Apple Biru

Apple Biru


WIRAWAN ASP ZULKIFLI MAMAT KEBANGGAAN DAN SIMBOL PATRIOTISME ANAK MUDA

Posted: 02 Mar 2013 07:30 AM PST


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa golongan belia negara ini supaya mencontohi keberanian dan semangat patriotisme dua anggota polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua anggota polis tersebut adalah wira negara yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa mereka bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

"Semangat patriotisme, berani  dan sedia berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir perlu dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan belia negara.

"Pengorbanan mereka seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada belia hari ini dan beliau seorang wira belia dan wira negara," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu Ahmad Shabery meminta belia Malaysia tidak terpengaruh dengan anasir dan perbuatan yang sia-sia dan yang hanya akan menghancurkan masa hadapan diri, bangsa negara dan agama.

Dalam pada itu beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa bersabar dan redha menerima ujian itu dan berdoa semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama roh para syuhada dan orang-orang beriman.

Media semalam melaporkan dua anggota polis terbabit terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 penceroboh yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia terkorban.

Sumber

Tian Chua Celaka Kena Tengok Gambar Nih!

Posted: 02 Mar 2013 06:30 AM PST



Suasana pilu menyelubungi ketibaan di sini jenazah anggota polis komando Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban dalam serangan penceroboh warga Filipina bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.

Kesedihan terbayang di wajah setiap anggota keluarga Allahyarham dan sahabat handai terdekat yang datang berziarah di kampung kelahirannya ini.

Jenazah yang tiba dengan penerbangan khas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di Lapangan Terbang TUDM Gong Kedak, Bukit Puteri, Jerteh di sini pada pukul 3.15 petang disambut dan diiringi oleh pegawai dan anggota polis untuk dibawa ke rumah keluarga Allahyarham.

Berangkat hadir Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim yang mewakili Ketua Polis Negara; Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamsah Mustapha; dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Turut ziarah adalah pemimpin tempatan termasuk Datuk Seri Idris Jusoh; Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin; dan pegawai-pegawai kanan polis.

Sebaik tiba, Jenazah Zulkifli telah dibawa ke Dewan Utama TUDM bagi membolehkan Sultan Terengganu memberi penghormatan terakhir. Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di perkarangan rumah ibunya di Kampung Kubang Ikan dekat sini kelihatan sayu sebaik jenazah tiba pukul 4 petang dengan van polis.

Jenazah Zulkifli kemudiannya disembahyangkan oleh kira-kira 200 penduduk dan pegawai serta anggota polis dengan diimamkan oleh Ustaz Mohd Sabri Harun dari Bahagian Agama dan kaunseling, Ibu pejabat Polis Besut.

Jenazah itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Bayor, Tembila di sini kira-kira jam 4.30 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 5 petang. Zulkifli, 29, bersama Koperal Sabarudin Daud, 46, dari Sabak Bernam, Selangor ketika kejadian, sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum terkena mortar dilepaskan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.

Allahyarham Zulkifli meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, berusia empat dan satu tahun. -BERNAMA

SEMPADAN NEGARA MUDAH DIBOLOSI?... INI HAKIKAT SEBENAR

Posted: 02 Mar 2013 05:30 AM PST



Seperti yang pengarang duga, ketika kerajaan sibuk menaik taraf sistem pertahanan negara, pasti akan ada anasir yang ambil kesempatan untuk cari kesalahan kerajaan. Terbaru kes pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang seperti diramal akan memainkan isu scorpene. Ni mau tanya ba, Scorpene di Sabah ada berapa biji ba?. Itu pun yang paling bising masa scorpene sampai di Teluk Sepanggar adalah orang-orang pembangkang, terutama sekali ahli-ahli PAS yang bapak dia sendiri pun PATI, nak tau siapa? cari sendiri. 

