harapan' Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan dilihat sebagai calon pilihan menggantikannya sebagai Menteri Besar. Karier politik Husam memang cemerlang. Bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Kota Bharu pada 1985, dia dilantik Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar pada 1990 dan seterusnya Setiausaha Politik pada 1993.

Dipercayai Nik Aziz

Pada 1996, beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kelantan sebelum dilantik AJK PAS Pusat. Beliau menang kerusi DUN Kijang pada 2004 dan dilantik EXCO, kemudian menang kerusi DUN Salor pada 2008 dan dikekalkan dalam kerajaan negeri. Beliau dua kali menjadi Naib Presiden PAS, kali pertama 2005-2009 dan sejak 2011 hingga sekarang.

Walaupun disenangi dan dipercayai Nik Aziz, yang menganggapnya 'anugerah Tuhan kepada Kelantan', banyak pihak tidak menyukai dan cemburu terhadap Husam. Mereka mahu menyekat pengaruh dan keangkuhannya.
Selain rapat dengan Nik Aziz, graduan ekonomi Universiti Malaya ini juga dilihat rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak reformis dalam PAS yang ditentang kumpulan ulama. Hakikat Husam bukan berlatar belakang agama menjadikan beliau bukan calon pilihan dalam kalangan ulama PAS, yang nampaknya lebih menyenangi Datuk Nik Amar Abdullah (EXCO, ADUN Panchor) dan Datuk Nasaruddin Daud (Speaker DUN, ADUN Meranti) sebagai pengganti Nik Aziz.

Penganalisis politik berpendapat kegagalan Husam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS pada 2009 adalah kerana tidak mendapat sokongan padu perwakilan Kelantan. Penyandang ketika itu, Nasaruddin Mat Isa, disokong golongan ulama khususnya Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib.

Dalam satu wawancara pada 7 Jun 2009, Husam mengulas punca beliau tewas secara sinis: "Mungkin janggut saya tidak cukup panjang."

Gerakan anti-Husam

Husam pernah membuat kenyataan beliau akan menentang Presiden PAS andainya mahu meneruskan cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan UMNO. Cara Husam menyuarakan pandangan dan kadangkala mengkritik pemimpin PAS lain menambahkan bilangan musuhnya dalam parti sehingga gerakan anti-Husam kini dilihat semakin aktif. Beliau juga dianggap punca kerenggangan PAS Kelantan dengan PAS Terengganu. Husam juga dikatakan orang bertanggungjawab membuka jalan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS dalam PRU lalu.

Walaupun dianggap pakar strategi politik dan ekonomi, Husam dikritik hebat dalam media dan blog khususnya beberapa projek yang dikaitkan dengannya. Ini termasuklah kegagalan projek kambing Jamnapari, Skim Takaful Kifalah untuk warga tua dan skandal urus niaga pertukaran mata wang dan perak bernilai jutaan ringgit membabitkan Kelantan Golden Trade (KTG), sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Pegawai KTG serta pelabur Jepun dan Perancis telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu. Husam sebaliknya menyaman beberapa blogger. Musuh beliau kini meneliti peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum terhadap PETRONAS. Pastinya kegagalan tuntutan ini, yang sedang dibicarakan di mahkamah, akan mempunyai implikasi politik terhadap Husam.

Petikan buku Sayuti

Minat Husam bertanding di Putrajaya mungkin ada kena mengena dengan realiti politik semasa di Kelantan dan kedudukannya dalam hierarki PAS negeri. Walaupun tidak menyebut nama, pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar, dalam buku terbarunya, menulis: "Pernah ada usaha membenihkan seorang calon untuk ganti Tok Guru. Namun harapan itu akhirnya terbengkalai di jalanan. Salah sangka dari jangka, calon itu tidak mampu membina dan dibina dirinya... nama telah hangus dan rentung dibakar bara cita-cita yang tersangat panas. Ia rentung sebelum sampai masanya kerana terlalu menyemarakkan api idaman untuk menjawat jawatan itu. Mustahil dalam masa singkat ini kalau peribadi itu dapat memperbetulkan dirinya kemudian muncul untuk menjadi pengganti Tok Guru."

