Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Kenyataan Ayahanda Tun Dr Mahathir yang buat puak Pakatan Meroyan! #TolakPR

Posted: 29 Mar 2013 08:47 AM PDT


ALOR SETAR 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA

TUDIAA!! Wahh Seorang Lagi Mengaku Dirinya Sultan Sulu? #LahadDatu

Posted: 29 Mar 2013 06:51 AM PDT


Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II ibni Datu Wasik Aranan

Seorang lagi nak mangkuk mengaku dirinya Sultan Sulu. Kalau tak silap Mc, termasuk yang ni dah 10 orang mengaku jadi pewaris Sultan Sulu, termasuklah si Kiram haram jadah tu. Kalau mengikut susunan salasilah, Sultan Sulu tidak ada pewaris. Tapi masih ramai yang mengaku keturunan Sultan Sulu.

Kita tunggu tengok siapa diantara mereka ini pewaris Sultan Sulu yang sebenar, yang pastinya si Lanun tua Kiram haram jadah tu, bukan Sultan yang sebenar, dia hanya syok sendiri dan menyusahkan orang lain.


McTheory:
Ramai betui nak jadi Sultan.. he he


MAKK AII! PKR Pilih SiGEMUK Anwar Untuk Lawan Tok Bashah? #TukarKedah #TolakPR

Posted: 29 Mar 2013 05:38 AM PDT



Tindakan PKR mengistiharkan calon mereka di dun Bakar Bata sedikit sebanyak meninggalkan kesan mendalam terhadap kepimpinan Pas kawasan Aloq Star.

Kerana selama ini hanya Pas sahajà berkempen di dalam kawasan Alor Star tiada langsung kelibat kelibat jentera Pkr mahu pun Dap bersama sama membantu mereka..

Tetapi, tiba tiba saja PKR mengumumkan calon yang kurang familiar bagi menduduki kerusi yang menjadi idaman mereka (PAS) setelah beberapa penggal menyerahkan kerusi itu kepada PKR walaupun tidak pernah mendatangkan hasil.

Seperti diduga, jentera kempen PKR di Kedah kali ini masih tiada. Kita dapat lihat sendiri mereka terpaksa mengunakan jentera Pas untuk berkempen..Perkara ini pernah dibangkitkan sebelum ini oleh penyokong Pas mendakwa Pkr memang tidak ada jentera..Baca komen komen dibawah






Sebenarnya muka baru kurang familiar ini ialah setiausaha akhbar kepada Anwar Ibrahim yang masanya lebih banyak di Kuala Lumpur berbanding Alor Star.

Beliau dilihat sudah berada di Alor Star sejak awal tahun 2013 mengunakan khidmat Pas untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat..

Atas sebab itulah, ramai penyokong Pas kecewa dengan tindakkan PKR meletakkan calon di Bakar Bata walaupun sudah tahu mereka langsung tiada jentera untuk bekerja,waima tukang pacak bendera sekali pun..

Kekecewaan mereka ini akan dizahirkan pada hari pengundian..Menurut info dalaman yang diperolehi, akan ada satu gerakan untuk jatuhkan Pkr di Kedah oleh orang tertentu dalam Pas..

Cerita menarik ni Mc ambil dari blog Medan Tempur.

Lawak la PKR ni, buat kerja malas, jentera pun takdak, tiba-tiba kemuka calon? he he.. hangpa Pas tak rasa panas ka?


McTheory:
Sejak bila Anwar ni suka badan yang debab-debab ni? he he..

PANASS!! Inilah Kebebasan Media Ala Kepala Angguk Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram!! #TolakPR

Posted: 29 Mar 2013 02:17 AM PDT

Kebebasan media ala kepala pundek!

Inikan kebebasan yang dilaungkan oleh PR. Belum lagi memerintah dah menyekat hak media apatah jika memerintah.

Begitu juga dengan ketua pakatan haram, dia lakukan apa sahaja termasuklah menyaman sesiapa sahaja akhbar, stesen TV malahan individu, demi untuk menutup dan mengelakan tingkah laku serta perbuatan buruknya si dedahkan.

Saman merupakan SENJATA yang diamalkan oleh sebilangan pemimpin pembangkang demi menyekat serta menghalang media dari melaporkan aktiviti kotor mereka.