Scorpene sebiji dengan keluasan perairan dan jarak dari Sepanggar ke Lahad Datu, bagi pengarang memang ada rasionalnya cadangan penduduk setempat jika sebuah pengkalan Tentera Laut diwujudkan di antara Lahad Datu dan Semporna. Scorpene sebiji yang ribut sekampung angkara perbuatan pembangkang, rasa-rasanya perlu di tambah lagi sebiji lagi mantap kalau ada 3 biji di Sabah di mana sebuah lagi di letak di Utara Sabah (Kudat). Sepatutnyanya isu berhubung pemilikan persenjataan tidak seharusnya dipolitikkan. Ini tidak!, ada pula istilah Kapal Selam Tidak Boleh menyelam. Bila tentera laut bagi pemimpin pembangkang ni naik kapal selam, keluar pula isu baru "Kapal Selam Hanya Boleh Menyelam 15 meter". Aduh... Bagi naik salah, tak bagi naik pun salah... susah-susah kasi selam saja dorang yang otak pembangkang ni kt dalam laut dan jangan naik-naik. Selesai masalah lama dan buka buku baru. 

Penjelasan Daripada Rakyat Sabah Berhubung Kelonggaran Sistem Pertahanan Negara di Perbatasan.

Kalau ayat sebegini pengarang cukup bersetuju.

Pencerobohan di #LahadDatu: mari kita dengar penjelasan dari rakyat sabah sendiri...

Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village.

Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.

Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.


PANAS! Kertas Putih Penglibatan Anwar dan Tian Chua dalam Krisis Lahad Datu Akan Dibentang Parlimen

Posted: 02 Mar 2013 04:00 AM PST


Hah! Elok sesangat. Biar bongkar terus siapakah sebenar dalang-dalang yang menyebabkan insiden berdarah di Lahad Datu terjadi. Ini sudah bah! Desakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri membentangkan satu kertas putih di Parlimen mengenai status keselamatan negara berhubung dengan insiden berdarah di Lahad Datu itu.

Seperti yang dilaporkan Haramkah Daily Mahfuz Omar bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub agar Najib memanggil segera persidangan Parlimen bagi tujuan penjelasan terhadap insiden tersebut.


Mahfuz turut mempertikaikan kawalan pengairan negara yang begitu lemah sehingga membolehkan pemberontak memasuki negara dan seterusnya berada  Lahad Datu.

Silap tu weh! Sepatutnya kertas putih mengenai penglibatan Anwar dan Tian Chua dalam insiden itu. Dedahkan semuanya. Baru rakyat tahu siapakah sebenarnya Anwar dan Tian Chua ni.  Teman yakin hubungan baik yang terjalin antara perisikan Malaysia dan Filipina akan  dapat mengemukakan bukti-bukti kukuh di atas penglibatan dalang-dalang tersebut. Perosak negara hingga sanggup menggadaikan kedaulatan negara demi cita-cita peribadi.

Krisis Lahad Datu: Serbu Penceroboh, Tindakan Polis Adalah Betul

Posted: 02 Mar 2013 02:00 AM PST


Berita berhubung insiden 'penaklukan' Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.

Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.

Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.

Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.



Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk 'spin' apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.

Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.


Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.



Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.


Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini.



Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.


Suara Generasi Baru

Debat Bala dan Zulkifli Nordin Harus Diadakan

Posted: 02 Mar 2013 01:00 AM PST


Kenyataan terbaru bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang sebelum ini telah melarikan diri sejurus selepas membuat 2 pengakuan bersumpah yang saling bercanggah berhubung kes pembunuhan Altantuya di lihat amat meragukan. Dia yang tampil semalam di atas pentas pakatan pembangkang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut.

Yang menghairankan ialah, semua dakwaan tersebut tidak disertakan dengan sebarang bukti dan boleh disifatkan sebagai percubaan jahat untuk merosakkan imej Perdana Menteri semata-mata.

Sedangkan sebelum ini, mantan peguam bela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin yang juga merupakan peguam berhubung kes tersebut menyatakan semua kenyataan Bala itu adalah merupakan fitnah dan niat jahat. Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu, Bala selaku saksi ketika prosiding soal siasat, tidak pernah membangkitkan langsung isu yang diperkatakan ketika ini.

