Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO TERKINI! Taktik Kotor Digunakan Untuk Serang Polis Komando Malaysia! #Pray4LahadDatu #LahadDatu

Posted: 02 Mar 2013 05:38 AM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perdana Menteri berkata, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ia adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda.

Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada pukul 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir.

Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir.

Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing.

Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti.

Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Gambar-gambar dibawah diambil dari blog MKP

Ibu(Tudung Coklat)KPL Sabarudin dan Isteri(Tudung Hitam) Tiba Di Tanah Perkuburan.

Pusara Ayah Tercinta: Anak Sulung Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud
Menabur Bunga Di Pusara Suami Tercinta

Ibu Kepada Allahyarham Menabur Bunga Di Pusara Anak Tercinta

Solat Jenazah KPL Sabarudin Daud.

McTheory:
Doakan anggota keselamatan kita selamat berjuang, dan selamat pulang. Pada yang gugur, sedekahkan Al-Fatihah..

TUDIAA!! Ketua Cabang PKR Menipu Ambil Duit BR1M?

Posted: 02 Mar 2013 04:38 AM PST




 
Benarlahh kata Nik Aziz apabila sememangnya ada kisah binatang yang menerima BR1M. Nak tau cerita binatang tu, boleh baca kat bawah,

Ahli PKR menipu lagi untuk dapat BR1M

Ketua Cabang PKR Pagoh Cikgu Saadun Penipu.ambil wang BR1M.
Isterinya seorang guru di SK Paya Redang Pagoh,dengan Gred DG32 dengan gaji melebihi RM4000.00 dan beliau pula Pencen Guru.

Cuba kira berapa Pendapatan mereka?
Sedangkan kelayakan untuk menerima BR1M adalah mereka yang berpendapatan sekeluarga kurang dari RM3000.00 sahaja. - Anak Seberang


he he he.. kalau bab duit, binatang PKR ni memang sanggup nak menipu. Muka tak malu, dah la tak layak, nak menipu lagi. Jenis ni yang Nik Aziz kata 'haiwan' ni. hehe..

McTheory:
Halalkah duit yang dia ambil tu?

PANASS!! Bangsa Sulu Pun Tak Suka Pencerobohan di Malaysia ni!! #Pray4LahadDatu #LahadDatu

Posted: 02 Mar 2013 01:17 AM PST


Blog sahabat 1Peluru telah menyiarkan cerita seorang bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sejak lahir memberi pencerahan sebenar siapa sebenarnya 'penceroboh' di Lahad Datu yang telah mengorbankan 3 anggota keselamatan Malaysia. [BACA SINI - KLIK!]

Mereka hanya serpihan so-called-pejuang yang digelakkan oleh penduduk Sulu lain di kampung asal ketika mahu berangkat dengan bot pancung untuk 'menuntut kembali Sabah'. Jika benar mahu menuntut  Sabah, mengapa sekarang bukan 10 atau 20 tahun lalu... apa janji Anwar Ibrahim kepada mereka?? [BACA SINI -KLIK!]

Ikuti luahan dari blog TAUSUG-GLOBAL...





Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah FILIPINA. Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi ENTITI SENDIRI sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan dibawah ketiak Filipina.... 

Kami generasi muda Tausug lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.

Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

TUDIAA!! Saham #FGVH Boleh Buat Mazlan Aliman Jadi Mereng!

Posted: 01 Mar 2013 10:17 PM PST


Mc rasa dalam 2, 3 hari ni, Mazlan Aliman mesti sakit jiwa. Sebab saham FGV semakin meningkat. Biasa la orang dengki macam Mazlan mana suka tengok saham tu naik. Dia lebih suka saham tu jatuh dan semua orang rugi, dari semua orang senang.

Malah saham FGV mencapai keuntungan berlipat ganda di luar jangkauan para penganalisa saham sebanyak RM904 juta. Wow! tentu Mazlan boleh hantuk kepala kat dinding lepas ni.

Menurut analisa pakar pelaburan, Earnings Before Interest and Deductible Allowances (EBITDA) menjangkakan bahawa perkembangan syarikat FGV akan berkembang tinggi sehingga mencapai nilai RM1.35 bilion, namun jangkaan mereka meleset, kerana saham itu naik lebih tinggi sehingga mencapat jumlahnya, RM1.44 bilion!

Dua hari lepas saham FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai mereka berjumlah RM1.13 bilion di mana ia mencatat keuntungan tersebut dari perniagaan utamanya hasil peningkatan penjualan minyak sawit yang berjumlah sebanyak 73%.

Nampaknya FGV kini sedang berada di atas landasan yang betul. Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia benar-benar mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT yang memberikan rezeki yang lebih kepada syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu.

Mujurlah Datuk Seri Najib itu sabar dan bertindak lebih bijak dengan memberikan saham percuma kepada para peneroka. Kalau tidak, sudah tentu warga Felda "melopong" melihat keuntungan yang diperoleh menerusi saham FGV itu.