[VIDEO] 50 warga Nigeria mengamuk di Balai Polis Jinjang

Posted: 28 Mar 2013 09:18 PM PDT


KUALA LUMPUR 29 Mac - Lebih 50 warga Nigeria mengamuk di pekarangan Balai Polis Jinjang di sini malam ini dipercayai mahu menuntut bela kematian seorang rakan mereka yang dikatakan dipukul oleh penduduk tempatan.

Warga asing yang kebanyakannya pelajar kolej swasta itu berkumpul kira-kira pukul 10.30 malam sambil berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai Solomon Okolo, 30.

Dalam kekecohan itu, seorang wanita yang dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam tiba-tiba turut menjerit sebelum pengsan.

Difahamkan, Solomon telah dipukul penduduk kampung setelah dia dan seorang rakannya yang menaiki Proton Satria melanggar seorang lelaki tempatan yang sedang menunggang motosikal di Kampung Batu Muda dekat Kepong sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dua warga asing tersebut telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.

"Ketika dibawa ke balai, kita dapati tiada kecederaan pada luaran kedua-dua warga Nigeria itu. Tetapi secara tiba-tiba salah seorang mereka rebah ketika sedang membuat laporan polis. Pihak polis telah memanggil pihak hospital dan dia disahkan meninggalkan," katanya di sini hari ini.

 

AS hantar pesawat kalis radar ke Korea Utara

Posted: 28 Mar 2013 09:01 PM PDT



SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam.
Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.
Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.
Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik.
Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.
Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan.
Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.
Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara.
Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. - Agensi

[VIDEO] Cerita Ayah Ibrahim Libya Tentang Kes Memali

Posted: 28 Mar 2013 08:53 PM PDT


MAHARAJA KATAK

Posted: 28 Mar 2013 10:21 AM PDT


Kalau dulu macai2 PR kata Ibrahim Ali Raja Katak. Tapi yang sebenarnya ada lagi katak yang lebih hebat dan boleh la digelar Maharaja Katak sebab dah terlampau banyak melompat. Katanya dalam PRU13 dia nak melompat ke Johor pulak.

Dengar kata tempatnya akan ada katak liwat yang aka melompat ke tempatnya sekarang. Maharaja Katak ni katak yang makan babi. Katak ni masa 13 Mei yang lancang menghina Melayu ..... Melayu sudah kalah, Melayu balik kampung, Melayu sudah tak ada kuasa ....... mereka nak halau pakai penyapu.

Katak ni dah tua tapi anak dan menantu katak ni masih belum tua lagi. Masih lagi bersarang kat pulau. Anak Maharaja katak ni yang robohkan kampung Melayu, Kg. Buah Pala dan jual harta orang Melayu ........

Siapa agaknya Maharaja katak ni ........

Tolak pembangkang kerana pemimpin tidak bermoral

Posted: 28 Mar 2013 07:56 AM PDT


KUALA LUMPUR 28 Mac - Rakyat diminta menolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana parti itu dipimpin oleh individu yang mempunyai masalah moral yang teruk, kata beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Menurut mereka, individu terbabit bukan hanya menyokong dan mengamalkan perilaku seks songsang tetapi juga mempunyai pendirian agama yang longgar, sekali gus tidak mencerminkan keperibadian seorang ketua negara.


Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, rakyat perlu menilai dengan mendalam latar belakang individu yang berjuang untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri kerana tidak mahu negara dipimpin oleh seseorang yang rosak moralnya.
"
Jika pemimpin negara mempunyai masalah moral, bagaimana kita nak sokong (mereka). Rakyat perlu mempersoalkan moral ketua pemimpinnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memberi sokongan kepada pembangkang," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu ketika dihubungi Utusan Online hari ini.


Bekas Exco Pemuda PKR, Abdul Ghani Harun pula berkata, rakyat perlu mengimbau kembali kes liwat pertama yang berlaku pada tahun 2004 apabila ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa berlakunya aktiviti homoseksual membabitkan individu terbabit dengan mangsa di Tivoli Villa.

Katanya, keputusan tersebut tidak disanggah oleh individu berkenaan sebaliknya memberitahu orang ramai bahawa kejadian tersebut mempunyai niat jahat.
"

Beliau pernah berkata akan mengarahkan peguam-peguamnya supaya mengeluarkan perkataan yang mengaitkan aktiviti homoseksual daripada penghakiman hakim. Sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan daripada peguam-peguam tersebut,'' ujarnya yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka.