Dan sebagai peguam pembela, sekiranya terdapat sebarang keraguan yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri, maka akan digunakan semaksimum mungkin demi untuk merealisasikan impian Anwar. Malah menurut beliau lagi, pernah satu ketika Anwar Ibrahim telah memberikan arahan kepadanya agar mewujudkan bukti 'palsu' untuk dikaitkan dengan Datuk Seri Najib yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selaku orang yang pernah bersama dengan Anwar, Zulkifli Nordin juga turut menjelaskan, modus operandi yang digunakan oleh mereka adalah mudah dan pernah digunakan beberapa kali oleh pakatan pembangkang dalam kes-kes tertentu. Iaitu dengan mengunakan seseorang yang terlibat dengan kes yang dibangkitkan dan mempengaruhi mereka untuk mereka cipta bukti.

Bagi mewujudkan kredibilti terhadap bukti ciptaan tersebut, maka beberapa sandiwara perlu dimainkan sebagai satu usaha untuk mewujudkan keraguan dan persepsi di kalangan masyarakat. Dan seperti yang di katakan sebelum ini, selepas beberapa hari, kononnya atas nama pendedahan sebenar, Bala sekali lagi tampil membuat pengakuan bersumpah kononnya kenyataannya sebelum ini adalah palsu.

Sejurus selepas kenyataan itu, Bala terus menghilangkan diri untuk beberapa tahun, dan kembali semula beberapa hari yang lepas untuk mengatakan kononnya dia telah  diugut, diancam, diarahkan dan sebagainya. Maka benarlah seperti dakwaan Zulkifli Nordin sebelum ini ia adalah merupakan satu skrip lakonan yang telah dirancang bagi menguatkan kredibiliti kenyataan tersebut.

Memandangkan isu yang dibangkitkan ini adalah atas dasar kredibiliti, maka ada baiknya diadakan satu program wacana ilmu atau debat terbuka di antara Bala dan Zulkifli Nordin.

Ia secara tidak langsung dapat membersihkan imej Bala yang tercemar sebelum ini. Dengan cara ini juga, masyarakat secara keseluruhan dapat menilai sama ada isu yang dibawa ini mempunyai fakta atau hanya sandiwara demi kepentingan sesetengah pihak yang ingin merampas kuasa di Putrajaya.

Biarkan rakyat menilai, daripada terus disajikan dengan laporan dan maklumat rekaan ciptaan mereka yang berkepentingan. Tambahan pula, Bala juga sebelum ini mengatakan objektif utamanya ialah untuk menjatuhkan kerajaan BN/Umno. Kenyataan tersebut, jelas membuktikan isu yang di bangkitkan ini hanyalah merupakan isu politik yang membawa pendekatan 'matlamat menghalalkan cara'.

Krisis Lahad Datu: Lagi Pendedahan Bukti Anwar- Misuari terlibat

Posted: 02 Mar 2013 12:00 AM PST


Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.


Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.



Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan Bangsa Moro di Filipina.


Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.

Bava lagi DISINI

HANGAT! Abby Abadi Bodoh!!

Posted: 01 Mar 2013 10:31 PM PST

Teman tak nak main tapis-tapis dah! Kisah Ustazah Segera PAS Abby Abadi semua orang tahu. Belajar tak pandai berlagak cerdik. Tapi bodoh rupanya. Kesian..Anak siapa la dia nih!

Selama lebih kurang 9 bulan 10 hari ibu dia mengandungkan Abby mengharapkan menjadi anak berguna dikemudian hari rupanya berlaku sebaliknya. Bila mak bapak suruh belajar tapi dia sibuk nak jadi artis sebab tu la jadi bodoh biul! Baru la teman tau sebab apa laki dia ceraikan Abby.

Kalau dah terlalu taksub, inilah jadinya. Tambah pulak dah lama tak dapat jantan,  dah lama tak dapat, faham-faham aje lah. Selagi mulut atas bawah tak ditutup, selagi itulah meroyan sanggap sampai terair sendiri..adeehh! Tak pun suruh Abby ni pergi main tembak-tembak di Lahad Datu tu, meh kita tengok lakonan ke betul-betul. Ada bran? Ptuiiii!!!!