Kat bawah ni Mc sertakan dua video sidang media ala kebebasan Media terbaik Pakatan Haram!

Kat bawah ni, video Anwar Ibrahim mengugut akan menyaman wakil media dari Agendadaily jika terus bertanyakan soalan mengenai kaitan beliau dengan pencerobohan di Lahad Datu. kah kah kah.. bangang la Anwar ni..




lagi satu video kebebasan media ala Pakatan! Video Rafizi tekanan bila disoal, wartawan Agendadaily yang bertanyakan soalan kepada Rafizi, Kenapa saman Papagomo tapi tak saman Datuk T yang sebarkan video chinadoll? tengok apa mangkuk jambu Anwar tu meroyan nak jawab. kah kah kah..


Dua ekor individu diatas ni yang selalunya bercakap dan perjuangkan kebebasan media. Tapi bila kena kat batang hidung depa, tercugap-cugap nak jawab bila media 'akui' hak kebebasan yang mereka bawak. ha ha ha.. kebebasan media ala kepala atok korang la!


McTheory:
Anwar mahu dia saja bebas media, orang lain jangan.. hehe

VIDEO PANASS! Apa kaitan Peristiwa #Memali Dengan #LahadDatu? (Wajib Baca)

Posted: 28 Mar 2013 11:37 PM PDT


Video dibawah adalah sambungan dari video part one Memali semalam, video semalam ada kat SINI. Kisah Memali sebenarnya kisah orang kampung yang terlalu terpengaruh dengan amanat Haji Hadi dan perjuangan Islam songsang Ibrahim Libya.

Disyaki penduduk kampung Memali telah terpengaruh dengan ajaran syiah. Syiah adalah satu ajaran Islam yang sememangnya 'songsang' dan tidak diiktiraf diseluruh dunia (hanya beberapa negara yang iktiraf syiah). Kerana dalam ajaran syiah, ianya 'membenci' semua sahabat Rasulullah SAW, malah tidak mempercayai sunnah.

Syiah juga menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak menganuti ajaran syiah. Malah Ayatollah Syiah pernah berkata, Malaikat Jibrail tersalah turun wahyu kepada Nabi Muhammad, kerana Jibrail mengantuk. Sepatutnya wahyu tersebut kepada sahabat baginda Ali (syiah sangat menyanjungi Ali).

Itu hanya sedikit cerita pasal Syiah yang Mc boleh beritahu. Banyak lagi cerita tak masuk akal pasal Syiah ni. Kalau nak tau lebih lagi, pi tanya Mat Sabu, dia bapak segala syiah kat Malaysia. he he.. tak pun google je, macam-macam keluar.

Sebab tu Mc kata kejadian Memali ni ada kaitan dengan syiah dan amanat Hadi Awang yang sememangnya songsang.

Kita tengok dulu video dibawah,




Kalau mengikut peristiwa Memali ni, polis ke kampung berkenaan, untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya yang dipercayai telah 'terpesong dalam ajaran Islam'. Tapi mereka dihalang, malah dihalau dengan keras.

Bila kerja polis dihalang, malah penduduk kampung bertindak keras, hingga menyebabkan pertembungan. Bagi Mc polis hanya menjaga kerja keamanan. Jika benar Ibrahim Libya seorang pemimpin yang baik, dia takkan biarkan anak kecil dan wanita menjadi perisai barisan hadapan.

Kalau mengikut cerita puak Pas, polis memulakan serangan tanpa amaran. Tapi kalau anda lihat video diatas, polis telah pun memberikan amaran sebelum merempuh masuk. Polis terpaksa bertindak keras kerana terdapat pegawai polis yang tercedera dan meninggal dunia.

Kalau peristiwa di Lahad Datu, negara kita diceroboh, peristiwa Memali pula ianya didalangi kumpulan ajaran Islam yang telah terpesong. Malah kedua-dua peristiwa ini ada kaitan dengan pemimpin pembangkang yang menjadi dalangnya.

Puak Pas kata, mereka pejuang Memali menentang polis itu syahid, sama seperti penceroboh Sulu yang menentang anggota polis kita. Apakah benar mereka syahid? Puak Sulu tu pun mengaku Jihad dan Syahid. Mengamalkan ajaran sesat dan menceroboh negara orang adalah syahid?