Yang "period"nya sekarang mungkin Mazlan Aliman. Jangkaannya meleset sama sekali. "Analisa saham" yang dibuat oleh AJK PAS yang bagaikan "pakar saham dunia" itu tidak menjadi kenyataan, malah bercanggah dengan realiti semasa.

Sedang harga minyak sawit yang lembab pada tahun 2012, pelaburan FGV mencatat keuntungan yang besar. Memang hebat, bukan? Mazlan Aliman boleh beri hasil pada Felda sehebat itu? Tapi kalau bab memperlekeh Felda, dialah juara!

Tak sabar nak tengok muka Mazlan Aliman menangis dalam kekesalan dan kekecewaan.



McTheory:
Jangan sampai dia masuk wad gila sudah laa..

HOT INFO!! Kronologi Krisis di Lahad Datu! Note Penting Dari Sabahan! #Pray4LahadDatu #LahadDatu

Posted: 01 Mar 2013 06:25 PM PST



[Nota dari orang sabah sendiri: Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.

Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana

 lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment. ]


Kronologi Dan Keadaan Terkini Krisis #LahadDatu

Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA




-TERKINI SEHINGGA JAM 8.15PM, SERAMAI TIGA ASKAR MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN, DUA CEDERA MANAKALA 12 ORANG DARI KUMPULAN PENCEROBOH BERKENAAN DALAM SATU KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN PADA SEBELAH PAGI TADI DI LAHAD DATU & KESELURUHAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA TELAH DILETAKKAN DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA!-


Al-Fatihah disedekahkan buat tiga anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terkorban iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, Koperal Sabarudin Daud, Koperal Azman Ampong (yang tercedera dibahagian punggung dan belakang namun dsahkan telah kembali ke rahmatullah pada jam 6 petang tadi di Hospital Lahad Datu).

Sementara itu, dua rakan mereka; Koperal Mohd Tarmizi Hashim (yang cedera ditangan dan kakinya) dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal (yang tercedera dibahu kanan dan kedua-dua kakinya), masing-masih kini sedang menerima rawatan diHospital Sandakan dan diHospital Lahad Datu dan kini dalam keadaan yang stabil.

Seramai 12 orang daripada kumpulan penceroboh tersebut telah terbunuh dalam pertempuran berdekatan Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu dimana beberapa anggota kumpulan penceroboh yang telah berkubu di Kampung sejak hampir tiga minggu yang dikatakan tiba-tiba mara kira-kira 1.5 dan melepaskan tembakan kearah anggota-angota PDRM yang sedang berkawal dan mengepung semenjak pencerobohan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam responnya terhadap peristiwa berdarah tersebut telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan juga Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar mengambil bertindak yan sewajarnya mengikut kesesuaian situasi.


"Pemerintah di medan sudah diberi mandat untuk bertindak sama ada penceroboh terbabit menyerah diri atau menerima kesan yang lebih buruk. Penceroboh sudah menyebabkan anggota kita terkorban jadi tiada lagi tempoh untuk mereka," katanya siang tadi.

Dengan nada kecewa, Najib menyatakan Kerajaan Malaysia telah cuba berkompromi, malah menunjukkan toleransi yang begitu tinggi kerana mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti pertumpahan darah namun malangnya ianya berkau jua sehingga mengorbankan banyk nyawa," katanya lagi.

Najib, yang pernah memegang portfolio Menteri Pertahanan sebelum ini memberitahu pemberita kumpulan penceroboh bersenjata berkenaan dilaporkan telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum inI.

"Saya telah mengeluarkan arahan memandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi," tegasnya sambil menambah, mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya.


"Sekarang, tiada masa lagi untuk berkomproni kerana, (kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka yang kini sdah dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri," tambahnya lagi

Najib turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan anggota-angota keselamatan kita.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussin menjelas, dia difahamkan kejadian berbalas tembakan diantara kumpulan penceroboh dan PDRM dipercayai bermula sekitar jam 10 pagi apabila kumpulsan penceroboh yang mara and menembak ke arah anggota-anggota PDRM yang berkawal dan mengepung kawasan tersebut yang kemudian terpaksa membalas tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.


Dalam nada yang sama, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu yang telah mula melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

"Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.59 pagi, pertempuran diantara kumpulan pencoroboh dan PDRM berpanjangan berbala tembakan diantara 20 hingga 30 minit," jelas Hamza sambil menambah pihaknya juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian di sekitar kawasan pertempuran itu berlaku.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

Dipetik penuh dari The Unreported News

TUDIAA!! Anwar Ibrahim Paling Gembira Bila Ada Orang Islam Meninggal!! #LahadDatu

Posted: 01 Mar 2013 04:37 PM PST

 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi tadi.

Anwar dalam satu kenyataan hari ini turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.

"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

"Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku," katanya.


Hari ini dilaporkan 2 orang anggota komando polis Malaysia dan 12 orang tentera Sulu terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan.

Yang terkorban dari kedua-dua belah pihak adalam umat Islam, tapi siapa yang mula tersenyum lebar dengan berita ini?? jawapannya; ANWAR IBRAHIM kerana menyedari cita-cita politiknya untuk menspekulasikan isu bagi menambah bilangan undi PRU13 di Sabah semakin menampakkan hasil.