Lahad Datu 12.00 PM: Polis Beri Amaran, Serah Diri Atau Terima Tindakan Lebih Drastik

Posted: 01 Mar 2013 08:56 PM PST


Terkini dari Lahad Datu: 12.00 PM. Dari sumber berita, Pihak Polis memberi amaran supaya saki baki kumpulan penceroboh yang melarikan diri masa pertempuran semalam menyerah diri.
Beberapa anggota kumpulan bersenjata Sulu yang masih berada di Kampung Tanduo harus menyerah diri atau berdepan tindakan lebih drastik, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, kumpulan tersebut yang diketuai oleh adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III harus meletakkan senjata dan menyerah diri.
"Kami tiada pilihan lain tetapi mengambil tindakan sewajarnya untuk menahan mereka," katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi di Lahad Datu bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Felda Sahabat di sini.
Kumpulan tersebut kini telah dikepung dan tidak mempunyai pilihan selain menyerah diri.
Ismail berkata, polis kini berada dalam keadaan bersedia untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Hishamuddin berkata beliau akan berada di Sabah sehingga perkara itu diselesaikan.
Kira-kira 12 anggota kumpulan bersenjata Sulu maut dalam insiden tembakan dengan anggota polis komando yang mengepung perkampungan tersebut.

Insiden Lahat Datu: Anwar Mula Menggelabah Rahsia Sebenar Terbongkar

Posted: 01 Mar 2013 04:00 PM PST

Sikap Pakatan Rakyat cuba mengalih isu sebenar sudah dijangka. Pakatan Rakyat cuba mengambil kesempatan ke atas insiden berdarah di Lahad Datu. Deme ni tak ambil peduli pun tentang keselamatan negara. Apa yang penting pada deme bagaimana nak mengambil kesempatan untuk keuntungan politik sempit deme ni.


Kali ini Anwar menggunakan seluruh jentera termasuk macai-macai yang dibayar elaun bulanan untuk menyerang Kerajaan BN berkaitan dengan insiden tersebut. Kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin PKR  dibuat untuk mengalih isu sebenar. Jentera-jentera maya PR pula bergerak ke pelusuk media-media online menjaja kenyataan-kenyataan tersebut. Anwar dilihat menggelabah tidak seperti isu-isu yang lain hingga hampir kesemua kepimpinan PKR, AMK, SAMM dan banyak lagi yang teman tak dapat sebut membuat kenyataan yang hampir sama. Tapi persoalan pokok, nama Anwar dan Tian Chua didakwa terlibat dengan menghasut penceroboh ke Lahad Datu tidak pun sentuh. Mengapa?

Walaupun sudah banyak bukti didedahkan oleh media terutamanya media luar negara, namun ketiadaan ISA umpama Anwar dan Tian Chua kebal tidak boleh disentuh walaupun mengancam keselamatan negara. Itu lah tujuan utama PR beriya-iya mahu menghapuskan ISA demi menghancurkan negara untuk mencapai impian ke Putrajaya. Teman menjangkakan mungkin akan lagi insiden yang sama atau lebih dasyat berlaku jika PR gagal menawan Putrajaya. Kita tunggu dan saksikan sahaja kerana tiada tindakan yang boleh dikenakan pada deme ni. Tiada satu undang-undang pun  yang boleh menyekat dan mencegah dalang-dalang keganasan. Jika ada habis kuat menangkap dan dilepaskan kerana PR mempunyai peguam-peguam yang kuat penipu dan putar alam hingga hakim pun tak boleh berbuat apa-apa. Jadi kita hanya boleh melihat negara kita musnah hari saban hari dek kerana deme-deme yang mempunyai cita-cita besar walaupun terpaksa memusnahkan negara. Baru padan muka kita..

Krisis Lahad Datu: Tahniah Anwar, Dua Perajurit Negara Telah Terkorban

Posted: 01 Mar 2013 03:00 PM PST


Laporan rasmi setakat ini menyebut dua orang perajurit negara disahkan terkorban selepas terkena tembakan mortar yang dilepaskan oleh kumpulan penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu.