Tambah Abdul Ghani, beberapa pendedahan lain membabitkan soal moral pemimpin berkenaan selepas itu membuktikan bahawa kegiatan sedemikian seolah-olah sudah menjadi amalannya.
"

Pendedahan tidak akan dibuat sekiranya tidak berlaku dan tidak mempunyai bukti,'' katanya.

Selain masalah moral, pemimpin berkenaan juga sanggup memesongkan akidah umat Islam di negara ini dengan menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
"
Bagaimana hendak mempertahankan Islam sekiranya dia sendiri tidak jelas dengan apa yang diperkatakannya. Teras Malaysia adalah Melayu Islam di negara ini,'' tegasnya.



[video] KOREA UTARA SERANG RUMAH PUTIH & BANGUNAN KONGRES DI AMERIKA SYARIKAT

Posted: 28 Mar 2013 04:42 AM PDT

Pyongyang tayangkan video serangan...

PYONGYANG - Memetik laporan AFP, kelmarin, video berjudul Firestorms will rain on the Headquarters of War berdurasi empat minit tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.

Mereka turut menggelar AS sebagai 'pembuli' yang menghalang program nuklear Korea Utara menerusi paparan gambar pesawat pengebom B-52 dan kapal perang USS.


Pyongyang hasilkan video provokasi


Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Awal bulan lalu, laman propaganda Pyongyang, Uriminzokkiri turut memuat naik video yang menunjukkan New York musnah akibat serangan peluru berpandu.

Kira-kira dua minggu selepas itu, sebuah lagi klip memaparkan Presiden Barack Obama dan tentera AS terbakar akibat letupan nuklear pula dihasilkan.

Konflik antara Korea Utara, Seoul dan AS semakin meningkat sejak awal bulan lalu selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).





North Korea releases video of 'defeating' US troops

MB Kedah tidak tahu dalang kurung Phahrolrazi

Posted: 28 Mar 2013 04:23 AM PDT

ALOR SETAR - "Saya tiada kaitan isu Phahrolrazi dikurung," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.

Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu pembabitan mana-mana pihak dalam isu terbabit, walaupun timbul dakwaan mengatakan exco kerajaan negeri itu, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dihalang mengadakan ceramah oleh penyokong pro-Azizan.

"Ketika kejadian, saya tiada di tempat itu, saya ada di tempat lain. Kenapa pula kaitkan saya terlibat? Saya banyak kerja lain untuk dibuat," katanya.

Azizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong beliau di kawasan Dun Sungai Limau diarahkan untuk menghalang Phahrolrazi mengadakan ceramah di kubu kuatnya.

"Di Kedah, semua penyokong saya sebab saya ketua parti di sini. Tidak timbul isu penyokong saya atau pemimpin lain," katanya.

Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.

Phahrolrazi didakwa 'dikunci' selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.

Ekoran itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan polis berhubung kejadian, 20 Mac lalu, susulan beberapa ahli Pas kawasan Sungai Limau membuat laporan polis, 17 Mac lalu.

Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati supaya Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab pada 25 Mac lalu, mengesahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu.

Pergeseran antara Azizan dan Phahrolrazi sering dibangkitkan, terutama selepas berlaku krisis exco awal tahun lalu, di mana Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh enggan angkat sumpah jawatan exco kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan dalam isu pentadbiran.

Sejak itu, wujud persepsi kononnya Azizan-Phahrolrazi berseteru dan wujud puak dalam Pas Kedah.

[BACUL] Pembangkang BUANG Bendera BN

Posted: 28 Mar 2013 04:03 AM PDT

BACHOK 28 Mac - Lebih 100 bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang di sepanjang jambatan Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Kampung Kuau dekat sini, dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab awal pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Kuau, Rosli Mohd. Noor berkata, kesemua buluh yang dijadikan tiang bendera yang diikat pada pagar jambatan berkenaan sengaja dipatahkan dan sebahagiannya dibuang ke dalam Sungai Kemasin.

Menurutnya, kejadian itu disedari penduduk pada pukul 7 pagi ini apabila mendapati sebahagian daripada bendera itu dihanyutkan arus deras Sungai Kemasin.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...