Menurut laporan portal berita Filipina, Anwar Ibrahim telah menghantar wakilnya, seorang ahli politik Sabah menemui Sultan Sulu sebelum insiden pencerobohan di Lahad datu berlaku. Dengan bukti ini berkemungkinan besar pencerobohan di Timur Sabah itu adalah idea Anwar Ibrahim.

Ahli politik pembangkang sudah mula mempolitikkan kematian 2 anggota PDRM dengan mengaitkan sebagai sandiwara pihak kerajaan/BN, ada juga yang menyalahkan kerajaan/BN atas kematian tersebut sedangkan semua pihak sudah mencuba segala yang terbaik untuk menyelesaikannya secara diplomasi. - 1peluru.com


Sabah politician allied with Anwar met Sulu Sultan before Lahad Datu standoff

Ikuti pendedahan oleh portal berita Filipina, inquirer.net mengenai penglibatan ahli politik dari Sabah yang mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan ini... 

Sultan Jamalul Kiram III and his followers.
MANILA: A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition's support to the Kirams' claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed.
In a special report by the Philippine Inquirer, the intelligence officer said that one member of the Malaysian political opposition allied with Anwar Ibrahim was running for a post in Sabah.
"Apparently, this politician was one of those who spoke with the Kirams. He supposedly gave the Opposition's support to the Kirams' claim to Sabah," the source said.
The source also believed that in their meeting in November last year, the Kirams decided to "reclaim Sabah or at least ask for a compensation for Sabah that is commensurate to the land's value today, and for the royal family to be given due recognition by Malaysia."
According to the Philippine Inquirer, the intelligence sources consistently mentioned three groups that appear to have taken advantage of the decision of the Kirams to pursue their Sabah claim.
"These are groups that wanted to ride on the Kirams' pursuit with their own interests in mind," one of the sources said.
Another source added: "There are a lot who can gain from this, not just in the Philippines but in Malaysia as well."
These "external factors," as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political Opposition.
"The Kirams planned to pursue their claim as early as last year. But they went to Lahad Datu also on the instigation of these groups," the intelligence officer said.
The small group supposedly goaded the Kirams to ask Malaysia for a higher rent on Sabah. If Malaysia gives in, this small group would allegedly have a share of the increase.
The anti-administration group simply wants to discredit President Aquino and is using the peace process as a cause of disenchantment for the Kirams.
"All those who do not like P-Noy (the President's nickname) have joined forces. This is one way to really test how this administration will react (to such an issue). Whatever happens in Malaysia, there will be a backlash on us," one source said.
"In a way, whoever wants to disrupt the peace process or the gains of President Aquino has already won," the source added.
The third group is allegedly the Malaysian political Opposition, which is gearing up for general elections that may be called before June.
Whether the heirs of the sultanate of Sulu acted on their own to reclaim Sabah or were instigated by an external force to do so, one thing is certain, according to government intelligence sources: It was a business that proved too big for the heirs to handle on their own, the Philippine Inquirer reported.
The sources said that the Philippine government's policy on Sabah is to keep it in the back burner.
But apparently "some people" want to push it forward now. And why now, at this time, is one of the questions government intelligence is looking into.
It is being Tausug that is keeping Sultan Jamalul Kiram III, his family, and their subjects stubbornly pressing their renewed claim to Sabah, even to the extent of defying President Aquino, one of the Inquirer sources said.
"This is the last stand of Sultan Jamalul. Being Tausug, they already gave their word they would pursue their claim. This is now do or die for them just to keep their word of honour," the source, a senior military officer, told the Inquirer.
The source said the Kirams decided to unite because they felt left out of the peace negotiations between the Aquino administration and the Moro Islamic Liberation Front, which signed a premilinary peace deal last October.
"The Kirams wanted to get the attention of the Philippine government," the source said.
"For so many years, the family felt they have been exploited in politics. Sultan Jamalul was goaded to run for senator in 2010 but he lost. Then their letter to President Aquino (in 2010 before he assumed office) got lost," the source said.
The source said the Kirams and their followers "conceived the details of the plan to go to Lahad Datu" in late January this year.
"In February, a small group of the Kirams' followers left for Lahad Datu, followed by Raja Muda Agbimuddin," the source said.
The estimated 70 firearms now in the hands of the group holed up in Tanduao are owned by residents in Lahad Datu, Tausug and Badjao holding Malaysian identification cards, the source said.
Malaysian security forces have encircled Agbimuddin's group but are holding action, with the grace period for the group to leave having been extended three times and a fourth being requested by the Philippine government.
Malaysians careful
The Inquirer's military source said the impasse continues because the Malaysians are extra careful in dealing with Agbimmudin's group.
"They are all Muslims and they know that if there is violence, it would go on forever. There are 800,000 Filipinos in Sabah. It would be a huge problem in Sabah if violence erupts. The Malaysian security forces may end up dealing with guerrillas or a rido," the source said, using a Muslim term for clan war. - http://newsinfo.inquirer.net
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...