Kedua-duanya anggota dari Unit 69 Komando dikenali sebagai Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Mengikut laporan lain sekurang-kurangnya 10 orang dari kumpulan penceroboh terbunuh manakala empat yang lain cedera. 10 lagi menyerah diri dan selebihnya dipercayai melarikan diri.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim disahkan oleh akhbar Filipina sebagai dalang yang terlibat secara langsung menjemput kumpulan penceroboh ini ke Sabah selepas menabur janji untuk memberi kekuasaan kepada Sultan Sulu melalui pengisytiharan kuasa autonomi kepada Sabah.

Beberapa siri rundingan yang dijalankan untuk mencari penyelesaian secara aman sebelum ini langsung tidak dihargai oleh kumpulan penceroboh ini dek kerana gelap mata dengan janji Ketua Umum PKR itu.

Malah segelintir rakyat negera ini terutama sekali dari kalangan penyokong PR agak galak menabur propaganda menuduh tentera kita pengecut dan kepimpinan negara terlalu lemah bila berdepan dengan isu sebegini.

Walhal tujuan perundingan dijalankan untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah yang hanya merugikan semua pihak, apatah lagi dikalangan kumpulan penceroboh ini ada yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Malah keselamatan dan nyawa ramai rakyat kita yang berada dalam lingkungan kawasan yang diceroboh oleh kumpulan itu juga perlu diambil kira.

Selagi ada jalan perundingan selagi itulah kita mencubanya, kecuali bila dalam keadaan sekarang kumpulan penceroboh itu sudah naik atas kepala, memulakan serangan, mahu tidak mahu terpaksalah kita bertindak balas.

Tentunya Anwar sedang tersenyum lebar tika ini dek kerana janji manisnya kini berjaya menimbulkan keributan.

Dua nyawa perajurit kita terkorban kerana permainan politik Anwar, adakah ia berbaloi? Untuk kepentingan politik Anwar dan PR tentu sahaja ya, tapi untuk kami majoriti rakyat Malaysia tentunya tidak sama sekali.

Persoalan sekarang, bagaimana nasib masa depan kehidupan balu dan dua anak Allahyarham Insp Zulkifli Mamat? Si anak kecil tentunya terjejas emosi dan rindukan dakapan mesra ayahnya, si isteri pastinya menderita kesedihan sekian lama tempohnya. Ada Anwar ambil peduli? Ada kalangan lahanat-lahanat pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP memikirkannya?

Dulu negara hampir jahanam gara-gara demonstrasi ganas peserta Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 juga kerana permainan politik Anwar dan PR. Sekarang sekali lagi Anwar buat perangai menjemput kumpulan penceroboh dari luar untuk menghuru harakan negara. Selepas ini apa lagi?

PKR Rampas Kerusi PAS Di Labuan?

Posted: 01 Mar 2013 02:00 PM PST


PAS Labuan semakin dalam delima bila rakan sekutunya PKR seakan-akan mahu menggantikan mereka untuk bertanding pada PRU kali ini. Walaupun sebelum ini 3 PRU yang lepas Kerusi Parlimen P166 Labuan ditandingi oleh PAS.

Ingauan ngeri ini semakin menjadi kenyataan bila setiap program-program yang diadakan oleh PKR, tidak kelihatan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS yang hadir. Bahkan ada masanya Pemimpin-Pemimpin PAS sahaja yang dilihat cuba mendekati rakyat dalam dekat-dekat PRU ini.

Bukan itu saja, Malahan bila kehadiran Ketua Pembangkang Anuar Ibrahim ke Labuan baru-baru ini telah cuba memperlihatkan segalanya. Bila kehadiran beliau cuma disambut oleh Pemimpin dan penyokong-penyokong PKR. Adalah amat mustahil, Pemimpin yang mereka agungkan dalam Pakatan yang dicanang mahu menjadi Perdana Menteri seperti tidak dihargai Kehadirannya di Labuan.

Mujurlah malam diadakan Ceramah Umum di Dewan salah sebuah sekolah Cina memperlihatkan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS. Itupun kehadiran mereka dalam program ini seakan dinafikan pernanan mereka bila mereka hanya ditempatkan duduk bersama orang ramai di kerusi bawah.