Macam mana dengan anggota polis kita yang terkorban mempertahankan negara? Bukankah kalau kita berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara, itu jihad yang sebenar. Malah jika kita mati semasa berjuang, itu baru benar-benar syahid. Apa pun ini hanya pendapat Mc. Dosa dan pahala kerja tuhan, kita tak mampu buat keputusan.

Kita manusia cuma mampu berfikir dan melakukan tindakan yang terbaik. Fikirlah elok-elok, selama ini, siapa yang selalu menganggu gugat keamanan negara dan gembira apabila negara kacau-bilau. Apakah orang macam tu yang kita nak angkat jadi Kerajaan?

Memilih pemimpin bukan perkara mudah, kerana jikalau kita salah dan pejudikan nasib. Negara kita bakal ditimpa bencana. Mahukah pembaca melihat negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita kacau bilau?

Buatlah keputusan yang tepat, pilih jalan keamanan.

McTheory:
Macam iklan kata, 'SAYA PILIH MALAYSIA'

HOT INFO! Sebak Baca Coretan Ni! #LahadDatu #PrayForSabah

Posted: 28 Mar 2013 09:13 PM PDT


SEJAK tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV.

Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.

Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.

Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak- anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.

Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.

Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.

Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif di musim perayaan.

Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan.

Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara.

Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit.

Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150.

Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya.

Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom dikeliling pinggang. Di masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan.

Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Sedih memang sedih.

Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ''bamboo'' iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap.

Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar.

Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini.

Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa.

Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah.

Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini.

Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama.

Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas.

Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus.

Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara.

Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas.

Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tak baik.

Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan.

Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini..

Isteri Vat69

sumber forum Utusan Malaysia

PANASS AIHH!! Sekali Lagi Pas Kedah 'KANTOI' Beradap Dengan Blogger! #TukarKedah #TolakPas

Posted: 28 Mar 2013 06:18 PM PDT


Tempohari Pas menipu tentang pembinaan masjid. Kononnya selama 5 tahun pemerintahan Pas. Kerajaan Negeri bina 12 masjid baru. Nak baca boleh klik SINI.

Itu baru satu Pas kantoi, hari ni Pas akan kantoi lagi. Semalam rakan blogger Kedah Times, mendedahkan satu lagi projek Kerajaan Persekutuan yang Pas Kedah mengaku depa yang buat. Semuanya tercatat dalam buku penuh penipuan 'KedahSejahtera'.

Sudah la Kerajaan Negeri Kedah, tak buat apa-apa yang membanggakan. Banyak projek yang diusahakan sendiri oleh Kerajaan Negeri gagal! Sudah la gagal, lepas tu nak menipu pulak tu!!

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya Projek Lembah Herba, malah Projek Makmal Tisu Kultur adalah Projek di bawah peruntukan Korridor Utara (NCER), dimana PAS hanya tadah tangan saja.

Tisu Culture Centre kos RM4juta dibiayai oleh NCIA, malah Kedah Bioresources Corp. JV dengan Orchid Life Sdn. Bhd. Semua ini dibawah Kerajaan Persekutuan. Kiranya projek ni dibawah peruntukan NCER.

Pas biasala, nak 'claim credit', sudahlah tidak berterima kasih, malah dikelentong kepada rakyat Kedah kononnya Kejayaan Kerajaan PAS Kedah. Tak sudah-sudah Pas membuat perangai buruk depa.

Inilah jadinya, bila diberi kuasa 5 tahun, tak mahu buat kerja, bila hampir tiba pilihanraya, kelam kabut nak tunjuk hasil. Hinggakan hasil orang lain pun depa nak buh kata depa punya. hehe..

Kadang-kadang kesian pulak tengok Kerajaan Pas Kedah ni, suka buat kerja bodoh! Kan dan kena KANTOI! he he..

McTheory:
Pas mana tau buat kerja, ceramah fitnah depa tau laa..

HOT INFO! #PRU13 PM @NajibRazak Yakin Menang 2/3!!

Posted: 28 Mar 2013 05:18 PM PDT


 Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara 'dekat' apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh 'orang-orangnya' di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, 'Arab Spring' merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam 'mode' menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato' Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato' Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato' Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional. - Perak Today
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...