Berbanding dengan Pemimpin-Pemimpin PKR yang hampir kesemuanya duduk di Pentas Utama dengan Pemimpin mereka dari Sabah dan Semenanjung. Bahkan tiada wakil dari Kepimpinan PAS yang diberikan peluang untuk memberikan Ucapan.

Disebelah pihak rakan sekutu mereka yang satu lagi, iaitu DAP pastinya cuba untuk memastikan yang PAS tidak akan bertanding kali ini. Ini dapat dilihat bila akaun DAP Labuan dalam facebook selalu menafikan yang kerusi Pru kali ini akan dirampas oleh pihak PKR. Seandainya jika berlaku lagi yang PAS masih bertanding tidak mustahil mereka akan keluar sebagai calon Bebas.

Itulah realiit dan kebenaran yang berlaku menimpa Pakatan Pembangkang di Labuan. Walaupun mereka cuba menyembunyikan dan menafikannya sebelum ini. Akan tetapi kelemahan dan keburukan itu pasti akan terdedah juga. Ibarat Kata Pepatah "Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan daun pisang"

Suara Generasi Baru

Manifesto BN Akan Diumum Selepas Parlimen Dibubarkan

Posted: 01 Mar 2013 01:00 PM PST



Barisan Nasional (BN) kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.

"Selepas tarikh Parlimen dibubarkan masih ada tempoh masa supaya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat untuk rakyat memberi penilaian tentang apa yang kita sediakan dalam manifesto itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)Kelantan di Tunjong di sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, berkata rakyat boleh membuat perbandingan antara Barisan Nasional dan pembangkang yang mana satu manifesto lebih menarik dan praktikal yang mampu dilaksanakan dan boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

"Di samping manifesto peringkat nasional, di peringkat negeri pun sedang dimuktamadkan oleh ketua Barisan Nasional negeri untuk mereka menambah perkara tertentu seperti di Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sedang siapkan yang menjurus kepada kepentingan untuk rakyat Kelantan," katanya.

Ditanya sama ada manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini realistik dan Islamik, Muhyiddin berkata rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut.

"Kami sudah buat penilaian dan kami anggap ia tidak realistik, membawa negara kepada muflis dalam tempoh ke hadapan kalau mereka berkuasa. Mereka tidak menjelaskan satu persatu, sebut secara umum, mungkin dia akan layan kelompok tertentu, dia cakap nak hapuskan PTPTN, akan hapuskan tol dan lain-lain.

"Apakah implikasi kepada kerajaan pusat yang disebut dalam manifesto itu...mana sumber kewangan, dia kata ada penjimatan kalau dapat kurangkan korupsi, kalau dapat kurangkan perbelanjaan tertentu, kami dalam kerajaan sudah 55 tahun menangani masalah itu tetapi ada had dan batas, kerana mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman maka mereka membentangkan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan, mungkin kerana mereka kata manifesto bukan janji seperti di Selangor," katanya.

Muhyiddin berkata tawaran dalam manifesto tersebut nampak macam percuma kepada rakyat tetapi kos kepada kerajaan untuk menanggungnya dan akhirnya kerajaan tidak boleh lagi menanggung beban tersebut.

"Dia kata tak payah bayar tol tetapi kerajaan yang sudah ada kontrak dengan syarikat konsesi perlu bayar pampasan, duit dari mana nak cari," katanya yang turut mempersoal tawaran pembangkang untuk menurunkan harga minyak yang kini diberi subsidi oleh kerajaan.

Beliau berkata pakar ekonomi juga menyatakan tawaran pembangkang itu tidak boleh dilaksanakan dan jika dilaksanakan akan membawa negara menjadi muflis.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya Umno sama seperti komunis, Muhyiddin berkata "tak betul, itu fatwa songsang, memang lumrah dibuat oleh pembangkang khususnya PAS melabel ini sudah menjadi amalan biasa, tidak ada keistimewaannya, tidak berpandu kepada hukum, tidak berpandu kepada syariat Islam, tidak berpandu kepada hadis, dia sebut sahaja begitu".

Beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tohmahan yang dilontarkan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional. BERNAMA

Kereta Perisai Canggih Tentera M'sia Akan Dipertontonkan Umum Pada Sabtu

Posted: 01 Mar 2013 12:00 PM PST



Kereta perisai tempur canggih yang direka untuk abad ke-21 dan bakal digunakan Tentera Darat Malaysia akan dipertontonkan kepada orang ramai buat pertama kalinya semasa sambutan Hari Tentera Darat ke-80 di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, kereta perisai yang direka bentuk di Turki itu dibawa ke tanah air dengan pesawat dan kini ditempatkan di sebuah kem tentera di Port Dickson.

"Sebenarnya kereta perisai itu masih bersifat prototaip dan ketibaan kenderaan itu adalah untuk menjalani percubaan muka bumi dan pengaruh cuaca di negara ini selama beberapa minggu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kereta perisai yang mempunyai lapan tayar itu dibangunkan dengan teknologi Turki dan dikenali sebagai 'Pars' dan sebuah kilang akan didirikan di Malaysia untuk mengeluarkan kenderaan versi tempatan yang dikenali sebagai AV8.

Sementara itu blogger pertahanan tempatan malaysiamilitarypower.blogspot.com Harsul Fariddi ketika dihubungi memberitahu, kedatangan kereta perisai itu telah menjawab persoalan yang selama ini ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.

"Orang ramai berasa sedikit kecewa sebelum ini kerana terdapat desas-desus projek itu gagal disebabkan reka bentuk nyatanya tidak pernah ditunjukkan dalam pameran-pameran pertahanan sebelum ini seperti di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, ketibaan kereta perisai canggih itu di negara ini mula dikesan apabila gambar kenderaan berkenaan yang menyertai raptai untuk sambutan Hari Tentera Darat di Port Dickson sudah mula beredar di kalangan komuniti peminat ketenteraan tempatan sejak dua hari lepas.

Berdasarkan gambar AV8 yang beliau lihat, kenderaan yang akan dipamerkan pada Sabtu merupakan versi Armour Fighting Vehicles (AFV) yang akan menggantikan kereta perisai lama ATM seperti Condor dan Sibmas.

"Saya percaya berdasarkan gambar itu, saya menjangkakan terdapat penambahan perisai pada kenderaan itu berbanding model asal dan kita melihat banyak persamaan peralatan pada satu lagi kereta perisai roda runut milik Tentera Darat iaitu ACV-300 Adnan yang juga buatan Turki," katanya.

"Kereta perisai AV8 yang akan dipertontonkan kepada umum esok (Sabtu) mempunyai peralatan 'defensive suite' aktif dan pasif menyamai atau lebih baik daripada ACV-300 Adnan dan berkongsi turet yang sama dengan meriam 25mm Bushmaster," katanya.

Malaysia membuat pelaburan RM8 bilion beberapa tahun lepas dengan Turki untuk membangunkan AV8 dengan perolehan pertama berjumlah 257 kereta perisai pelbagai varian. - BERNAMA

Jenazah Komando Terkorban Tiba Di Subang Pada Sabtu

Posted: 01 Mar 2013 11:00 AM PST



Jenazah dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat, dijadual diterbangkan ke ibu negara pagi Sabtu.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam Jumaat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusoff memberitahu Bernama jenazah dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada kira-kira 9 pagi Sabtu.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang balu, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.

Allahyarham Sabarudin yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pula meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan. - BERNAMA

Lahad Datu: Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata

Posted: 01 Mar 2013 10:16 AM PST



Teman rasa kome kena tau tentang bermulanya kisah pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu. Bukan apa. Kronologi ini penting bagi mengelakkan perbuatan manipulasi isu yang tidak wajar khususnya dari pihak pembangkang. Teman perhatikan pembangkang telah mengambil kesempatan di atas insiden berdarah ini demi perjuangan politik sempit.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang teman kutip dari Bernama.

9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh

Lahad Datu: Perintah Berkurung!

Posted: 01 Mar 2013 10:16 AM PST



Akhirnya, langkah keselamatan terpaksa jugak dibuat memastikanPerintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

"Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan," katanya.

Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...